Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka mesin basuh top load. Ini adalah disebabkan pengjagaaan mesin yang lebih mudah, dan mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding mesin basuh front load yang sama harga.
Table of Contents
ToggleApakah mesin basuh top load terbaik di Malaysia?
Mesin basuh top load terbaik Malaysia ialah LG TH2113DSAK. Ia adalah mesin basuh yang sangat jimat elektrik dengan Motor Inverter Direct Drive .
Ia juga mempunyai WiFi terbina dalam, tab stainless steel dan teknologi TurboWash 3D yang menjimatkan masa.
Saya telah melakukan penyelidikan untuk mencari mesin basuh top load terbaik bagi bajet dan keperluan yang berbeza.
Lihat 6 mesin basuh top load terbaik di Malaysia di bawah:
- Best Top Load Washing Machine: LG TH2113DSAK
- Best Panasonic Top Load Washing Machine: Panasonic NA-FD16V1BRT
- Best Budget Inverter Top Load Washer: LG T2108VS3M
- Best Value Top Load Washing Machine: Toshiba AW-J800AM
- Best Big Capacity Top Load Washing Machine: Sharp ESX 156/159
- Cheapest Top Load Washing Machine: Midea MFW-EC750
1. LG TH2113DSAK
Mesin Basuh Top Load Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
LG TH2113DSAK ialah mesin basuh top load terbaik di Malaysia. Ia adalah satu-satunya mesin basuh top load yang menggunakan tab stainless steel dan pulsator stainless steel.
Spesifikasi mesin basuh LG TH2113DSAK:
- Motor Inverter Direct Drive
- TurboWash 3D
- 6 Motion
- Auto Tub Clean
- Tab Stainless Steel
- Prewash Automatik
- ThinQ, built-in WiFI
- Kapasiti 13kg
Mesin basuh top load LG TH2113DSAK mempunyai fungsi TurboWash 3D yang boleh siap cuci pakaian dalam masa kurang daripada 40 minit.
Ia menggabungkan tiga teknologi pembasuhan baju yang utama, iaitu: WaveForce, TurboDrum dan JetSpray.
Dengan teknologi JetSpray, mesin basuh LG ini dapat membersihkan tab dan mencuci baju dengan lebih berkesan. Mesin ini akan membersihkan tab secara automatik sebelum ia mula mencuci pakaian setiap kali.
Salah satu ciri yang paling menarik pada LG TH2113SSAK ialah tab dan pulsator stainless steel. Ia lebih bersih dan tahan terhadap pertumbuhan bakteria daripada pulsator plastik yang biasa dijumpai pada mesin basuh lain.
Dengan Wi-Fi terbina dalam, anda juga boleh menggunakan aplikasi LG ThinQ untuk mengawal mesin basuh, memantau status dobi dan menerima makluman selepas pakaian siap basuh.
LG TH2113DSAK ialah mesin basuh top load yang hebat dengan kualiti binaan yang sangat baik. Ia juga mencuci baju dengan bersih dan jimat tenaga. Dengan kapasiti 13 kg yang sangat besar, ia adalah pilihan yang ideal untuk isi rumah dari semua saiz.
2. Panasonic NA-FD16V1BRT
Mesin Basuh Top Load Besar Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Panasonic NA-FD16V1BRT ialah mesin basuh top load terbaik dengan fungsi cucian panasa. Ia datang dengan banyak fungsi inovatif seperti StainMaster+ dan ActiveFoam System.
Spesifikasi mesin basuh Panasonic NA-FD16V1BRT:
- Minimalist dan design yang ergonomik
- Panasonic TD Inverter
- StainMaster
- Sistem ActiveFoam
- Basuh dengan suhu 40 dan 60 darjah Celsius
- Auto Tub Clean
- Drum Sazanami
- Kapasiti 16kg
Panasonic NA-FD16V1BRT dan Panasonic NA-FD13AR1BT merupakan dua mesin basuh top load yang hampir serupa.
Tetapi, model FD16V1BRT lebih berbaloi beli kerana ia mempunyai kapasiti 16 kg dani cucian panas. Ciri-ciri ini tidak terdapat pada Panasonic NA-FD13AR1BT.
Panasonic NA-FD16V1BRT telah direka untuk membuat penggunaan mesin basuh dengan semudah mungkin.
Ia mempunyai bukaan tab yang lebih lebar dari biasa, ketinggian mesin yang bersesuaian dan panel kawalan yang sejajar dengan paras mata.
Mesin basuh Panasonic ini dikuasakan oleh motor Panasonic TD Inverter yang menjimatkan sehingga 40% tenaga berbanding model bukan inverter.
Dari segi prestasi pembasuhan baju, Water Bazooka pada mesin basuh Panasonic ini boleh menembusi fabrik pakaian dengan aliran air yang kuat unutuk menanggalkan kotoran degil dengan berkesan.
Mesin Basuh Panasonic NA-FD16V1BRT mempunyai kapasiti yang sangat besar, iaitu 16kg. Ia boleh membasuh comforter, duvet, cadar katil, selimut, langsir dan pelbagai laundry berat dengan senang.
Yang paling penting, Panasonic NA-FD16V1BRT mempunyai cucian panas 40 dan 60 darjah Celsius yang boleh menghilangkan kotoran berminyak dengan lebih berkesan daripada air sejuk. Fungsi ini biasa djumpai pada mesin basuh front load, tetapi jarang pada mesin basuh top load.
3. LG T2108VS3M
Mesin Basuh Top Load Inverter Murah Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
LG T2108VS3M ialah mesin basuh top load inverter bajet yang agak baik. Ia adalah salah satu daripada senarai 8 mesin basuh terbaik di Malaysia. Lagi, ia berharga RM1000+ sahaja, iaitu separuh daripada harga pilihan pertama kami, LG TH2113DSAK.
Spesifikasi mesin basuh LG T2108VS3M:
- Motor Inverter
- Multi water flow powerful washing
- Teknologi TurboDrum
- Teknologi LoDecibel
- Smart Motion
- Smart Diagnosis
- Kapasiti membasuh 8kg
LG T2108VS3M amat direkomen kerana ia menggunakan motor inverter pintar LG dan dilengkapi dengan teknologi LoDecibel.
Oleh itu, ia bukan sahaja menjimatkan elektrik tetapi juga sangat senyap apabila beroperasi.
Bukan itu sahah, ia t erdapat juga teknologi Smart Motion dan TurboDrum yang boleh dijumpai dalam model mesin basuh LG yang lebih mahal.
Kesimpulannya, LG T2108VS3M ialah mesin basuh top load yang amat berbaloi dengan harga yang murah dan prestasi pencucian yang padu. Ia mempunyai waranti motor 10 tahuan.
4. Toshiba AW-J800AM
Mesin Basuh Top Load Murah Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Toshiba AW-J800AM adalah mesin basuh top load Toshiba yang murah dengan harga kurang daripada RM700.
Spesifikasi mesin basuh Toshiba AW-J800AM:
- Motor non-inverter
- Teknologi Greatwaves Washing
- Penutup Soft-close
- iClean, self-cleaning
- Kapasiti 7kg
Toshiba AW-J800AM adalah mesin basuh top load non-inverter yang berkualiti dan sepadan dengan harganya
Tidak seperti kebanyakan mesin basuh mampu milik, mesin basuh datang dengan penutup soft-close.
Reka bentuk bucu bulat telah dipakai pada setia[ sudut mesin basuh Toshiba, jadi tiada sebarang sudut yang tajam. Jadi, ia lebih selamat untuk digunakan.
Mesin basuh Toshiba ini hanya mendapati rating jimat tenaga 3 bintang kerana ia menggunakan motor non-inverter.
Namun demikian, banyak pelanggan masih suka dengan saiznya yang padat dan kualitinya yang tahan lasak.
Pendek kata, Mesin Basuh Toshiba AW-J800AM ini berbaloi dengan wangnya. kerana ia mencuci baju dengan bersih dan basuhan baju juga kurang bising. Ia amat sesuai untuk keluarga kecil dengan kapasiti basuh 7kg.
5. Sharp ESX 156/159
Mesin Basuh Top Load Besar Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Mesin basuh berkapasiti besar biasanya sangat mahal. Tetapi anda boleh membeli mesin basuh Sharp ESX156 15kg dengan harga kurang daripada RM1500.
mesin
- 3-star jimat tenaga
- Penutup Tempered Glass
- Sistem Intelligent Waterfall
- Tab stainless steel dengan tekstur washboard
- Auto Start selepas Blackout
- Auto power off
- Child Lock
- Kapasiti 15kg
Kelebihan utama mesin basuh Sharp ini ialah kapasitinya yang besar. Ia hanya mempunyai 4 program membasuh, iaitu : standard, heavy, gentle dan quick wash.
Dengan saiz 650 x 1040 x 670 mm, ia lebih besar dan lebih lebar daripada mesin basuh top load biasa.
Kelajuan putaran maksimumnya ialah 600 RPM. Kelajuan ini memadai untuk mengeringkan pakaian tanpa merosakkan fabrik pakaian.
Selain itu, mesin basuh Sharp dilengkapi dengan fungsi berguna seperti tutup secara automatik dimatikan dan hidup secara automatik sekiranya putus elektrik. Fungsi-fungsi ini membantu pengguna menjimatkan masa dan wang.
Anda boleh yakin dengan Mesin Basuh Sharp ESX156 kerana ia datang dengan waranti 2 tahun, waranti control panel 3 tahun, dan waranti motor 10 tahun.
6. Midea MFW-EC750
Mesin Basuh Top Load Termurah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Midea MFW-EC750 ialah mesin basuh top load 7.5kg termurah. Ia juga merupakan model terlaris di Shopee, sebanyak 7000+ unit terjual.
Spesifikasi mesin basuh Midea MFW-EC750:
- Drum stainless steel
- Perlindungan kebocoran
- Child lock
- Kapasiti 7.5kg
- Waranti 2+3+5
Peralatan rumah Midea sangat popular di Shopee dan Lazada kerana harganya yang rendah. Mesin basuh Midea MFW-EC750 juga disukai oleh ramai pelanggan tempatan.
Ia diberi penarafan jimat elektrik 3 bintang dan jimat air 1 bintang. Ini boleh difahami kerana ia adalah mesin basuh kos rendah dan tidak menggunakan motor inverter..
Terdapat 4 program membasuh terbina dalam washing machine Midea ini, iaitu : normal, quick 15, heavy dan tub clean.
Ramai pelanggan memuji Midea’s MFW-EC750 sangat murah dan amat berbaloi.
Sila ambil perhatian bahawa ia tidak mempunyai timer walaupun beberapa seller Shopee menyatakan bahawa ia mempunyai timer,
Waranti yang diberikan untuk motor tersebut hanya 5 tahun, lebih pendek berbanding model mesin basuh lain.
Jenama Mesin Basuh Top Load Lain
Review Mesin Basuh Samsung WA13T5360BV
Samsung WA13T5360BV ialah mesin basuh dengan motor digital inverter yang berpatutan.
Kedua-dua mesin basuh LG dan Panasonic dalam senarai di atas adalah lebih mahal daripada Samsung WA13T5360BV
Mesin Basuh ini mempunyai pelbagai teknologi yang inovatif, seperti: Wobble Technology, Magic Dispenser, and Deep Softener functions.
Jadi, Samsung WA13T5360BV memang satu pilihan yang menarik dengan harga jualan yang murah, kurang dari RM1500.
Review Samsung 7KG Top Load Fully Auto Washing Machine (vs LG)
Samsung WA70H4000SG ialah mesin basuh top load murah Samsugn. Ia dikuasakan oleh motor AC dengan kelajuan putaran maksimum 700 rpm.
Ia mempunya 6 program membasuh, seperti: Blanket, Delicates, Eco Tub Clean, Fuzzy, Jeans, dan Quick Wash.
Kekurangan utama Mesin Basuh Samsung WA70H4000SG ialah ia hanya mendapat rating 2-bintang jimat tenaga..
Review Mesin Basuh Khind WM100A
Di Shopee, Mesin Basuh Khind WM100A agak popular. Ia datang dengan penutup kaca tempered yang mempunyai soft-close. Tab mandinya diperbuat daripada staineless steel dan mempunyai pelbagai program membasuh baju tebrbina dalam.
Terdapat juga model variasi WM80A dan W120A, yang kedua-duanya mempunyai kapasiti basuhan 8kg dan 12kg. Jadi, pengguna boleh memilih model mengikuti kapasiti yang diperlukan.
Antara model ini, saya rasa W120 paling berbaloi untuk dibeli kerana harganya lebih rendah dan ia mempunyai rating jimat tenaga 4 bintang.
Review Mesin Basuh Hisense WTAR8011G
HiSense WTAR8011G telah dipilih sebagai 8 mesin basuh terbaik di Malaysia.
Mesin basuh Hisense ini berkapasiti 8kg dan hanya dijual pada harga RM650+ sahaja. Ia mempunyai 10 program membasuh yang berbeza fabrik pakaian yang berlainan. Dan ia mempunyai fungsi Aqua Reserve dan Air Dry yang agak unik.
Dengan waranti motor 6 tahun, anda boleh membeli Hisense WTAR8011G tanpa risau.
Soalan Lazim Mesin Membasuh Top load
Bagaimana kita memilih mesin basuh top load?
Untuk mesin basuh top load, anda harus mempertimbangkan faktor seperti kapasiti basuh, motor inverter, bahan dram, program membasuh dan cucian air panas.
Adakah mesin basuh top load lebih baik daripada mesin basuh front load?
Tidak, dari segi prestasi mencui baju, top load washer adalah lebih lemah daripada front load washers. Tetapi, penjagaan mesin basuh top load lebih mudah dan ia kurang rosak.
Adakah mesin basuh top load menggunakan lebih banyak air dan tenaga?
Ya, mesin basuh top load menggunakan lebih banyak air dan tenaga elektrik berbanding mesin basuh front load. Oleh itu, penarafan jimattertinggi yang boleh didapati pada mesin basuh top load hanyalah 4 bintang.