Jenis Penapis Air Luar Rumah Malaysia – Mana yang Terbaik

jenis penapis air luar rumah malaysia

Secara umumnya, terdapat tiga jenis penapis air luar rumah/water filter outdoor di Malaysia: Kain, Pasir dan Membran.

Mari kita melihat kelebihan dan kekurang setiap satu jenis water filter outdoor yang berlainan ini.


Penapis Air Kain

types of outdoor water filter 2022 11 11 11 37 18 448744

Penapis air jenis kain adalah penapis air luar yang paling asas.

Kartrij penapis diperbuat daripada Kain Penapis Polipropilena, yang boleh menapis hanya kotoran zarah besar dan tidak dapat menapis kotoran halus.

Penapis air kain yang popular boleh anda temui dalam Shopee dan Lazada ialah Penapis Air Instar-Life, Penapis Air SAEMMUL, dan banyak lagi yang tanpa sebarang jenama.

Kelebihan:

  • Paling Murah
  • Tidak perlu penyelenggaran
  • Senang pasang dan digantikan

Kekurangan:

  • Banyak gred yang berbeza bagi kartrij kain PP
  • Keupayaan penapisan terhad
  • Air masih keruh lepas ditapis
  • Hayat perkhidmatan yang pendek

Penapis Air Pasir

types of outdoor water filter 2022 11 11 11 37 20 484595

Penapis Air Pasir menggunakan pasir,batu, dan pelbagai silica untuk menapis air. Air ditulenkan melalui beberapa lapis penapisan yang berbeza untuk menghilangkan karat, kotoran, bahan cemar serta mengurangkan klorin dan logam berat.

Terdapat banyak jenama penapis air pasir, seperti Amway, Waterman, Bacfree, WaterBorn, Aquaco, Waterco, and banyak lagi.

Jenama yang berbeza menggunakan bilangan yang berbeza dan gabungan lapisan penapisan yang berlainan. Oleh itu, tahap penapisan adalah berlainan bagi setiap jenama.

Different brands use different numbers and combinations of filtering layers.

Terdapat sesetengah jenama yang menggunakan 4 -5 lapisan penapis, manakala ada yang mengatakan bahawa mempunyai sebanyak 9 lapisan media penapis.

Di antara semua jenis penapis air luar, penapis air pasir dianggap paling tahan lama. Ini kerana media penapisannya boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun.

Jom lihatan kebaikan dan keburukan penapis air pasir:

Kelebihan:

  • Tahan lasak
  • Tempoh perkhidmatan paling panjang
  • Harga berpatutan
  • Air cukup jernih dan bersih

Kekurangan:

  • Perlu membuat backwash setiap minggu
  • Saiz yang paling besar antara semua jenis penapis air luar rumah
  • Penggantian media penapisan amat sukar

Penapis Air Membran

types of outdoor water filter 2022 11 11 11 37 22 988293

Penapis Air Membran juga dikenali sebagai penapis air ultrafiltration. Jenama penapis air membran UF yang popular ialah Coway, Cuckoo, Nesh dll.

Penapis air ultrafiltrasi boleh menapis zarah sekecil 0.01 mikron di dalam air. Ia adalah jenis penapis air luar rumah yang terbersih.

Walau bagaimanapun, ia bukan sempurna. Kekurangannya utamanya ialah tekanan air menjadi amat rendah.

Akibatnya,tekanan air di seluruh rumah terutama air di dapur menjadi tidak menyenangkan dan tidak memuaskan. 

Sesetengah pengguna tidak mengapa dengan kekurangan in sekiranya tekanan air rumah yang sedia ada sudah cukup tinggi. Tetapi, kita tahu kebanyakan rumah di Malaysia mengalami masalah tekanan air.

Pada pendapat saya, kita tidak memerlukan air yang begitu bersih untuk mandi, mencuci dan membasuh pinggan. Untuk air minuman, kami masih mempunyai penapis air dalaman di dapur kami penapis air di dapur kita. 

Penapis air membran mempunyai satu lagi kelemahan iaitu ia memerlukan backwash yang kerap untuk memastikan membran tidak tersumbat.

Sesetengah jenama mengesyorkan untuk backwash setiap hari. Walaupun dengan fungsi automatic backwash, ini akan membazirkan banyak air.

Mari kita sama-sama lihat kebaikan dan keburukan penapis air membran.

Kelebihan:

  • Air paling bersih
  • Saiz lebih kecil daripada penapis air pasir

Kekurangan:

  • Tekanan air berkurang
  • Lebih mahal
  • Kurang tahan lama berbanding penapis air pasir
  • Backwash yang kerap

Penapis Air Kain vs Pasir vs Membran

Antara 3 jenis penapis air ini , saya syorkan kebanyakannya dapatkan penapis air pasir. Kerana ia adalah jenis penapis air yang paling seimbang dari segi kualiti penapisan, harga dan kerja penyelenggaraan.

Penapis air kain tidak akan dapat membersihkan air dengan secukupnya mengakibatkan air yang ditapis masih kelihatan sedikit kekuningan. Namun, ia tetap pilihan yang baik untuk mereka yang tidak mampu membeli penapis air luar pasir atau membran.

Seterusnya, penapis air pasir yang boleh menapis zarah 5 hingga 15 mikron adalah cukup baik untuk menghasilkan air bersih untuk mencuci, mencuci pinggan mangkuk dan mandi. Paling penting, ia tidak mengurangkan tekanan air.

Akhir sekali, penapis air membran yang menghasilkan penapis air paling bersih. Tetapi, saya fikir keburukannya yang menyebabkan tekanan air rendah menjadikan ia pilihan yang kurang sesuai bagi ramai orang.

Kebanyakan orang masih akan memasang penapis air dapur untuk tujuan minuman air. Oleh itu, saya percaya penapis air membran di luar rumah adalah berlebihan dan tidak diperlukan.


How Many Microns Should Your Outdoor Water Filter Be?

The ideal microns should be 1 to 5 microns for outdoor water filters. Thus, I recommend most to get a sand water filter for outdoors.

Watch the video below for a full explanation.


Soalan Lazim

Apakah size 5 Mikron?

5 mikron ialah 0.005mm. Ia hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Adakah penapis air 5 Mikron cukup bagus?

Penapis air 5 mikron boleh menapis kebanyakan zarah yang anda boleh lihat dengan mata kasar supaya air yang ditapis akan kelihatan jernih. Tetapi zarah yang tidak kelihatan masih akan melepasi penapis air 5 mikron.

Apakah size 15 Mikron?

15 mikron ialah 0.015mm. Ia sebesar serbuk tepung dan habuk.

Apakah size 0.01 Mikron?

0.01 micron is 0.00001mm.  Ia boleh menapis bakteria, sedimen,sista dan banyak lagi yang hanya boleh dilihat menggunakan pengimbasan mikroskop elektron.

Lazada 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.