6 Breast Pump/Pam Susu Terbaik Malaysia

breast pump terbaik

Adakah anda seorang bakal ibu yang tengah mencari breast pump terbaik? Breast pump atau pam susu adalah alat yang wajib ada untuk setiap ibu baru kerana ia boleh membantu ibu meningkatkan bekalan susu dan juga mengepam susu untuk disimpan.

Susu ibu yang telah dipam boleh disimpan dalam mini fridge. Dan bayi tidak perlu bergantung kepada meminum susu formula.

Kini, terdapat tiga jenis breast pump yang ada di pasaran, termasuklah breast pump manual, breast pump elektrik dan breast pump handsfree.

Apakah Breast Pump Terbaik Di Malaysia?

Breast pump terbaik di Malaysia ialah Spectra 9 Plus Breast Pump. Spectra merupakan jenama pam susu yang terkemuka dan boleh dipercayai. Pam susu ini sangat kecil dan padat, mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dan kekuatan tekanan pamnya amat bagus dan tidak menyakitkan ketika proses mengepam susu.

Tetapi, bukan semua ibu suka menggunakan pam susu elektrik. Ada ibu yang lebih gemar menggunakan breast pump dengna “natural suction” kerana ia lebih selesa berbanding pam susu elektrik.

Oleh itu, mari melihat senarai pilihan 6 breast pump terbaik di Malaysia.

  1. Breast Pump Elektrik Terbaik: Spectra 9 Plus Breast Pump
  2. Breast Pump Terbaik Untuk Ibu Bekerja: Arley Z10 Ultra
  3. Breast Pump Hands-Free Terbaik: Supermama EGG Wearable Breast Pump
  4. Breast Pump Mudah dan Tidak Sakit: Haakaa Gen2 Silicone Breast Pump
  5. Breast Pump Murah Terbaik: Yoboo Portable Electric Breast Pump
  6. Breast Pump Manual Terbaik: Philips Avent Manual Breast Pump

1. Spectra 9 Plus Breast Pump

Breast Pump Terbaik Malaysia

Spectra 9 Plus Breast Pump

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Spectra 9 Plus antara breast pump yang paling popular di pasaran. Pam susu Spectra sering dipuji atas saiznya yang kecil dan juga sangat senyap apabila mengepam susu.

Ciri-ciri Spectra 9 Plus:

  • Time check function
  • Dual pumping set
  • Auto power off in 30 minutes
  • Fungsi massage
  • Display LCD
  • Material BPA free
  • 10 tahap tekanan boleh dilaras
  • Berat 239g
  • Boleh dicas semula
  • Perlindungan backflow

Spectra 9 Plus didatangakan dengan saiz yang kecil dan ringan, iaitu 239g sahaja. Ia mudah untuk dibawa ke mana-mana saja. 

Pam ini mempunyai 10 tahap tekanan yang boleh dilaras. Oleh itu, ibu-ibu boleh melaras tekanan dan kelajuan mengikuti kehendak masing-masing supaya boleh pam susu dengan lebih efektif.

Ia juga dilengkapi dengan Spectra Natural Nursing Technology yang kurangkan kesakitan payu dara semasa proses mengepam. Oleh itu, terdapat ramin pengguna pam spectra ini memujinya mempunyai sedutan yang kuat tetapi masih lembut dan tidak menyakitkan.

Selain, Breast Pump Spectra 9 Plus mempunyai 5 mod massage yang berbeza untuk membantu melancarkan prose mengepam.

Pam Spectra 9 Plus juga amat senyap. Jadi, ia tidak menggangu bayi yang sedang tidur walaupun ibu mengepam sebelah bayi.

Kelebihan:

  • Saiz mudah alih dan ringan
  • Tekanan pam yang memuaskan dan boleh dilaras
  • Reka bentuk cantik dengan paparan LCD
  • Senyap, 39.5 desibel sahaja.

 Kekurangan:

  • Harga agak mahal
  • Tekanan kurang kuat berbanding Spectra S2
  • Tidak boleh laras kelajuan

2. Arley Z10 Ultra

Breast Pump Handsfree Terbaik Untuk Ibu Bekerja

Arley Z10 Ultra

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sekiranya anda seorang ibu bekerja, maka anda pasti perlu tahu tentang handsfree breast pump. 

Hands-free breast pump berbeza dari breast pump elektrik yang biasa. Ia lebih portable kerana pam, tiub dan flange semua ada dalam satu pakej. Pengguna pam susu hands-free masih boleh bekerja sambil pam susu, amat menjimatkan masa.

Arley Z10 Ultra ialah breast pump yang sangat sesuai untuk ibu bekerja.

Ciri-ciri Arley Z10 Ultra:

  • Reka bentuk ‘hands free’ tanpa tiub (tubeless)
  • Flange silikon mesra kulit
  • Botol collection 180ml
  • Suction power 260 – 300mmHg
  • Berat 218g
  • 15 tahap tekanan sedutan
  • 5 mod urutan 
  • Bebas BPA
  • Timer tutup 20 minit
  • Battery 1200 mAh, up to 100 minutes pumping

Ia mempunyai reka bentuk yang cantik dan menggunakan bahan yang bebas BPA. 

Yang paling penting sekali, ia adalah hands-free dan boleh dipakai dalam “bra”. Dan baterinya juga amat bertahan, boleh pam sebanyak 100 minit. Anda boleh bergerak dan membuat kerja tanpa perlu risau tentang “leaking”.

Pam Arley Z10 Ultra mempunya 5 mod yang berbeza, iaitu mod massage, mod expression, mod auto, mod lactation dan mod nasal aspiration. 

Selain itu, ia mempunyai sebanyak 15 tahap kuasa sedutan untuk dipilih.

Kesimpulannya, sekiranya anda seorang ibu yang sibuk dan jarang ada masa terluang untuk pam susu, maka breast pump Arley Z10 Ultra merupakan pilihan yang baik.

Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan
  • Boleh bekerja sambil pam susu
  • Praktikal, lightweight & tubeless
  • Bebas BPA

Kekurangan:

  • Sedutan kurang kuat berbanding pam susu elektrik
  • Bateri hanya tahan 100 minit

3. Supermama EGG Wearable Breast Pump

Breast Pump Hands Free Terbaik

Supermama EGG Wearable Breast Pump

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Supermama EGG Wearable Breast Pump merupakan breast pump wearable terbaik di Malaysia.

Ciri-ciri Supermama EGG Wearable Breast Pump:

  • Saiz: 110mm x 103mm x 53mm
  • Kapasiti cawan: 3 Auns
  • Ultra slim and ringan
  • Berat bersih: 104g

Supermama EGG Wearable Breast Pump adalah serupa dengan Arley Z10 Ultra tetapi ia menggunakan natural suction dan bukannya pam elektrik. Jadi, ia lebih ringan dan boleh dipakai dengan mudah di dalam baju dalam.

Tetapi, Supermama EGG Pump ini tidak mempunyai kuasa sedutan yang tinggi. Pam susu jenis ini juga dikenali sebagai milk collector atau milk catcher.

Pengguna boleh menekan pada pam tersebut dan ia akan menghasilkan tekanan sedutan yang kecil untuk mengepam susu.

Banyak pengguna yang mengatakan bahawa ia amat mudah digunakan untuk tadah susu yang keluar. Dan tidak perlu risau masalah baju basah lagi.

Supermama EGG Pump juga amat berguna bagi ibu yang breastfeeding. Apabila ibu tengah menyusu bayi, ibu boleh menggunakan Supermama EGG Pump pada sebelah untuk mengumpulkan susu yang terkeluar.  

Kelebihan:

  • Boleh digunakan sepanjang hari
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Tidak perlu bateri atau elektrik
  • Harga yang sangat berbaloi

Kekurangan

  • Saiznya agak besar
  • Tekanan sedutan yang rendah berbanding Haakaa
  • Tidak sesuai bagi semua ibu 

4. Haakaa Gen2 Silicone Breast Pump

Breast Pump Yang Tidak Sakit

Haakaa Gen2 Silicone Breast Pump

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Haakaa Gen 2 Silicone breast pump merupakan breast pump yang paling mudah dan tidak menyakitkan. Ia didatangkan dalam dua saiz, 100ml dan 150ml.

Ciri-ciri Haakaa Gen 2 Silicone breast pump:

  • Lembut dan selesa
  • Diperbuat daripada silikon food-grade
  • Boleh dibasuh dengan dishwasher
  • Bebas daripada BPA, PVC dan Phthalate
  • Mempunya suction base

Kini, Haakaa breast pump sudah diperbaharui ke generasi ke-3. Pada pendapat saya, Haakaa Gen 2 paling berbaloi kerana ia mempunyai suction base dan harganya berpatutan.

Walaupun Haakaa Gen 3 mempunyai lebih banyak fungsi, tetapi harganya juga lebih mahal. Jadi, Haakaa Gen 3 kurang berbaloi.

Haaka Gen 2 dilengkapi dengan tapak sedutan yang boleh melekat pada permukaan rata bagi mengelakkan susu tumpah. 

Pengguna juga boleh membeli penutup silikon dan stopper secara berasingan supaya anda boleh menyimpan susu dalam pam Haaka dengan lebih selamat dan bersih.

Pam Haaka ini memang pilihan yang bijak untuk para ibu yang inginkan proses mengepam susu dengan mudah dan ringkas. 

Dan selepas menggunakannya, kita hanya perlu mencuci pam tersebut sahaja. Ia jauh lebih mudah berbanding dengan pam elektrik yang mempunyai pelbagai aksesori yang perlu dicuci.

Ramai ibu yang mengatakan bahawa Pump Silicone Haakaa memang terbukti lebih baik daripada pump silicone yang lain.

 Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan
  • Bahan food-grade
  • Selamat untuk ibu dan bayi
  • Mempunyai tapak sedutan

Kekurangan:

  • Agak susah untuk mencuci bahagian dalam cawan 

5. Yoboo Portable Electric Breast Pump

Breast Pump Elektrik Murah Terbaik

Yoboo Portable Electric Breast Pump

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Breast pump Yoboo ini mempunyai pad urut payudara yang lembut dan boleh merangsang pengeluaran susu dengan selesa.

Ciri-ciri Yoboo Portable Electric Breast Pump:

  • Saiz kecil dan mudah alih
  • Boleh dicas semula
  • Cordless, mudah alih
  • 3 mod pam
  • 9 tahap tekanan sedutan
  • Botol PPSU
  • Kapasiti 180ml

Yoboo Portable Electric Breast Pump merupakan breast pump elektrik yang murah dan bagus. Ia merupakan antara pam susu terbaik bawah RM100.

Pam susu Yoboo boleh disambungkan kepada botol susu ataupun bag susu. Jadi, anda tidak perlu menuang susu dari satu bekas ke bekas yang lain. Susu ibu yang disimpan lebih bersah dan tidak perlu risau sebarang tumpahan susu.

Botol Yoboo diperbuat daripada PPSU, Polyphenylsulfone. Ia merupakan bahan yang paling selamat dan bertahan untuk botol susu.

Ramai pelanggan yang memuji atas kualiti Yoboo Portable Electric Breast Pump yang bagus dan setanding jenama yang lebih baik. Suctionnya cukup kuat dan tidak menyakitkan.

Kelebihan

  • Boleh disambung ke botol susu dan bag susu
  • Tak bising
  • Kuasa sedutan yang kuat
  • Tidak menyakitkan
  • Senang dicuci
  • Botol susu PPSU disertakan

Kekurangan

  • Hanya satu saiz silicone shield, 24mm 

6. Philips Avent Manual Breast Pump

Breast Pump Manual Terbaik

Philips Avent Manual Breast Pump

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Philips Avent Manual Breast Pump ini adalah breast pump manual terbaik di Malaysia. Doktor rekomen ibu baru bermula dengan menggunakan pam susu manual. Ia boleh meringankan masalah susu bengkak.

Ciri-ciri Philips Avent Manual Breast Pump:

  • Bahan bebas BPA
  • Mempunyai penutup
  • 25mm flange silikon
  • Massage cushion dengan corak bunga

Philips Avent Manual Breast Pump telah diuji secara klinikal ddan menjadi pilihan utama di antara 110 orang ibu. Sebanyak 73% ibu yang menyusu mengatakan pam ini lebih selesa dari jenama pam lain.

Pam susu Philips Avent menggunakan flange yang inovatif. Reka bentuknya menyerupai pergerakan hisapan/sedutan bayi. Oleh itu, ibu boleh pam susu dengan lebih cepat dan selesa.

Selain itu, saiz dan reka bentuk flange juga direka sebagai “one size fits all”. Ia sesuai bagi semua saiz nipple, sehingga 30mm.

Walaupun pam manual lebih meletihkan berbanding pam elektrik, tetapi ia lebih selesa dan boleh dikawal dengan sepenuhnya boleh pengguna.

Philips Avent Manual Breast Pump sesuai bagi ibu baru yang baru melahirkan bayi sehingga ke 6 bulan pertama. Selepas itu, pam elektrik atau pam susu bateri boleh digunakan.

Kelebihan:

  • Selesa
  • Murah
  • Boleh dikawal secara manual 
  • Senang dicuci

Kekurangan:

  • Agak meletihkan
  • Tiada waranti

Jenama Breast Pump yang Lain

Ulasan Spectra S1 Plus

Spectra S1 Plus merupakan pilihan pam susu no.1 oleh parenting site seperti whattoexpect.com dan babylist.com. Pengguna Spectra S1 Plus berpuas hati dengan prestasinya yang boleh mengepam susu dengan berkesan. Tetapi harganya agak mahal dan saiznya juga besar. Pada pendapat saya, ia bagus sekiranya anda hanya menggunakan breast pump ini di rumah sahaja.

Ulasan Imani i2 Breast Pump

Imani i2 Breast Pump merupakan handsfree breast pump yang agak popular. Ia mempunyai rating yang sangat tinggi di kalangan pengguna. Ia sering dibandingkan dengan Arley Z10 Ultra. Kelebihan Imani i2 ialah baterinya yang lebih bertahan lama, sepanjang 3 jam. Tetapi, ia tidak mempunya mod auto seperti Arley Z10 Ultra. Harganya juga lebih mahal berbanding Z10 Ultra.

Ulasan Medela FreeStyle Flex

Medela FreeStyle Flex merupakan pam susu bateri yang senyap. Ia menggunakan teknologi “2-phase expression” untuk mengepam dengan lebih mudah dan berkesan. Tetapi, harganya yang mencecah RM2,000 menjadikannya pilihan yang kurang menarik. 

Ulasan Medela Harmony

Medela Harmony merupakan pilihan pam susu manual terbaik oleh wirecutter. Berbanding dengan Philips Avent, ia mempunyai pump handle yang boleh dipusing pada arah yang berbeza. Jadi, ia lebih selesa dan tidak begitu meletihkan. Tetapi, kebaikan Philips Avent ialah ia lebih “common” di Malaysia dan barang gantian mudah dibeli.

Soalan Lazim Breast Pump/Pam Susu

Breast pump manual atau elektrik lebih baik?

Secara kekeluruhan, breast pump elektrik lebih baik dan mudah kerana pam secara manual agak meletihkan.

Breast pump single atau double lebih baik?

Breast pump double lebih menjimatkan masa tetapi ia juga lebih mahal.

Adakah kita perlu mencuci breast pump setiap kali selepas menggunakannya?

Ya, semua bahagian breast pump yang bersentuhan dengan susu ibu, termasuklah botol, valves, tiub dan breast shield perlu dibersihkan setiap kali selepas digunakan.

Berapa kalikah perlu kita perlu mengguna breast pump dalam satu hari?

Cara terbaik menggunakan breast pump adalah setiap 2-3 jam sekali, sekitar 15 minit setiap kali.  

Apakah keburukan penggunaan breast pump berbanding breastfeeding?

Dari segi nutrisi, tiada sebarang keburukan pada breast pump. Kedua-dua breast pump dan breastfeeding adalah bagus untuk menyusukan bayi. Tetapi, menggunakan breast pump bermakna kita perlu membelanja lebih banyak di atas equipement seperti pam, botol, bag susu, valve, tiub dan sebagainya.

Lazada 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.