Ingin membeli air fryer? Jangan teragak-agak, anda perlu mendapatkan satu!
Makanan air fried merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding makanan yang digoreng dengan minyak
Menggunakan air fryer untuk memasak boleh mengurangkan jumlah lemak dan kalori dalam makanan kita.
Sebelum itu, saya cadangkan membaca panduan membeli air fryer dahulu. Dengan itu, anda boleh memahami apa keperluan anda dan cara anda boleh memasak menggunakan air fryer.
Berikut adalah senarai 10 air fryer terbaik di Malaysia:
- Air Fryer Terbaik: PerySmith Air Fryer XL PS1520
- Air Fryer Rating Terbaik: Philips HD9200 4.1L
- Air Fryer Bersaiz Sederhana Terbaik: PerySmith PS1530 Ecohealth II
- Air Fryer Besar Terbaik: Airbot Air Fryer XL
- Air Fryer Terbaik Bawah RM200: Russell Taylors Air Fryer AF-24
- Air Fryer Murah Terbaik: Yilizomana Air Fryer 4.5L
- Air Fryer Pintar Terbaik: Xiaomi Air Fryer 3.5L
- Air Fryer Oven Terbaik: Khind ARF9400 Air Fryer Oven
- Air Fryer Terbaik Untuk Keluarga Besar: La Gourmet Turbo Roaster HT-A12
- Air Fryer Terbaik dengan Penutup Kaca: Giselle Air Fryer KEA0320
Top 10 air fryers in Malaysia 2021
Model | Size | Basket Size | Dimensions | Design |
---|---|---|---|---|
PerySmith Air Fryer XL PS1520 | 4.8L | 3.8L | 326x326x380 | Pan+Basket |
Philips HD9200 4.1L | 4.1L | 0.8kg | 360x264x295 | Pan+Basket |
PerySmith PS1520 Ecohealth II | 4.2L | - | 322x322x350 | Pot+Grill pan |
Airbot Air Fryer XL | 5.5L | - | 330x330x390 | Pot+Grill pan |
Russell Taylors Air Fryer AF-24 | 3.8L | ~2.8L | 230x290x300 | Pan+Basket |
Yilizomana Air Fryer 3.2L | 4.5L | - | 270x270x300 | Pot+Grill pan |
Xiaomi Air Fryer 3.5L | 3.5L | - | 335x282x304 | Pot+Grill pan |
Khind ARF9400 Air Fryer Oven | 9.5L | - | 316x314x358 | Oven chamber |
La Gourmet Turbo Roaster HT-A12 | 12.0L | - | 362x362x260 | Halogen heater+glass bowl |
Giselle Air Fryer KEA0320 | 7.0L | - | - | Infrared heater+pot |
Table of Contents
ToggleAir Fryer Terbaik Malaysia
PerySmith Air Fryer Ecohealth XL PS1520
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi PerySmith Air Fryer Ecohealth XL PS1520:
- Boleh didapati dalam warna merah dan hitam
- Kapasiti bakul 3.8L
- Suhu 80°C ~ 200°C
- Elemen pemanasan stainless steel
- Pan dengan 2-lapisan diamond coating
- 1500W
Review Positif PerySmith Air Fryer Ecohealth XL PS1520:
barang berfungsi dengan jayanya.. mudah digunakan..so memang puas hati dia punya kualiti dan harga pn berpatutan..
Review Negatif PerySmith Air Fryer Ecohealth XL PS1520:
Takde warranty card. No sirim. Butang timer rosak… Apa pun tak boleh
Apabila membeli air fryer, kita patut mendapatkan saiz yang sedikit lebih besar daripada apa yang perlukan. Ini adalah kerana air fryer tidak boleh memasak dengan baik sekiranya makanan di dalam bakul air fryer terlalu banyak dan padat.
PerySmith Ecohealth Air Fryer PS1520 bersaiz 4.8L dan bakulnya hanya bersaiz 3.8L. Saya ingin memuji PerrySmith kerana saiz bakulnya telah ditunjukkan dengan jelas manakala banyak jenama air fryer yang tidak memaparkan saiz bakul. Ada juga yang melebih-lebihkan saiz air fryer mereka.
3.8L bakul sepatutnya mencukupi untuk kebanyakan keluarga Malaysia kerana ia cukup untuk 4-5 orang.
Beberapa ciri penting mengenai air fryer PerySmith ini adalah ia menggunakan elemen pemanasan stainless steel dan PFOA-free diamond coating pada bakul and pan.
PerySmith XL air fryer ini boleh ditetapkan kepada 80°C ~ 200°C untuk memasak makanan. Dan timernya boleh ditetapkan selama 30 minit.
Terdapat banyak pelanggan yang berpuas hati untuk PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series PS1520. Ia menerima lebih daripada 9,700 rating di Shopee dan mendapat 4.9 daripada 5.0 bintang.
Ia merupakan air fryer yang amat berbaloi dan harganya boleh kurang dari RM200 semasa promosi.
Ramai customer yang mengadu bahawa kad jaminan bagi air fryer ini tidak disediakan. Saya mendapati bahawa sebenarnya, Pery Smith tidak memberikan kad jaminan fizikal, pengguna perlu mendaftar di https://perysmith.com.my/ewarranty/.
Air Fryer Rating Terbaik
Philips HD9200 4.1L
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Philips HD9200 4.1L:
- Saiz pan 4.1L
- Bakul 0.8kg
- Boleh dicuci dengan dishwasher/mesin pencuci pinggan
- Suhu maksimum 200 degrees Celsius
- Timer 60 minit
- Waranti 2 tahun
Review Positif Philips HD9200 4.1L:
Bubble Wrap packaging and dhl handling is so good. Philips ni besar sikit dari russell taylors sblm ni. Better juga philips sbb 2y warranty. Dah try test buat pastry td jadi elok saja
Review Negatif Philips HD9200 4.1L:
-Nil-
Philips Air fryer memang terkenal dan merupakan pioneer. Philips air fryer sering diber rating yang tinggi oleh banyak expert reviewer seperti wirecutter and goodhousekeeping.com.
Menurut Philips, Rapid Air Technology mereka lebih unggul daripada pesaing mereka. Pan berbentuk “starfish” mendorong udara panas ke semua sudut air fryer. Dengan itu, makanan memasak lebih merata dan lebih rangup di bahagian luar.
Photo source: Philips.com.my
Philips HD9200 boleh memasak dengan suhu maksimum 200 degrees Celcius dan boleh ditetapkan sehingga 60 minit untuk memasak.
Philips menyediakan banyak resipi air fryer yang berkhasiat dan mudah di dalam aplikasi smartphone, NutriU.
Anda boleh menggunakannya untuk menggoreng kentang goreng, membakar kek, stik panggang, ayam panggang dan juga memanaskan semula pizza.
Philips HD9200 menggunakan bakul empat segi dan bukannya bakul bulat. Bakul empat segi lebih baik kerana anda boleh mengatur makanan dengan lebih mudah dan menggunakan ruang dengan lebih cekap.
Anda juga harus mengambil perhatian saiz 4.1L merujuk kepada saiz pan. Bakulnya hanya boleh muat untuk 0.8kg makanan.
Satu perkara lagi, Philips air fryer juga menyatakan air fryer mereka selamat dibersihkan dengan mesin pencuci pinggan.
Philips HD9200 adalah air fryer yang sangat berpatutan dengan harga RM350+. Ia jauh lebih murah daripada model Philips premium lain seperti Philips HD9860 yang berharga RM1699.
Ia dilengkapi dengan waranti 2 tahun.
Air Fryer Sederhana Terbaik
PerySmith Air Fryer Ecohealth II PS1530
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi PerySmith Air Fryer Ecohealth II PS1530:
- Suhu 0 hingga 200 degree Celsius
- Elemen pemanasan Stainless steel
- Timer 60 minit
- Perlindungan overheat
- Reka bentuk tanpa bakul
Review Positif PerySmith Air Fryer Ecohealth II PS1530:
Dah try, sangat2 puas hati.. Bunyi ok.. Masak rate, cantek, mudahkan kerja di dapur… Design elegan, color cantek.. Terbaik.
Review Negatif PerySmith Air Fryer Ecohealth II PS1530:
This air fryer quality not so good as my expectation,come out very noisy sounds when use…even louder than my used fryer… sorry for bad comment about quality, just wanna be honest
PerySmith PS1530 adalah air fryer bersaiz sederhana terbaik. Ia mempunyai reka bentuk warna biru yang elegan dan kapasiti 4.2L.
Terdapat beberapa perkara yang berbeza antara model PS1530 dan PS1520. Saya ingin memulakan review ini terhadap kelemahannya terlebih dahulu.
Pertama, PS 1530 menggunakan reka bentuk tanpa bakul.
Ia hanya menggunakan pan dengan penapis. Ini adalah design yang biasa digunakan pada model air fryer yang lebih murah kerana pengeluar boleh menjimatkan kos.
Berdasarkan pemerhatian saya, reka bentuk bakul kelihatan lebih baik kerana udara panas dalam air fryer boleh mengalir ke bahagian bawah makanan dengan lebih berkesan. Ia memastikan makanan dimasak sama rata.
Air Fyer PerySmith PS1530 menggunakan reka bentuk bakul empat segi. Ia juga dilengkapi dengan timer 90 minit. Dan suhu boleh laras 0 hingga 200 degree Celsius.
Secara keseluruhan, PerySmith PS1530 adalah air fryer yang berbaloi beli kerana ia mempunyai saiz yang besar dan dilengkapi dengan jaminan 2 tahun.
Air Fryer Besar Terbaik
Airbot Air Fryer XL AF550
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Airbot Air Fryer XL AF550:
- Pra-pemanasan pantas
- Coating non-stick teflon
- Suhu 0-200 degree Celsius
- Timer 30 minit
- Kapasiti 5.5L
Review Positif Airbot Air Fryer XL AF550:
Sangat sangat puas hari. Saiz yang sangat besar. Harga pun berpatutan.
Review Negatif Airbot Air Fryer XL AF550:
Haritu sampai handle patah, body calar2 mcm barang 2nd hand. Nak tukar kena tanggung postage sendiri send ke warehouse. Now dah dpt tukar baru tapi menyusahkan.Btw great cust service respond
Airbot AF550 XL adalah air fryer besar terbaik dan berharga murah. Jika anda menyemak jadual perbandingan di atas, dimensinya sangat serupa dengan PerySmith PS1520.
Air Fryer Airbot AF550 menggunakan reka bentuk periuk dan plat gril. Jadi, ia tidak ada bakul. Periuknya berbentuk separa bulat yang panjang dan nampaknya boleh memuatkan satu ekor ayam.
Air fryer Airbot mudah dibasuh kerana periuk dan plat grilnya disalut dengan 3 lapisan Teflon non-stick coating.
Selain itu, Air Fyer Airbot XL AF550 ini dilengkapi dengan timer selama 30 minit dan menawarkan suhu memasak dari 0 hingga 200 degree celsius.
Ia hanya dilengkapi dengan waranti satu tahun, lebih pendek dari jenama lain yang memberi waranti 2 tahun.
Air Fryer Terbaik Bawah RM200
Russell Taylors Air Fryer AF-24
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Russell Taylors Air Fryer AF-24:
- Kapasiti pan 3.8L
- Suhu masak 80 – 200 degree Celsius
- Timer 30 minit
- Selamat dibasuh dengan mesin pencuci pinggan
- Reka bentuk pan dan bakul
Review Positif Russell Taylors Air Fryer AF-24:
Products come w no damaged at all and really fast delivery! Within one day only! After using this all functions really work temperature and minute all can be used. Already try fry the frozen food also came with a really good result!
Review Negatif Russell Taylors Air Fryer AF-24:
The drawer is stuck and cannot close completely. Very disappointed.I would like to ask for a replacement or refund. Thank you
Poor product quality. The coating peeled off after 2 times using it!
Russell Taylors Air Fryer AF-24 adalah air fryer terbaik di bawah RM200 berdasarkan review pelanggan di Shopee. Lebih dari 35,000+ review telah diberi dengan rating purata 4.9 bintang.
Jarang kita melihat produk yang boleh menerima review baik sebanyak lima digit.
Tetapi, saya tidak rekomen membelinya kerana ia mempunyai aduan yang sangat konsisten terhadap saiz pan yang tidak sesuai dengan air fryer. Ini bermaksud terdapat masalah kawalan kualiti dengan air fryer ini.
Kapasiti pan air fryer ini adalah 3.8L. Maka, saiz bakul akan lebih kecil dari saiz pan, kapasitinya harus sekitar 2.6 hingga 2.8L.
Salah satu design yang baik mengenai Russell Taylors AF-24 Air Fryer ini ialah ia menggunakan reka bentuk pan dan bakul yang memudahkan aliran udara yang lebih baik dan memasak yang lebih baik.
Semua produk Russel Taylors dilengkapi dengan waranti 1 tahun . Perlu diingat bahawa dengan jumlah penjualan yang tinggi dan masalah kawalan kualit dengan air fryer ini, saya dapat menjangkai bahawa tuntutan waranti akan mengambil masa yang lama.
Air Fryer Murah Terbaik
Yilizomana Air Fryer 4.5L
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Yilizomana Air Fryer 4.5L:
- suhu maksimum 200 degree Celsius
- timer 30 minit
- saiz pan 4.5L
- Plat grille sahaja, tiada bakul
- Jaminan 2 tahun
Review Positif Yilizomana Air Fryer 4.5L:
Good value for money. Functions well. And most of all its not too noisy. Seller is very responsive and answered all my questions. The size of tray is ok for 2-3 people. Tried french fries with this air fryer n its ok plus its minus the oil
Review Negatif Yilizomana Air Fryer 4.5L:
When switched on, 5 times will have 3 times the weird sounds. And the basket lid was not fit to the airfryer (the images attached are the best situation already)
Dia punya timer tak dapat jalan.. Dh msg seller tapi tkda response..
There is a disgusting smell, I regret buying this air fryer and wasting money.
Satu lagi air fryer murah yang sangat popular dan laris di Shopee, Yilizomana Air Fryer 4.5L. Ia mempunyai 24,000+ review dan rating purata 4.9 bintang.
Tetapi, sekali lagi, saya tidak rekomen membeli Yilizomana air fryers.
Sesetengah pelanggan boleh menerima kualiti air fryer Yilizomana kerana ia merupakan satu-satunya jenama yang menjual air fryer dengan harga kurang dari RM90 untuk 3.2L dan hanya RM119 untuk 4.5L.
Malangnya, walaupun air fryer Yilizomana murah, tetapi kualitinya agak teruk.
Faktor utama saya tidak rekomen membeli Yilizomana 3.2L air fryer kerana ia hanya mempunyai fungsi timer dan tiada kawalan suhu. Kita semua tahu betapa pentingnya kawalan suhu untuk memasak makanan.
Selain itu, air fryer Yilizomana 4.5L ini mempunyai 3 aduan utama.
Pertama, sesetengah pelanggan mengadu bahawa terdapat bunyi berdetik pelik ketika memasak.
Masalah kedua ialah pan tidak sesuai dengan badan air fryer.
Ketiga, terdapat beberapa aduan bau pelik yang keluar dari air fryer.
Akhir sekali, terdapat beberapa aduan bahawa timernya tidak berfungsi dan juga air fryer tidak boleh berfungsi selepas diguna untuk beberapa kali sahaja.
Secara ringkas, jenama air fryer murah seperti Yilizomana tidak berbaloi.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang sikit, anda patut menabung dahulu dan menyediakan sekurang-kurangnya RM200 untuk membeli dari jenama yang mempunyai reputasi baik.
Air Fryer Pintar Terbaik
Xiaomi Air Fryer 3.5L
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Xiaomi Air Fryer 3.5L:
- China plug 2-pin
- Paparan OLED
- Boleh mengawal dengan smartphone
- Jadual timer 24 jam
- Banyak resipi preset dalam aplikasi smartphone
Review Positif Xiaomi Air Fryer 3.5L:
Like it so much, it is easy for me to cook and not oily as I also don’t like my kitchen/unit smelly when cooking. MI Air fryer outlook is simple and nice, classic.
Review Negatif Xiaomi Air Fryer 3.5L:
-Nil-
Xiaomi Air Fryer 3.5L adalah air fryer pintar terbaik di Malaysia. Malah, tidak ada jenama air fryer lain yang membuat air fryer pintar seperti ini.
Air Fryer Mi Global Version dijual pada harga RM345 manakala Air Fryer Mi China Version hanya RM265.
Jika anda boleh membaca bahasa Cina, dan tidak kisah menggunakan plug adapter. Anda patut membeli versi China kerana ia adalah nilai yang lebih berbaloi.
Air Fryer Xiaomi bereka bentuk minimalis dan klasik. Air fryer ini berwana putih dengan satu tombol kawalan skrin sentuh OLED.
Reka bentuk ini memang modern tetapi ia tidak sesuai bagi orang tua.
Mijia air fryer ini menggunakan reka bentuk “tiada bakul”. Tetapi Xiaomi telah membuat beberapa penambahbaikan kecil untuk memperbaiki isu peredaran udara.
Periuk ini mempunyai banyak lubang di sepanjang sisinya. Butiran kecil ini dibuat untuk meningkatkan aliran udara panas untuk memasak makanan secara merata.
Pan air fryer Xiaomi disalut dengan PTFE non-stick coating untuk memudahkan kerja membasuh. Dan ia mempunyai rak gril boleh dimasukkan ke dalam pan sekali untuk menambahkan ruang memasak.
Oleh kerana anda boleh mengawal air fryer dengan Aplikasi Mi Home, terdapat banyak resipi makan di dalam Mi Home app.
Anda boleh menggunakannya untuk membuat dried food, yoghurt, membakar kek dan roti, mencairkan daging, dan menggoreng makanan.
Smart Air Fryer Xiaomi adalah satu lagi produk yang mantap darip Xiaomi Smart Home Appliance Ecosystem. Sebelum membeli, pastikan anda menyemak tempoh waranti dengan vendor kerana penjual yang berbeza menawarkan syarat jaminan yang berbeza.
Air Fryer Oven Terbaik
Khind ARF9400 Multi Air Fryer Oven
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Khind ARF9400 Multi Air Fryer Oven:
- Saiz ruang 9.5L
- Bakul rotisserie percuma
- Bakul menggoreng mesh stainless steel
- Paparan LED
- Pintu penutup berkaca
- Fungsi rotisserie
Review Positif Khind ARF9400 Multi Air Fryer Oven:
Aku dah ada airfryer bulat tu tapi aku suka yang ni sbb pemanasan atas bawah dan api dia kuat gila ok.
product is good & value for money
Review Negatif Khind ARF9400 Multi Air Fryer Oven:
-Nil-
Khind Multi Air Fryer Oven meggunakan reka bentuk hibrid yang menggabungkan fungsi oven dan air fryer.
Air fryer oven sebenarnya memasak lebih baik daripada air fryer biasa kerana ruang biasanya lebih luas dan aliran udara lebih baik.
Di samping itu, bakul menggoreng juga terletak di tengah-tengah oven untuk pemanasan yang optimum dan makanan anda boleh dibahagikan kepada dua bakul dan bukannya semuanya disumbat ke dalam satu bakul seperti dalam air fryer yang standard.
Khind ARF9400 mempunyai saiz ruang 9.5L. Ia boleh memuatkan seekor ayam 1.5kg di dalamnya. Bakul rotisserie sangat bagus untuk memasak popcorn, sayap ayam, atau ketulan nugget.
Air fryer oven mempunyai pelbagi kelebihan dari air fryer biasa. Walau bagaimanapun, reka bentuk oven menjadikannya agak leceh untuk dicuci setiap kali selepas menggunakannya.
Setiap kali anda menggunakan air fryer oven, anda mesti membersihkan seluruh ruang dalamnya dengan teliti.
Manakala, pan atau bakul air fryer biasa boleh dikeluarkan dan dibasuh dengan mudah di sinki. Anda juga boleh menggunakan dishwasher untuk membasuk bakul air fryer.
Walau bagaimanapun, Khind ARF9400 masih merupakan pilihan yang baik untuk memasak dengan cepat dan mudah. Ia dilengkapi dengan jaminan 1 tahun dan Khind mempunyai sejumlah 10 pusat perkhidmatan di Malaysia.
Air Fryer Terbaik Untuk Keluarga Besar
La Gourmet Turbo Roaster HT-A12
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi La Gourmet Turbo Roaster HT-A12:
- Mangkuk kaca 12L
- Halogen Heater 1200W
- 1x Extender Ring
- 1x SteamerStainless steel
Review Positif La Gourmet Turbo Roaster HT-A12:
Dah buat mcm2 resepi guna La Gourmet Turbo Roaster..buat kuih raya pon cepat..ada support group di FB….sharing recipes and also handling tips
Review Negatif La Gourmet Turbo Roaster HT-A12:
Firstly, we tried to make banana cake & sadly it didn’t cook well! Then, we air-fried the chicken and again it didn’t cook as well as expected & took a long time not like the Philip Air Fryer that we have which is so efficient!
La Gourmet Turbo Roaster sebenarnya juga dikenali sebagai halogen oven dan ia telah wujud dari tahun 1995.
Berbeza dengan air fryer, La Gourmet Turbo Roaster menggunakan mentol lampu halogen untuk menjanakan haba yang diperlukan untuk memasak makanan. Ia dikatakan lebih cekap tenaga.
Prinsip kerja Turbo Roaster adalah serupa dengan air fryer biasa tetapi peredaran udara tidak secepat air fryer. Ia menggunakan mangkuk kaca besar yang bersaiz 12L sebagai “container” untuk memasak.
Proses memasak dengan cara ini mengambil masa yang lebih lama dari air fryer.
Dengan mangkuk kaca, anda boleh sentiasa melihat keadaan makan semasa memasak. Terdapat juga rak gril dan extender ring yang disertakan di dalam pakej ini yang boleh menambahkan ruang memasak.
La Gourmet Turbo Roaster ini sesuai untuk keluarga besar. Sekiranya anda perlu memasak dengan cepat, maka Turbo Roaster ini tidak sesuai.
Air Fryer Terbaik Dengan Glass Lid
Giselle Air Fryer KEA0320
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Spesifikasi Giselle Air Fryer KEA0320:
- Kapasiti 4.5L (7L dengan extender ring)
- Suhu maksimum 250 degree Celsius
- Timer 60 minit
- Hanya menggunakan 1000W
- Pemanasan Infrared
Review Positif Giselle Air Fryer KEA0320:
Bunyi masak x bising. Bley defrost (thaw), bake, grill, bakar roti, ayam bakar berkuah, ratatouille dll. Manual book in eng. Pkai extender, jd 7L. Xpkai extender, jd 5L. Senang cuci. Wayar kt kepala, bkn badan. 3 pin Msia, Sirim. Daily use still jimat bil.
Review Negatif Giselle Air Fryer KEA0320:
Menyesal beli. Masak ayam 220/60minit.. Habis masa pon Ayam tetap sama mentah. Try donat frozen lepas 20minit tetap tak masak betul2 lagi.
Giselle KEA 0320 dikenali sebagai Infrared Air Cooker. Sekali lagi, ini bukan air fryer yang standard. Ia berfungsi lebih seperti La Gourmet Turbo Air Turbo Roaster.
Walaupun suhu maksimum yang lebih tinggi iaitu 250 degree Celsius, ia biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk memasak kerana ia tidak mempunyai peredaran udara yang cepat seperti air fryer.
Kelebihan air cooker jenis ini is adalah penutup kacanya. Ia membolehkan anda melihat apa yang anda masak dengan mudah. Di samping itu, ruang memasak yang boleh digunakan lebih besar daripada air fryer.
Dengan kapasitinya yang besar, Giselle Air Fryer KEA0320 sangat bagus untuk menyediakan makanan untuk keluarga besar, tetapi anda harus ingat bahawa Air Fryer jenis ini ambil masa yang lama untuk memask.
Rekomendasi Sebelumnya
Tefal Fry Delight FX1000
Dengan begitu banyak jenama dan model air fryer baru yang keluar, Tefal Fry Deligh FX1000 yang berharga lebih daripada RM400 tidak lagi begitu berbaloi.
Philips HD9643 Air Fryer
Jika anda lebih gemar air fryer high-end dari Philips, anda boleh membeli model Philips HD9860. Jika tidak, anda hanya perlu membeli HD9200 yang lebih murah seperti yang disyorkan di dalam artikel.
Air Fryers FAQ
Apakah kebaikan dan keburukan air fryer?
Kelebihan: Masak cepat dan mudah, makanan, bakul dan kuali yang lebih sihat mudah dibersihkan
Kekurangan: Kotoran pada elemen pemanasan sukar dibersihkan
Patutkah saya membeli air fryer?
Ya, kerana ia menjimatkan masa dan tenaga. Pada masa yang sama, ia memasak makanan dengan lebih sihat, kurang minyak dan kalori.