7 Gaming Laptop Terbaik untuk Setiap Bajet Malaysia

gaming laptop terbaik malaysia

Tengah cari gaming laptop terbaik sebelum memasuki kolej atau universiti? Semasa saya menuntut di universiti, saya juga berharap mempunyai gaming laptop yang boleh digunakan sebagai student laptop.

Saya telah menggunakan banyak masa untuk membandingkan jenama laptop yang berbeza seperti Acer, Asus, HP, MSI, Dell, Lenovo, Gigabyte, Alienware, Razer, Xiaomi, illegear dan Level51. 

Berdasarkan perbandingan saya, berikut adalah 7 gaming laptop terbaik bagi bajet yang berbeza di Malaysia:

Perbandingan Top Gaming Laptop Di Malaysia

ModelDisplayCPUGPURAMStorageWeightPrice,RMRecommend
Acer Predator Helios 30015.6" 1080p 144Hzi5-10500HRTX 3060 6GB 105W8GB DDR4512GB SSD2.2kg4599Yes
Dell G1515.6" 1080p 120Hzi5-11400HRTX 3050 4GB 80W8GB DDR4512GB SSD2.559kg4349Yes
Lenovo IdeaPad Gaming 315.6" 1080p 60Hz Ryzen 5 5600HGTX 1650 4GB8GB DDR4512GB SSD2.25kg3253Yes
Asus ROG Strix G1515" 1080p 300HzRyzen 9 5900HXRTX 3060 6GB 130W16GB DDR41TB SSD2.39kg6199Yes
ASUS ROG Zephyrus G1414" 2K 144HzRyzen 9 5900HSRTX 3060 6GB 60+20W16GB DDR41TB SSD1.7KG7459Yes
Gigabyte AERO 15 OLED XD15.6" 4K OLED 60Hzi7-11800HRTX 3070 8GB 105W16GB DDR41TB SSD2.22kg9599Yes
Razer Blade 14 RTX308014" 2K 165HzRyzen 9 5900HXRTX 3080 8GB 100W16GB DDR41TB SSD1.78kg12999Yes
Asus TUF F1515.6" 1080p 144Hzi5-10300HGTX 1650 4GB8GB DDR4512GB SSD2.3kg3799Yes
Acer Nitro 5 R7QR15.6" 1080p 144Hz Ryzen 5 5600HGTX 1650 4GB16GB DDR4512GB SSD2.2kg4499No
Lenovo Legion 5 RTX305015.6" 1080p 165HzRyzen 7 5800HRTX 3050 4GB 95W8GB DDR4512GB SSD2.4kg4999Neutral
Lenovo Legion 5 RTX306015.6" 1080p 165HzRyzen 7 5800HRTX 3060 6GB 80W16GB DDR41TB SSD2.4kg6149Neutral
Acer Predator Helios 300 RTX307015.6" 1080p 300Hzi7-10870HRTX 3070 8GB 105W16GB DDR41TB SSD2.2kg7279Yes


Gaming Laptop Terbaik Malaysia

Acer Predator Helios 300 PH315-53-58U0

Acer Predator Helios 300 PH315-53-58U0

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Acer Predator Helios 300 PH315-53-58U0:

  • 15.6″ IPS panel, 1080p – 144Hz
  • Processor Intel Core i5-10500H sehingga 4.5Ghz
  • NVIDIA GeForce RTX3060 (Max:100W)
  • 8GB DDR4 RAM 
  • 512GB PCIe NVMe SSD
  • Killer Wireless-AX Intel 1650 (WiFi 6 serasi)

Sebab untuk membeli:

  • Nilai terbaik untuk wang
  • Tidak panas ketika bermain game
  • RTX 3060 laptop termurah

Acer Predator Helios 300 dilengkapi dengan Nvidia GTX3060 GPU pada harga hanya RM4599 manakala RTX 3060 laptop yang lain bermula pada harga RM6000. Melihat perbezaan harga yang besar, ia tidak memerlukan banyak penjelasan mengapa ia adalah gaming laptop terbaik di Malaysia.

Laptop ini bersaiz 363.4 x 255 x 22.90 mm dan berat 2.2kg. Ia dilengkapi dengan paparan IPS 15.6” IPS dengan resolusi 1080p, kadar refresh 144Hz. 

Ia dikuasakan oleh processor Intel Core i5-10500H. Walaupun i5-10500H adalah processor generasi sebelumnya, perbezaan prestasi antara processor 10th-gen dan 11th-gen agak kecil. Jadi,tidak payah risau atas isu processor generasi lama.

Tambahan pula, Predator Helios 300 PH315-53-58U0 ini menggunakan Nvidia RTX 3060 GPU dengan teknologi Max-Q. Ia boleh menggunakan elektrik sebanyak 105W untuk menggunakan processing power RTX 3060 dengan sepenuhnya.

Untuk mengatasi haba yang dijana oleh GPU ini, Acer menggunakan 5th Gen Aeroblade Cooling Fan untuk mencapai prestasi penyejukan maksimum. Prestasi termanya telah diuji dan dipuji oleh Dave2D dalam review Acer Predator Helios.

Modal asa Helios 300 hanya dilengkapi dengan 8GB DDR4 RAM. Jika anda bercadang untuk menggunakannya untuk kerja video editing, anda boleh memilih model RAM 16GB atau 32GB. 

Laptop Predator Helios 300 PH315-53-58U0 mempunyai 1x HDMI 2.1, 3x USB 3.2 Type-A, 1x USB Type C dengan Thunderbolt 4, port LAN dan menyokong WiFi 6. Jadi, anda boleh menikmati online game yang lebih lancar dan ping lebih rendah. 

Varian Acer Predator Helios 300 yang lebih mahal juga boleh didapati dengan processor Intel i7 dan kad grafik RTX 3070. Ini bermakna model tersebut juga lebih mahal. Ia masih merupakan tawaran yang sangat baik berbanding dengan gaming laptop RTX 3070 yang lain.

Acer Predator Helios 300 adalah gaming laptop terbaik bawah RM5000.

Ia tidak terlalu besar, mempunyai prestasi gaming tip-top, prestasi haba yang hebat, kualiti binaan yang kukuh, RTX3060 dan hanya berharga kurang daripada RM5000. Tidak ada banyak gaming laptop yang menawarkan spesikasi yang sama pada harga sama.

Acer laptop dilengkapi dengan Waranti Tempatan 2 Tahun oleh Acer.


Gaming Laptop Terbaik untuk Pelajar

Dell G15 2021

Dell G15 2021

Best deal on Dell Best deal on Shopee 

Spesifikasi Dell G15 2021:

  • 15.6” 1080p 120Hz
  • Intel Core i5-11400H
  • NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB GDDR6
  • 8GB DDR4 3200MHz
  • 512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
  • Intel Wi-Fi 6 AX201

Sebab untuk membeli:

  • kad grafik RTX 3050
  • 11th Gen Intel CPU terbaru
  • Reka bentuk formal dan mudah

Sebab untuk mengelakkan:

  • Sedikit berat dan besar
  • Bukan nilai terbaik RTX 3050

Dell G15 baharu ini dikuasakan oleh processor Intel Core i5-11400H dan kad grafik RTX 3050. Ada juga yang merujuknya sebagai gaming laptop Alienware versi murah!

Dell G15 berukuran 357.26 x 272.83 x 24.9 mm dan 2.559kg. Jadi, ia pastinya bukan model laptop yang ringan. Anda boleh abaikan Dell G15 jika anda tengah mencari laptop yang lebih mudah alih. 

Saiz skrinnya ialah 15.6″ dengan resolusi 1080p dan kadar refreh 120Hz. Tahap kecerahan maksimum laptop ini 250 nits.

Dell G15 boleh didapati dalam versi Dark Shadow Grey and Light Grey.

Reka bentuk keseluruhan adalah simple dan profesional, itulah sebabnya saya suka rekomen pelajar mendapatkan Dell G15 dan bukannya Lenovo Legion atau Acer Predator. Anda boleh menggunakan laptop ini untuk gaming dan juga presentation. 

Manakala, gaming laptop jenama lain biasa terlalu menonjol sekiranya digunakan untuk presentation.

Wattage maksimum untuk RTX 3050 GPU dilaporkan hanya 80W. Walaupun 80W tidak mencukupi untuk prestasi maksimum RTX 3050, ia masi mencukupi untuk bermain PC game moden.

Kebaikkan megguna kad frafik pada wattage rendah boleh membantu laptop untuk beroperasi lebih sejuk.

Dengan laptop ini, anda boleh menggunakan setting grafik maksimum pada game popular seperti Fortnite, LoL, Dota 2, Minecraft, CoD, Valorant, Apex Legends dan lain-lain.

Terdapat banyak port yang tersedia pada Dell G15, termasuk 2x USB 2.0, 1x USB 3.2 Type C, SuperSpeed USB 3.2, HDMI, RJ45 dan headphone/mic jack.

Ia menggunakan Intel WiFi 6 AX201 (2×2) untuk sambungan wireless.

Pada pendapat saya, Dell G15 merupakan laptop terbaik untuk pelajar yang merupakan gamer kasual. Dell G15 juga dilengkapi dengan Windows 11.


Gaming Laptop Terbaik Bawah RM3500

Lenovo IdeaPad Gaming 3

Lenovo IdeaPad Gaming 3

Best deal on Lenovo Best deal on Shopee 

Spesifikasi Lenovo IdeaPad Gaming 3:

  • 15.6”  IPS 1080p @ 120Hz
  • AMD Ryzen 5 5600H Processor
  • NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • 8GB DDR4 3200MHz
  • 512GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • Intel Wi-Fi 6 AX200

Sebab untuk membeli:

  • Nilai terbaik untuk laptopGTX 1650
  • Ryzen 5 CPUterbaru

Sebab untuk mengelakkan:

  • GTX1650 agak ketinggalan zaman

Ekonomi Malaysia memang agak buruk sejak beberapa tahun ini. Kita perlu lebih berwaspada apabila belanja. Bagi yang ingin beli gaming laptop bajet, saya ingin memperkenalkan anda kepada IdeaPad Gaming 3 Gen 6 yang berharga hanya RM 3253.

Kalau anda seorang pelajar, anda boleh mendapatkan diskaun 5% lagi dari Lenovo Malaysia. Ini bermakna anda boleh mendapatkan gaming laptop Lenovo ini dengan harga kurang dari RM3000.

Lenovo IdeaPad Gaming 3 Gen 6 dalam warna Shadow Black dengan dimensi 359.6 x 251.9 x 24.3mm. Beratnya kira-kira 2.25kg.

Skrin laptop adalah panel IPS 15.6 inci dengan resolusi 1080p dan kecerahan maksimum 250 nits.

Kadar refresh ialah 120Hz. Dan gamut Warna hanya 45% NTSC. Jadi ketepatan warna pada skrin ini kurang baik.

Processor Ryzen 5 5600H dan GTX 1650 GPU adalah cip yang cukup baik untuk gamer dan content creator. Ia sangat berbaloi dengan hanya harga RM3000+ untuk laptop baru dengan chipset ini.

Anda boleh bermain game yang paling popular seperti Fortnite, GTA 5, Red Dead Redemption 2 tanpa sebarang masalah, jadi jangan risau.

Dalam senario terburuk, turunkan setting grafik jika anda mengalami sebarang isu lagging apabila bermain game PC.

Ciri unik pada Lenovo IdeaPad Gaming 3 ialah keyboard bersaiz penuh dengan pad nombor dan arrow key bersaiz penuh

Lenovo IdeaPad Gaming 3 has full-sized keyboard with a number pad and full-size arrow keys

Jika anda perasan, keypad pada laptop ini mencapai ke dua-dua sisi laptop. Sesetengah pengguna mungkin rasa tidak selesa terutamanya di sebelah kiri kerana anda mempunyai ruang yang terhad untuk merehatkan tangan anda. 

Tetapi, arrow key bersaiz penuh adalah reka bentuk yang sangat bagus. Ia jauh lebih baik daripada arrow key kecil yang sering dijumpai pada laptop.

Model asa laptop Lenovo IdeaPad Gaming 3 hanya mempunya 8GB RAM. Tetapi, ia mempunyai slot memori tambahan untuk ditambangkan sehingga 16GB.

Anda boleh menambah satu lagi RAM 8GB jika anda memerlukannya atau apabila anda mampu membelinya.

Ia mempunya port-port termnasuk 2x USB-A 3.1, 1x USB-C 3.1, 1x HDMI 2.0, RJ45 dan headphone/mic port. 

Dengan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0, laptop ini menjanjikan wireless connection yang terbaik.

Lenovo IdeaPad Gaming 3 merupakan pilihan terbaik untuk gaming laptop bajet di pasaran sekarang.

Sekiranya anda cuba menjimatkan wang dengan membeli laptop yang lebih murah dengan spesifikasi yang lebih buruk, anda mungkin tidak dapat bermain banyak PC game moden.


Gaming Laptop Terbaik Bawah RM7000

Asus ROG Strix G15 G513QM

Asus ROG Strix G15 G513QM

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Asus ROG Strix G15 G513QM:

  • 15.6”  IPS 1080p FHD, 300Hz, 3ms
  • AMD Ryzen 9 5900HX
  • NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB GDDR6 (Dynamic Boost 130W)
  • 16GB DDR4 3200MHz SO-DIMM
  • 512GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • 4-Zone RGB backlit keyboard
  • WiFi 5

Sebab untuk membeli:

  • Kombo Ryzen 9 5900HX dan RTX 3060
  • Paparan gaming yang mantap
  • GTX 3060 maksimum TDP 130W
  • Prestasi haba yang sangat baik
  • Kualiti binaan superior
  • Keyboard yang selesa

Sebab untuk mengelakkan:

  • RTX 3060 laptop yang mahal
  • Tiada webcam

Gamer-gamer memang biasa dengan jenama Asus ROG. ROG ialah gear dan aksesori gaming premium Asus. Ia terkenal dengan prestasi high-end gaming serta harga yang mahal.

Laptop ROG Strix G15 G513QM tidak terkecuali. Ia direka dengan sangat baik dan dibina untuk pengalaman gaming yang sempurna. Ia dijual dengan harga yang agak tinggi, pada RM6000 hingga RM7000. 

Antara ROG Strix G, Strix Scar dan Zephyrus, ROG Strix G Series adalah laptop ROG yang paling berpatutan dari Asus.

ROG Strix G15 2022 sangat padat pada hanya 354 x 259 x 25.9 mm, 2.39kg. Ia mempunyai reka bentuk yang anggun dan kelihatan profesional. Keypad WASDnya tidak lagi menggunakan keycap biru yang pelik (Model ROG Strix G15 2020 sebelumnya menggunakan keycap biru).

Strix G15 mempunyai ciri-ciri gaming laptop mudah alih yang bagus. 

Pertama, skrin laptop adalah panel IPS 15.6″ dengan kadar refresh 300 Hz dan kadar tindak balas 3ms. Skrin in boleh menandingi monitor gaming desktop.

Ia dikuasakan oleh Ryzen 9 5900HX, yang merupakanCPU mudah alih terbaik yang boleh anda dapatkan pada laptop.

GTX 3060 boleh menggunakan kuasa sebanyak 130W untuk mencapai potensi maksimum kad grafik tersebut.

Selain itu, ia juga menggunakan liquid metal sebagai thermal compound. Oleh kerana liquid metal melepaskan haba lebih baik dari thermal paste, ia boleh menyejukkan CPU dan GPU anda dengan lebih cepat.

Susun atur dan jarak keyboard Strix G15 juga direka dengan baik. Key travel dan maklum balas menaip amat memuaskan.

Tetapi laptop Strix G15 tidak mempunyai pad nombor.

Bagi gamer yang suka RGB, anda boleh menggunakan lighting editor Asus’ Aura Creator untuk mengawal warna RGB laptop ini.

Tidak banyak gaming laptop yang setanding dengan Strix G15 dalam lingkungan harga RM6000 – RM7000.

Walaupun terdapat model gaming laptop lain dengan spesifikasi yang setara pada harga yang lebih murah, tetapi anda tidak akan dapat mendapatkan pakej yang serupa dengan apa yang ROG Strix G15 menawarkan: kualiti binaan yang padu, liquid metal, RTX 3060 Dynamic Boost 130W, dan Ryzen 9 5900HX. 


Gaming Laptop Ringan Terbaik Bawah RM8000

ASUS ROG Zephyrus G14 MK2164TS

ASUS ROG Zephyrus G14 MK2164TS

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi ASUS ROG Zephyrus G14 MK2164TS:

  • 14″ QHD (2560 x 1440) IPS Panel, 144Hz, 100% Anti-Glare Display
  • Anime Matrix
  • AMD Ryzen 9-5900HS Processor
  • 16GB DDR4 3200Mhz RAM
  • NVIDIA GeForce RTX-3060 6GB MAX-Q (60+5W)
  • 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • 1.7kg

Sebab untuk membeli:

  • Gaming laptop yang sangat ringan
  • Anime Matrix di belakang skrin laptop
  • Skrin 2K QHD dengan 100% SRGB

Sebab untuk mengelakkan:

  • Mahal
  • Tiada webcam
  • Laptop berasa panas jika diguna lama

Asus ROG Zephyrus G14 2021 adalah yang gaming laptop yang amat ringan dengan berat hanya 1.7kg. Ia sesuai untuk orang yang tidak suka laptop berat. Ini adalah salah satu gaming laptop 14′ terbaik di pasaran.

Jika anda hanya membandingkan spesifikasi, Zephyrus G14 tidak jauh berbeza dengan ROG Strix G15. Terdapat dua perbezaan utama antara Zephyrus dan ROG Strix G15 yang menjadikan Zephyrus lebih mahal.

Pertama, adalah gaming laptop ultra-portable dengan saiz hanya 324 x 222 x 19.9 mm dan hanya 1.7kg. Namun, ia dilengkapi dengan Ryzen R9 5900HS dan RTX 3060. 

Bagi Zephyrus G14 , RTX 3060 terhad kepada 60W dengan dynamic boost 20W. Kerana saiznya yang kecil, ia hanya boleh meggunakan wattage yang lebih rendah supaya laptop tidak overheat.

Kedua, laptop ini menggunakan 14” IPS panel berkualiti tinggi dengan resolusi 2560 x 1440 . Ia mempunyai kadar refreh 144 Hz dan gamut warna DCI-P3 100%. Jadi, ia bagus untuk gaming serta kerja konten yang memerlukan ketepatan warna yang baik.

Sama seperti Strix G15, Zephyrus G14 menggunakan Thermal Grizzly Liquid Metal thermal compound untuk memberikan prestasi penyejukan terbaik.

Disebabkan saiz laptop yang padat, ia masih boleh berasa agak panas apabila ia menjalankan aplikasi dan PC game yang berat. 

Asus ROG Zephyrus G14 juga mempunyai LED mini Anime Matrix di bahagian belakang skrin anda. Anda boleh menyesuaikannya untuk memaparkan maklumat sistem, animasi, logo, atau audio untuk menjadikan laptop anda kelihatan lebih unik.


Gaming Laptop Terbaik Bawah RM10000

GIGABYTE AERO 15 OLED XD (2022)

GIGABYTE AERO 15 OLED XD (2021)

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi GIGABYTE AERO 15 OLED XD (2021):

  • 11th Gen Intel Core i7-11800H
  • 15.6″ Thin Bezel UHD 3840×2160 Samsung AMOLED Display
  • RTX 3070 Laptop GPU 8GB GDDR6 (Max 105W)
  • 8GB x 2 DDR4-3200 (Max 64GB)
  • 1TB SSD
  • 2.22kg

Sebab untuk membeli:

  • Skrin 4K AMOLED
  • Laptop bersaiz kecil yang kuat

Sebab untuk mengelakkan:

  • Skrin hanya 60Hz sahaja

Gigabyte Aero 15 OLED sebenarnya bukan gaming laptop. Tetapi, ia dilengkapi dengan CPU yang kuat dan GPU yang mampu bermain tajuk game PC triple-A.

Sebab utama untuk membeli laptop ini ialah skrin Samsung AMOLED 15.6 inci yang mempunyai resolusi 4K.

Skrinnya cerah, nisbah kontras yang tinggi dan menyokong 100% DCI-P3.

Ia adalah stesen kerja mudah alih yang sempurna untuk kerja kreatif. Ia juga merupakan skrin yang disahkan oleh Pantone.

Laptop ini dibina dengan chasis aluminium, berukuran 356 x 250 x 20mm dan 2.22kg.

Ia dilengkapi dengan 11th Gen Intel Core i7-11800H dan RTX 3080 dengan kuasa maksimum 105W.

Selain itu, Gigabyte Aero 15 mempunyai port-port yang paling lengkap pada gaming laptop.

Ia mempunyai penyambung Thunderbolt 3, tiga USB 3.2 bersaiz penuh, HDMI 2.1, card reader SD UHS-II, RJ45, headphone jack dan mini display port 1.4.

Dengan harga di bawah RM10,000, Gigabyte Aero adalah laptop yang bagus untuk kerja produktiviti dan gaming. Ini adalah laptop yang berspesifikasi tertinggi dengan skrin OLED yang menakjubkan!


High End Gaming Laptop Terbaik

Razer Blade 14 RTX 3080 (2022)

Razer Blade 14 RTX 3080 (2021)

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Razer Blade 14 RTX 3080 (2021):

  • 14-inch QHD 165Hz, 2560 x 1440 display
  • AMD Ryzen 9 5900HX Processor
  • GeForce RTX 3080 (8GB VRAM, Max 100W)
  • 16GB DDR4 RAM
  • 1TB SSD
  • 319.7 x 220 x 16.8mm, 1.78kg

Sebab untuk membeli:

  • Ultra slim gaming laptop dengan ketebalan 16.8mm
  • RTX 3080

Sekiranya anda memerlukan alasan untuk membeli laptop Razer, saya memberitahu anda bahawa kini adalah masa terbaik untuk membeli Razer Blade 14 RTX 3080. Dalam standard hari ini, Razer Blade 14 dikira agak berbaloi.

Biar saya bagi tahu sebabnya.

Perlombongan cryptocurrency seperti Ethereum telah menyebabkan harga RTX 3080 melonjak ke harga yang tidak masuk akal. Satu kad grafik RTX 3080 boleh mencecah harga RM8,000 dan AMD Ryzen 9 5900HX berharga RM3,000 lagi. Itu sudah lebih daripada RM11,000 untuk 2 komponen ini.

Dengan hanya lebih RM2000, anda boleh membeli 2021 Razer Blade 14 terkini dengan RTX 3080 yang hanya dijual dengan harga RM12,999.

Razer Blade 14 adalah gaming laptop 14″ terkecil dan nipis di pasaran sekarang. Ketebalannya hanya 16.8mm.

Skrin laptop ialah 14″ IPS QHD 165Hz. Ia menyokong 100% DCI-P3 yang bagus untuk content creator.

Dengan CPU Ryzen 9 dan RTX 3080 (100W), anda tidak perlu risau untuk menggunakan laptop ini gaming dan juga bekerja.

Razer Blade 14 dilengkapi dengan sepasang stereo speaker yang kuat dan jelas. Dan ia dilengkapi dengan THX Spatial Audio yang menyokong 7.1 surround sound untuk headphone dan speaker.

Anda boleh menikmati pengalaman gaming yang terbaik pada laptop ini.

Kesimpulannya, Razer 14 adalah gaming laptop 14″ ultimate yang boleh didapati di pasaran. Daripada membeli komputer gaming desktop, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli laptop RTX3080.


Model laptop yang lain

Review Asus TUF Gaming Laptop

Asus TUF adalah salah satu pilihan gaming laptop bajet terbaik. Walaupun, perbezaan spesifikasi antara TUF dan ROG Strix G15/17 sangat kecil.

Sebenarnya, sebilangan pengguna rasa ROG Strix 15 menawarkan nilai yang lebih baik dari TUF A15 kerana Strix 15 mempunyai skrin, CPU, dan wattage GPU yang lebih baik. Kualiti binaan Strix 15 juga lebih baik.

Review Illegear Gaming Laptop

Illegear adalah pilihan saya sebelum ini untuk high-end gaming laptop terbaik. Sebenarnya, saya juga telah membeli laptop dari Illegear dan pengalamannya bukan baik sangat. 

Tiga isu utama yang saya ada dengan illegear adalah:

  • Masa penghantaran yang panjang (banyak delay)
  • Selalu ada promosi (diskaun yang tidak konsisten)
  • Kualiti laptop dipersoalkan (dari TongFang/Clevo)

Spesifikasi laptop Illegear memang mengagumkan dan perkhidmatan pelanggan juga cukup responsif.

Saya membeli laptop illegear saya 4 tahun yang lalu. Wakil jualan memberitahu saya bahawa saya akan dapat mendapatkan laptop saya dalam masa 2 hingga 3 minggu.

Namun, akhirnya, saya telah menunggu lebih dari 2 bulan untuk menerima laptop tersebut. Dan mereka tidak pernah update saya tentang masa penghantaran laptop. 

Saya tahu masa tunggu 2 bulan agak normal pada masa kini disebabkan oleh Covid19 dan kekurangan cip. Tetapi, masa saya membeli laptop dari Illegear, Covid19 tidak wujud lagi. Jadi, ia amat mengecewakan bagi saya.

Dan dalam tempoh 2 bulan itu, illegear mempunyai satu lagi promosi besar yang membuat pembeli awal seperti saya kelihatan bodoh. Saya telah lock-in dengan harga yang lebih tinggi. Dan menerima laptop saya hampir sama dengan customer yang lewat membeli laptop tersebut.

Apabila saya membeli laptop tersebut, staff jualan memberi jaminan kepada saya bahawa ini adalah harga termurah yang ditawarkan. Ironiknya, promosi yang lebih baik telah ditawarkan setelah saya telah membuat bayaran.

Saya tahu jenama seperti Dell dan Lenovo juga selalu mempunyai promosi juga. Tetapi sekurang-kurangnya ia agak konsisten dan boleh diramal.

Laptop Illegear saya juga menghadapi banyak masalah selepas tahun pertama. Walaupun ia masih dalam jaminan, ia sangat menyusahkan untuk kembali ke kedai Illegear untuk repair.

Dan yang paling penting ialah, illegear tidak lagi menawarkan nilai yang bagus seperti dulu. Harga laptop Acer Predator Helios, Asus ROG Strix, Dell G15, dan Lenovo Legion sangat kompetitif sekarang.

Secara ringkas, saya tidak lagi rekomen laptop Illegear. Semua perkara di atas hanyalah pengalaman peribadi saya dan sudah agak lama. Orang lain mungkin mempunyai pengalaman yang baik dengan jenama illegear.


Gaming Laptop FAQ

Perlukah saya membeli gaming laptop atau ultrabook?

gaming laptop faq
Laptop boleh digunakan untuk bekerja dan bermain game. Jika anda hanya bekerja di satu tempat yang tetap, anda patut membeli gaming pc dan bukannya gaming laptop.
Saya tidak rekomen sesiapa yang mempunyai bajet terhad untuk membeli gaming laptop. Ini adalah kerana gaming laptop yang baik memerlukan kad grafik untuk menikmati pengalaman gaming yang lancar.
Kad grafik akan meningkatkan kos laptop dengan ketara. Kebanyakan gaming laptop dengan kad grafik berharga lebih dari RM4,000.

Bagaimana untuk memilih gaming laptop?

Kriteria utama:
Prestasi- Pada pendapat saya, GPU lebih penting daripada CPU dalam gaming laptop
Harga – Harga laptop yang berpatutan
Paparan- Skrin laptop mestilah sekurang-kurangnya 1080p. Untuk gaming, kadar refresh 120Hz atau lebih tinggi lebih baik.

Kriteria secondary:
Mudah alih- Mudah alih masih agak penting. Lagipun, ini masih laptop. Laptop tidak boleh terlalu berat atau besar.
Speaker- Speaker harus cukup kuat dan jelas.
Waranti- Waranti 24 bulan adalah keperluan asas apabila kita membayar begitu banyak untuk membeli laptop. Tempoh jaminan yang lebih lama adalah lebih baik untuk pembeli.

Kriteria tidak penting:
Hayat Bateri- Gaming laptop dengan GPU menggunakan banyak kuasa bateri. Laptop gamer sepatutnya sentiasa membawa charging charger.
Gamer estetik/RGB- RGB cuma hiasan dan tidak penting bagi gaming laptop.

Apakah TDP?

TDP bermaksud Thermal Design Power, diukur dalam Watt. CPU dan GPU yang menggunakan TDP yang lebih tinggi boleh menanggung lebih banyak kuasa dan memberikan prestasi yang lebih baik.

Tetapi, ia akan menjadi lebih panas dan memerlukan sistem penyejukan yang lebih baik.

TDP dalam Nvidia RTX menjadi sangat kritikal, terutamanya pada laptop.

Apakah Max Q di kad grafik Nvidia?

Kad grafik Nvidia versi Max Q adalah khusus untuk laptop. Prestasi kad grafik Max Q diturunkan untuk mencapai keseimbangan optimum antara prestasi haba dan processing power.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.