Cara Check iPhone Original Atau Tidak

cara check iphone ori atau tidak

iPhone 14 bakal dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi sahaja. Ramai di antara kita yang ingin membeli iPhone terbaharu, tetapi harga iPhone adalah sangat mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Jadi, sesetengah orang mungkin akan membeli iPhone dari kedai mobile phone atau beli dari Shopee kerana harga mereka biasanya lebih rendah daripada kedai official Apple.

Walaupun harga iPhonenya mungkin sedikit lebih murah, ia mempunyai risiko mendapat iPhone refurbished, palsu atau bukan tulen.

Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara membezakan iPhone ori daripada iPhone palsu dalam masa kurang daripada 10 saat.

Kita boleh mengenal pasti iPhone yang genuine dalam 2 langkah yang amat mudah:

  1. Semak Nombor Siri iPhone
  2. Semak Nombor IMEI iPhone

1. Semak Nombor Siri iPhone

cara cek iphone ori 2022 08 24 13 13 47 242692

Semakan nombor siri ialah cara paling cepat untuk mengesan iPhone palsu. 

Kerana kita boleh melakukan pengesahan melalui laman web rasmi Apple untuk menyemak model iPhone, tarikh pembelian serta tempoh jaminan.

Ikuti langkah di bawah untuk mendapatkan nombor siri iPhone anda

  • Pergi ke Settings > General > About
  • Pada halaman About, cari baris dengan maklumat Serial Number
  • Sekarang pergi ke https://checkcoverage.apple.com/, taipkan nombor siri dan masukkan kod Captcha yang betul dan tekan continue.
  • Halaman seterusnya akan menunjukkan status iPhone anda mengenai Purchase Date, Telephone Technical Support dan Repairs and Coverage.
  • Tanda Hijau dengan Valid Purchase Date menunjukkan ia adalah iPhone yang tulen dan original.
  • Anda juga boleh menyemak semula tempoh jaminan anda sama ada sepadan dengan tarikh pembelian anda.
cara cek iphone ori 2022 08 24 13 13 50 019461

2. Semak Nombor IMEI iPhone

cara cek iphone ori 2022 08 24 13 13 52 195443

Untuk semakan iPhone original dengan lebih teliti, anda boleh menyemak nombor IMEI iPhone anda. 

IMEIsmartphone adalah seperti kad pengenalan seseorang. Terdapatnya nombor IMEI unik untuk setiap iPhone.

Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan nombor siri iPhone anda:

  • Pergi ke Phone app
  • Tekan Keypad
  • Taip *#06#
  • Pada halaman Device Info, semak nombor IMEI
  • IMEI terdiri daripada 15 digit
  • Seterusnya, keluarkan slot kad SIM dari iPhone
  • Cek sama ada IMEI pada slot kad SIM sepadan dengan IMEI yang terdapat pada halaman Device Info
  • Jangan menyemak nombor IMEI pada kotak kerana ia boleh lebih senang dipalsukan

Semak Nombor Model iPhone

Selain dari 2 langkah di ada, anda juga boleh menyemak nombor model iPhone. 

Tetapi, semak nombor model iPhone tidak boleh menjamin sama ada ia tulen atau tidak. 

Namun begitu, kami boleh mendapatkan maklumat tambahan, seperti sama ada iPhone tersebut iPhone Refurbished, iPhone replacement dan sebagainya.

Anda boleh pergi ke Settings > General > About untuk mendapatkan maklumat Nombor Model iPhone.

Huruf pertama dalam nombor model mewakili sumber peranti. Semak sumbernya seperti di bawah:

  • M – retail unit
  • F – refurbished unit
  • N – replacement unit
  • P – personalized (engraved) unit

Jadi, biasanya, model iPhone anda harus bermula dengan M.

Langkah Tambahan

Kaedah lain yang anda boleh gunakan untuk menyemak sama ada iPhone adalah tulen atau tidak, disenaraikan seperti di bawah:

  • Semak sama ada fungsi Siri berfungsi dengan betul
  • Sambung ke iTunes pada PC 
  • Pemeriksaan secara visual pada kualiti binaan iPhone, bezel skrin paparan, skru dan lain-lain.

Kesimpulan

Cara terbaik untuk mengelakkan pembelian iPhone palsu adalah dengan membeli iPhone anda melalui saluran rasmi seperti Apple.com, Shopee Mall dan Lazada Mall

iPhone Murah Lazada
iPhone Murah Shopee

Di Shopee, terdapat banyak penjual pilihan yang menjual produk tiruan, jadi ia tidak selamat walaupun mereka mempunyai “lencana pilihan”.

Lazada 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.