Beza Sunblock Dan Sunscreen, Definisi Paling Lengkap!

perbezaan sunblock vs sunscreen

Sejak dari kecil, saya selalu dengar tentang kepentingan menggunakan sunblock yang baik untuk melindungi kulit saya dari sunburn. Kebelakangan beberapa tahun ini, saya mendapati istilah “sunscreen” digunakan lebih kerap daripada “sunblock.”

Saya, sama seperti yang lain, bertanya-tanya apakah yang beza antara sunblock dan sunscreen? Mari kita sama-sama belajar kegunaan dan perbezaan sunblock dan sunscreen di artikel ini.


Sunblock vs Sunscreen 

Perbezaan utama antara sunblock dan sunscreen ialah sunblock menghalang dan memantulkan sinaran matahari manakala sunscreen menyerap sinaran UV dan mengurangkannya.

Tetapi, anda perlu faham bahawa istilah “sunblock” sudah pun diharamkan oleh FDA pada tahun 2011.

Antara istilah lain seperti “waterproof” dan “sweatproof” juga dilarang sama sekali diguna pada packaging product di U.S.

Oleh itu, hampir tiada produk menggunakan istilah sunblock lagi dalam nama atau penerangan.

Quote dari FDA:
“Waterproof,” “sweatproof” or “sunblock” claims. Manufacturers cannot label sunscreens as “waterproof” or “sweatproof,” or identify their products as “sunblocks,” because these claims overstate their effectiveness. Sunscreens also cannot claim to provide sun protection for more than 2 hours without reapplication or to provide protection immediately after application (for example– “instant protection”) without submitting data to support these claims and obtaining FDA approval.

Physical sunscreen vs Chemical sunscreen

Kini, sunblock lebih biasa dikenali sebagai physical sunscreen atau mineral sunscreen. Bahan aktif utama dalam pelindung matahari fizikal ialah zink oksida atau titanium dioksida. Ia digunakan untuk menghalang sinaran UV daripada sampai ke kulit.

Ia membentukkan lapisan penghalang antara kulit dan sinaran matahari.

Oleh sebab itu, physical sunscreen biasanya meninggalkan kesan putih apabila disapu pada kulit.

Sebaliknya, sunscreen kini dirujuk sebagai chemical suncreen. Ia biasanya mengandungi sebatian kimia organik seperti oxybenzone atau avobenzone.

Bahan kimia ini menyerap sinaran UV dan menukarkannya kepada haba, menghalang kerosakan kulit akibat sinaran UVA.

Oleh kerana pelindung matahari berasaskan kimia, ia biasanya lebih cair (serupa dengan pelembap), lebih mudah disapu dan kurang kelihatan pada kulit. 

Jadual perbandingan antara sunblock dan sunscreen

SunblockSunscreen
Juga dikenali sebagaiPhysical sunscreen, mineral sunscreenChemical sunscreen
Mekanisme perlindunganMenghalang dan memantulkan sinaran UVMenyerap, menapis dan menukar sinaran UV kepada haba
Bahan UtamaTitanium dioxide, Zinc dioxideOxybenzone, Avobenzone
TeksturTebal, LekitRingan, Tidak berminyak
Kesan putihYaTidak
KeberkesananSerta-mertaMengambil masa 20 minit untuk diserap kulit
Mesra alamYaTidak semua
Mesra kulitYa, kurang mrengsakan kulitBoleh merengsakan kulit
HargaLebih mahalMurah

Sunblock vs Sunscreen , yang mana lebih baik?

Mengikut jadual di atas, sunblock atau pelindung matahari fizikal adalah lebih baik daripada pelindung matahari kimia dalam banyak aspek. Selain lebih lembut pada kulit, ia juga lebih mesra alam.

Secara umum, ia juga memberikan perlindungan matahari yang lebih baik kerana ia memantul dan bukannya menyerap sinaran UV.

Namun begitu, teksturnya lebih tebal dan boleh meninggalkan kesan putih pada kulit.

Oleh itu, kebanyakan orang hanya akan menggunakan sunblock apabila mereka melakukan aktiviti luar atau pergi ke pantai.

Bagi kegunaan harian, lebih ramai yang memilih sunscreen kerana ia lebih ringan dan tidak menyebabkan kulit berasa berminyak.

Istilah lain yang perlu anda ketahui

Broad-spectrum

Sunscreen dengan label “Broad-spectrum” bermakna ia boleh menlindungi kulit dari UVA and UVB rays. Cahaya matahari menghasilkan tiga jenis sinaran UV: UVA, UVB, dan UVC. UVA menyebabkan penuaan kulit dan kulit gelap, manakala UVB menyebabkan sunburn. UVC pula akan ditapis oleh lapisan ozon bumi UVC, jadi kita tidak perlu risau atas sinaran UVC.

SPF

SPF bermaksud sun protection factor.  Secara umumnya, SPF yang lebih tinggi bermakna lebih banyak perlindungan matahari. Tetapi, SPF hanya mengukur perlindungan terhadap sinaran UVB. Jadi, anda harus mengambil perhatian tentang penilaian PA juga.

Here’s a table of SPF vs UVB blocked percentages:

Nilai SPF Peratus UVB dihalang
SPF 1593%
SPF 3097%
SPF 5098%
SPF7098+%
SPF 10099%

PA+, PA++, PA+++

PA+ bermaksud Protection Grade of UVA. Tanda “+” menunjukkan kekuatan perlindungan UVA produk pelindung matahari. PA+ ialah tahap perlindungan yang paling rendah, manakala PA++++ ialah tahap tertinggi.


Kesimpulan

Kedua-dua sunblock dan sunscreen adalah berguna untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya. Untuk melindungi diri kita daripada sinaran matahari dengan berkesan di Malaysia, pastikan membeli sunscreen yang dilabel dengan broad spectrum dan sekurang-kurangnya SPF 30.


FAQ

Apakah perbezaan antara sunblock dan sunscreen?

Perbezaan utama antara sunblock dan sunscreen ialah sunblock menghalang sinaran UV manakala sunscreen menyerap sinaran UV dan menukarkannya kepada haba.

Adakah sunblock atau sunscreen lebih berkesan untuk melindungi kulit?

Secara amnya, sunblock (sunscreen fizikal/sunscreen mineral) boleh melindungi kulit kita dengan lebih baik dan berkesana. Kerana ia menghalang sinaran UV daripada mencapai kulit kita.

Bolehkah saya menggunakan sunblock dan sunscreen sekali?

Tidak, kerana sunblock dan sunscreen mengandungi sebatian kimia yang berbeza. Apabila kedua-duanya digunakan, ia mungkin kehilangan keberkesanannya atau menyebabkan kerengsaan kulit.

Bilakah saya perlu menggunakan pelindung matahari?

Disebabkan cuaca di Malaysia yang panas, kita digalakkan untuk memakai sunscreen setiap hari untuk mengelakkan penuaan kulit.

Bolehkah saya menyapu sunscreen pada bayi atau kanak-kanak kecil?

Pelindung matahari harus dielakkan pada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan. Bagi bayi yang berumur lebih dari 6 bulan atau kanak-kanak kecil, kita haru menggunakan sunscreen yang dirumus khusus untuk kanak-kanak.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.