6 Mesin Potong Rumput Terbaik – Cordless & Heavy Duty

mesin potong rumput terbaik

Rumput di halaman rumah sudah panjang dan malas nak potong? Anda harus membeli sebuah mesin potong rumput yang baik untuk membantu anda memotong rumput dengan cepat dan berkesan.

Kini, terdapat pelbagai jenis mesin potong rumput di pasaran. Contohnya, terdapat string trimmer, brush cutter, lawnmower dan riding lawnmower.

Tahukah anda apa jenis mesin potong rumput terbaik untuk kediaman rumah anda?

Apakah mesin pemotong rumput terbaik di Malaysia?

Mesin potong rumput terbaik di Malaysia ialah WORX WD163 cordless grass cutter. Kebanyakan daripada kita hanya mempunyai halaman rumah bersaiz kecil dan sederhana, jadi WORX WD163 sudah mencukupi.

WORX WD163 ini sangat ringat dengan berat 2.5kg sahaja. Ia jauh lebih ringan daripada mesin potong rumput petrol. Tambahan pula, ia boleh ditukar enjadi edger dan lawnmower mini supaya potongan rumput lebih kemas.

Berikut ialah senarai 6 mesin rumput potong rumput terbaik di Malaysia:

  1. Mesin Potong Rumput Cordless Terbaik: WORX WD163
  2. Mesin Potong Rumput Heavy Duty Terbaik: OGAWA BG430DT 
  3. Mesin Potong Rumput Murah Terbaik: TANEKA Brush Cutter
  4. Mesin Potong Rumput Tolak Manual: Bosch AHM38G 
  5. Mesin Potong Rumput Tolak Terbaik: OGAWA 18″ Lawn Mower
  6. Mesin Potong Rumput Elektrik Terbaik: WORX WG779E.2

1. WORX WD163 Professional Grass Cutter

Mesin Potong Rumput Cordless Terbaik

WORX WD163 Professional Grass Cutter

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

WORX WD163 merupakan mesin potong rumput yang jauh lebih baik daripada mesin pemotong rumput biasa yang terdapat di pasaran. Ia sangat ringan, fleksibel, berkuasa dan sangat mudah dikendalikan.

Ciri-ciri WORX WD163:

  • mesin potong rumput 3-in-1 : trimmer, edger dan mini mower
  • mempunyai roda
  • Butang “command” untuk mengeluarkan tali potong secara automatik
  • Kepala boleh diputar 90 darjah
  • Pemegang adjustable
  • Bateri 20V Max Li-Ion
  • Kelajuan 7600/min
  • Masa pengecasan 1 jam
  • 2.5kg

WORX WD163 ialah mesin potong rumput 3-in-1 terbaru dari WORX. Ia menggantikan model WG163E yang lama. Mesin ini merupakan string trimmer tetapi boleh ditukar menjadi edger dan juga landmower mini.

Pertama, berat mesin ini hanya 2.5kg, menjadikannya mudah dikendalikan walaupun oleh wanita. Pemotong rumput WORX ini juga berfungsi dengan amat senyap kerana hanya menggunakan bateri.

Kedua, WORX WD163 adalah sangat fleksibel. Panjang pemegang boleh dilaraskan mengikut ketinggian dan ruang kerja anda. Anda boleh melaraskan kepala kepada pelbagai sudut dan ia boleh mencapai 90 darjah, jadi ia boleh digunakan dalam ruang yang sangat sempit.

Berbanding dengan pemotong rumput yang menggunakan bilah pisau besi, pemotong rumput tali juga lebih selamat.

Selain itu, mesin ini mempunyai butang “command” yang mengeluarkan tali potong rumput secara rumput. Jadi, anda tidak perlu mengganti tali nylon tersebut secara manual.

Moreover, the machine includes a “command” button that automatically dispenses cutting string so you do not have to replace it manually.

Kesimpulannya, WORX WD163 alah mesin potong rumput terbaik di Malaysia kerana ia bersih, senyap, ringan dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Pengguna tidak perlu risau dengan petrol, periksa minyak 2T, atau menghidu asap ekzos yang berbau semasa memotong rumput.


2. OGAWA Brush Cutter BG430DT 

Mesin Potong Rumput Heavy Duty Terbaik

OGAWA Brush Cutter BG430DT 

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

If you have a large garden and need to deal with thick weeds, then I think OGAWA Brush Cutter BG430DT is a better choice.

Ciri-ciri OGAWA Brush Cutter BG430DT:

  • Pemotong rumput backpack
  • Engine Mitsubishi air-cooled 2-stroke Gasoline
  • Kuasa 42.7CC, 1200W
  • Easy Start
  • Boleh mengguna string nylon atau bilah pemotong

Ogawa Brush Cutter BG430D ialah mesin potong rumput petrol. Ia menggunakan Enjin Petrol 2-stroke.

Mesin potong rumput petrol biasanya lebih berkuasa daripada mesin potong rumput elektrik.

Jadi, pengguna boleh menggunakan pada kawasan yang besar tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri.

OGAWA Brush Cutter BG430DT telah menerima banyak ulasan positif daripada pelanggan. Ramai pelanggan memujinya sangat berkuasa dan lebih senyap daripada mesin potong rumput petrol yang lain.

Tetapi perlu diingat bahawa mesin rumput petrol agak berat. Ia amat meletihkan sekiranya mengguna untuk masa yang panjang.

Dan kita juga perlu memberi perhatian pada penjagaan engin mesin. Untuk mengelakkan kerosakan enjin, pengguna perlu mencampurkan minyak 2T dengan petrol mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

Selain itu, kita perlu sentiasa menyemak sama ada petrol mencukup untuk memastikan enjin tidak kehabisan petrol. Ia boleh merosakkan enjin.

Walaupun OGAWA Brush Cutter BG430DT  ialah pemotong rumput yang sangat berkuasa, tetapi ia tidak disyorkan untuk semua orang. Mesin brush cutter ini lebih sesuai digunakan pada kawasan yang tidak rata dan luas. Sekiranya anda mempunyai padang rumput rata yang besar, anda harus membeli mesin potong rumput tolak.


3. TANEKA/OKAZAWA Brush Cutter

Mesin potong rumput termurah dan baik

TANEKA/OKAZAWA Brush Cutter

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

TANEKA atau OKAZAWA Brush Cutter ialah pemotong rumput termurah di Malaysia. Ia juga merupakan model terlaris di Shopee.

Cir-ciri TANEKA Brush Cutter:

  • Enjin 2-stroke
  • 30.5cc, 6000rpm, 810W
  • Kapasiti tangki bahan api 1.2 liter
  • Spare part mudah didapati

Harga TANEKA brush cutter sangat berbaloi. Harganya hanya kurang daripada RM200. Pemotong rumput ini boleh menggunakan string nylon dan juga bilah pemotong.

Mesin ini serupa dengan pemotong rumput OGAWA grass cutter tetapi enjinnya lebih lemah. Ia menggunakan enjin 30.5cc dan output maksimum ialah 810W, kurang daripada 1200W enjin Ogawa.

Kelebihan utama Brush Cutter TANEKA adalah harganya yang sangat murah. Dan kebanyakan alat gantinya mudah didapati dan murah. Jika mesin rosak, anda masih boleh membaikinya dengan senang.

TANEKA Brush Cutter adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil.


4. Bosch AHM38G Manual Lawn Mower

Mesin rumput lawn mower manual

Bosch AHM38G Manual Lawn Mower

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin Lawn Mower Manual Bosch AHM38G ialah pemotong rumput yang baik dan boleh dipercayai. Ia sesuai untuk pengguna yang mempunyai halaman rumah rumput bersaiz kecil.

Ciri-ciri Bosch AHM38G Lawn Mower:

  • Mesin rumput tolak manual
  • 38 cm cutting width
  • Kotak pengumpul rumput 25 liter
  • 5-blade cylinder cutting system
  • Adjustable cutting height

Berbanding dengan menggunakan gunting rumput, 5-blade cylinder cutting system pada Bosch AHM38G lebih mudah dan pantas.

Kebaikan mesin rumput tolak manual ini ialah ia tidak memerlukan bahan api dan tidak memerlukan sebarang maintenance. 

Tetapi, anda perlu diingati bahawa ia agak memenatkan untuk menolak mesin ini secara manual.

Pengguna mesti menolak dengan cukup pantas untuk memastikan sistem pemotongannya berfungsi. Jika ditolak terlalu perlahan, ia hanya akan berguling di atas rumput tetapi tidak memotongnya. Kadang kala pengguna perlu menolak ke depan dan ke belakang beberapa kali untuk memotong rumput dengan ragam.

Mesin pemotong rumput Bosch AHM38G juga mempunyai kelemahan yang lain seperti ia tidak dapat memotong rumpai yang sangat panjang. 

Secara keseluruhan, Bosch AHM38G lawn mower ialah mesin rumput tolak yang berbaloi walaupun ia mempunyai pelbagai kelemahan kecil dan harganya yang agak mahal.


5. OGAWA 18″ Lawn Mower

Mesin Rumput Tolak Petrol Terbaik

OGAWA 18" Lawn Mower

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

OGAWA 18″ Lawn Mower is  ialah mesin pemotong rumput petrol heavy duty. Ia memotong padang rumput yang besar dalam masa yang singkat. Ia menggunakan enjin 4-stroke166CC yang amat berkuasa.

Ciri-ciri OGAWA XT18LH Lawn Mower:

  • Enjin 166CC
  • Cutting width 46cm
  • Cutting height 25-80mm
  • Pisau lurus
  • 8 kedudukan pemotongan
  • Berat 32kg

Berbanding dengan Mesin Bosch AHM38G di atas, anda boleh menjimatkan banyak masa dan tenaga dengan menggunakan OGAWA 18″ Lawn Mower.

OGAWA 18″ Lawn Mower mempunyai pengumpul rumput yang besar Ia boleh menyimpan semua rumput yang telah dipotong dengan baik. Jadi halaman anda kekal bersih dan kemas selepas potong rumput. Anda tidak perlu menyapu sisa-sisa rumput lagi.

Sama seperti brush cutter petrol, lawn mower petrol juga perlu membuat maintenance setiap tahun.

Sekiranya anda berminat membeli mesin rumput OGAWA ini, pastikan anda tukar minyak enjin dan spark plug setiap tahun.


6. WORX WG779E.2 Cordless Lawn Mower

Mesin Rumput Tolak Bateri Terbaik

WORX WG779E.2 Cordless Lawn Mower

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

WORX WG779E.2 ialah mesin rumput tolak elektrik yang menggunakan bateri. Ia boleh bertahan lebih daripada 30 minit untuk satu cas.

Ciri-ciri WORX WG779E.2:

  • Cutting width 33cm
  • Cutting height 20 -60mm
  • Kapasiti simpanan rumput 30L
  • Charger dua port
  • 2 Bateri WORX 20V
  • Kawasan pemotongan sehingga 250m2 setiap cas

Bandingkan dengan mesin pemotong rumput petrol, WORX WG779E.2 amat mudah digunakan. Ia tidak menggunakan petrol.

Jadi, pengguna tidak perlu menyimpan petrol di rumah. Perlu diingati bahawa amat bahaya untuk menyimpan petrol di rumah kerana ia sangat mudah terbakar.

Walaupun WORX WG779E.2 kurang berkuasa berbanding dengan OGAWA XT18LH Lawn Mower, ia mampu memotong rumput dengan berkesan selagi bukan semak samun yang terlalu padat dan panjan.

Untuk rumput yang terlalu panjang dan tinggi, mesin ini perlu ditolak dengan perlahan dan berulang alik untuk memastikan rumput telah dipotong denga kemas.

Dengan “teknologi Intellicut” WORX, mesin ini boleh melaraskan kelajuan secara automatik mengikut keadaan rumput. Ia akan berpusing dengan lebih pantas sekiranya ia mengesan kawasan rumput yang padat.

Pada pendapat saya, WORX WG779E.2 Cordless Lawn Mower ialah mesin rumput tolak terbaik untuk kediaman rumah. Pengguna tidak perlu risau tentang petrol, bunyi bising atau asap enjin. Ia lebih selamat dan senang digunakan untuk sesiapa sahaja.


Jenama mesin potong rumput yang lain

Ulasan BOSCH ROTAK 32-12 Lawn Mower

Bosch Rotak 32-12 Lawn Mower mesin pemotong rumput elektrik mampu milik. Terdapat banyak ulasan yang baik tentang mesin potong rumput ini bahawa ia memotong rumput dengan baik dan mudah dikendalikan. Tetapi ada beberapa ulasan yang mengatakan mesin ini tidak berbaloi dan tidak bertahan.

Ulasan MAKITA DUR181 String Trimmer/Weed Eater

Makita DUR181 is mesin potong rumput bateri yang mempunyai rating yang baik. Ia lebih berkuasa daripada WORX WD163. Tetapi, ia kurang fleksibel dan tidak mempunyai roda kecil seperti WORX WD163. Harganya juga jauh lebih tinggi, itulah sebabnya saya rekomen WORX WD163 dan bukan mesin Makita ini.

Ulasan HUSQVARNA 531RB Backpack Brush Cutter

HUSQVARNA ialah jenama outdoor power tools yang sangat popular di U.S. Jenama ini berasal dari Sweden. Jadi harganya sangat tinggi di Malaysia. Saya tidak rekomen orang Malaysia membeli jenama ini walaupun ia kegemaran ramai pengulas luar negara. Ini adalah disebabkan maintenance dan repairing mesin ini agak susah. Kerana alat gantinya tidak mudah didapati di sini.

Ulasan K-ONE and Keelat Grass Cutter

K-One dan Keelat grass cutters adalah pemotong rumput yang paling laris di Shopee. Walaupun nama jenama berbeza, tetapi reka bentuk kedua-dua mesin ini memang serupa. Terdapat banyak aduan mengenai motor pemotong rumput cepat panas. Dan terdapat juga masalah dengan hayat bateri yang tidak konsisten. Saya tidak rekomen sesiapa pun membelinya kerana ia mempunyai isu kawalan kualiti produk yang serius. Mesin potong rumput WORX pastinya pilihan yang lebih berbaloi.

Ulasan BLACK & DECKER GL5530 Grass Trimmer

Jika anda ingin membeli mesin potong rumput elektrik yang baik dan mampu milik , BLACK & DECKER GL5530 mempunyai kuasa yang canggih dan dilengkapi dengan tapak beroda yang ringan. Dengan tapak berodanya, anda boleh menggunakannya sebagai mesin rumput lawnmower dan memotong rumput dengan lebih sekata. Selain itu, mesin rumput ini menggunakan wayar elektrik, anda juga tidak perlu risau tentang kehabisan bateri.


Soalan Lazim Mesin Potong Rumput

Apakah jenis mesin potong rumput yang harus saya beli?

Bagi pengguna biasa di rumah, saya rekomen membeli mesin rumput elektrik tanpa wayar. Untuk rumah banglo dengan halaman yang luas, anda harus membeli mesin rumput tolak/lawnmower.

Berapakah harga mesin potong rumput?

Mesin pemotong rumput yang baik bermula sekitar RM200 hingga RM500. Bagi mesin rumput yang lebih berkualiti dan berkuasa, harganya antara RM1000 – RM2000.

Apakah perbezaan brush cutter 2-stroke dan 4-stroke?

Four-stroke brush cutters lebih baik daripada two-stroke brush cutters kerana ia lebih senyap, kurang berasap, kurang bergetar, dan lebih tahan lasak.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.