Statistik rasmi menunjukkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya Malaysia antara tertinggi dunia . Untuk melindungi kita dan kereta kita, adalah wajar kita memasang dash cam atau car camera di dalam kereta.
Dash cam adalah penting untuk merakam dan merekod keadaan sekeliling kerete setiap masa. Ia dapat memastikan sebarang kemalangan jalan raya yang berlaku direkod dengan sempurna.
Table of Contents
ToggleApakah dash cam terbaik di Malaysia?
Dash cam terbaik untuk di Malaysia adalah 70mai A500S kerana rakaman video resolusi tinggi 1944p dan kualiti imej low-light yang bagus. Ia juga telah mendapati ranking no.2 terbaik menuruti kajian CAMSCORE oleh MIROS dan CyberSecurity Malaysia.
Dash cam capacitor terbaik ialah DDPai Z40 yang menggunakan supercapacitor yang lebih tahan lama dari dash cam bateri litium. Ia sesuai untuk orang yang perlu sering parking kereta mereka di car park terbuka dan disinar matahari secara langsung.
Secara umu, dash cam yang baik perlu merakam video yang jelas (dapat melihat plat lesen kereta), rakaman malam yang jelas, dan sudut rakaman yang cukup luas.
Lihat senarai 7 dash cam terbaik di Malaysia:
- Dash Cam Terbaik: 70mai A500S
- Dash Cam Super Capacitor Terbaik: DDPai Z40
- Dash Cam 4K Terbaik: 70mai A800S
- Dash Cam Bajet Terbaik: 70mai A400
- Dash Cam Murah Terbaik: 70mai M300
- Dash Cam 3 Channel Terbaik: SIPII SP400
- Dash Cam Motosikal Terbaik: Blueskysea DV988
1. 70mai A500S
Dash Cam Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
70mai A500s juga dikenali sebagai 70mai Dash Cam Pro Plus+ adalah dash cam dual channel terbaik dan memadai untuk kebanyakan orang.
Spesifikasi 70mai A500s:
- Resolusi video: 2592 x 1944
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: 2”
- Sensor imej: Sony IMX 335
- Bateri: Li-ion 500mAh
- Lain-lain: Parking mode, built-in GPS, ADAS, 3D DNR
70mai A500s adalah dashcam dual-channel yang boleh digunakan bersama-sama dengan kamera belakang, 70mai RC6. RC06 adalah kamera belakang yang sama juga digunakan untuk model 70mai A800s, 70mai A400.
Dengan ini, anda boleh memandu dengan tenang mengetahui sebarang kemalangan berlaku akan ditangkap, sama ada di hadapan ataupun di belakang.
70mai A500S menggunakan kamera hadapan dengan processor NT96580 dan sensor Sony IMX 335 CMOS. Ia boleh merakam video 1944p, 30fps dengan kualiti video yang sangat baik di siang hair.
Kamera 70mai ini boleh menangkap imej yang jelas pada plat lesen kereta, papan tanda jalan dan berbagai butiran kecil atas jalan raya.
Sensor Sony IMX 335 memang terkenal dengan prestasinya untuk rakaman waktu malam.
Di samping itu, 70mai A500S menggunakan 3D Dynamic Noise Reduction dan teknologi wide dynamic range untuk meningkatkan rakaman video dalam keadaan low-light.
Warna imej pada waktu malam akan kelihatan lebih sharp dan vibrant dari imej yang tidak diproses.
Selain itu, 70mai A500S mempunyai banyak ciri keselamatan tambahan seperti parking surveillance 24 jam, advanced driver-assistance systems (ADAS), dan built-in GPS.
Satu lagi perkara yang saya suka mengenai 70mai dash cam adalah app smartphonenya.
Oleh kerana 70mai adalah sebahagian dari syarikat ekosistem Xiaomi, aplikasi 70mai guna design yang menyerupai Mi Home App. Dan dash cam70mai amat mudah disambungkan dengan smartphone.
Satu-satu kelemahan pada 70mai A500S (dan lain-lain 70mai dash cam) adalah penggunaan bateri Li-ion dan bukannya supercapacitor.
Bateri Li-ion mempunyai jangka hayat yang lebih rendah berbanding dengan supercapacitor apabila terdedah kepada suhu yang melampau tinggi dan panas.
Jadi, ia kemungkinan besar lebih cepat rosak berbanding dengang dash cam supercapcitor, kerana cuaca yang pansa di Malaysia
Secara keseluruhan, 70mai A500S adalah dash cam yang sangat berbaloi dengan harga yang berpatutan dan kualiti video yang mengagumkan. Satu lagi bonus, syarikat 70mai juga sering update firmware dashcam mereka untuk memastikan dash cam 70mai berfungsi dengan lebih baik.
2. DDPai Z40
Dash Cam Capacitor Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
DDPai Z40 adalah dash cam super capacitor terbaik dengan rakaman dual-channel di Malaysia. Ia dijual dengan harga hanya RM339, tawaran yang sangat menarik memandangkan kamera dash super capacitor lain, seperti Thinkware, Blackvue, dijual dengan harga sekitar RM500 hingga RM1000.
Spesifikasi DDPai Z40:
- Resolusi video: 2592 x 1944
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: 2”
- Sensor imej: Sony IMX 335
- Bateri: Super capacitor
- Lain-lain: Realcube Image Technology, D²save storage, GPS, parking surveillance, loop recording
DDPai Z40 adalah pesaing kepada 70mai A500s. Kedua-duanya menjual dengan harga yang sama, mempunyai resolusi video yang sama 1944p, dan mempunyai sensor Sony IMX 335 yang sama.
Dari segi kualiti rakaman video, terdapat sedikit perbezaan antara DDPai Z40 dan 70mai A500S. DDPai Z40 menggunakan Teknologi Realcube Image untuk meningkatkan ketepatan warna dan kecerahan imej.
Tetapi, DDPai Z40 mempunyai beberapa aspek yang lebih baik daripada 70mai A500S.
Pertama, ia menggunakan super capacitor dan bukannya bateri lithium-ion.
Kelebihan super capacitor adalah ia boleh bertahan dan berfungsi dalam keadaan cuaca yang melampau. Ia boleh beroperasi dengan norma dalam suhun -20ºC hingga 70ºC.
Tetapi kelemahannya ialah rakaman video akan dihentikan serta merta apabila anda menghentikan enjin kereta anda.
Untuk menggunakan mod parking surveillance 24 jam, anda perlu hardwire dash cam DDPai Z40 ke satu pek bateri dash cam yang berasingan. Bateri tersebut akan membekalkan elektrik yang diperlukan semasa enjin kereta mati.
Satu lagi ciri unik yang terdapat pada DDPai Z40 ialah teknologi D²save storage.
Sekiranya kad microSD rosak, ia akan merekodkan rakaman video yang penting ke flash drive NAND Flash dahulu. Jadi, kuranglah masalah video hilang atau tidak dapat dicari apabila kemalangan berlaku.
Kesimpulannya, DDPai Z40 adalah dash cam yang paling baik bagi orang yang mahukan dashcam yang boleh bertahan dengan cuaca panas di Malaysia. Dan ia juga lebih selamat dengan teknologi D²save storage.
Sebaliknya, 70mai A500S adalah pakej yang lebih lengkap dengan software/firmware yang lebih mantap. 70mai A500 mempunyai bateri 500mAh yang membolehkan ia berfungsi untuk tempoh yang singkat selepas enjin dimatikan.
3. 70mai A800S
Dash Cam 4K Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
70mai A800S adalah dashcam 4K terbaik di Malaysia. Ia mempunyai rakaman video 4K definisi tinggi dan skrin display 3″.
Spesifikasi 70mai A800s:
- Resolusi video: 3840 x 2160
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: 3”
- Sensor imej: Sony IMX415
- Bateri: Li-ion 500mAh
- Lain-lain: Parking mode, built-in GPS, ADAS, 3D DNR
Spesifikasi 70mai A800S dan A500S dash cam adalah hampir serupa kecuali A800S mempunyai paparan LCD 3″ yang lebih besar dan menggunakan sensor Sony IMX415.
Rakaman 4K mengambil lebih banyak ruang simpanan berbanding dengan rakaman 1080p atau 2K. Jadi, ia akan menghabiskan ruang simpanan kad SD dengan kadar yang lebih cepat.
Kalau anda mahu membeli 70mai A800S, pastikan anda membeli kad microSD yang bersaiz besar
Sperti yang ditunjukkan di video review di atas, 70mai A800S menggunakan sensor Sony IMX415 yang mempunyai prestasi yang sedikit lebih lemah dalam rakaman low-light.
Sekiranyan persekitaran rakamn terlalu gelap, imej pada 70mai A800S akan menjadi lebih gelap manakala 70mai A500S masih jelas dan dapat menangkap banyak butiran.
Tapi, 70mai A800s menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk rakaman siang hari. Video yang dirakam pada siang hari memang lebih jelas.
Oleh itu, jika keutamaan anda adalah kualiti rakaman video siang hari yang baik, maka anda harus membeli 70mai A800S. Jika tidak, 70mai A500s adalah lebih baik kerana ia boleh menangkap video bagus samada siang ataupun malam.
4. 70mai A400
Dash Cam Bajet Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
70mai A400 adalah dash cam bajet terbaik di Malaysia. Ia dijual dengan harga RM211. Ia telah menerima lebih dari 4,000 review dan diberi rating 5 bintang.
Spesifikasi 70mai A400:
- Resolusi video: 2560 x 1440
- Sudut pandang: 145 darjah
- Skrin display: 2”
- Sencor imej: GC4653
- Bateri: Li-ion 500mAh
- Lain-lain: Parking mode, 3D DNR
70mai A400 adalah dashcam mid-tier yang berharga antara 70mai M300 dan 70mai A500s. Walaupun ia adalah dashcam bajet, ia menyokong rakaman video dual-channel, depan dan belakang.
70mai A400 menggunakan kamera 3.6-megapixel dengan apertur 2.0.
Resolusi rakaman videonya ialah 1440p. Dan ia mempunyai sudut pandang yang paling luas di kalangan semua model dash cam 70mai, iaitu sebanyak 145 darjah.
Sudut pandan kamera kereta ini boleh merangkumi sebanyak tiga lorong jalan dan memastikan anda dapat menangkap sebarang kejadian yang berlaku di hadapan kenderaan anda.
70mai A400 menggunakan sensor imej yang berbeza daripada 70mai dash cam yang lain. Ia menggunakan sensor Galaxy Core GC4653.
Walaupun sensor ini kurang popular berbanding sensor Sony IMX, ia masih dapat merekodkan kualiti video siang dan malam yang bagus. Dan ia mempunyai prestasi yang lebih baik dari 70mai M300 dan 70mai 1S.
70mai A400 menyokong 3D DNR dan mod parking. Tetapi ia tidak mempunyai fungsi GPS dan ADAS.
Sama dengang semua model dash cam 70mai, 70mai A400 menggunakan bateri litium 500mAh.
Jadi, anda perlu mengelakkan dari parking kereta di bawah cahaya matahari yang panas dalam masa yang lama. Kerana suhu panas dari cahaya matahari akan menjejaskan prestasi bateri litium.
Walaupun 70mai A400 mempunyai pelbagai kelemahan kecil, ia masih merupakan dashcam bajet terbaik untuk dibeli di Malaysia disebabkan harganya yang murah dan kualiti rakaman video yang memuaskan.
5. 70mai M300
Dash Cam Murah Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
70mai M300 adalah dash cam murah terbaik di Malaysia. Ia adalah dash cam yang paling popular dan paling laris di Shopee kerana harganya yang murah, hanya RM165.
Spesifikasi 70mai M300:
- Resolusi video: 2304 x 1296
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: No screen
- Sensor imej: SC3335
- Bateri: Li-ion 240mAh
- Lain-lain: Parking mode, 3D DNR, loop recording
70mai M300 kelihatan serupa dengan 70mai 1S, tetapi ia telah dinaik taraf dari banyak segi.
Perbezaan pertama ialah ia menangkap video dalam resolusi yang lebih tinggi daripada 70mai 1S: 1296p vs 1080p.
Ia juga kini mempunyai sudut pandang yang lebih luas sebanyak 140 darjah.
Ia juga menyokong pelbagai ciri tambahan yang tidak terdapat dalam 70mai 1S, seperti:
- 3D noise reduction dalam persekitaran low-light dan rakaman malam
- Parking surveillance
- Time-lapse recording
Kelebihan menggunakan kamera kereta bersaiz kecil ini ialah ia tidak menonjol dan tidak kelihatan sangat semasa kita memandu kereta.
Kelemahan terbesar pada 70mai M300 pula adalah rakaman malam yang agak lemah. Rakaman video malamnyakurang jelas berband model dash cam 70mai yang lain.
Jika anda mempunyai bajet yang kecil, maka 70mai M300 adalah pilihan yang tepat. Anda tidak patut membeli 70mai 1S kerana ia tidak mempunyai banyak fungsi baru yang terdapat pada 70mai M300 dan perbezaan harga antara dua dashcam ni hanya RM15.
6. SIPII SP400
Dash Cam 3 Channel Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
SIPII SP400 adalah dash cam 3 Channel terbaik yang dapat merakam pandangan depan, belakang dan kabin pada masa yang sama.
Spesifikasi SIPII SP400:
- Resolusi video: 3840 x 2160P
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: 2.45”
- Sensor imej: Sony Stravis IMX335
- Bateri: Super capacitor
- Lain-lain: Collision alert, motion detection, auto-recording, loop recording,
Saya ingin memulakan review SIPII SP400 dashcam dengan kelemahan utamanya.
SIPII SP400 dashcam tidak menyokong sambungan WiFi. Jadi, anda tidak boleh menggunakan smartphone untuk melihat video yang dirakam atau download rakaman.
Untuk memindahkan video, anda perlu mengeluarkan kad microSD dari dash cam dan memindahkannya ke PC/laptop anda.
Sekiranya anda boleh menerima kelemahan ini, maka SIPII SP400 adalah dash cam yang bagus kerana ia memberi perlindungan yang menyeluruh. Ia dapat merakam video yang jelas untuk bahagian depan, belakang dan kabin kereta pada setiap masa.
Kualiti video rakaman adalah 3830 x 2160p untuk kamera depan, dan FHD 1080p untuk kabin dan kamera belakang.
Kamera kabin dilengkapi dengan infrared yang dapat merakam video dalam keadaan yang gelap.
Ia juga menggunakan supercapacitor dan bukannya bateri lithium-ion.
Penjual tersebut menawarkan jaminan 15 bulan dengan pertukaran 1 to 1 untuk SIPII SP400.
Dengan fungsi rakaman video 3 channel, SIPII SP400 adalah dash cam terbaik untuk pemandu Grab Car yang mahukan perlindungan yang terbaik untuk diri sendiri dan penumpang.
7. Blueskysea DV988
Dash Cam Motosikal Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Blueskysea DV988 adalah dash cam motosikal terbaik Malaysia. Salah satu perbezaan ketara antara dash cam motosikal dan dash cam kereta adalah bahawa dash cam motosikal adalah waterproof.
Spesifikasi Blueskysea DV988:
- Resolusi video: 1080p
- Sudut pandang: 140 darjah
- Skrin display: 4”
- Sensor imej: GC2053
- Bateri: Super capacitor
- Lain-lain: WiFi 2.4gHz, GPS, loop recording, collision detection, smart parking monitoring, safe driving mode.
Blueskysea DV988 dilengkapi dengan banyak aksesori termasuk touch screen host recorder (IP66), kamera depan dan belakang (IP67) and remote control (fully waterproof).
Kedua-dua kamera depan dan belakang menangkap video dalam 1080p pada 30fps. Dan ia menyokong kad microSD sehingga 256GB.
Kamera akan merakam secara automatik apabila enjin motosikal dihidupkan. Sekiranya berlaku sebarang perlanggaran, video yang dirakam akan dikunci secara automatik supaya ia tidak boleh overwrite oleh rakaman lain.
Blueskysea DV988 juga mempunyai fungsi safe driving mode. Sekiranya anda melebihi kelajuan berjalan yang telah ditetapkan, ia akan menghantar peringatan supaya anda perlahankan motosikal.
Dalam mod parking, ia akan dihidupkan secara automatik dan merakam video 25 saat apabila perlanggaran dikesan. Tapi, perlu diingatkan mod parking menggunakan bateri motosikal. Jadi, ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama.
Oleh itu, jika anda memerlukan fungsi parking monitoring ini, anda harus menetapkannya supaya ia mematikan parking surveillance secara automatik apabila ia mengesan voltage bateri jatuh di bawah had yang telah ditetapkan.
Blueskysea DV988 merupakan dash cam motosikal yang terbaik di Malaysia. Penunggang motosikal di Malaysia sentiasa mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada pemandu kereta. Dash cam motosikal dapat melindungi anda dan motor anda apabila kemalang berlaku.
Dash Cam Lain-lain
Review Blueskysea B1W
Blueskysea B1W adalah pilihan lama untuk dash cam bajet terbaik. Tapi, saya tidak lagi mengesyorkan mendapatkannya kerana harga 70mai dan DDPai dash cam semakin murah.
Prestasi dan ketahanan 70mai dan DDPai dash cam juga memuaskan bagi kebanyakan orang.
Oleh itu, lebih baik membeli 70mai atau DDPai dash cam.
Review Mini 0906
Sama juga dengan Mini 0906 bukan lagi dash cam dual-camera yang disyorkan kerana ia hanya merakam video 1080p. Tetapi ia dijual pada harga RM450 hingga RM550. Ia juga tidak mempunyai sokongan WiFi.
Ia sudah outdated dan pastinya bukan paling berbaloi beli lagi.
Review Vantrue N2 Pro
Vantrue N2 Pro sebelum ini disyorkan sebagai dash cam interior-facing terbaik. Tetapi SIPII SP400 lebih murah dari Vantrue dan mempunyai rakaman video tiga channel yang menyeluruh.
Oleh itu, Vantrue N2 Pro tidak lagi direkomen.
Review Thinkware F800 Pro/F200 Pro/Q800 Pro (vs 70mai A800S)
Thinkware dash cam adalah salah satu jenama dash cam yang paling banyak direkomen oleh online reviewer lain. Kualiti dashcam Thinkware dan rakaman videonya sangat bagus.
Tetapi, dash camThinkware berharga 2 hingga 4 kali lebih mahal dari jenama lain seperti 70mai dan DDPai. Sebagi contoh, dash cam dual-channelnya dengan mencecah beberapa ribu Ringgit Malaysia.
Review Viofo A129 Plus Duo Dash Cam (vs 70mai A500S)
Viofo A129 Plus Duo adalah dash cam dual-channel yang bagus dengan harga yang berpatutan. Jika anda tidak kisah dengan sensor imej Sony IMX317 yang agak outdated pada Viofo A129, maka anda boleh mempertimbangkan dash cam ini.
Kualiti rakaman videonya sangat bagus tetapi akan kurang jelas berbanding dari dash cam yang menggunakan IMX415 dan IMX335.
Kebaikan Viofo dash cam adalah mereka sentiasa update firmware dash cam mereka.
Review BLACKVUE DR900X-2CH (vs 70mai A800S)
BLACKVUE DR900X-2CH dijual dengan harga sebanyak RM2,699. Ia adalah salah satu kamera kereta 4K yang paling lengkap dan canggih di pasaran.
Tetapi, anda tidak dapat melihat perbezaan yang ketara dengan kualiti video antara BLACKVUE DR900X-2CH dan 70mai A800S.
Dan, saya rasa tidak berbaloi untuk membayar sebanyak RM2,699 untuk fungsi tambahan yang terdapat BLACKVUE DR900X-2CH.
Review GoPro
Sekiranya anda sudah memiliki GoPro dan ia kurang digunakan, maka GoPro adalah alternatif dash cam yang bagus.
Tetapi, menggunakan Go Pro sebagai dash cam mempunyai pelbagai kekurang.
Perlu diingatkan bahawa GoPro tidak hidup secara automatik apabila anda memulakan kereta. Ia juga tidak mengunci rakaman yang dirakam secara automatik apabila perlanggaran berlaku.
Dan meggunakan GoPro secara berterusan setiap hari boleh memendekkan jangka hayat baterinya.
Soalan Lazim Dash Cam
Jenama dash cam mana yang terbaik di Malaysia?
Jenama dash cam terbaik untuk kebanyakan rakyat Malaysia adalah 70mai kerana harganya yang berpatutan dan kualiti rakaman video yang bagus. Dan jika anda mahu membeli dash cam yang boleh tahan cuaca panas, maka anda boleh memilih DDPai dash cam yang menggunakan super capacitor.
Patutkah anda membeli dash cam?
Ya, semua orang harus membeli dash cam, terutamanya di Malaysia yang banyak pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. Ia boleh melindungi kepentingan anda sekiranya kemalangan berlaku dan melindungi anda daripada pembuli jalan raya.
Bagaimana anda membeli dash cam yang baik?
Bagi pengguna biasa, saya rekomen membeli dash cam 1440p yang mempunyai sambungan WiFi, sudut pandang 140 darjah dan kualiti rakaman video low-light yang baik. Anda boleh membaca lebih lanjut dalam panduan pembelian dash cam kami.