9 Stroller Baby Terbaik dan Murah di Malaysia

stroller baby terbaik malaysia

Bagi yang baru jadi ibu dan bapa, membeli stroller baby pertama agak sukar kerana anda tidak mempunyai sebarang pengalaman lagi travel dengan bayi.

Apakah stroller baby terbaik di Malaysia?

Stroller baby yang sempurna dan baik harus boleh digunakan dari lahir sehingga umur 2-3 tahun.. Dan ia sepatutnya mudah untuk ditolak, dilipat, membawa dan disimpan. 

Stroller baby yang baik juga harus ringan tetapi kukuh untuk menjamin keselamatan bayi dan kanak-kanak.

Beikut adalah 9 stroller bayi terbaik di Malaysia, disusun dari yang paling murah hingga model paling mahal.

  1. Stroller Baby Two Way Facing Terbaik: Prego Lite 2
  2. Stroller Baby Murah: Baby Throne Advance Baby Stroller
  3. Stroller Baby Ringan dan Foldable: Mamakiddies Aviant Stroller
  4. Stroller Baby 3-in-1 ConvertibleTerbaik: Sweet Cherry 3-in-1 Baby Stroller
  5. Stroller Baby Ultra Compact Terbaik: GB Pockit Plus
  6. Stroller Baby Autofold Terbaik: Chicco Goody Plus
  7. Stroller Terbaik untuk Newborn: Donna Car Seat Stroller
  8. Stroller Baby Travel Terbaik: Babyzen Yoyo 6+
  9. Stroller Baby Compact Two-Way Facing: Bugabook Ant

1. Prego Lite 2

Stroller Baby Two Way Facing Terbaik

Cheap Two Way Facing Stroller for Newborn

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Prego Lite 2 adalah stroller two-way facing yang sangat murah dengan hanya RM199. Ia sesuai untuk newborn dan kanak-kanak sehingga umur 4 tahun.

Ciri-ciri Prego Lite 2 Stroller:

  • Ringan, 5.5kg
  • Sesuai untuk newborn dan sehingga umur 4 tahun
  • Multiple seating angle, dari 80 hingga 170 darjah
  • Mampu menampung sehingga 18kg
  • Adjustable 2 way facing
  • Vision window di atas canopy untuk ibu bapa memeriksa keadaan bayi
  • Adjustable footrest
  • SPF50 UV protection canopy
  • Detachable Protection bar
  • Bakul storan yang besar
  • Sesuai dengan Infant Carrier Prego Airmax
  • Waranti 3 tahun

Oleh sebab Prego Lite 2 Stroller adalah stroller two-way facing, ia boleh digunakan untuk bayi yang baru lahir..

Untuk newborn bayi, kita perlu menghadap bayi ke arah ibu bapa mereka semasa membawa stroller, dan bukannya bagi bayi pandang ke bahagian depan.

Apabila kanak-kanak sudah umuar 1 atau 2 tahun, kita boleh menukarkan stroller kepada forward-facing supaya mereka dapat melihat persekitaran.

Prego Lite 2 juga boleh dipakai dengan Prego Airmax Carseat, yang sangat mudah. Kita boleh memasangkan car seat tersebut ke atas rangka stroller Prego Lite 2.

Prego Lite 2 is compatible with Prego Airmax Carseat

Walaupun ia boleh dilipat, stroller ini boleh kelihatan masih agak besar. Ia kurang compact berbanding dengan stroller travel ultra-compact yang lain.

Tetapi, kebaikannya ialah stroller ni masih boleh berdiri sendiri tanpa perlukan kita sentiasa memegangnya.

Prego Lite 2 merupakan stroller yang amat berbaloi beli memandangkan kita boleh memakai stroller baby ini lebih dari empat tahun dengan harga kurang dari RM200.


2. Baby Throne Advance Baby Stroller

Stroller Baby Murah

Affordable Travel Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Baby Throne Advance adalah stroller travel yang berbaloi beli. Ia sesuai untuk ibu bapa yang sering travel dengan bayi mereka.

Lihat video di bawah dan tengok stroller baby ini boleh dilipat dengan kecil, sama seperti Babyzen Yoyo 6+.

Ciri-ciri Baby Throne Advance Baby Stroller:

  • Boleh digunakan dengan satu tangan – pushing, steering, folding dan unfolding
  • Sistem anti-shock front-wheel
  • Tayar PU rubber
  • Aksesori boleh ditanggalkan: bottle holder, front bar, front cover, mosquito net, shoulder strap
  • Boleh diturunkan hingga 175 darjah untuk bayi baru lahir
  • Berat stroller 5.8kg
  • Sokong baby/toddler sehingga 15kg
  • Adjustable sunroof

Baby Throne Advance Baby Stroller boleh dilipat menjadi pakej yang sangat kecil, dengan size hanya 44 x 22 x 50 cm. Ia juga dilengkapi dengan shoulder strap yang membolehkan anda membawanya seperti sling beg . 

Baby Throne Advance Baby Stroller can be folded into a really small package with a shoulder strap

Tapi, shoulder strap ini agak basic dan tidak menyediakan kusyen yang mencukupi. Berat hampir 6kg di bahu anda boleh menjadi sangat membebankan dan menyakitkan selepas masa yang lama.

Perkara terakhir dan paling penting ialah penjual hanya memberikan waranti 1 bulan untuk stroller tersebut. Oleh itu, pastikan anda mencubanya dengan teliti setelah anda menerimanya.

Baby Throne Advance sangat berbaloi beli kerana stroller jenama lain yang mempunyai fungsi yang serupa boleh mencecah ribuan ringgit.


3. Mamakiddies Aviant Stroller

Stroller Baby Ringan dan Foldable

Budget Lightweight Foldable Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mamakiddies Aviant Stroller adalah satu lagi model stroller yang popular di Shopee. Ia telah menjual lebih dari 2600 unit dan menerima review yang sangat positif daripada pelanggan.

Ciri-ciri Mamakiddies Aviant Stroller:

  • Sesuai untuk bayi baru lahir dan sehingga umur 4 tahun
  • Sokong sehingga 18kg 
  • Berat stroller 5.9kg
  • Adjustable back recline angle
  • 5-point safety harness
  • Padded harness strap
  • Bakul simpanan besar
  • 2 tingkap peek-a-boo
  • Percuma shoulder strap, mosquito net, cover bag,
  • Lipat dengan satu tangan

Kelebihan Mamakiddies Aviant Stroller ialah ia boleh dilipat dan dibawa seperti trolly. Ia mempunyai pemegang yang boleh diekstrak supaya pengguna boleh menariknya apabila stroller tidak digunakan.

Saiz stroller Mamakiddies Aviant selepas dilipat ialah 58 x 48 x 20 cm yang jauh lebih besar dari Baby Throne Advance.

Tapi, saiz ini sudah cukup padat untuk dimuatkan ke dalam kabin kereta dan juga boleh dibawa ke atas flight.

Berbanding dengan design shoulder carry Baby Throne Advance, design trolly Mamakiddies Aviant sebenarnya lebih mudah dan kurang meletihkan.


4. Sweet Cherry GL600 Vetro S Travelling System

Stroller Baby 3-in-1 ConvertibleTerbaik

Best Local 3-in-1 Convertible Baby Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jenama produk bayi Malaysia Sweet Cherry telah wujud selama lebih tiga dekad. Sweet Cherry GL600 Vetro S adalah travelling companion yang lengkap untuk bayi baru lahir dan anak kecil. 

Stroller ini bukan stroller jenis compact tetapi ia direka untuk memenuhi semua jenis keperluan dan diguna dalam pelbagai keadaan. Car seat bayi juga disediakan dalam pakej ini. 

Ciri-ciri Sweet Cherry GL600 Vetro S Travelling System:

  • Sesuai untuk newborn hingga 36 months
  • Multiple reclined position
  • Boleh dilaraskan menjadi lie flat pram mode untuk bayi baru lahir
  • Two-way facing
  • Roda besar yang boleh diguna pada sebarang jenis permukaan jalan
  • Jaring nyamuk
  • Vetro S baby carrier car seat
  • Mudah dilipat dan dibuka
  • Lock secara automatik apabila dilipat
  • Kanpi dengan tingkap
  • Adjustable push handle
  • 5-point safety harness
  • Lockable front swivel wheel
  • One-step brake

Dilengkapi dengan roda besar, Sweet Cherry adalah stroller all-terrain yang boleh ditolak atas permukaan jalan yang tidak rata. Stroller jenis ini direka supaya bayi lebih selesa tidur di dalam stroller.

Oleh sebab ini, stroller tak boleh dilipat menjadi saiz kecil. Jadi, ia kurang sesuai untuk travelling.

GL600 Vetro S Travelling System adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mahukan keselesaan dan keselamatan yang terbaik untuk bayi mereka.

Pakej ini termasuk Vector S baby carrier car seat, jadi bayi baru lahir boleh mengguna baby car seat semasa travelling di dalam kereta. Apabila sampai ke destinasi, hanya pindahkan car seat tersebut dan pasang ke atas GL600 3-in-1 stroller.

Sweet Cherry GL600 Vetro S sangat mudah kerana ia juga merupakan stroller two-way facing. Ia boleh ditukar untuk sama ada menghadap ibu bapa atau ke hadapan bergantung kepada keperluan sendiri.

Dengan kurang dari RM600, anda boleh mendapati kombo car seat baby dan stroller bayi . Dan juga boleh menyokong barang jenama tempatan Malaysia.


5. GB Pockit Plus All Terrain

Stroller Ultra Compact Terbaik

Best Ultra Compact Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

GB Pockit Plus adalah stroller yang compact dan praktikal. Ia adalah salah satu stroller paling ringan yang boleh beli di Malaysia, dengan berat kurang dari 5.6kg. 

Ia menggunakan lipatan yang unik dan sangnat compact. Saiz stroller selepas dilipati hanya berukuran 20 x 34 x 42 cm.

Saiz lipatannya yang ultra-compact membolehkan pengguna membawa Pockit+ dalam flight. Ia memenuhi syarat hand luggage kapal terbang.

Ciri-ciri GB Pockit+ stroller:

  • Sesuai untuk 6 bulan sehingga 22kg
  • Boleh sokong berat 17kg
  • Ringan
  • Ultra-compact
  • Boleh berdiri sendiri selepas dilipat
  • Lockable front wheel
  • Menolak dengan satu tangan

Oleh kerana stroller GB Pockit+ tidak boleh dibaringkan sampai 175 darjah, ia tidak sesuai bagi bayi baru lahir.

Walaupun stroller boleh dilipat dengan sangat compact, berat stroller ini boleh agak meletihkan jika anda membawanya untuk jangka masa yang panjang. Kebaikan stroller ini ialah ia hanya mengambil ruang yang kecil di dalam kabin kereta.

GB Pockit+ Stroller adalah pilihan yang bagus untuk ibu bapa yang tengah mencari stroller travel untuk anak yang berumur 2-3 tahun. Stroller GB Pockit+ amat sesuai untuk dibawa untuk melancong di luar negara kerana saiznya yang kecil selepas dilipati.


6. Chicco Goody Plus

Stroller Autofold Terbaik

Best Autofold Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jenama Chicco memang tidak asing lagi bagi ibu bapa di Malaysia. Car seat bayi Chicco merupakan salah satu car seat bayi yang paling selamat.

Produk bayi Chicco amat berkualiti, premium, dan inovatif.

Chicco Goody Plus adalah stroller yang boleh dilipati secera automatik dengan menekan satu butang sahaja. Stroller jenis ini amat bagus untuk ibu yang sering menghadapi masalah semasa melipati stroller.

Lihat demonstrasi lipatan bagi Chicco Goody Plus dalam video di bawah:

Ciri-ciri Chicco Goody Plus:

  • Berat stroller 6.9kg
  • Sesuai dari lahir hingga 22kg
  • Backrest boleh diturunkan sepenuhnya untuk newborn
  • Rangka stroller anodized
  • Tempat duduk yang luas dan selesa
  • Kanopi stroller rating UV 50+ sun protection dan kalis air
  • Percuma rain cover
  • Shock absorber pada semua roda

Chicco Goody Plus sangat mudah dan boleh dilipati dalam beberapa saat. Ia dilipat dalam saiz yang sangat compact, berukuran 46.5 x 25 x 56 cm. 

Apabila ia dilipati, terdapat satu handle akan wujud di tengah-tengah stroller . Oleh itu, berat stroller boleh diagihkan secara sama rata dan menjadikannya lebih mudah dibawa walaupun beratnya sebanyak 6.9kg.

Chicco Goody Plus dilengkapi dengan jaminan 1 tahun. Sekiranya bajet anda kecial dan anda memang suka fungsi lipatan automatik seperti ini, anda boleh beli Beblum Navuto+. Ia merupakan klon Chicco Goody Plus tetapi pada harga yang lebih murah.


7. Donna Car Seat Stroller

Stroller Terbaik untuk Bayi Baru Lahir

Best Strollers for New Born

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Donna Car Seat Stroller adalah stroller baby yang sangat inovatif dan unik. Ia merupakan stroller pertama yang menggunakan design sedemikian. Ia adalah stroller yang terbaik bagi kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah.

Dengan stroller baby Donna,kita boleh menukarkan baby car seat ini menjadi stroller dalam masa yang singkat.

Berbanding dengan kombo stroller dan car seat baby, kita perlu berhati-hati mengeluarkan car seat bayi dari kereta dan memasang pada stroller. Kadang-kadang, ia boleh menjadi agak mencabar sekiranya tiada sesiapa di sisi untuk membantu.

Ciri-ciri Donna Car Seat Stroller:

  • Berat produk 16.5lbs, kira-kira 7.5kg
  • One simple motion operation
  • 5-point safety harness
  • Adjustable handlebar
  • Baby Safe material dan breathable textile yang lebih baik
  • TUV dan diluluskan oleh FAA untuk travel
  • Sesuai untuk infant dari 4 lbs hingga 35lbs

Stroller Donna mempunyai beberapa kelemahan yang anda perlu ambil perhatian:

  1. Stroller ni hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun di bawah. 1 tahun boleh berlalu dengan cepat dan perlu membeli stroller yang lagi besar.
  2. Saiznya agak besar walaupun selepas ia dilipat kerana ia adalah sebuah baby car seat.
  3. Ia tidak mempunyai ruang storan. Kebanyakan car seat baby juga tidak mempunyai ruang simpanan barang.
  4. Car seat kereta boleh menjadi kotor disebabkan roda stroller yang kotor.

Secara keseluruhan, Donna adalah car seat stroller yang bagus bagi parents yang sering travel dengan kereta.

Walaupun ia agak mahal memandangkan kita hanya boleh menggunakannya untuk setahun, kita boleh menghadiahkannya kepada saudara-mara, rakan atau keluarga. Stroller ini memang bagus bagi bayi berumur setahun dan ke bawah.

Lihat panduan review terperinci di bawah:


8. Babyzen Yoyo 6+

Stroller Travel Terbaik

Best Travel Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Baby Zen Yoyo 6+ digelar sebagai stroller travel terbaik by oleh banyak reviewer. Ia ringan, berkualiti tinggi, compact dan sangat mudah ditolak.

Ciri-ciri Baby Zen Yoyo 6+:

  • Ringan, 6.2kg
  • Dilipat menjadi saiz ultra-compact
  • 5-point harness
  • Kanopi anti UV (UPF50+) dan kalis air
  • Boleh menampung berat 22kg
  • Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas
  • Padded shoulder strap
  • Hytrel elastomer suspension
  • Bakul boleh menampung 5kg
  • Head support dan foot cover
  • 9 warna yang trendy untuk dipilih

Yoyo 6+ boleh diambil ke atas kapal tebang kerana saiznya yang benar-benar compact selepas dilipati, hanya 52 x 44 x 18cm. Jadi, kita tidak perlu lagi menunggu untuk ambil stroller.

Backrestnya boleh dilaras menjadikan ini stroller baby yang sesuai bagi bayi dan kanak-kanak.

Satu kebaikan penting Baby Zen Yoyo 6+ ialah stroller ini sangat kukuh dan bertahan lama walaupun ia sangat ringan. Ia boleh digunakan selama 5 tahun dan masih dalam keadaan yang baik.


9. Bugaboo Ant

Stroller Compact Two-Way Facing

Compact Two-Way Facing Stroller

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Bugaboo Ant ialah stroller pushchair yang mempunyai reka bentuk moden yang menonjol. Ia adalah satu stroller baby yang compact dengan reversible seat. 

Ciri-ciri Bugaboo Ant:

  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Sesuai untuk sehingga 22kg
  • Berat stroller 7.2kg
  • Two-way facing, reversible seat
  • Lipatan yang compact
  • Adjustable seat
  • Design yang menarik
  • Reclinable seat
  • Ketinggian handle bar boleh dilaras

Perbandingan antara BabyZen Yoyo 2 vs Bugaboo Ant:

Bugaboo Ant mempunyai banyak kelebihan, seperti saiznya yang compact, ada reversible seat, ketinggian handle boleh dilaras, dan ia boleh digunakan dengan aksesori buggy board, ia boleh ditolak seperti luggage beg apabila dilipatkan.

Bugaboo Ant has a reversible seat and can be pushed like a suitcase when folded

Pada masa yang sama, ia juga mempunyai beberapa kelemahan .

Stroller ini agak kecil dan sempit. Bayi membesar dengan cepat jadi kita mungkin tidak dapat menggunakan stroller ini dengan lama.

Selain itu, Bugaboo Ant menggunakan mekanisme lipatan yang kompleks.

Anda perlu mengambil 4 langkah untuk melipatkannya. Sesetengah pengguna bagi feedback bahawa ia sangat susah dilipatkan. Terdapat pengguna yang tidak menggunakan stroller ini atas masalah ini.

Bugaboo Ant ialah stroller yang sangat versatile jika anda boleh menangani lipatan stroller yang agak rumit. Sebelum membuat keputusan untuk membeli stroller ini, anda boleh melihat lebih banyak review untuk stroller ini di laman web officialnya.


Stroller Baby FAQ

Jenama stoller baby mana yang terbaik di Malaysia?

Jenama stroller terbaik di Malaysia ialah Chicco, GB Pockit, BabyZen. Jenama stroller tempatan yang baik ialah Mamakiddies, Sweet Cheery dan Prego.

Berapa banyak jenis stroller yang ada?

Terdapat lima jenis stroller yang utama: stroller all-purpose, sistem travel, stroller compact, stroller convertible, dan stroller jogging.

Bagaimanakah saya memilih stroller?

Tiga faktor yang paling penting apabila memilih stroller adalah gaya hidup sendiri, bajet dan penggunaan jangka panjang.

Gaya Hidup – Sekiranya anda sering travel, anda patut membeli stroller ringan dan compact. Adakah anda sentiasa mempunyai teman di sisi untuk membantu anda? Bolehkah kereta anda muat dengan stroller? Dan faktor yang lain…
Bajet– Sebagai ibu bapa baru, anda perlu membeli banyak barangan bayi. Produk bayi yang berkualiti biasa agak mahal. Jadi, bajet dengan betul dan berfikir untuk jangka panjang apabila memilih baby stroller.
Penggunaan jangka panjang – Sebaik-baiknya, kita patut membeli stroller yang boleh dipakai dari lahir hingga 3. Dengan itu, kita tidak perlu membeli banyak-banyak stroller.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.