5 Aircond Terbaik dan Jimat Elektrik Malaysia

aircond terbaik malaysia

Kebanyakan isi rumah Malaysia menggunakan aircond atau penghawa dingin. Ini adalah kerana sekadar membuka kipas angin atau menggunakan air cooler tidak mencukupi untuk mengatasi cuaca yang panas di Malaysia.

Malah, terdapat berbagai-bagai jenama aircond di Malaysia, seperti: Daikin, York, Panasonic, Hitachi, Sharp, Electrolux, Acson, Midea, Gree, Trane, Mitsubishi dan banyak lagi.

Apakah jenama aircond terbaik di Malaysia?

Aircond atau penghawa dingin yang terbaik mestilah cekap tenaga dan mampu memberikan prestasi penyejukan yang cepat dan senyap.

Antara beberapa jenis aircond yang boleh dibeli di Malaysia termasuklah aircond inverter, aircond non-inverter, aircond tingkap dan aircond siling (casette type).

Sila lihat 6 aircond terbaik di Malaysia di senarai berikut:

  1. Aircond Terbaik Jimat Tenaga: Panasonic X-Deluxe Inverter Air Conditioner
  2. Aircond Non-inverter Terbaik: Daikin R32 Non-Inverter WiFi Air Conditioner
  3. Aircond Murah Terbaik: Midea R32 Aircond
  4. Aircond Inverter Murah Terbaik: Haier Aircond Inverter R32
  5. Aircond 1.5HP Murah: Hisense 1.5HP Air Conditioner
  6. Aircond SilingTerbaik: Daikin SkyAire Inverter Air Conditioner

1. Panasonic X-Deluxe Inverter Air Conditioner

Aircond Terbaik Jimat Tenaga

Best Energy Saving Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Aircond Inverter Panasonic X-Deluxe ialah aircond inverter terbaik di Malaysia. Walaupun peruntukan yang lebih besar diperlukan untuk membeli model aircond Panasonic ini, tetapi penjimatan dalam bil elektrik adalah lebih banyak dalam jangka panjang

Spesifikasi Penyaman Udara Panasonic X-Deluxe Inverter:

  • Motor inverter
  • R32 refrigerant
  • Teknologi Panasonic nanoe X
  • App Panasonic Comfort Cloud
  • Reka bentuk Aerowings
  • Penyejukan segera dengan POWERFUL Mode

Jenama Panasonic terkenal untuk kipas siling, aircond dan peralatan rumah yang bertahan dan berkualit.

Saya lebih suka Aircond Panasonic X-Deluxe Inverter kerana ia hanya mempunyai setiap ciri yang wajib ada pada sesebuah aircond yang sempurna.

Model aircond ini dikuasakan oleh motor inverter dan mempunyai 9680Btu

Ia merupakan aircond 5-bintang cekap tenaga yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga. Ia mempunyai ECO Mode dengan A.I yang memberikan prestasi penyejukan yang paling optimum.

Bukan itu sahaja, aircond Panasonic ini didatangkan dengan Powerful Mode yang mampu menyejukkan bilik anda dengan 18% lebih pantas berbanding model biasa.

Jadi, pengguna boleh menikmati udara yang sejuk dalam bilik selepas aircond dibuka.

Panasonic X-Deluxe ini juga menggunakan refrigerant R32. R32 lebih mesra alam dan tidak merosakkan ozon seperti R22 dan CFC.

Ramai orang tidak menyedari bahawa penghawa dingin Panasonic datang dengan fungsi air purifier sekarang.

Panasonic X-Deluxe didatangkan dengan fungsi Nanoe-X dan Nanoe-G yang mampu membersihkan udara serta menghilangkan bau busuk.

Panasonic X-Deluxe Aircond features Nanoe-X and Nanoe-G

Dan fungsi air purification tersebut boleh diaktifkan dengan Nanoe Mode tanpa menghidupkan cooling mode. Jadi, ia fungsi ini boleh digunakan dalam apa-apa jua keadaan, sama ada sejuk atau panas.

Selain itu, reka bentuk Aerowing design telah digunakan supaya angin aircond boleh ditiup ke seluruh bilik dengan lebih cepat dan merata.

Panasonic X-Deluxe Inverter Air Conditioner uses Aerowing design

Bagi pengguna yang sensitif dengan bunyi bising, aircond Panasonic X-Delux mempunyai extra quiet sleeping mode yang beroperasi serendah19dB!

Aircond Panasonic X-Deluxe juga mempunyai built-in network adapter. Ini bermakna anda boleh mengawal aircond ini dengan smartphone menggunakan Panasonic Comfort Cloud App.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kelemahan kecil dengan Penghawa Dingin Panasonic X-Deluxe. Ia tidak mempunyai kawalan automatik bagi horizontal swing.

Pendek kata, Panasonic X-Deluxe Inverter Air Conditioner merupakan pakej yang sangat menarik kerana harganya berpatutan, aicondnya sejuk dan senyap.

Aicond Panasonic mempunyai waranti 1 tahun dan waranti kompressor 5 tahun.


2. Aircond Non Inverter WiFi Daikin R32

Aircond Non-inverter Terbaik

Best Non-Inverter Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Daikin R32 Non-Inverter FTV-P ialah aircond non-inverter terbaik di Malaysia. Jualan aircond Daikin ini mencecah ribuan unit dan menerima review yang amat positif daripada para pelanggan.

Spesifikasi Aircond Daikin FTV-P

  • Motor non-inverter
  • Refrigerant R32
  • Senyap
  • Mode Powerful, Mode Turbo dan Mode Sleep
  • Auto-Restart dengan surge protection
  • Built-in WiFi
  • Gin-Ion Blue Filter

Jenama Daikin memang terkenal dengan aircond rumahnya. Syarikat telah berada dalam industri penghawa dingin selama hampir sedekad.

Siri Aircond FTV-P boleh didapati dalam horsepower 1.0, 1.5, 2.0, 2.5 dan 3.0.

Daikin Aircond FTV-P 1.0HP hanya mempunyai 9,500 Btu, sedikit rendah daripada Panasonic X-Deluxe Air Conditioner

Purata penggunaan kuasa elektrik ialah 865 watt dan ia menerima penarafan tenaga sebagai aircond 3 bintang.

Model Daikin yang bari ini beroperasi dengan tahap bunyi yang rendah. Ia Bunyi yang dihasilkan semasa operasi adalah serendah 25dBA dalam Quiet Mode dan 37 dBA High Mode.

This new model operates with a reasonably low indoor sound pressure level. It is rated as low as 25dBA in Quiet Mode and only 37 dBA in High Mode.

Daikin menawarkan siri FTV-P dengan WiFi dan tanpa WiFi. Bagi model dengan mempunyai WiFi terbina dalam, pengguna boleh menyambung ke aircond FTV-P dengan menggunakan Aplikasi Go Daikin pada smartphone.

Kesimpulannya, Daikin FTV-P Non-Inverter Air Conditioner ialah penghawa dingin yang boleh dipercayai dan agak jimat tenaga walaupun ia non-inverter. Ia datang dengan waranti 1 tahun dan waranti kompressor 5 tahun.


3. Midea Xtreme Dura R32 Aircond (MSXD-09CRN8)

Aircond Murah Terbaik

Best Cheap Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Aircond Midea Xtreme Dura R32 ialah aircond murah yang paling baik di Malaysia. Ia merupakan model aircond yang paling berbaloi beli dengan harga kurang dari RM900 bagi model 1 horsepower.

Spesifikasi Aircond Midea Xtreme Dura R32 :

  • Refrigerant R32
  • Aircond 3-bintang
  • 9200 Btu
  • Pengunaan kuasa elektrik 772W
  • Condenser coil dengan fin emas
  • FilterCold Catalyst
  • Super Ionizer
  • Screwstainless steel

Jenama Midea terkenal dengan peralatan rumah yang murah dan ia semakin popular di Malaysia

Aircond Midea Xtreme Dura menampilkan beberapa teknologi dan reka bentuk unik, yang tidak boleh didapati padal model aircond jenama lain pada harga ini.

Pertama, siri Midea Xtreme Dura direka untuk menahan cuaca panas dan lembap di Malaysia. Unit kompressornya dilengkapi dengan Casing PrimeGuard dan Diamond-edge tidak akan rosak walaupun disinar matahari terik sepanjang masa.

Dan coiling pada kompressornya disaluat dengan epoxy hijau. Epoxy hijau mempunyai 8 kali ketahanan berbanding dengan epoxy biru.

Kompressornya juga menggunakan bolt stainless steel yang tidak akan berkarat walaupun tededah kepada cuaca yang lembap dan air hujan yang beralkali.

Unit blower aircond Midea menggunakan coil fin emas. Coil fin emas boleh memindahkan haba lebih cepat dari Coil fin biru. Jadi, aircond Midea boleh menyejuk dengan lebih laju

Selain itu, Aircond Midea Xtreme Dura mempunyai fungsi Air Magic yang akan menghasilkan ion untuk menghapuskan bakteria dan habuk di udara.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan teknologi dual-filter untuk memastikan udara dalam bilik lebih segar dan sihat.

Aircond Midea 1.0HP hanya menawarkana 9200 Btu, lebih rendah daripada jenama aircond 1.0Hp yang lain. Kebaikannya adalah ia menggunakantenaga elektrik yang lebih rendah, hanya 772W.

Pada unit blower aircond Midea ini, kita boleh nampak ia mempunyai paparan LED menunjukkan suhu aircond. Pengguna boleh tahu suhu aircond tanpa merujukan kepada aircond remote contorl.

Aircond Midea memberi jaminan 2 tahunan dan waranti motor sebanyak 5 tahun.


4. Aircond Haier R32 Inverter HSU-VTH Series 

Air Conditioner Inverter Murah

Best Cheap Inverter Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Aircond Haier R32 Inverter HSU-VTH ialah antara aircond inverter 1.0HP termurah di Malaysia

Spesifikasi Aircond Haier Inverter HSU-VTH :

  • Refrigerant R32
  • Motor Inverter
  • 9,500 Btu
  • Eco Mode
  • Smart Clean feature
  • 4-star energy rating
  • waranti 3 tahun dan waranti kompressor 10 tahun.

Perkara pertama yang menonjol bagi saya ialah penarafan cekap tenaga 4 bintang sahaja walaupun menggunakan motor penyongsang. Jadi, jika anda risau tentang bil elektrik, adalah lebih baik utuk membeli Aircond 1.0HP dari Panasonic atau Daikin.

Sekiranyan anda boleh menerima kecekapan tenaga yang sedikit lemah, Aircond Haier Inverter HSU-VTH Series menawarkan beberapa ciri yang unik.

Model ini mempunyai fungsi Smart Clean yang membolehkan anda membersihkan coil kondenser dengan hanya menekan butang pada alat kawalan jauh. Lihat video di bawah.

Selain itu, ia dilengkapi dengan penapis PM2.5 yang boleh menapiskan habuk, hama, dan sebarang bahan pencemar di udara.

Kelebihan Aircond Inverter Haier adalah ia datang dengan waranti 3 tahun dan waranti motor kompressor 10 tahun. Ini merupakan waranti yang paling panjang ditawarkan pada aircond rumah.


5. Hisense 1.5HP Air Conditioner AN12CBG

Aircond 1.5HP Murah dan Baik

Best Cheap 1.5HP Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Aircond Hisense R32 AN12CBG ialah aircond 1.5HP yang termurah di Malaysia. Harganya cuma RM1,000+ tapi perlu pre-order kalau nak lock-in harga yang rendah ini.

Spesifikasi Aircond Hisense AN12CBG:

  • Refrigerant R32
  • Motor Non-inverter
  • 12000 Btu
  • 3-bintang cekap tenaga
  • Fungsi auto-clean
  • Smart Mode, Super Quiet Mode
  • Temperature on LED display
  • Cooling coil blue fin (fin biru)
  • Pengesanan kebocoran gas automatik
  • Sistem air purification
  • Waranti 2+5

The Hisense R32 1.5HP Air Conditioner AN12CBG is rated as 12000Btu, which is 25% more than a standard 1HP Air Conditioner. It will be able to cool a small room quicker and more efficiently than a 1HP model.

Walaupun Aircond Aircond Hisense AN12CBG 1.5HP adalah model non-inverter, tetapi ia dikira agak cekap tenaga dengan penarafan 3 bingtang.

Aircond Hisense R32 2022 terbaru ini dilengkapi dengan pembersihan automatik yang boleh membersihkan habuk pada cooling coil secara automatik.

Aircond ini mempunyai Smart Mode dan Super Quiet Mode. 

Smart Mode mengawal AC untuk memberikan prestasi penyejukan yang paling selesa dan menjimatkan tenaga.

Super Quiet Mode memastikan blower aircond beroperasi secara senyap pada hanya 25dB.

Aircond Hisense AN12CBG dilengkapi dengan sistem penapis udara yang canggih.

Ia adalah gabungan penapis high densitiy, penapis karbon aktif dan penapis anion untuk membersihkan udara dalam bilik dan meningkatkan kualiti udara.

Aircond Hisense ini juga mempunyai sensor pengesan kebocoran gas, diagnosis kendiri dan sistem perlindungan automatik yang menghalang aircond daripada “overload”.

Aircond Hisense menawarkan waranti 2 tahun serta waranti kompressor selama 5 tahun.


6. Daikin SkyAire Inverter FCF-C series

Aircond Siling Terbaik

Best Ceiling Type Air Conditioner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Daikin SkyAire Inverter FCF-C adalah aircond siling yang terbaik. Aircond siling juga dikenali sebagi aircond casette type.

Ia mempunyai tiupan angin 360-darjah dan menggunakan refrigerant R32 refrigerant. Dan ia beroperasi dengan inverter motor.

Spesifikasi Aircond Daikin SkyAir Inverter FCF-F:

  • Refrigerant R32
  • Motor Inverter
  • Built-in WiFi adapter
  • Kawalan aliran udara individu pada setiap arah
  • Drain pan Anti-bacterial
  • Anti-bacterial dan anti-mold

Berbanding aircond dindingm aircond siling mempunyai saiz yang lebih besar, harga yang lebih mahal, susah dipasang, dan lebih membazir tenaga elektrik. Disebabkan itu, aircond siling jarang dipakai di rumah Malaysia.

Satu perkara yang penting bagi aircond siling adalah ia memerlukan ketinggian ruang siling sebanyak 65 inci untuk memuatkan mesin aircond dan motor kompressornya.

Akibatnya, siling rumah akan menjadi lebih rendah sekiranya anda memasang aircond siling/casette.

Walaupun begitu, sesetengah pengguna masih menyukainya kerana ia kelihatan lebih kemas dan boleh diletakkan dengan di tengah bilik.

Sebagai contoh, penghawa dingin jenis siling boleh diletakkan di tengah-tengah ruang tamu yang besar untuk mencapai prestasi penyejukan yang seimbang dalam semua arah.

Siri Daikin SkyAire Inverter FCF-C boleh didapati dalam 2 HP sehingga 6 HP.

Bergantung pada kawasan bilik yang anda ingin sejukkan, anda boleh memilih kuasa horsepower yang diperlukan.

Saya galakkan membeli aircond siling dengan motor inverter daripada non-inverter kerana teknologi yang digunakan oleh aircond siling sememangnya sudah membazir lebih banyak elektrik.

Sekiranya anda pasang aircond siling non-inverter, bil elektrik rumah pasti akan menjadi mahal dengan cepat.

Dua pilihan warna tersedia untuk model aircond siling Daikin ini, iaitu putih dan hitam. Anda boleh memilih mengikut tema design yang berbeza.

Daikin SkyAire Inverter FCF-C series has white and black colour

Selain itu, fungsi yang paling unik pada Daikin SkyAire Inverter FCF-C ialah 4 sisi aircond blowernya boleh dikawal secara individu untuk memastikan kawalan aliran udara yang optimum.

Daikin SkyAire Inverter FCF-C series airflow control

Di samping itu, model ini mempunyai fungsi anti-kulat dan antibakteria dengan ion silver untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan mold.

Ia juga dilengkapi dengan mod operasi senyap untuk waktu malam.

Aircond Daikin SkyAire FCF-C adalah aircond siling terbaik kerana prestasinya yang mantap dan designnya yang mempertimbangkan penggunaan harian pengguna.

Daikin menawarkan waranti selama 1 tahun dan waranti kompressor selama 5 tahun.


Jenama Aircond Yang Lain

Review Aircond Mitsubishi

Aircond Mitsubishi kurang popular di Malaysia tetapi ia biasa dijumpai di Singapore. Mitsubishi memegang rekod aircond yang paling senyap dengan bunyi yang sangat rendah, iaitu 19dB.

Aircond Mitsubishi dilengkapi dengan Nano Platinum filters dan design yang minialistik. Mitsubishi juga menawarkan jaminan yang lama, 2+7 tahun.

Review Aircond Acson

Acson Malaysia ialah anak syarikat Daikin. Jadi, prestasi mereka dari segi penyejukan dan kecekapan kuasa adalah serupa.

Daikin menawarkan model angin yang lebih banyak berbanding Acson.

Review Aircond Gree

Gree ialah jenama penghawa dingin yang terkemuka di China. Dan syarikat Gree sebenarnya adalah pengeluar sistem HVAC terbesar di dunia.

Jadi, anda akan mendapati bahawa Aircond Gree adalah sangat murah. 

Namun, model termurahnya masih menggunakan bahan pendingin R410a yang kurang cekap tenaga

Aircond Gree mempunyai review yang berbeza dari pelanggan. Ada yang mengatakan aircond Gree bagus manakala yang lain mengadu aircondnya cepat rosak.

Review Aircond Sharp

Sharp Air Conditioner ialah salah satu pilihan utama saya sebelum ini. Penghawa Dingin Sharp J Tech Inverter didatangkan dengan ion Plasmacluster, tetapan 14 darjah Celcius, Mod Senyap, dan dinilai sebagai penjimatan tenaga 5 bintang

Dan ciri yang terbaik ialah ia mempunyai ayunan kipas automatik 4 hala manakala jenama lain hanya mempunyai ayunan automatik menegak.

Aircond Sharp memang baik dan amat disyorkan.

Review Aircond Samsung

Penyaman Udara Samsung biasanya mempunyai reka bentuk yang moden dan anggun.

Siri Samsung Wind Free menyebarkan udara sejuk melalui lubang udara mikro supaya tiada angin sejuk langsung bertiup ke atas pengguna.

Malangnya, ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan aircond Samsung. Ramai yang mendakwa aircond Samsung senang rosak.

Dan yang penting sekali, Aircond Samsung adalah lebih mahal berbanding jenama lain.

Review Aircond CHiQ

ChiQ ialah jenama dari China yang dijual terutamanya di Sydney, Australia sebelum ini.

Aircond ChiQ sekarang boleh didapati di Malaysia dengan harga yang amat murah, RM800+.

Reka bentuk aircond ChiQ berciri minimalistik dan ia menggunakan cooling coil gold fin.

Model 1HPnya yang mempunyai 9000Btu meggunakan kuasa eletrik sebanyak 845W. Dari situ, kita boleh nampak ia tidak begitu cekap tenaga.

Paras bunyi aircond ChiQ adalah antara 36 – 42dB, lebih tinggi daripada jenama aircond lain.

Oleh itu, jika anda sedang mencari penyaman udara bajet, saya rasa Midea Midea adalah pilihan yang lebih bijak.


Soalan Lazim Aircond

Bagaimanakah kita memilih penghawa dingin terbaik di Malaysia?

Memahami keperluan sendiri dan rumah adalah amat penting. Oleh itu, kami memecahkan pemilihan aircond kepada 5 kriteria utama: horsepower, energy rating, refrigerant gas, noise level dan pemasangan.

Patutkah saya membeli aircond inverter atau non-inverter?

Saya galakkan untuk membeli aircond inverter. Aircond inverter adalah pelaburan lebih baik dalam jangka masa panjang sekiranya anda membuka AC setiap hari. Kerana bil elektrik aircond inverter pasti lebih jimat dari aircond non-inverter

Berapakah horsepower aircond yang saya perlu beli?

Berdasarkan anggaran keluasan bilik, anda akan dapat mengetahui jumlah horsepower aircond yang paling sesuai untuk anda. Di bawah ialah garis panduan cepat (yang tidak profesional): 1.0HP untuk 100 – 350 kaki persegi; 1.5HP untuk 350 – 500 kaki persegi; 2.0HP untuk 700 – 1000 kaki persegi


Kesimpulan

Aircond dari jenama Panasonic, Daikin dan Sharp adalah paling selamat dan boleh dipercayai. Dan sama ada membeli model inverter ataupun non-inverter tergantung pada peruntukan anda.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan bahawa pemasangan aircond yang baik adalah lebih penting dari pilihan model aircond. Pastikan anda menggunakan serrvice pemasang angin yang boleh dipercayai.

Lazada 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aisyah
6 months ago

good info

hamzah
6 months ago

pening jugk ye nk pilih aircond huhu