5 Water Heater Terbaik Malaysia – Selamat Dan Panas

water heater terbaik

Pada zaman kini, kebanyakan orang lebih suka bermandi dengan air panas berbanding mandi air sejuk sahaja.

Oleh itu, adalah penting untuk memasang water heater yang baik dan mudah pakai di rumah kita. 

Apabila memilih water heater, keselamatan adalah faktor yang amat penting

Apakah water heater terbaik di Malaysia?

Water heater yang terbaik ialah Water Heater Panasonic N Series. Ia memberi pengalaman mandi yang selesa dengan tekanan air yang baik dan pemanasan yang cepat. 

Ia juga mempunyai dan mengamalkan standard keselamatan yang paling ketat di antara jenama-jenama water heater yang terkenal.

Berikut adalah 5 instant water heater yang terbaik di Malaysia:

  1. Rain Shower Water Heater Terbaik: Panasonic DH-3NP1MSR
  2. DC Pump Water Heater Terbaik: JOVEN SC33
  3. Water Heater Paling Selamat: Panasonic U Series Water Heater
  4. DC Pump Water Heater Murah Terbaik: Haier Water Heater With DC Pump EI36MP1
  5. Water Heater Tanpa Pam Terbaik: Midea Water Heater Shower MWH-38Q

1. Panasonic N Series Water Heater DH-3NP2MSR

Rain Shower Water Heater Terbaik

Panasonic N Series Water Heater DH-3NP2MSR

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Panasonic DH-3NP2MSR N Series Jet Pump dengan Rain Shower pakej water heater yang paling lengkap dan seimbang berbanding model dan jenama lain.

Ia mempunyai reka bentuk yang cantik, kawalan haba yang baik, tekanan pam yang mencukupi, rain shower yang besar dan suis one-push ON/OFF switches yang lebih selamat.

It has a great design, good heat control, adequate pump pressure, a big rain shower and safe one-push ON/OFF switches.

Berbanding dengan Panasonic DH-3NP1MSR yang mempunyai paparan digital, saya lebih suka Panasonic DH-3NP2MSR dengan kawalan tombol kerana ia lebih mudah untuk menetapkan suhu yang diingini.

Model ini mempunyai komponen digital yang minimal, jadi ia lebih bertahan lasak.

Kelemahan model ini ialah tidak mempunyai ciri e-CYCLE yang ada pada DH-3NP1MSR.

e-CYCLE ialah ciri bertukar antara air panas dan sejuk secara automatik untuk meningkatkan peredaran darah.

This model also has fewer digital components, so it’s less likely to break. The disadvantage is it lacks the e-CYCLE feature that DH-3NP1MSR has. e-CYCLE is a feature switching between hot and cold water automatically to enhance blood circulation.

Berbanding dengan jenama water heater lain, water heater siri N Panasonic mempunyai berbagai kelebihan.

Smart Steady Temperature 

  • built-in sensor untuk mengekalkan suhu air pada suhu yang ditetapkan

Easy Switching Shower Head

  • bertukar dengan mudah antara mod pancuran mandian yang berbeza dengan menekan butang pada shower head sahaja

Easy and Safe One-Push Switch

  • ON/OFF switch yang besar dimana tiada jenama water heater yang mempunyai ciri ini

Japan-designed Control Circuit Board

  • Reka bentuk papan litar yang dirancang dan dibuat dengan teliti

Made in Japan DC Pump Motor

  • Silent DC Pump yang dibuat di Jepun dan bukannya menggunakan motor tempatan atau buatan China

Rain Shower Water Heater Panasonic DH-3NP2MSR ini merupakan water yang selamat dan berkualiti untuk setiap orang. Selain itu, ia juga amat cekap tenaga dengan penggunaan kuasa sebanyak 3.7kW. Dan suhu maksimumnya dikawal bawah 55 darjah Celsius sahaja


2. JOVEN SC33IP

Water Heater Pam DC Terbaik

JOVEN SC33IP

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sekiranya Panasonic N series water heater terlalu mahal, anda boleh pertimbangkan water heater Joven SC33IP. Panasonic dan Joven adalah antara dua jenama water heater yang paling terkenal di Malaysia.

Di Malaysia, jenama memamng ramai yang kenal dengan Joven water heater. Secara umum, water heater Joven mempunyai reka bentuk yang ringkas, prestasi pemanasan yang boleh mantap dan kualiti binaan yang boleh dipercayai.

Siri water heater Joven SC33 yang baru ini menampilkan reka bentuk yang lebih bergaya berbanding model Joven sebelumnya. Ia datang dalam pilihan warna perak gelap dan kelabu gelap.

Model ini menggunakan double-layer 2K paint finish yang boleh bertahan lama dan tidak bertukar warna.

Dan ciri utama water heater Joven ialah heating element coppernya yang tahan lasak. Selama ini, Joven terkenal denngan prestasi water heater yang tahan lama dan selamat digunakan untuk bertahun tahun.

Selain itu, ia mempunyai pelbagai ciri keselamatan terbina dalam seperti teknologi thermal cut-out, IP25 casing, nylon fibre tank, dan teknologi safety flow sensor .

Water heater Joven SC33 juga dilengkapi dengan shower head yang sangat selesa dengan 5 mod semburan. Antaranya semburan sederhana, semburan campuran, semburan lebar, semburan kombo dan semburan jet untuk mengurut.

Joven water heater SC33 mempunyai waranti yang sangat lama. Pam water heater diberi jaminan selama 5 tahun, elemen pemanas selama 5 tahun, tangki selama 10 tahun, dan part-part yang lain selama 1 tahun.


3. Panasonic U Series Water Heater

Water Heater Malaysia Yang Paling Selamat

Panasonic U Series Water Heater

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

The Panasonic U series water heater ialah water heater paling selamat di Malaysia. Water heater siri U dari Panasonic ini adalah model terbaru dan paling stylish,

The Panasonic U series water heater didatangkan dengan 9 ciri keselamatan yang untuk menjaminkan pengguna boleh mandi dengan tenang.

  1. Casing water heaternya adalah rating IP2X , water-resistant dan splashproof
  2. Seluruh casing-nya dibuat dari material penebat elektrik
  3. Casing tersebut juga tidak mudah terbakar
  4. Suis One-push untuk hidup dan matikan water heater
  5. Built-in ELB mencegah kebocoran elektrik
  6. Water flow sensor untuk mematikan water heater sekiranya tekanan air terlalu rendah
  7. Power supply automatic cut-off sekiranya ada komponen water heater yang rosak
  8. Had suhu kepada 55 darjah celsius
  9. Elemen pemanasan lebih bertahan dan mencegah overheating

Selain daripada sangat selamat, Water Heater Panasonic U series juga mempunyai fungsi-fungsi keselesaan yang tidak terdapat dalam mana-mana jenama lain.

Antara fungsinya yang unik termasuklah:

  • U-memory – 3 profil tetapan suhu untuk pemilihan suhu dengan senang
  • U-mode – 3 mod pancuran mandian berbeza: naikkan suhu secara beransur-ansur, turunkan suhu air secara beransur-ansur, dan bertukar antara pancuran air panas dan sejuk.

Akhir sekali, Panasonic U-series water heater mempunyai showerhead yang boleh memberikan pengalaman seumpama mandian spa. Tekstur airnya lebih lembut dan selesa. Selain itu, kepala pancuran itu sendiri diperbuat daripada bahan kristal Ag+ antibakteria.


4. Haier Water Heater With DC Pump EI36MP1

Water Heater Pam DC Murah Terbaik

Haier Water Heater With DC Pump EI36MP1

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda sedang mencari water heater pam DC yang murah, maka anda patut mencuba Water Heater Haier EI36MP1. Ia kini dijual pada harga RM300+ sahaja.

Walaupun Haier tidak popular di Malaysia, ia adalah jenama water heater yang paling top di China.

Water Heater Haier menggunakan sistem circular heating. Ia adalah teknologi pemanasan air tanpa tangki yang unik. Ia lebih baik daripada water heater lain yang menggunakan tangki kecil.

Disebabkan ini, water heater Haier adalah 100% kalis kejutan dan tidak menyebabkan masalah melecur.

Elemen pemanasan diasingkan sepenuhnya daripada air untuk mengelakkan kebocoran elektrik pada air.

Haier Water Heater With DC Pump EI36MP1 uses a circular clean heating system

Pam DCnya juga sangat senyap dan menjimatkan tenaga elektrik.

Dari segi keselesaan, showerhead water heater Haier ini mempunyai 3 mod berbeza: hujan, kombo dan urutan.

Saya suka Haier Water Heater EI36MP1 kerana teknologi pemanasannya yang lebih inovatif. Selain itu, ia memberikan waranti yang lebih lama berbanding jenama lain, iaitu 2 tahun pada bahagian dalaman, 5 tahun pada pam DC dan 6 tahun pada elemen pemanas. 


5. Midea Water Heater Shower MWH-38Q

Water Heater Tanpa Pam Murah Terbaik

Midea Water Heater Shower MWH-38Q

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Tahukan anda kiya hanya perlu memasang water heater biasa tanpa pam jika rumah sudah mempunyai pam air? Pam water heater menjana tekanan air yang sangat kecil dan boleh diabaikan berbanding dengan pam air rumah.

Dalam kes ini, saya akan rekomen anda membeli Midea Water Heater Shower MWH-38Q.

Midea Water Heater Shower MWH-38Q adalah salah satu water heater terlaris di Shopee. Ia telah menjual beribu-ribu unit dan menerima penarafan 4.9 bintang yang daripada pelanggan.

Sama seperti Haier, Midea ialah satu lagi jenama water heater yang terkemuka di China. Di China, kedua-dua jenama ini menguasai pasaran yang paling besar, tetapi di luar negara, mereka kurang dikenali.

Midea Instant Water Heater berfungsi dengan baik dan cepat panas.

Ia mempunyai pelbagai ciri keselamatan seperti built-in ELCB, overheat protection, auto-flow sensor, anti-dry-heating protection, dan automatic thermal cut-out.

Secara keseluruhan, Midea Water Heater Shower MWH-38Q ialah water heater yang murah dan baik. Ia mempunyai waranti am 1 tahun dan waranti elemen pemanas selama 6 tahun.


Jenama Water Heater Yang Lain

Ulasan Toshiba DC Pump Water Heater

Toshiba DC pump water heater  ialah salah satu rekomendasi saya sebelum ini. Tetapi terdapat ramai pelanggan yang mengadu bahawa pam DC amat lemah dalam meningkatkan tekanan air.

Oleh sebab itu, saya rasa ia bukan lagi pilihan water heater yang baik kerana tujuan utama orang yang membeli water heater dengan pam adalah untuk menyelesaikan masalah tekanan air rendah.

Terdapat juga aduan tentang kebocoran air dar water heater Toshiba.

Walaupun tawaran Water Heater Toshiba sangat menarik dari segi harga dan fungsi , saya tidak lagi rekomen membeli water heater Toshiba melainkan ia meningkatkan prestasi pam.

Ulasan Water Heater Alpha

Di kalangan pengguna tempatan, water heater Alpha amat popular kerana reka bentuknya yang cantik dan banyak model yang mempunyai rain shower. 

Di internet, anda boleh menemui ulasan positif dan negatif tentang water heater Alpha. Walaupun sesetengah pihak berpuas hati dengan produk Alpha, terdapat ramai juga yang melaporkan isu ketahanan dan water heater menunjukkan amaran yang silap.

Memandang harga Alpha water heaters lebih kurang dengan Panasonic and Joven, jadi saya tidak akan rekomen membelinya. Water heater Panasonic akan menjadi pilihan yang lebih baik.

Ulasan Water Heater Rubine
Saya adalah pengguna water heater pam Rubine DC dan memiliki 2 unit. Kedua-duanya menjadi tidak berfungsi kerana masalah papan litar selepas tahun pertama. Insiden ini menyebabkan saya mempunyai tanggap yang buruk pada produk Rubine

Bagi kegunaan rumah saya sendiri, saya memang tidak akan membeli produk Rubine lagi.

Ulasan Deka Instant Water Heater
Deka DK1 adalah salah satu water heater pam AC termurah di Malaysia. Ia mempunyai ramai pelanggan yang berpuas hati.

Walau bagaimanapun, saya berasa was was tentang kualiti produk mereka kerana reka bentuk Deka N20 yang menyerupai Water Heater Rubine.

Jika ada mana-mana pengguna yang mempunyai pengalaman dengan Deka Water Heater, sila kongsi dengan kita dalam komen di bawah


Soalan Lazim Water Heater

Instant Water Heater atau Water Heater Tangki Lebih Baik?

Instant water heater bersaiz lebih kecil dan selalunya disertakan dengan showerhead. Manakala, water heater tangki lebih besar dan boleh membekalkan air panas ke pelbagai saluran termasuk air mandi, sinki, tab mandi dan banyak lagi. Secara keseluruhan, water heater adalah lebih mudah bagi pengguna biasa.

Bagaimanakah memilih water heater yang baik?

Terdapat dua jenis water heater: dengan pam dan tanpa pam. Beli water heater biasa jika anda sudah memasang pam air rumah. Dan pilih jenama water heater yang selamat dan boleh dipercayai seperti Panasonic dan Joven.

Water Heater Pam DC atau AC lebih baik?

Secara umum, pam DC lebih senyap, lebih jimat elektrik, tetapi menghasilkan tekanan air yang lebih rendah. Pam AC pula lebih kuat tekanan air, tetapi ia lebih bising dan kurang cekap tenaga. Bagi pengguna biasa, water heater pam DC lebih baik.

Jenama water heater apakah yang terbaik?

Kita rekomen Panasonicu kerana kualiti binaan yang baik, standard keselamatan yang tinggi dan kepakaran dalam peralatan rumah. Antara jenama tempatan Malaysia, kami mengesyorkan Joven kerana reputasi dan kepakarannya dalam pembuatan water heater. 

Lazada 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.