Nasi adalah makanan utama di kalangan rakyat Malaysia. Ia sentiasa dihidangkan dengan pelbagai makanan popular Malaysia seperti kari, ayam goreng, ayam panggang, daging panggang, rendang dan juga sate.
Bagi yang sering memasak di rumah, rice cooker adalah alat dapur yang amat penting untuk memastikan nasi dimasak dengan sedap dan lembut. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami keperluan sendiri dan memilih rice cooker dengan sewajarnya.
Table of Contents
ToggleApakah rice cooker terbaik di Malaysia?
Rice cooker yang terbaik harus memasak nasi secara merata dan gebu, tanpa hangus di tepi. Ia juga harus ada function keep warm bagi jangka masa yang panjang.
Selain itu, rice cooker yang menggunakan periuk non-stick inner pot juga adalah lebih baik berbanding dengan stainless steel.
Rice cooker terbaik di Malaysia ialah Tefal Easy Rice Cooker Mudah RK7321. Ia memasak nasi dengan sempurna, harga berpatutan, dan saiznya yang besar cukup untuk masak bagi 10 orang.
Berikut adalah 10 rice cooker terbaik yang boleh anda beli di Malaysia 2022.
- Rice Cooker Rating Terbaik: Tefal Easy Rice Cooker RK7321
- Rice Cooker Terlaris: Philips Jar Rice Cooker HD3129
- Rice Cooker Bajet Terbaik: Toshiba Mechanical Rice Cooker
- Rice Cooker Mini Terbaik: Tefal RK5001 Rice Cooker
- Rice Cooker Pintar Terbaik: Mijia Smart IH Rice Cooker
- Rice Cooker Pintar Bajet Terbaik: Xiaomi Mijia Smart Rice Cooker
- Rice Cooker Besar Bajet Terbaik: Pensonic 2.8L Rice Cooker PSR-2802
- Rice Cooker Gula Rendah Terbaik: Sinshiro Low Sugar Rice Cooker
- Rice Cooker Stainless Terbaik: Khind Anshin Rice Cooker 1.8L
- Rice Cooker Digital Terbaik: Tefal Rice Xpress IH Rice Cooker RK7621
1. Tefal Easy Rice Cooker RK7321
Rice Cooker Rating Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Tefal RK732 rice cooker adalah rice cooker yang terbaik dan berbaloi yang sesuai dengan kebanyakan isi rumah Malaysia. Ia mempunyai kapasiti 1.8 liter, nonstick inner pot, fuzzy logic, dan 8 program memasak yang berbeza. Dan ia hanya berharga RM179.
Spesifikasi Tefal RK732 rice cooker:
- Inner pot – 1.5mm aluminium non-stick inner pot
- Volume – 1.8L (10 cup)
- Features – Fuzzy Logic, dishwasher-safe, bakul stim, keep warm
Bagi kebanyakan suri rumah di Malaysia, Tefal adalah jenama yang terkenal untuk non-stick pan dan alat dapur yang berkualiti. Terdapat beratus-ratus review pengguna yang baik untuk rice cooker ini, dan mempunyai rating 5 bintang.
Tefal RK7321 dilengkapi dengan nonstick pot berbentuk sfera, bakul stim, cawan pengukur dan aksesori lain.
Antara sebab utama saya rekomen Tefal RK7321 adalah kerana ia memasak nasi dengan gebu dan sempurna. Di samping itu, ia menawarkan pelbagai function rice cooker yang bagus, seperti:
- Kapasiti yang tepat– periuk ini tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Ia boleh memasak sehingga 10 cup atau 1.8 liter beras yang cukup untuk kira-kira 8 hingga 10 orang.
- Periuk berbentuk sfera – Memastikan haba yang sekata.
- Nonstick coating – Tefal menggunakan 4 lapisan coating termasuk non-stick coating untuk ketahanan yang optimum.
- Fuzzy Logic – Ciri ini membolehkan rice cooker mengesan keadaan memasak (contohnya terlalu banyak atau terlalu sedikit air) dan menyesuaikan suhu memasak jika perlu.
- Pelbagai preset program – white rice, brown rice, porridge, quick-cooking/steam, slow cook/stew, reheat, start, keep warm (12 jam)
Tefal RK7321 adalah rice cooker yang ideal untuk memasak semua jenis nasi dengan konsistensi yang lazat dan lembut. Function Fuzzy Logic dan periuk sferanya yang unik memastikan pemanasan optimum sepanjang proses memasak.
2. Philips Jar Rice Cooker HD3129
Rice Cooker Terlaris
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Philips HD3129 Rice Cooker adalah salah satu rice cooker terlaris di Shopee. Ia telah dijual lebih daripada 5,300 unit dan menerima 3,300 review. Ia diberi rating 4.9 bintang.
Spesifikasi Philips Rice Cooker HD 3129:
- Inner pot – non-stick alloy pot 5 lapisan yang tebal
- Volume – 2.0L (14 orang)
- Features – Smart 3D heating, bakul stim, tetap hangat (48H)
Rice Cooker Philips HD3129 mempunyai reka bentuk warna merah yang menonjol. Ia dilengkapi dengan bakul stim, cawan pengukur, spatula. Tetapi power cable rice cooker ini tidak boleh ditanggalkan.
Menurut review ramai pelanggan, inner pot non-sticknya tersebut memang tebal, non-stick, dan tahan lama. Dan ia mempunyai pemegang besar pada periuk yang mudah untuk mengeluarkan periuk dari rice cooker.
Periuk tersebut juga mempunyai advanced anti-scratch coating dan copper outer coating yang membantu mengekalkan haba dengan lebih baik.
Dengan teknologi smart 3D heating, nasi dimasak sama rata dan tiada kerak beras boleh didapati di tepi atau bawah.
Seorang customer berkata nasi boleh siap mask dalam masa kurang dari 15 minit sekiranya memasak sedikit nasi.
Philips HD3129 juga mempunyai fungsi keep warm yang selama 48 jam. Oleh itu, ia boleh mengelakkan nasi menjadi basi apabila nasi ditinggalkan terlalu lama..
Philips HD3129 ialah rice cooker 2.0L yang sesuai untuk keluarga besar yang terdapat lebih daripada 10 hingga 14 ahli keluarga.
3. Toshiba Mechanical Rice Cooker
Rice Cooker Bajet Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Toshiba Mechanical Rice Cooker RC-18JH1NMY adalah rice cooker bajet terbaik di Malaysia. Ia dijual dengan hanya harga RM99. Anda boleh dapat membeli rice cooker ini dengan harga kurang daripada RM90 sekiranya anda membelinya waktu promosi dengan cash back Shopee Coin.
Spesifikasi Toshiba RC-18JH1NMY Rice Cooker:
- Inner pot – non-stick pot Kelabu
- Volume – 1.8L
- Features – bakul stim, tetap hangat (6H)
Toshiba RC-18JH1NMY adalah rice cooker 1.8L yang sangat basic. Ia dilengkapi dengan spatula, dulang stim, cawan pengukur dan power cord yang boleh ditanggalkan.
Ia hanya mempunyai fungsi memasak dan keep warm. Ia hanya boleh keep warm selama 6 jam, jauh lebih pendek dari 48 jam yang terdapat pada Philips HD3129.
Walaupun ia adalah rice cooker yang murah, ia masih dapat memasak nasi dengan baik dan tidak ada masalah nasi melekat pada periuk.
Untuk mengelakkan nasi hangus, pengguna perlu memasak nasi dengan ukuran air yang lebih teliti dan tepat.
Yang paling penting, tidak ada rice cooker 1.8L yang lain dijual pada harga yang sama dengan Toshiba RC-18JH1NMY Rice Cooker. Ia amat direkomenkan untuk sesiapa yang mempunyai bajet yang kecil.
4. Tefal RK5001
Rice Cooker Mini Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Tefal RK5001 rice cooker ini sangat dan amat menjimatkan ruang. Walaupun ia adalah rice cooker mini, ia mempunyai semua function yang terdapat pada rice cooker bersaiz besar: periuk nonstick , timer, dan fuzzy logic.
Spesifikasi Tefal RK5001 Rice Cooker:
- Inner pot – 2.0mm inner pot dengan ceramic coating
- Volume – 0.6L (3 to 3.5 cup)
- Features – Pemanasan 3D, paparan LCD, 9 preset program, timer
Rice Cooker Tefal RK5001 adalah rice cooker mini berkapasiti 0.5 atau 0.7L (3-4cup). Oleh kerana kapasitinya yang kecil, rice cooker ini sangat sesuai untuk pelajar kolej, bujang, dan keluarga kecil.
Saiz rice cookerTefal RK5001 ini sangat kecil. Saiznya kira-kira separuh dari saiz rice cooker 1.5 liter yang biasa.
Ia mempunyai periuk tebal 2.0mm yang ditutup dengan ceramic coating berbentuk diamond. Rice cooker mini digital ini mempunyai 9 fungsi preset, seperti rice, quick-cook, steam, congee, instant noodles, porridge, brown rice, reheat, keep warm, dan adjustable timer.
Ia juga mempunyai teknologi fuzzy logic terbina dalam yang membantu memasak nasi yang sempurna. Ia mempunyai penutup yang ketat yang membantu mengekalkan suhu memasak yang konsisten.
Stim yang dihasilkan semasa proses memasak akan beredar di dalam periuk dan memasak nasi secara merata, dikenali sebagai 3D heating.
Pada pendapat saya, Tefal RK5001 Mini Rice Cooker sangat disyorkan untuk dibeli kerana ia tidak mempunyai kelemahan rice cooker mini yang lain.
Sebagai contoh, Midea MG-GP06B 0.6L rice cooker yang dijual dengan harga RM45 mempunyai masalah seperti nasi yang melekat pada periuk, nasi terbakar di bahagian bawah dan memasak tidak sekata.
5. Mijia Smart IH Rice Cooker
Rice Cooker Pintar Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Xiaomi IH smart rice cooker adalah rice cooker IH pintar terbaik di Malaysia. Ia menggunakan teknologi pemanasan induction dan boleh disambungkan ke WiFi.
Spesifikasi Mijia Smart IH Rice Cooker:
- Inner pot – 3.0mm inner pot dengan non-stick coating
- Volume – 3L (8 mangkuk nasi)
- Features – Induction heating (IH), kawalan smartphone, mode quick-cooking, timer
Selain dari Xiaomi, tidak lagi wujud rice cooker pintar di pasaran setakat ini . Sebilangan besar rice cooker hanya dilengkapi dengan program memasak dan timer, tetapi tanpa sambungan WiFi. Jadi, bagi saya, rice cooker jenis ini tidak cukup ‘pintar’.
Xiaomi adalah satu-satunya rice cooker pintar yang boleh connect ke internet dan dikawal oleh aplikasi telefon pintar. Ia mengandungi beratus-ratus resipi kerana resipi boleh dimuat turun melalui aplikasi. Malah ada pengguna yang menggunakannya untuk membakar kek, membuat dessert, dan sebagainya.
Rice cooker ini memudahkan ibu bekerja untuk memasak bagi keluarga. Bagi sesetengah ibu bekerja, mereka mungkin tidak mempunyai masa yang tetap untuk balik kerja. Jadi, kita boleh mula memasak nasi dengan menggunakan Mi Home app untuk kawal Mijia Smart IH Rice Cooker.
Rice cooker dilengkapi dengan spatula, cawan pengukuran dan bakul stim.
Rice cooker Xiaomi ini bereka bentuk bersih dan minimalis. Rice cooker ini sangat senang untuk dibersihkan kerana setiap bahagianya boleh dilepaskan dan dipisahkan. Periuknya mempunyai ketebalan sebanyak 3mm dan non stick coating yang amat bagus.
Xiaomi smart rice cooker menggunakan induction heating (IH) untuk memasak nasi.
Rice cooker IH biasanya dijual dengan harga lebih dari RM500. Rice cooker IH memanaskan seluruh periuk nasi secara merata, jadi nasi memasak pada kadar yang sama pada semua arah. Ini menyelakkan sebarang nasi hangus berlaku.
Anda boleh menggunakannya untuk memasak pelbagai jenis beras: brown rice, beras basmati, nasi sushi, jasmine rice atau quinoa.
Terdapat beberapa kelemahan dengan Xiaomi IH Smart Rice Cooker. Pertama, ia tidak disertakan dengan plug Malaysia. Anda perlu menggunakan plug adapter.
Kedua, Xiaomi rice cooker memang memasak nasi yang sempurna, tetapi ia mengambil masa yang agak lama untuk memasak. Masa memasak standardnya ialah 1 jam, manakala quick-cooking mode mengambil masa 40 minit.
Walau bagaimanapun, Xiaomi IH smart rice cooker 3L adalah rice cooker pintar yang terbaik untuk milenium yang gemar menggunakan smart home appliances.
6. Xiaomi Mijia Smart Rice Cooker DFB201CM
Rice Cooker Pintar Bajet Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Xiaomi DFB201CM ialah rice cooker pintar mini terbaik. Ia hanya dijual dengan harga RM138, iaitu hampir separuh dari harga rice cooker pintar Xiaomi IH.
Spesifikasi Xiaomi DFB201CM Smart Rice Cooker 1.6L:
- Inner pot – 1.7mm inner pot non-stick
- Volume – 1.6L (6 mangkuk nasi)
- Features – WiFi 2.4g, kawalan aplikasi, timer
Xiaomi Smart Rice Cooker 1.6L lebih murah adalah kerana ia tidak mempunyai beberapa ciri utama model IH. Model ini menggunakan pemanasan plat elektrik konvensional dan bukannya induction heating (IH).
Dan periuk nasinya lebih nipis, hanya tebal 1.7mm. Tetapi, ia tetap mempunyai 5 lapisan coating termasuk non-stick PFA coating. Jadi, ia sangat mudah dibersihkan.
Satu lagi kelemahan Rice Cooker Mini Xiaomi ini ialah anda perlu tukar setting Mi Home kepada China region untuk mengawalnya dengan Mi Home app.
Langkah untuk connect Xiaomi Smart Rice Cooker 1.6L ke WiFi seperti berikut:
- Pasang Mi Home App dari Google Play Store atau Apple Appstore
- Daftar akaun Xiaomi
- Pergi ke setting, pilih kawasan: Chinese Mainland
- WiFi perlu ditetapkan pada 2.5Ghz di telefon bimbit
- Cari Mi Smart Rice Cooker 1.6L dalam aplikasi
- Tekan butang 1st dan 3rd secara serentak selama 5 saat untuk menghidupkan WiFi pada rice cooker
Sebaik sahaja anda disambungkan ke WiFi, anda boleh mengawal rice cooker melalui aplikasi Mi Home.
Rice cooker ini mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memasak nasi dengan sempurna. Tidak ada masalah nasi hangus atau nasi terlalu lembut.
Xiaomi Smart Rice Cooker 1.6L boleh memasak nasi yang lazat setiap kali tanpa gagal. Selain itu, saiznya sangat padat dan harganya berpatutan!
7. Pensonic 2.8L Rice Cooker PSR-2802
Rice Cooker Besar MurahTerbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Pensonic’s 2.8L Rice Cooker PSR-2802 adalah rice cooker besar terbaik dengan harga yang murah . Rice cooker besar ini cukup untuk memasak bagi 9 hingga 12 orang.
Spesifikasi Pensonic 2.8L Rice Cooker PSR-2802:
- Inner pot – Non-stick inner pot
- Volume – 2.8L (10 cup)
- Features -keep warm, 1000W
Pensonic rice cooker yang berkapasiti 2.8L ini sesuai untuk memasak nasi bagi jamuan dan parti.
Di dalam pakej ini, ia termasuk dulang kukus, sudu nasi dan cawan pengukur.
Periuk nasinya mempunyai non-stick coating tetapi kualitinya tidak sebaik yang boleh dapati pada Philips, Tefal dan Xiaomi Rice cookers.
Sekiranya anda tengah mencari rice cooker yang besar, maka Pensonic PSR-2802 adalah salah satu pilihan terbaik.
8. Sinshiro Low Sugar Rice Cooker
Rice Cooker Gula Rendah Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Sinshiro Low Sugar Rice Cooker is the adalah low sugar rice cooker yang terbaik. Tetapi, saya tidak mengesyorkan sesiapa untuk membeli.
Saya tidak menggalakkan pengguna membeli rice cooker low sugar kerana cara yang lebih bagus untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal saiz hidangan nasi.
Spesifikasi Sinshiro Low Sugar Rice Cooker:
- Inner pot – Outer pot dengan non-stick ceramic coating, stainless steel inner pot
- Volume – 3L seperti yang dinyatakan oleh vendor (hanya 1.2L sebenarnya)
- Features – 10 menu memasak, timer 24H, low sugar cooking
Sama seperti mana-mana low sugar rice cooker, Sinshiro menggunakan reka bentuk double inner pot untuk memasak nasi. Reka bentuk dual pot ini digunakan untuk memisahkan beras dari air semasa memasak.
Sebahagian kandung gula dan karbohidrat dalam nasi akan meresap ke dalam air ketika memasak. Jadi, ia dikatakan bahawa dengan cara memasak ini, nasi yang dimasak akan jadi lebih sihat dimakan.
Menurut laporan oleh consumer.org.hk, kaedah memasak sedemikian hanya mengurangkan 1% hingga 3% kanji. Dan pada masa yang sama, ia mengurangkan kandungan nutrien lain seperti vitamin B yang larut dalam air.
Oleh itu, saya tidak rekomen membeli rice cooker low sugar. Jika anda benar-benar mahu mencuba rice cooker low sugar, anda boleh mendapatkan Sinshiro Low Sugar Rice Cooker pada harga RM200 sahaja. Rice cooker low sugar lain seperti jenama Toshiba dan Corvan sangat mahal dan tidak begitu berbaloi.
9. Khind Anshin Rice Cooker 1.8L
Rice Cooker Stainless Steel Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Khind Anshin rice cooker 1.8L adalah rice cooker yang dilengkapi dengan periuk nasi stainless steel berkualiti tinggi. Ia sesuai dengan orang yang mementingkan kesihatan dan juga sesuai untuk orang yang agak kasar semasa menggunakan alat dapur.
Spesifikasi Khind Anshin Rice Cooker 1.8L:
- Inner pot – Buffalo stainless steel pot
- Volume – 1.8L
- Features – ECO mode cooking
Khind, jenama tempatan Malaysia, telah bekerjasama dengan jenama Buffalo (terkenal dengan wok dan periuk stainless steel) untuk melancarkan rice cooker siri Anshin. Anshin(安心) bermaksud ketenangan fikiran dalam bahasa Cina.
Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang sebarang bahan berbahaya semasa memasak nasi dengannya.
Khind Anshin rice cooker adalah rice cooker yang biasa dengan periuk stainless steel.
Oleh kerana ini adalah rice cooker yang biasa, hasil masakan nasi mungkin hangus dan tidak begitu baik sekiranya anda tidak meggunakan sukatan air yang tepat.
Oleh kerana periuk ini tidak mempunyai non-stick coating, beras senang melekat pada periuk. Tetapi, anda tidak perlu risau merosakkan permukaan periuk ketika mencucinya kerana stainless steel sangat bertahan.
Periuk ini mempunyai mode ‘ECO’, di mana bekalan kuasa akan terputus secara automatik apabila nasi hampir dimasak, dengan itu menjimatkan elektrik. Sisa haba dari periuk akan terus memasak nasi.
Khind Anshin Rice Cooker tidak seusai untuk semua orang kerana ia agak mahal bagi sebuah rice cooker biasa. Titik jualan utamanya ialah periuk stainless steel Buffalo.
10. Tefal Rice Xpress IH Rice Cooker RK7621
Rice Cooker Digital Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Tefal Rice Cooker RK7621 adalah rice cooker digital terbaik dengan “induction heating” dan teknologi “express cook”.
Spesifikasi Tefal Rice Xpress IH Rice Cooker RK7621:
- Inner pot – 3mm thick spherical, non-stick pot
- Volume – 1.5L (8 cups)
- Features – Xpress Cook Technology, periuk nasi sfera 3mm , 12 program memasak, 24 jam delayed start
Rice Cooker Tefal ini mempunyai teknologi Xpress Cook yang inovatif yang mempercepatkan masa memasak sehingga 2 kali lebih cepat dari rice cooker biasa. Ia boleh memasak 3 cawan beras dalam masa kurang dari 20 minit!
Bukan itu sahaja, rice cooker ini juga serba boleh. Ia dilengkapi dengan 12 program memasak: 9 program Xpress dan 3 program biasa, seperti di bawah:
- Brown rice
- White rice
- Jasmine rice
- Mixed rice
- Japanese rice
- Glutinous rice
- Congee
- Soup
- Steam
- Clay pot
- Reheat
- 1-cup rice
Anda boleh menggunakan Tefal Rice Xpress IH Rice Cooker untuk memasak nasi dengan sempurna dan sedap.
Dan yang paling penting, ia menjimatkan banyak masa.
Walau bagaimanapun, rice cooker ini berharga lebih dari RM629 dan pastinya tidak sesuai dengan budget kebanyakan orang.
Anda boleh membeli satu rice cooker biasa dan satu periuk tekanan dengan RM600. Oleh itu, pastikan anda membuat anggaran dengan bijak sebelum anda membeli rice cooker.
Rice Cooker Jenama Lain
Review Cuckoo Rice Cooker
Cuckoo mempunyai beberapa model bajet seperti Cuckoo CR-0675F, CR-0810F, CR1055 and CR0671V. Mereka berharga antara RM120 hingga RM260. Produk Cuckoo sentiasa mempunyai reka bentuk yang cantik dan unk.
Selain itu, ia tidak ada ciri lain yang special.
Maka, saya lebih baik untuk membeli rice cooker dari jenamaTefal, Philips atau Xiaomi.
Soalan Lazim Rice Cooker
Jenama rice cooker mana yang terbaik di Malaysia?
Jenama rice cooker terbaik di Malaysia ialah Tefal dan Philips. Kedua-dua jenama menghasilkan rice cooker berkualiti tinggi yang memasak nasi secara merata dan baik.
Di samping itu, mereka menggunakan periuk nasi non-stick yang mudah dijaga dan dibersihkan.
Adakah Tefal jenama rice cooker yang baik?
Ya, Tefal adalah jenama rice cooker yang baik. Rice cooker Tefal terkenal dengan periuk nasinya yang tebal, tidak melekat, berbentuk sfera dan boleh memasak nasi dengan lembut dan sedap setiap kali.
Bagaimanakah saya memilih rice cooker?
Rice cooker yang baik harus menggunakan periuk nasi yang tidak melekat, berkualiti , dan tebal. Periuk nasi yang nipis akan mengakibatkan nasi dimasak dengan tidak sekata.
Rice cooker jenis balang lebih baik berbanding rice cooker tradisional kerana ia boleh mengekalkan haba yang lebih baik.
Dan rice cooker IH adalah rice cooker paling baik sebab ia boleh mengawal suhu dengan lebih tepat dan boleh memasak nasi dengan sedap.