7 Kuali Non-Stick Terbaik Malaysia (Berdasarkan Review Pengguna)

kuali non-stick terbaik malaysia

Bagi kebanyakan orang yang masak di rumah, kuali non-stick atau non-stick pan memang alat dapur yang paling penting di Malaysia.

Dengan kuali non-stick, kita boleh memasak dengan lebih mudah kerana tidak perlu risau tentang suhu minyak atau masa untuk memasak. Ia memang bagus dan sesuai bagi orang yang kurang mahir memasak.

Pada masa yang sama, kita mungkin akan ragu-ragu dan risau tentang bahan kimia seperti Teflon dan PFOA yang karsinogen . Jadi, adalah penting untuk kita membeli kuali non-stick yang selamat untuk memasak.

Apakah Kuali Non-Stick Terbaik di Malaysia?

Selepas mengkaji pelbagi jenama kuali non-stick di Lazada dan Shopee, berikut adalah 7 kuali non-stick terbaik yang selamat dan bagus untuk memasak.

  1. Non-Stick Pan Terlaris: 54DN Ceramic Coated Non Stick Pan
  2. Kuali Non-Stick Murah Terbaik: Ecowin Non Stick Pan
  3. Non-Stick Pan Terbaik Untuk Induction Cooker: Xiaomi Taste Plus MOTOMI Wok Pan
  4. Kuali Non-Stick Terbaik Untuk Dapur Gas: Tefal Easy Care Pots and Pans
  5. Wok Non-Stick Terbaik: Tefal Cook Easy Wokpan
  6. Non-Stick Pan Popular Lazada: Carote Non Stick Pan
  7. Non-Stick Frying Pan Terbaik: Le Creuset TNS Frying Pan

Perbanding Kuali Non-Stick di Malaysia

ModelInduction StoveNonstick CoatingAverage Rating
54DN Non Stick PanYesCeramic4.9
Ecowin Non Stick PanYesCeramic4.9
Xiaomi Taste Plus MOTOMI Wok PanYesSwiss ILAG Ceramic4.9
Tefal Easy Care Pots and PansNoPTFE (PFOA-free)4.9
Tefal Cook Easy WokpanNoTitanium Reinforced PTFE (PFOA-free)4.9
Carote Non Stick PanYesCeramic4.9
Le Creuset TNS Frying PanYesLe Cresuset TNS4.9

1. Kuali Ceramic 54DN

Non-Stick Pan Terlaris

4.9 out of 5.0 stars | 1.1K ratings | Good review ratio: 70 to 1

54DN Ceramic Coated Non Stick Frying Pan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Alat memasak 54DN direka dengan cantik dan gaya nordic. Jika anda menyemak review pengguna, anda akan mendapati bahawa “闪闪优品”, shan shan you pin ialah nama jenama sebenar.

shan shan you pin adalah jenama alat memasak China yang menjual peralatan dapur moden yang menyasarkan golongan pelanggan muda.

Kuali non-stick 54DN datang dalam warna kuning air, hijau pudina, merah jambu muda dan coklat, tidak sama seperti kebanyakan kuali yang hanya tersedia dalam warna hitam atau perak.

Pemegang kuali ini diperbuat daripada plastik dengan corak kayu. Ramai orang keliru ia sebagai pemegang kayu.

Kuali non-stick 54DN terdapat dalam pelbagai saiz untuk dipilih, termasuk 24cm, 26cm, 28cm, 32cm dan kuali stik empat segi saize 24cm.

Kuali ini disalut dengan salutan ceramic nonstick yang bebas daripada PFOA dan PFOS. Ia selamat untuk memasak untuk semua jenis makanan “melekit” seperti: telur, ikan, penkek dan sebagainya.

Anda boleh menggunakan kuali nonstick ini pada semua jenis dapur: dapur gas, dapur induction ataupun ceramic hob. Dan tapak kualinya amat rata supaya pemanasan kuali sekata dan seragam.

Difference between 54DN nonstick pan vs normal nonstick pan

Gambar atas menunjukkan perbezaan kuali non-stick yang biasa berbanding dengan 54DB. Minyak tidak akan mengalir ke tepi kuali 54DN disebabkan tapak kualinya yang rata.

Beberapa pelanggan mengadu bahawa kualit tersebut terlalu mahal dan kualiti tak sepadan dengan harga.

Sebenarnya, menurut pengetahuan saya, seller shopee ini markup sangat sikit sahaja. Kuali ini boleh dibeli di China jd.com, harganya lebih kurang sama dan mempunyai ribuan review positif pada product kualinya.


2. Kuali Non Stick Ecowin

Kuali Non-Stick Murah Terbaik

4.9 out of 5.0 stars | 934 ratings | Good review ratio: 71 to 1

Ecowin Non Stick Pans

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Anda mungkin sudah perasan yang Ecowin and 54DN nonstick pans kelihatan serupa. Bukan itu sahaja, harga jualan kedua-dua jenama kuali non-stick pun hampir sama.

Perbezaan terbesar antara 2 penjual Shopee ini ialah Ecowin adalah Shopee Mall dan delivery juga dilakukan oleh Shopee.

Dengan salutan seramik nonstick, anda boleh memasak dengan menggunakan sedikit minyak dan asap pun akan berkurangan.

Pengguna memuji Ecowin nonstick pan cukup tebal, berat dan kukuh. Kuali non stick Ecowin juga boleh dipanaskan dengan cepat.

Ramai yang komen tentang reka bentuknya yang elegan dan cantik

Terdapat beberapa review negative pada Kuali Ecowin ini, yang kerap dikomplain ialah kuali tersebut terlalu berat. Jadi, ia tidak sesuai sekiranya anda jenis yang suka melambung-lambungkan kuali semasa memasak.

Ecowins mempunyai 2 jenis kuali non-stick, ada kuali standard dengan dinding 4.5cm tinggi dan kuali jenis dinding tinggi 9cm. Kuali non-stick 9cm sesuai untuk orang Malaysia kerana kita sering memasak masakan yang banyak kuah dan sos.


3. Wok Pan Xiaomi Taste Plus MOTOMI

Non-Stick Pan Terbaik Untuk Induction Cooker

4.9 out of 5.0 stars | 162 ratings | Good review ratio: 0 bad review

Xiaomi Taste Plus MOTOMI Wok Pan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kuali Wok Xiaomi Taste Plus MOTOMI merupakan personal favourite saya dalam list ini.

Walaupun ia lebih mahal dari Ecowin and Carote, Kuali Non-stick MOTOMI menggunakan salutan ILAG non-stick coating dari Swiss. a adalah salutan non-stick 3 lapisan tanpa PFOA.

Berbeza dari jenama kuali non-stick lain yang menggunakan pemegang plastik bercorak kayu, Taste Plus Wok Pan menggunakan Kayu Solid Beech Bavaria.

Salah satu feature yang unik pada Kuali Xiaomi ini ialah ia mempunyai gelang silikon terma yang berfungsi sebagai petanda suhu. Apabila gelang terma tersebut bertukar kepada warna merah gelap, ia menunjukkan kuali berada pada suhu yang betul untuk mula memasak.

Pengguna review bahawa kuali non-stick Xiaomi rasa ringan dan senang diangkat. Dan kualitinya sepadan dengan harga

Reviewers said that the pan feels very light on hand, and the quality is superb for its price. And many said that they would buy again or recommend it to their friends and family.


4. Kuali Tefal Easy Care Cookware

Non-Stick Frying Pan Terbaik Bagi Dapur Gas

4.9 out of 5.0 stars | 18.1K ratings | Good review ratio: 54 to 1

Tefal Easy Care Cookware Pots & Pans

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Orang Malaysia dah biasa dengar jenama Tefal. Tefal Easy Care 5-piece non-stick cook set adalah product terlaris di Tefal Shopee Official Mall.

Set in termasuk

  • non-stick frying pan 20cm
  • non-stick frying pan 24cm
  • milk pan 14cm
  • saucepan 16cm
  • saucepan 18cm

Dengan kurang daripada RM300, anda boleh melengkapkan dapur anda sepenuhnya. Dengan set ini, anda boleh menggoreng makanan, memasak sos, dan merebus sup.

Tetapi, anda perlu ambil perhatian bahawan Tefal Easy Care cooking set ini tidak boleh dipakai atas dapur induction cooker. Ia hanya boleh dipakai atas dapur gas.

Kuali tefal mempunyai thermo-signal di tengah-tengah kuali. Ramai yang tidak tahu sedar cara fungsi thermo signal tersebut.

Tefal Easy Care Cookware Pans with red colour thermo-signal at the middle of the pan

Apabila gelang luar isyarat thermo-signal bertukar menjadi merah gelap , ia bermakna kuali telah mencapai suhu memasak yang ideal.

Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan memasak makanan anda dengan suhu yang tak sesuai. Panduan ini amat berguna terutamanya memasak stik daging.

Ramai customer berasa puas hati selepas menggunakannya dan sesetengah orang dapat membeli set Tefal Easy Care dengan harga RM199 sahaja semasa promotion.


5. Tefal Cook Easy Wokpan

Non-Stick Wok PanTerbaik

4.9 out of 5.0 stars | 11.8K ratings | Good review ratio: 37 to 1

Tefal Cook Easy Wokpan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Tefal Cook Easy Wokpan ialah satu lagi kegemaran rakyat Malaysia. Saya rasa kebanyakan isi rumah Malaysia masih lebih suka memasak dengan kuali.

Wok besar ini berukuran 32cm diameter dan 9.4cm tinggi, 1.1kg.

Kuali Tefal Cook Easy cukup besar untuk memasak sehingga enam orang. Ramai customer sika saiznya dan mengatakan ia boleh memuatkan dua ekor ayam, memasak bagi keluarga besar menjadi mudah.

Perbezaan utama antara kuali Tefal yang murah dengan kuali Tefal Cook Easy Wokpan ialah salutan coating PTFE titanium-nya.

Menurut Tefal, coating titanium adalah 3 kali lebih kuat daripada coating non-stick standard dan ia boleh menahan semua alat memasak termasuk spatula logam.

Namun begitu , saya tetap menasihati agar tidak menggunakan sebarang alat memasak logam pada mana-mana jenis kuali non-stick.

Tefal Cook Easy Wokpan mempunyai gegelung Thermo-Signal dan Diffusion Base sama sepertiTefal frying pan. Tefal’s Diffusion Base memastikan kuali dapat dipanaskan dengan sama rata ke seluruh kuali.

Akhir sekali, perlu diingatkan bahawa Tefal Cook Easy Wokpan hanya sesuai digunakan pada dapur gas. Ia tidak sesuai untuk dapur induction cooker.


6. Kuali Non-Stick Carote

Nonstick Pan Paling Popular Lazada

4.9 out of 5.0 stars | 7624 ratings | Good review ratio: 59 to 1

Carote Non Stick Pan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Carote Nonstick Pan ialah kuali nonstick terlaris di Lazada. Ia merupakan satu lagi jenama alat memasak China.

Setakat berdasarkan foto dan penerangan produk, tiada apa-apa perbezaan yang ketara antara kuali Carote, kuali Ecowin atau kuali 54DN.

Satu-satunya perbezaan yang saya dapat lihat ialah Carote menggunakan salutan seramik kelabu gelap. Jadi, ia kelihatan lebih konvensional. Seperti dua jenama China yang lain, Kuali Carote juga menggunakan pemegang plastik corak kayu.

Apabila tiada promosi, kuali karote adalah lebih mahal daripada kuali Ecowin dan 54DN.

Kuali Carote sesuai bagi setiap jenis dapur memasak, seperti dapur gas dan dapur induction.

Saya perhatikan bahawa terdapat sedikit aduan daripada pengguna mengenai coating ceramic-nya.

Ada yang komplain coating ceramic cepat bertukar menjadi kuning dan coklat selepas tempoh penggunaan yang singkat. Apabilat warnanya bertukar jadi kuning, kuali Carote akan menjadi semakin melekit dan susah memasak.

Akan tetapi, aduan seperti atas adalah jarang. Ini mungkin kes individu di mana pengguna tidak menggunakan kuali non-stick dengan betul.

Akan tetapi, aduan seperti atas adalah jarang. Ini mungkin kes individu di mana pengguna tidak menggunakan kuali non-stick Carote dengan betul.

Memandangkan tiada banyak perbezaan antara Kuali Carote dan Ecowin, saya rasa Kuali Ecowin lebih berbaloi beli kerana harganya yang lebih murah.


7. Le Creuset TNS Frying Pan

Non-Stick Frying Pan Terbaik

4.9 out of 5.0 stars | 43 ratings | Good review ratio: 59 to 1

Le Creuset TNS Frying Pan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda ingin memiliki kuali jenama Eropah, boleh consider membeli Kuali Le Creuset TNS. TNS adalah singkatan bermaksud “toughened non-stick”.

Peralatan dapur Le Creuset mempunyai reputasi yang tinggi atas kualiti dan ketahanannya. TNS Frying Pan menggunakan tiga lapisan non-stick coating yang tahan lasak dan dikatakan boleh tahan dengan alat masak logam.

Kuali Le Creuset ini mampu bertahan sehingga 260 darjah Celsius. Ia boleh digunakan pada mana-mana jenis dapur, termasuk induction cooker.

Lain dari kuali yang lain dalam senarai ini, Kuali Le Creuset menggunakan pemegang stainless steel. Jadi, kuali ini boleh dimasukkan ke dalam oven

Le Creuset TNS Frying Pan didatangkan dengan waranti 10 tahun. Tetapi ia tidak meliputi salah guna, dan wear & tear.

Jika anda benar-benar mahu membeli Le Creuset Pan, adalah lebih baik membeli original Le Creuset cast iron pan yang terkenal. Semua Le Creuset cast iron pans adalah made in France dan boleh bertahan puluhan tahun, bukan setakat 3-5 tahun sepertikuali non-stick..


Jenama Kuali Non-Stick Yang Lain

Review Kuali DESSINI ITALY Granite Aluminium

Dessini Non Stick 12 Pcs Cookware Set ialah set kuali non stick paling popular di Shopee. Set ini hanya dijual pada harga RM148, memang murah tidak masuk akal.

Ramai pelanggan mengadu bahawa menerima produk yang rosak, penghantaran lewat dan barang yang hilang. Terdapat juga komplain yang banyak tentang kuali barang rendah, pemegangnya berasa tajam dipegang dan skru yang diberikan untuk kuali tidak padan.

Namun begitu, saya tahu bahawa sesetengah pelanggan tidak kisah dengan kekurangan ini, asalkan harga kualinya rendah.

Tetapi, saya tidak rekomen membeli Kuali Dessini kerana produknya nampak kurang dari segi kawalan kualiti berdasarkan review pelanggan. Satu kuali yang baik dan bertahan adalah lebih baik daripada berpuluh-puluh periuk dan kuali yang berkualiti rendah.


Soalan Lazim Non-Stick Pan

Kuali non-stick manakah yang terbaik di Malaysia?

Saya cadangkan beli kuali non-stick Tefal di Malaysia. Tefal mempunyai eputasi yang panjang dalam bisnes alat memasak non-stick.

Adakah kuali non-stick selamat?

Ya, salutan PTFE, yang juga dikenali sebagai Teflon telah dihasilkan tanpa menggunakan PFOA sejak 2013. Alat memasak non-stick hari ini memang selamat untuk digunakan selagi salutan PTFE/Teflon masih sempurna.

Bilakah saya perlu tukar kuali non-stick?

Anda harus menukar kuali non-stick sekiranya salutan nonstick dah mula mengelupas. Lapisan dalam yang mempunyai bahan karsinogen boleh meresap ke dalam makanan semasa memasak.

Adakah ceramic coating lebih baik daripada Teflon?

Ya, ceramic coating adalah lebih baik dari Teflon. Tetapi, salutan seramik biasanya kehilangan sifat non-stick lebih cepat daripada Teflon, hanya boleh bertahan kira-kira setahun sekiranya memasak hari-hari.

Apakah kuali non-stick yang terbaik tanpa bahan kimia berbahaya?

Kuali Non-Stick Ceramic coating adalah paling selamat. Coating ini bebas PTFE dan PFOA. Xiaomi Taste Plus Motomi Wok Pan adalah pilihan yang bagus kerana ia menggunakan coating ceramic Swiss ILAG. Terdapatnya penjual lain yang mendakwa bahawa kuali mereka menggunakan salutan seramik tetapi kita tidak akan dapat mengesahkannya.

Apakah cara nak maintain kuali non-stick ?

Ramai orang tidak menyedari bahawa kuali nonstick perlu di-maintain dan diguna dengan cara yang betul. Untuk kuali nonstick baru, basuh dengan detergen hingga bersih dan kemudian gosokkan lapisan minyak masak ke atas permukaannya. Kemudian, panaskan kuali di atas dapur selama 2-3 minit. Setelah ia sejuk, lapkan sisa minyak dan simpan

Apakah kuali nonstick yang digunakan oleh chef profesional?

Kebanyakan chef profesional atau restoran tidak menggunakan kuali non-stick. Chef Western lebih suka mengguna kuali cast iron, kuali carbon steel ataupun kuali copper yang boleh panas dengan cepat. Chef Asia lebih suka mengguna wok carbon steep kerana ia panas dengan cepat dan boleh mengoreng tanpa risau merossakkan kuali.

Lazada 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.