8 Mesin Basuh Terbaik Malaysia

mesin basuh terbaik

Mesin basuh yang bagus akan membuatkan kerja membasuh baju anda semudah ABC dan menjimatkan masa serta wang.

Untuk mencari jenama mesin basuh yang bagus, kami mencadangkan beberapa model mesin basuh di Malaysia iaitu Sharp, Midea, Hisense, Electrolux, Panasonic, Toshiba, Hitachi, LG, Bosch, dan Samsung.

Apakah mesin basuh terbaik di Malaysia?

Mesin basuh terbaik di Malaysia ialah Mesin Basuh Front Load LG FV1450S4W. Berbanding dengan jenama lain, mesin basuh ini mempunyai prestasi mencuci yang menakjubkan dan membazirkan elektrik dan air.

Saya lebih gemar mesin basuh muatan depan berbanding mesin basuh muatan atas kerana ia lebih kompak dan boleh mencuci baju dengan lebih efisien.

Lihat 8 mesin basuh terbaik di Malaysia:

  1. Mesin Basuh Front load Terbaik:: LG FV1450S4W Front Load Washer
  2. Mesin Basuh Terbaik Bawah RM1000: Toshiba BH85S2M 
  3. Mesin Basuh Top Load Terbaik: LG T2108VS3M Top Load Washer
  4. Mesin Basuh Bajet Terbaik: Toshiba AW-J800AM
  5. Mesin Basuh Murah Terbaik: Hisense WTAR8011G
  6. Mesin Basuh 15kg Terbaik: Sharp ESX159
  7. Mesin Basuh Dryer Terbaik: LG F2515RTGV
  8. Washer Dryer Murah: Midea MF100D85B

1. LG FV1450S4W Front Load Washer

Mesin Basuh Muatan Depan Terbaik

Best Top Load Washing Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin Basuh Front load LG FV1450S4W adalah washing machine terbaik di Malaysia dengan rating penjimatan tenaga 5-bintang. Ia mempunyai pelbagai fungsi seperti cucian normal, stim, cotton, senyap dan banyak lagi.

Spesifikasi Mesin Basuh LG FV1450S4W :

  • Inverter Direct Drive
  • Dilengkapi WiFi
  • Fungsi cucian stim
  • Pelbagai suhu cucian
  • Kapasiti maksimum cucian 10.5kg

Mesin Basuh LG FV1450S4W menggunakan AI Direct Drive technology. Ia boleh mengesan berat dan kelembutan sesuatu fabrik dan memilih cara cucian terbaik untuk membasuh baju anda.

Salah satu kebaikan mesin basuh LG ini ialah Teknologi Inverter Direct Drive yang lebih baik dari mesin basuh yang menggunakan belt dan pulley. Kerana motor inverter ini bersambung secara terus dengan drum dan memutarkannya dengan senyap, efisien dan tahan lasak.

Mesin basuh LG ini mempunyai Teknologi Stim LG yang boleh menyingkirkan 99% alergen seperti hama. Jadi, ia amat sesuai untuk mencuci baju bayi.

Mesin basuh LG FV1450S4W menggunakan material yang berkualit seperti pintu kaca tempered glass dan drum stainless steel. Oleh itu, ia kelihatan premium dan tahan lasak.

LG FV1450S4W Front Load Washer uses a tempered glass door and stainlesslifter

Mesin basuh ini digunakan dengan LG TwinWash Mini. Anda boleh letak LG FV1450S4W atas TwinWash Mini dan menggunakan TwinWash Mini untuk baju yang lebih delicate.

Mesin Basuh LG FV1450S4W mempunyai jaminan produk 1 tahun dan jaminan motor sebanyak 10 tahun.


2. Toshiba BH85S2M 

Mesin Basuh Terbaik Bawah RM1000

Best Washing Machine Under RM1000

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Toshiba BH85S2M adalah mesin basuh front load terbaik bawah RM1000. Ia mempunyai rating 5 bintang penjimatan tenaga dan 3 bintang untuk kecekapan air.

Ia juga merupakan salah satu mesin basuh yang paling popular di Shopee dengan jualan mencecah ribuan unit. Ia juga mempunyai ribuan review yang positif.

Spesifikasi mesin basuhToshiba BH85S2M:

  • Motor inverter
  • 5-bintang energy saving, 3-bintang water efficiency
  • 15 minit cucian pantas
  • 7.5kg kapasiti cucian maksimum

Toshiba BH85S2M adalah mesin basuh muatan depan yang bersaiz sama dengan LG FV1450S4W. Dimensinya adalah 595 x 530 x 850mm.

Tetapi, kapasiti cucian mesin basuh Toshiba ini lebih kecil, hanya boleh menampung pakaian seberat 7.5 kg berbanding 10.5 kg untuk mesin basuh LG. Kapasiti basuh 7.5kg ini masih dikira mencukupi untuk keluarga keceil yang terdiri daripada 3-4 orang ahli.

Ia menggunakan motor inverter yang lebih senyap, efisien dan tahak lasak berbanding motor bukan inverter. Disebabkan itu, mesin basuh Toshiba BH85S2M mendapat rating 5-bintang kecekapan tenaga.

Toshiba menggunakan technologi basuhan, “The Greatwaves”. Ia menggunakan gelombang air dan basuhan air sejuk untuk cucian bagu lebih bersih dan tidak melunturkan warna pakaian anda.

Mesin basuh ini mempunyai 16 program cucian preset. Anda boleh menetapkan suhu basuhan baju mengikut keperluan sendiri.

Disebabkan Toshiba BH85S2M adalah mesin basuh bajet, ia dilengkapi dengan teknologi yang biasa dan standard sahaja. Ia menggunakan sistem belt dan pulley, dan lifter dalam drum adalah lifter plastik sahaja.

Secara keseluruhannya, mesin basuh Toshiba BH85S2M menawarkan nilai yang baik bagi harganya yang berpatutan. Mesin Basuh Toshiba mempunyai waranti produk 2 tahun dan waranti motor 10 tahuan.


3. LG T2108VS3M Top Load Washer

Washing Machine Top Load Bajet Terbaik

Best Budget Top Load Washing Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

LG T2108VS3M adalah mesin basuh top load bajet terbaik di Malaysia. Jika anda mencari mesin basuh inverter tapi tidak ingin menghabiskan banyak wang, anda boleh pertimbangkan mesin basuh LG T2108VS3M ini.

Spesifikasi mesin basuh LG T2108VS3M:

  • Motor inverter
  • Teknologi TurboDrum
  • Teknologi LoDecibel
  • Smart Motion
  • Smart Diagnosis
  • Kapasiti 8kg

Biasanya, mesin basuh top loading lebih bising dari mesin basuh front load tapi LG T2108VS3M adalah terkecuali.

Mesin basuh LG T2108VS3M menggunakan teknologi LoDecibel yang menggunakan Perlindungan Motor BMC untuk memegang motor dengan ketat untuk mengurangkan bunyi bising dan getaran.

Bunyi yang dihasilkan adalah serendah 45dB.

Mesin basuh top loading LG T2108VS3M menggunakan Smart Motion untuk memberikan prestasi cucian yang lebih baik.

LG T2108VS3M Top Load Washer uses Smart Motion

Smart Motion terdiri daripada 3 gerakan cucian spesifik: Agitating, Rotating dan Swing.

Teknologi TurboDrum memutarkan tab mesin basuh dalam arah yang berlawanan dengan pulsator bagi memastikan cucian pakaian lebih padu.

Mesin Basuh LG T2108VS3M didatangkan dengan dispenser air terjun dari tepi bagi memastikan campuran dan pengagihan sabun basuh dengan lebih seragam.

Hasilnya, pakaian anda akan dicuci lebih bersih dan berbau wangi.


4. Toshiba AW-J800AM

Mesin Basuh Bajet Terbaik

Best Budget Washing Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Toshiba AW-J800AM adalah mesin basuh top load murah terbaik dengan harga bawah RM700. Ia mempunyai kapasiti 7kg dan reka bentuk yang elegan.

Spesifikasi mesin basuh Toshiba AW-J800AM:

  • Motor non-inverter
  • Technology Cucian Great waves
  • Penutup soft-close
  • iClean, self-cleaning
  • Kapasiti 7kg

Pertama sekali, mesi basuh Toshiba AW-J800AM didatangkan dengan penutup yang soft-close yang biasanya jarang dijumpai untuk pada mesin basuh yang murah.

Oleh sebab mesin basuh Toshiba ini menggunakan motor non-inverter, ia hanya mendapat rating 3-bintang kecekapan tenaga.

Fungsi iClean merupakan satu lagi fungsi yang menarik pada mesin basuhToshiba AW-J800AM. iClean akan mencucikan tab basuh secara automatik setiap kali kita mula membasuh baju. Dengan itu, tab basuh baju anda akan sentiasa kekal bersih.

Toshiba AW-J800AM adalah mesin basuh non-inverter yang amat berbaloi dengan harga kurang dari RM700. Ia mempunyai waranti produk 2 tahun dan waranti motor 7 tahun.


5. Hisense WTAR8011G

Washing Machine Murah Terbaik

Best Cheap Washing Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Hisense WTAR8011G adalah mesin basuh murah yang terbaik di Malaysia. Ia berharga RM649, lebih murah berbanding Toshiba AW-J800AM. Mesin basuh ini mendapat sebanyak 1,600 review dan rating 4.9 bintang.

Spesifikasi Mesin Basuh Hisense WTAR8011G:

  • 3 bintang rating kecekapan tenaga
  • Drum stainless steel
  • Fast Air Dry
  • Kapasiti sebanyak 8kg

Jenama Hisense dikenali ramai kerana peralatan rumahnya yang murah dan berpatutan.

Mesin Basuh Hisense WTAR8011G ini lebih besar berbanding Toshiba AW-J800AM tetapi ia lebih murah.

Dengan mesin basuh Hisense, anda boleh memilih sebanya 10 tahap air yang berbeza yang mengikut keperluan anda. Kawalan airnya yang tepat lebih menjimatkan masa dan air..

Terdapat lebih kurang 10 washing programme preset dalam model mesin basuh ini termasuklah standard wash, heavy, spin, wash, tub clean, quick, delicate, rinse+spin, aqua reserve dan air dry.

Antara semua program ini, Aqua reserve dan Air dry adalah yang paling unik.

Aqua reserve akan simpan air selepas bilasan terakhir supaya anda boleh guna air itu untuk tujuan lain. Air Dry pula menyingkirkan sisa air dari pakaian anda melalui gerakan putaran yang laju dalam tab.

Hisense WTAR8011G menawarkan 2 tahun waranti produk. 3 tahun waranti panel kawalan dan 6 tahun waranti motor.


6. Sharp ESX159

Mesin Basuh 15KG Terbaik

Best 15KG Washing Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sharp ESX159 adalah mesin basuh 15kg yang berpatutan dan bagus di Malaysia. Ia menerima sebanyak 500 review dengan rating 5 bintang.

Spesifikasi mesin basuh Sharp ESX159:

  • Rating kecekapan tenaga 3-bintang
  • Penutup kaca tempered glass
  • Sistem Intelligent Waterfall
  • Tab Stainless Steel dengan tekstur washboard
  • Auto Start Selepas Blackout
  • Auto power off
  • Child Lock
  • Kapasiti 15kg

Mesin basuh bersaiz besar dengan harga sukar didapati sekarang. Mesin basuh top load Sharp ESX159 ini murah dan memang ideal untuk keluarga besar.

Mmesin basuh Sharp ini hanyalah mesin basuh yang biasa sahaja tanpa sebarang teknologi canggih. Kelebihannnya adalah saiznya yang besar boleh muat sehingga 15kg.

Cadar katil, comforter dan duvet amat senang dicuci dengan mesin basuh Sharp ESX159.

Terdapat 4 program cuci preset pada mesi basuh ini : Standard, Heavy, Gentle dan Quick Wash.

Saiz Sharp EX159 berukuran saiz 650 x 1040 x 670 mm. Ia adalah lebih besar dan luas berbanding mesin basuh biasa. Kelajuan maksimum putarannya ialah 600 RPM.

Sharp ESX159 ada penutup kaca tempered yang kelihatan moden dan senang dijaga.

Mesin basuh Sharp mempunyai fungsi-fungsi yang memudahkan pengguna seperti auto power off and auto start selepas blackout. Ia boleh membantu menjimatkan masa dan elektrik.

Mesin basuh Sharp ESX159 dilengkapi dengan 2 tahun waranti produk, 3 tahun waranti panel kawalan dan 10 tahun waranti motor.


7. LG F2515RTGV

Mesin Basuh Dryer Terbaik

Best Washing Machine with Dryer

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

LG F2515RTGV adalah mesin basuh dryer 2-in-1 terbaik di Malaysia. Walaupun sedikit mahal, anda boleh jimat banyak masa dan tenaga.

Spesifikasi Mesin Basuh Dryer LG F2515RTGV:

  • Motor AI Direct Drive
  • Rating kecekapan tenaga 5-bintang
  • TurboWash
  • Steam
  • Built-in WiFi
  • Standby Power Zero
  • Condenser Dryer
  • 12 washing programmes dan 3 drying programmes
  • Suhu cucian 30 – 95 darjah Celcius

LG F2515RTGV adalah mesin basuh front load 15/8 kg. Ia boleh mebasuh 15 kg dan mengering 8kg pakaian.

LG FV1450S4W yang dikuasakan oleh motor Pacuan Terus AL yang menawarkan lebih 15% perlindungan fabrik.

Dari segi prestasi cucian, ia sama dengan mesin basuh LG FV1450S4W washing machine. Ia menggunakan motor AI Direct Drive motor yag memberikan lebih 15% perlindungan fabrik.

Ia akan memilih cara cucian yang terbaik secara automatik untuk meningkatkan prestasi cucian tanpa merosakkan pakaian anda.

Mesin basuh LG F2515RTGV juga dilengkapi dengan fungsi TurboWash dan Stim.

Dengan adanya built-in WiFi, pengguna boleh mengguna app LG ThinQ untuk kawal mesin basuh LG.

In terms of drying performance, this is a condenser dryer. It has three drying programmes: normal dry, extra dry and time dry.

Dengan LG F2515RTGV, anda boleh basuh dan keringkan pakaian sekali gus. Mesin basuh dryersesuai untuk rumah yang tidak mempunyai ruang yang besar untuk menyidai baju.

Dengan LG F2515RTGV, anda boleh basuh dan keringkan pakaian sekali gus. Mesin basuh dryersesuai untuk rumah yang tidak mempunyai ruang yang besar untuk menyidai baju.


8. Midea MF100D85B 

Mesin Basuh Dryer Murah Terbaik

Best Budget Washer Dryer

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Midea MF100D85B is the best budget 2-in-1 washing machine. This is an 8.5/5kg washer dryer with an abundance of features.

Midea MF100D85B washing machines specifications:

  • Motor Inverter Quattro
  • Combo mesin basuh dan pengering
  • Midea Health-Guard
  • Auto Clean cycle
  • Steam Clean
  • Lunar Dial Knobs

Midea MF100D85B dijual dengan harga yang amat murah, iaitu kurang daripada RM2,000. Mesin basuh pengering jenama lain biasanya mencecah RM3,000.

Ia menggunakan motor inverter Midea yang menjimatkan tenaga sehingga 70% dan 10.4% lebih senyap berbanding model motor non-inverter.

Mesin Basuh Midea MF100D85B mempunyai design panel kawalan yang elegan. Di atas Lunar Dial Knobnya terdapat skrin LCD yang menjadikan mesin basuh ini nampak futuristik.

Midea MF100D85B jauh lebih murah berbanding LG Combo Washer Dryer. Akan tetapi, ia mempunyai fungsi steam care dan suhu basuh basuh berlainan seperti yang terdapat pada mesin basuh yang mahal.

Salah satu kekurangan mesin basuh dryer Midea ini ialah kapasiti mengering baju yang kecil, iaiti hanya 5kg sahaja.

Tambahan lagi, ia menggunaan belt dan pulley bukan Direct Drive sperti Mesin Basuh LG. Jadi, ia mungkin akan lebih cepat rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik

Midea MF100D85B mempunyai waranti penuh 2 tahun, waranti panel kawalan 3 tahun dan waranti motor 10 tahun.


Pilihan Sebelum ini

Mesin Basuh Top Load Toshiba 10KG AW-H1100GM Review

Toshiba AW-H1100GM mempunyai motor non-inverter dan spin maksimum sebanyak 700 rpm. Ia mempunyai kapasiti 10 kg dan 12 tahun waranti motor. Model ini masih pilihan yang baik jika anda ingin membeli mesin basuh top load.

Mesin Basuh Front Load Electrolux EWF7525 Review

Electrolux EWF7525 mendapat pengiktirafan Woolmark dan mempunyai teknologi Vapour Care. Ia menggunakan wap 40 darjah Celcius bagi setiap cucian untuk mengurangkan kedutan, kuman dan alergen.

The Electrolux EWF7525 is Woolmark approved and features Vapour Care technology.  It ends each wash with a gentle whoosh of 40 degrees Celsius vapour to reduce wrinkle as well as germ & allergen. 

Tapi Electrolux EWF7525 adalah agak mahal berbanding dengan mesin basuh Toshiba BH85S2M yang direkomenkan sekarang.

Mesin Basuh LG T2109VS2 Review

Mesin Basuh LG T2109VS2 lebih besar dan mahal berbanding pilihan utama kami iaitu LG T2108VS3M. Presetasi dan kecekapan tenaga kedua-dua mesin ini adalah sama iaitu, rating 4-bintang.


Jenama Mesin Basuh Yang Lain

Mesin Basuh Samsung Malaysia Review

Mesin basuh muatan depan Samsung amat popular kerana rekabentuknya yang moden dan fungsi cucian AI.

Mesin basuh Samsung ini mempunyai tempoh waranti yang panjang: 2 tahun waranti produk dan 11 tahun waranti motor. Oleh itu, mesin basuh Samsung dan LG sering dibandingkan bersama-sama.

Model mesin basuh high-endSamsung agak mahal dan kami mendapat laporan bahawa ia sukar dibaiki jika rosak. Dan juruteknik sering mengambil masa yang panjang untuk membaikinya apabila ada masalah.

Mesin Basuh Khind Review

Khind WM100A, WM80A dan W120A adalah model yang sangat popular di Shopee dan Lazada walaupun tidak semurah Toshiba atau Midea. Mesin basuh Khind biasanya mempunyai 5 tahun waranti motor yang lebih pendek berbanding jenama lain.

Khind WM100A, WM80A dan W120A adalah model yang sangat popular di Shopee dan Lazada walaupun tidak semurah Toshiba atau Midea. Mesin basuh Khind biasanya hanya memberi jaminan motor sebanyak 5 tahun. Ia adalah amat pendek berbanding jenama mesin basuh lain.

Mini Washing Machine Review

Pada pendapat saya, mesin basuh mini atau mesin basuh mudah alih adalah semata-mata pembaziran wang .

Mesin basuh jenis ini tidak boleh mencuci baju dengan baik dan pengguna perlu mengisi dan membuang air secara manual.

Dan apa yang paling penting, ia tidak mampu membasuh baju anda dengan bersih.

Mesin Basuh Xiaomi Review

Mesin Basuh & Pengering Xiaomi menggunakan tekonologi motor direct drive sama dengan LG tetapi ia lebih murah.

Mesin Basuh Xiaomi mempunyai beberapa kekurang seperti menggunakan plug China dan pengguna perlu set Mi Home kepada region Negara China untuk kawal mesin basuh dengan menggunakan app.

Pembaikian dan maintenance mesin basuh Xiaomi adalah agak susah juga.

Secare keseluruhgan, mesin basuh pengering Xiaomi tidak begitu sempurna dan rekomen bagi peminat Xiaomi.

Mesin Basuh Bosch Review

Mesin Basuh Bosch amat popular di pasaran EU dan US tapi jarang dikenali di Malaysia. Walaupun kualitinya cukup bagus, ia agak sukar mencari orang yang boleh membaikinya jika rosak.

Mesin Basuh Panasonic Review

Mesin Basuh Panasonic kurang popular walaupun ia adalah jenama peralatan ruamah kegemaran warga Malaysia. Harganya lebih kurang sama dengan jenama LG dan Electrolux.


Soalan Washing Machine

Perlukah saya beli mesin basuh muatan atas atau muatan depan?

Mesin basuh muatan depan lebih kompak dan ideal untuk orang yang tinggal di apartmen dan ianya mencuci baju dengan lebih baik.
Mesin basuh muatan atas lebih besar saiznya, kurang efisien dalam mencuci dan menggunakan lebih banyak air.

Apakah jenama mesin basuh terbaik di Malaysia?

Mesin Basuh Muatan Depan LG dengan AI Direct Drive adalah pilihan yang terbaik. Mesin ini amat tahan lasak dan efisien berbanding dengan mesin basuh biasa yang menggunakan sistem belt dan pulley.

Bagaimana cara untuk saya memilih mesin basuh di Malaysia?

Faktor utama yang perlu diambil kira ialah kapasiti mesin basuh. Kemudian, anda perlu memutuskan sama ada pakai top load atau front load. Dan akhir sekali, anda perlu pilih sama ada ingin beli model motor inverter atau tidak.

Lazada 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.