12 Kipas Siling Terbaik Malaysia (Murah dan Bertahan)

kipas siling terbaik malaysia

Kipas siling adalah satu keperluan untuk setiap rumah di Malaysia.

Tidak semua rumah mempunyai penghawa dingin, tetapi hampir setiap rumah mempunyai kipas siling untuk membantu pengaliran udara bukan?

Tetapi, bagaimana untuk memilih kipas siling yang baik? 3 bilah, 4 bilah, 5 bilah, 52 inci, 56 inci atau bilah 60 inci, dengan lampu atau tanpa lampu? Mana satu yang terbaik untuk anda?

Kipas siling jenama apakah yang terbaik di Malaysia?

Sebaik-baiknya, kipas siling yang bagus akan menjana aliran udara yang cukup dan boleh menyejukkan bilik dengan cekap dan senyap.

Ia harus tahan lama dan cekap tenaga. Anda tidak mahu memasang kipas yang perlu diservis atau diganti setiap beberapa tahun.

Secara amnya, anda dinasihatkan untuk membeli jenama kipas siling yang mempunyai reputasi baik, seperti Panasonic dan KDK. Terdapat banyak lagi jenama bajet di Malaysia seperti Rezo, Deka, Alpha, Elmark, Rubine yang lebih murah tetapi kita tidak mempunyai rekod tentang prestasi jenama-jenama ini.

Berikut adalah senarai 12 kipas siling terbaik di Malaysia 2022:

  1. Kipas Siling Terlaris: REZO VENTUS MY56
  2. Kipas Siling Motor AC Terbaik: KDK K14YZ 56″ Ceiling Fan
  3. Kipas Siling Motor DC Terbaik: Panasonic Econavi 5 Ceiling Fan
  4. Kipas Siling DC Murah: REZO ZETTA 56″
  5. Kipas Angin Siling Designer: ALPHA VANNUS VC2 52″ 
  6. Kipas Angin Murah Dengan Lampu: Elmark 52″ ABS Blades Decorative Ceiling Fan
  7. Kipas Siling Bajet Dengan Lampu: REZO Venzo 56″
  8. Kipas Angin Kecil Murah Terbaik: REZO AX42 Ceiling Fan
  9. Kipas Siling Mini Terbaik Dengan Lampu LED: REZO Venus LED 3B 20″
  10. Kipas Siling Pintar Terbaik: Panasonic 60″ WIFAN
  11. Kipas Angin Siling Bersaiz Besar Terbaik: Panasonic Mondo 80″ 8-Blade Ceiling Fan
  12. Auto Fan Siling Terbaik: UMS Auto Fan

1. REZO VENTUS MY56

Kipas Siling Terlaris

rezo ceiling fan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Rezo Ventus ialah kipas siling terlaris dan mendapat penilaian terbaik di Shopee Malaysia. Ia telah terjual hampir 19,000 unit.

Ciri-ciri kipas siling Rezo Ventus 56″:

  • Diameter 56 inci
  • Kawalan 5 kelajuan
  • Alat kawalan jauh
  • Motor AC
  • 80W
  • RPM terendah 101, RPM tertinggi 260
  • Penghantaran udara 240 CMM
  • Jaminan 3 tahun

Rezo ialah jenama kipas siling yang baru di Malaysia. Ia kini popular kerana harga yang berpatutan, reka bentuk yang bergaya dan “technical team” yang responsif.

Terdapat lebih daripada 7,000+ ulasan positif pada Rezo Ventus. Ramai yang memuji kualiti produknya yang baik dan kelajuan kipas yang hebat. Malah salah seorang pelanggan mendakwa kipas itu bertiup seperti puting beliung.

Walau bagaimanapun, terdapat sekumpulan kecil pelanggan yang menghadapi masalah seperti produk rosak dan kipas tidak berfungsi. Isu-isu ini biasanya disebabkan oleh syarikat penghantaran dan bukan disebabkan oleh kualiti produk Rezo.

Nasib baik, ramai yang masih berpuas hati dengan produk Rezo kerana juruteknik respon cepat terhadap mereka yang menalami sebarang masalah dengan kipas Rezo .

Rezo Ventus datang dengan jaminan 3 tahun yang pastinya memberikan anda membeli dan mengguna tanpa risiko.


2. KDK K14YZ 56″ Ceiling Fan

Kipas Siling Motor AC Terbaik 

kdk ceiling fan

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Bagi mereka yang lebih gemar jenama kipas siling yang terkenal, KDK K14YZ adalah salah satu kipas siling dengan motor AC yang terbaik.

Ciri-ciri  Kipas Siling KDK K14YZ 56″:

  • Reka bentuk 5 bilah
  • Alat kawalan jauh dengan tetapan 3 kelajuan dan 3 pemasa
  • RPM: Low 102, High 196
  • Wattage: 21 hingga 61W
  • Motoro AC
  • CFM: 7593
  • Tahap hingar 51dB
  • 12 months warranty

Untuk pengetahuan anda, KDK sebenarnya adalah milik Panasonic Corporation. Dan prestasi motor mereka adalah sama kerana ia dihasilkan oleh kilang yang sama di China.

Kipas siling KDK dan Panasonic jauh lebih mahal daripada jenama lain. Tetapi kualiti mereka sangat boleh dipercayai dan boleh bertahan sehingga beberapa dekad.

KDK K14YZ mungkin tidak mempunyai reka bentuk yang terbaik, tetapi ia berfungsi dengan sangat baik. Ia disertakan dengan jaminan 1 tahun sahaja.


3. Panasonic Econavi 5-Blade Ceiling Fan

Kipas Siling Motor DC Terbaik dan Senyap

Kipas Siling DC Terbaik dan Senyap

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas siling Panasonic Econavi 5 -Blade adalah kipas siling Motor DC terbaik. Ia sangat senyap, cekap tenaga, menggunakan motor DC yang menggunakan kuasa serendah 3W.

Ciri-ciri kipas siling Panasonic Econavi 5:

  • Panjang bilah 60 inci
  • Penggunaan kuasa: Rendah 3W, Tinggi 41W
  • Kelajuan kipas: Rendah 80 RPM, Tinggi 235 RPM
  • Fungsi Econavi dan Yuragi
  • Teknologi motor DC
  • Alat kawalan jauh LCD
  • Bahan bilah PPG
  • PPG material blades
  • Pemasa tutup automatik 1 hingga 8 jam
  • Pemasa tidur 2 hingga 8 jam
  • Tahap hingar: 54dB

Econavi melaraskan aliran udara secara bijak berdasarkan suhu bilik. Hasilnya, tenaga dapat dijimatkan dan bilik anda kekal selesa tanpa menjadi terlalu sejuk atau terlalu panas.

Selain itu, ia bereka bentuk paip pendek 290mm dari siling untuk memberikan ruang bilik yang lebih tinggi

diameter Panasonic Econavi 5-Blade Ceiling Fan

Kipas Siling Panasonic Econavi 5 Blade disertakan dengan jaminan 1 tahun.


4. REZO ZETTA 56″

Kipas Siling DC Murah Terbaik

Kipas Siling DC Murah Terbaik

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Rezo Zetta 56” ialah kipas siling DC murah terbaik. Disebabkan harganya yang murah, kipas Rezo Zetta ini tidak memiliki ciri-ciri yang premium sperti Panasonic EcoNavi 5-Blade. Reka bentuknya pun simple saja.

Ciri-ciri kipas angine REZO ZETTA 56″:

  • Terdapat model 42” and 56”
  • Reka bentuk 5 bilah
  • RPM: rendah- 100, tinggi- 220
  • Wattage: rendah- 6.5W, tinggi- 38W
  • Warna: matte white, matte black, dark wood
  • Tahap Hingar: 50dB
  • Dikuasakan motor DC
  • Bilah kipas ABS
  • Senyap
  • Kipas Reversible 
  • 6 kelajuan ( norma dan reverse)
  • Kawalan jauh
  • Jaminan am 1 tahun, jaminan motor 5 tahun

Kipas siling Rezo Zetta 56 mempunyai reka bentuk yang minimalis dan boleh didapati dalam 3 pilihan warna. Warna putih sesuai bagi bilik dengan design minimalist. Dan warna hitam dan dark wood sesuai untuk menwujudkan suasana bilik yang selesa.

Dan satu lagi ciri yang unik untuk kipas angin Rezo Zetta ialah ia boleh berputar dalam arah biasa dan juga reverse.

Apabila kipas siling berputar reverse, ia akan menarik angin ke atas dan menambah baik aliran udara. Ia sesuai untuk digunakan di bilik aircon untuk menyejukkan bilik dengan sekata.


5. ALPHA VANNUS VC2 52″ 

Kipas Angin Siling Designer Motor DC

Kipas Angin Siling Designer Motor DC

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas siling Alpha ALPHA VANNUS VC2 52″ adalah amat sesuai bagi ruang tamu yang kecil. 

Kipas siling ini mempunyai reka bentuk bilah kipas yang cantik dan juga lampu LED di tengah. Kipas siling ini pasti akan menjadi tumpuan tetamu.

Ciri-ciri Kipas Angin Alpha Vannus VC2:

  • 52 inci
  • 3 bilah kipas ABS
  • Fungsi kipas reverse
  • Mode “natural wind”
  • Alat kawalan jauh dengan pemas
  • Kawalan 6-kelajuan
  • Bunyi rendah
  • Dengan atau tanpa LED
  • RPM Motor 90-225
  • CFM: 6358
  • Wattage: 5W – 40W

Biasanya, saya tidak akan mengesyorkan kipas siling Alpha. Tetapi saya faham bahawa, bagi sesetengah orang, reka bentuk kipas adalah lebih penting dari fungsi dan ketahanannya.

Alpha Vannus VC2 mempunyai jaminan 1 tahun dan jaminan 5 tahun pada motor. 


6. Elmark 52″ ABS Ceiling Fan TP102

Kipas Angin Siling Murah Dengan Lampu

Kipas Angin Siling Murah Dengan Lampu

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas siling Elmark 52” TP102 adalah salah satu kipas siling yang paling berpatutan dengan lampu LED. 

Spesifikasi kipas siling Elmark TP102:

  • 5 bilah kipas
  • Pilihan warna: pine white, matte black, titanium grey, midnight caramel
  • Alat kawalan jauh dengan 3-kelajuan
  • Bilah kipas 52”
  • Menggunakan motor AC
  • Kuasa maximum 72W
  • Dengan atau tanpa LED
  • Jaminan am 1 tahun dan 3 tahun bagi motor

Ia sesuai untuk di ruang tamu yang kekurangan “lighting point” kerana ia boleh digunakan sebagai kipas siling dan juga lampu.

Kipas siling Elmark ini dikuasakan oleh motor AC sahaja. Maka, harganya adalah yang lebih murah berbanding dengan kipas siling motor DC. 

Oleh itu, ia kurang cekap kuasa dan bunyi kipas akan lebih bising sedikit.

Model ini mempunyai jaminan am 1 tahun dan jaminan motor selama 3 tahun. 


7. REZO Venzo 56″

Kipas Siling DC Bajet Dengan Lampu

Kipas Siling DC Bajet Dengan Lampu

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas siling REZO Venzo menawarkan semua ciri kipas angin premium dengan harga yang berpatutan. Ia mempunyai motor inverter DC, lampu LED, dan bilah kipas aerodinamik yang bergaya.

Ciri-ciri kipas siling REZO Venzo 56″:

  • Motor inverter DC heavy duty
  • Wattage 6W – 55W
  • Motor senyap
  • Kawalan jauh 6-kelajuan dengan fungsi “reverse”
  • RPM maksimum 210 dengan CFM 10500
  • Bilah kipas ABS
  • LED light 3 warna: daylight, warm white and cool white
  • Lampi LED 33W yang sangat terang

Siri REZO Venzo adalah antara beberapa kipas siling yang mempunyai fungsi premium tetapi berharga kurang daripada RM500. Kipas jenama lain dengan spesifikasi yang sama boleh mencecah RM600.

Untuk dipasangkan di bilik tidur, anda boleh pertimbangkan kipas siling REZO Aster dengan lampu LED 24W yang lebih malap. Jadi, suasana bilik akan jadi lebih selesa dan lebih sesuai untuk berehat. 


8. REZO AX42

 Kipas Angin Kecil Murah Terbaik

 Kipas Angin Kecil Murah Terbaik

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Rezo AX42 adalah kipas siling mini 42” terbaik dan terlaris. Ia telah dijual lebih daripada 530 unit dan menerima rating 4.9 daripada 5 bintang.

Ciri-ciri Rezo AX42:

  • Warna matte black dan matte white
  • Bilah kipas ABS
  • Reka bentuk 5 bilah kipas
  • Motor AC 70 watt 
  • RPM: Rendah- 163, Tinggi- 283
  • CFM 6475

Kipas siling Rezo AX42 dijual pada harga RM189 sahaja. Ia adalah antara kipas bayi termurah dengan reka bentuk 5 bilah.

Dengan bilah kipas yang lebih pendek, kipas siling ini sesuai digunakan di bilik tidur yang sempit.


9. REZO Venus LED 3B 20″

Kipas Siling Mini Terbaik Dengan Lampu LED

Kipas Siling Mini Terbaik Dengan Lampu LED

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas Siling Rezo Venus ialah kipas siling DC terkecil yang terdapat di Malaysia dan ia dilengkapi dengan lampu LED.

Spesifikasi Rezo Venus LED 3B:

  • Bilah kipas sepanjang 20 inci sahaja
  • Teknologi motor DC
  • Lampu LED 3 waran
  • 6-kelajuan
  • Fungsi “reverse”

Secara am, saya nasihatkan untuk membeli kipas bersaiz 42″ atau lebih besar untuk mendapatkan aliran angin yang lebih memuaskan. Ini disebabkan saiz bilah kipas adalah faktor utama yang menentukan keluasan tiupan angin.

Jadi, Rezo Venus yang bersaiz 20” adalah tidak sesuai dipasang di bilik yang besar.

Kipas siling mini Rezo Venus hanya disyorkan untuk bilik yang sangat kecil dan sempit. 

Jika anda ingin mengalami masalah pembiasan cahaya dari kipas , maka kipas siling ini mepunyai bilah kipas yang pendek boleh menyelesaikan masalah ini..

Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk pemasangan kipas siling, maka anda harus mempertimbangkan cooler mudah alih atau kipas berdiri sebagai alternatif untuk menyejukkan bilik anda.


10. Panasonic 60″ WIFAN

Kipas Siling Pintar Terbaik

Kipas Siling Pintar Terbaik

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Panasonic 60” WIFAN ialah satu-satunya kipas siling pintar dalam senarai ini. Anda boleh mengawalnya dengan app smartphone Android dan iOS. 

Spesifikasi Kipas Siling Panasonic 60″ WIFAN:

  • Panjang bilah kipas 60”
  • Bilahkipas ABS-GF 
  • Air velocity 160 m/min
  • Air delivery 300 m³/min
  • Tahap hingar 59 dB
  • Teknologi motor DC
  • Senyap
  • WiFi 2.4g 
  • Boleh dikawak dengan app smartphone
  • Mempunyai lampu LED
  • 3 warna lampu LED: warm, warm white and daylight
  • Fungsi Yuragi 
  • Berputar arah norma dan reverse
  • Reka bentuk bilah yang inovatif untuk penghantaran udara yang lebih luas
  • Disertakan alat kawalan jauh
  • Penggunaan kuasa 4W hingga 54W
  • 80 sehingga 245 RPM 
  • Jaminan 12 months 

WIFAN Panasonic boleh diprogramkan dan dijadualkan mengikut keperluan anda berdasarkan rangka masa yang berbeza sepanjang hari.

Selain itu, ia mempunyai banyak ciri inovatif seperti fungsi “reverse”, yuragi, motor DC cekap tenaga baharu, reka bentuk bilah baharu dan Intelligent Motor Drive System(IMDS)

IMDS ialah ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk mengesan kerosakan pada motor dan bilah kipas secara automatik. Ia akan menghentikan kipas daripada berputar jika ia mengesan sebarang keadaan yang tidak selamat.

WIFAN Panasonic mempunyai jaminan selama 12 bulan.


11. Panasonic Mondo 80″ 8-Blade Ceiling Fan Canopy Type

Kipas Siling Besar Terbaik

Kipas Siling Besar Terbaik

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kipas siling Panasonic Mondo mempunyai jumlah panjang bilah jipas 80 inci yang mengagumkan dan juga menggunakan sebanyak 8 bilah kipas. Ia merupakan kipas siling besar terbaik di pasaran.

Ciri-ciri Kipas Panasonic Mondo Ceiling Fan:

  • Bilah kipas sebesar 80 inches
  • Penggunaan kuasa 3W hingga 60W
  • Kelajuan kipas 50 hingga 150 RPM
  • Halaju angin minimum 170 m/min
  • Penghantaran udara 360 m³/min
  • Teknologi motor DC berkembar
  • Sensor gerakan
  • Fungsi Yuragi
  • Bilah kipas PPG yang betahan lama dengan sambungan bilah aluminium
  • Alat kawalan jauh berskrin LCD dengan kawalan 9 kelajuan

Dengan motor DC berkembar dan bilah kipasnya yang besar, Panasonic Mondo boleh memberikan penghantaran udara yang lebih tinggi berbanding kipas saiz 56” dan 60”.

Oleh kerana saiznya yang besar, kipas siling ini hanya sesuai untuk ruang tamu yang besar, tempat komersial atau kemudahan awam.

Jika bilik anda agak sempit, maka ia tidak sesuai untuk anda. 

Apabila bilah kipas siling yang terlalu besar bersilang dengan cahaya lampu berdekatan, cahaya lampu akan berkelip-kelip dan menyebabkan orang berasa pening dan tidak selesa.

Jadi pastikan ruang bilik anda cukup besar di mana kipas siling Panasonic Mondo berada jauh dari sebarang lampu bilik.

Kipas siling Panasonic Mondo dilengkapi dengan sensor gerakan yang boleh mengesan gerakan dalam linkungan 4 meter dari ketinggian 3 meter. 

Ia secara automatik akan mengurangkan kelajuannya jika tiada sebarang pergerakan dikesan. 

Dan seterusnya, ia akan mengurangkan lagi kelajuan atau matikan kipas  selepas tiada pergerakan dalam masa dua puluh minit.

Secara keseluruhan, kipas siling Panasonic Mondo menghasilkan aliran udara yang selesa dan amat sesuai untuk ruang tamu yang besar.


12. UMS Auto Fan 16″ 

Kipas Siling Orbit Bajet

Kipas Siling Orbit Bajet

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Apabila kipas siling tidak sesuai dipasangkan, anda boleh menggunakan kipas siling orbitatau kipas auto. 

Kipas jenis ini hanya bersaiz 16” dan menggunakan ruang siling yang sangat minimal. Ia pasti boleh dimuatkan dalam apa-apa jenis bilik dan ruang.

Ciri-ciri UMS auto fan:

  • 50 watt
  • Bilah kipas plastik
  • RPM: 900 (rendah)/ 1310 (tinggi)
  • Penghantaran udara: 67 m³/min
  • 3 kelajuan
  • Putaran 360 darjah

Kipas siling orbit bagus untuk meniup udara di satu arah, tetapi ia tidak begitu berkesan untuk meningkatkan aliran udara dalam bilik.

Kipas ini boleh berputar 360 darjah unutk meniupkan angin kipas ke setiap sudut bilik.

Selain itu, ia menerima penarafan tenaga 5 bintang daripada SuruhanJaya Tenaga.

Pada pendapat saya, kelemahan terbesar ialah anda hanya boleh mengawalnya menggunakan pengatur kipas kerana tiada alat kawalan jauh.

Jika tidak, Kipas Auto UMS adalah penyelesaian yang baik untuk orang yang tinggal di dalam bilik kecil. 


Soalan Lazim Kipas Siling

Jenama kipas siling mana yang terbaik di Malaysia?

Kipas siling Panasonic dan KDK adalah yang terbaik di Malaysia. Dua jenama kipas ini boleh dipercayai dan dibukti bertahan selama beberapa dekad.

Adakah kipas KDK dan Panasonic sama?

Ya, kipas siling KDK dan Panasonic dihasilkan di kilang yang sama dan menggunakan motor yang sama. KDK secara rasmi dimiliki oleh Panasonic.

Kipas siling 3 bilah atau 5 bilah, yang mana lebih baik?

Perbezaan utama antara kipas siling 3 bilah dan 5 bilah ialah rupa dan bunyinya. Kipas siling 5 bilah adalah lebih senyap kerana dengan lebih banyak bilah ia boleh mencapai putaran kipas yang lebih seimbang.

Bagi prestasi pengaliran udara, kedua-dua siling 3 bilah dan 5 bilah adalah setara dan tidak banyak perbezaan antara mereka.

Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau dengan bilangan bilah kerana ia tidak menjejaskan prestasi kipas angin.

Bagaimana untuk memilih kipas siling yang baik?

Faktor yang paling penting untuk memilih kipas siling adalah jenama. Di Malaysia, KDK dan Panasonic adalah dua jenama siling terbaik dengan rekod prestasi jangka panjang.

Jenama tempatan seperti Deka, Rubine, Alpha dan juga Rezo mempunyai sejarah yang agak pendek.

Apabila anda mengambil kira kos pemasangan, penyelenggaraan, dan penggantian kipas siling, anda tidak akan mahu memilih jenama yang lebih murah demi penjimatan RM50-100. 

Kerana anda mungkin perlu menggantikannya selepas dua-tiga tahun, dan ia membazirkan kos yang lebih tinggi.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.