4 Air Purifier Terbaik Malaysia

air purifier terbaik malaysia

Tengah mencari air purifier terbaik? Adakah anda mengalami kualiti udara yang buruk di rumah? Air purifier sangat berguna bagi pesakit asma dan allergic.

Setiap tahun, Malaysia dilanda jerebu dan pencemaran udara akibat kebakaran hutan. Air purifier adalah alat eletrik yang paling berkesan untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dengan segera.

Perlbagi jenama termasuk Sharp, Philips, Panasonic, Xiaomi, Coway, Honeywell, Blueair, dan Dyson, telah dikaji. Dan saya telah memilih empat air purifier terbaik untuk rakyat Malaysia.

Top 4 air purifier terbaik Malaysia

  1. Air purifier terbaik: Sharp air purifier FPJ30L
  2. Air purifier paling berbaloi beli: Sharp air purifier FPF40LW
  3. Smart air purifier terbaik: Xiaomi Pro H air purifier
  4. Air purifier dengan kipas terbaik: Dyson Pure Cool TP07 tower fan

Perbandingan air purifier terbaik di Malaysia

BrandModelCoverage Area (m2)Airflow (cfm)Max Noise (dB)Min Noise (dB)
SharpFPJ30LB23106923
SharpFPF40LW301414921
XiaomiPRO H48.735357.534.1
DysonTP072761464.442.3

Note: CADR rate tidak digunakan dalam jadual ini. Kerana tiada data rasmi untuk model air purifier Sharp and Dyson.


Air Purifier Bajet Terbaik

1. Sharp Air Purifier FPJ30L

Sharp Air Purifier FPJ30L, Best Budget Air Purifier For Small Room

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sharp air purifier FPJ30LA kecil, moden, padat, sunyi tetapi cukup kuat untuk menapis udara bagi bilik tidur kecil. Ia boleh meliputi kawasan seluas 23m2.

KelebihanKelemahan
Penyedut udara yang kuat dan aliran udara yang cekapApabila menapis dengang kuasa maksimum, kipasnyan bleh menjadi sedikit bising
HEPA filter.Tiada air quality indicator
Sharp Plasmacluster
Mod Silent Night

Selain penapisan mekanikal dengan HEPA filter, air purifier Sharp FPJ30LA menggunakan Plasmacluster Ion technology. 

Ionizer air filter yang biasa hanya mengeluarkan ion negatif dan ia boleh menghasilkan Ozone particle dalam proses itu. Justeru itu, ia boleh membahayakan kesihatan kita.

Manakala, Sharp Plasmacluster mengeluarkan kedua-dua ion hidrogen positif dan oksigen negatif. Maka, ia adalah lebih selamat dan sihat.

Ion Plasmacluster akan melekat pada bakteria dan alergen menukar menjadi wap air yang tidak berbahaya.

Satu kajian pada tahun 2006 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa ion Plasmacluster mampu menurunkan bahan pencemar hampir serta-merta[1].

Plasmacluster ion juga diperakui oleh ahamverifide.org yang menetapkan standard penapisan udara.

Dari segi harga, model Sharp ini agak mahal kerana ia menggunakan HEPA filter yang tulen. Ia boleh mengurangkan microbe dalam udara, hama habuk, kulat dan just bau busuk.

Air purifier Sharp ini mempunyai kadar aliran udara maksimum 180m3/hr, yang bersamaan dengan 106 cfm  (cubic feet per minit). Ia mempunyai tahap bunyi maksimum 44 dB dan tahap bunyi minimum 23 dB.

Ini adalah air purifier yang sangat sunyi!

Oleh itu, Sharp FPJ30L air purifier sangat disyorkan untuk digunakan di dalam bilik tidur.


Air Purifier Paling Berbaloi

Sharp Air Purifier FPF40LW

Sharp Air Purifier FPF40LW, Best Value For Money Air Purifier

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Air Purifier Sharp FPF40LW Sharp berharga hampir dua kali ganda lebih mahal daripada model yang lebih kecil. Model ini mempunyai air quality indicator (tidak tersedia pada model yang lebih kecil) dan ia boleh meliputi kawasan seluas 30m2.

KelebihanKelemahan
Kawasan liputan yang lebih besar – 30m²Lebih mahal
Filter menghilangkan bauKawasan liputan hanya tambah luas sedikit
Air quality indicator
Sensor habuk

Selepas check pelbagi model air purifier, Sharp masih muncul sebagai pilihan terbaik untuk air purifier. Ia mempunyai semua ciri yang diperlukan bagi sebuah air purifier yang berkualiti.

Air purifier Sharp menggunakan pre-filter, HEPA filter, deodorizing filter, dan Plasmacluster ion technology untuk memberikan tahap penapisan udara terbaik. 

Maka, ia dijamin dapat mengurangkan microbe and virus dalam udara dengan berkesan.

Dengan deodorizing carbon filter, ia boleh mengurangkan bau busuk seperti bau rokok, bau haiwan peliharaan, bau ammonia, bau kulat, bau memasak, dan sebagainya.

Air purifier ini mempunyai aliran udara maksimum 141 cfm dan beroperasi pada tahap bunyi 21 hingga 49 dB. Ia bagus untuk bilik bersaiz sederhana.

Berbanding dengan model Sharp yang lebih murah, model ini mempunyai dust sensor dan air quality indicator, menjadikannya air purifier yang lebih mudah untuk pengguna.

Air purifier ini akan menyesuaikan kelajuan kipas secara autmatik berdasarkan jumlah habuk yang dikesannya. 

Tambahan pula dengan air quality indicator, pengguna dapat memantau kualiti udara dalam rumah dengan lebih mudah

Sharp’s FPF40LW mempunyai semua fungsi penting yang anda perlu bagi sebuah air purifier. Ia adalah pilihan yang tepat untuk kebanyakan isi rumah di Malaysia


Smart Air Purifier Terbaik

Xiaomi Smart Air Purifier Pro H

Xiaomi Smart Air Purifier Pro H, Best Smart Air Purifier

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Xiaomi Air Purifier Pro H ialah air purifier Xiaomi terbaharu. Xiaomi boleh dikatakan smart air purifier termurah yang terdapat di pasaran. Anda tidak akan boleh menemui pakej yang serupa dari jenama lain.

KelebihanKelemahan
3 stage filter dengan HEPAVersi China menggunakan China plug
Internet-connected, kawalan dengan smartphoneHanya mengguna  H11 HEPA filter
OLED indicator panel
Air quality sensor oleh Sharp
Design minimalistik

Harga Xiaomi Air Purifier Pro H yang kurang dari RM1,000 menjadikannya salah satu smart air purifier terbaik untuk rumah anda. Mesin air purifier ini sangat berkuasa dan mampu meliputi ruang sehingga 48m2, iaitu lebih dari 500 kaki persegi.

Xiaomi’s mi air purifier direka berbeza dari air purifier yang lain. Berbeza dengan model Air Purifier Sharp, model ini menggunakan sedutan udara 360-darjah dan blower di atas mesin.

Xiaomi air purifier cylinder design and internal parts
Filter Air Purifier Xiaomi berbentuk silinder

Dengan kadar aliran udara maksimum 353 CFM, Xiaomi air purifier Pro H sangat berkuasa.

Ia juga menapis udara dengan sistem triple-filter di mana lapisan pertama adalah pre-filter, lapisan kedua adalah coconut activated carbon filter, dan lapisan ketiga adalah HEPA H11.

Saya ingin mengingatkan semua orang bahawa HEPA H11 bukan HEPA filter yang benar. HEPA filter mestilah kelas H12 dan H13 atau lebih tinggi. (Untuk maklumat lanjut mengenai klasifikasi HEPA, sila melayari http://en.wikipedia.org/wiki/HEPA)

Ini adalah sedikit kekurangan yang harus kita terima pada Air Purifier Xiaomi Pro H.

Sebenarnya, kita tidak dapat jumpa lagi air purifier lain yang berharga sama dengan Xiaomi dan ada sambungan WiFi, paparan OLED, dan aplikasi smartphone.

Pengguna boleh menyemak kualiti udara pada paparen OLED di mesin ini,

Walaupun Xiaomi Air Purifier Pro H hanya menggunakan HEPA filter H11, tetapi ia telah terbukti berkesan mengurangkan bau rokok, formaldehid perabot, dan bahan pencemar udara lain.[2]


Air Purifier Dengan Kipas Terbaik

Dyson Pure Cool Air Purifier Tower Fan TP07

image 1 15

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Dyson air purifier tower fan ini bagus untuk sesiapa yang suka memastikan peralatan rumah dengan design yang bersih dan minimalistik. Ia berfungsi sebagai air purifier dan juga Dyson tower fan. Tetapi, perlu diingatkan model in berharga sebanyak RM2800.

KelebihanKelemahan
HEPA 13 filterSangat mahal
Smart sensor dan WiFi connectedReplacement filter mahal
Paparan Digital LCD
Kawalan dengan smartphone. Dyson Link app

Sebelum anda meneruskan, anda dinasihatkan supaya hanya membeli Dyson air purifier ini sekiranya anda benar-benar menyukai Dyson bladeless fan. Ini kerana ini adalah peralatan elektrok dari jenama Dyson adalah amat mahal dan kurang berbaloi.

Memandangkan Dyson bladeless tower fan sahaj sudah berharga lebih dari RM1,400, maka harga RM2,800 pada air purifier Dyson ini nampaknya munasabah.

Ia juga merupakan smart air purifier seperti Xiaomi. Ia dilengkapi dengan lebih banyak smart sensor, dan boleh bersambung ke internet dan boleh dikawal dengan aplikasi Alexa dan Dyson Link.

Kadar aliran udara Dyson adalah sebanyak 614 cfm.

Ini adalah kerana ia adalah sebuah kipas. Anginnya pasti jauh lebih kuat dari air purifier yang biasa. Kipasnya boleh berayun pada 350 darjah, jadi udara boleh diedarkan ke seluruh bilik.

Reka bentuk bladeless Dyson ini membolehkan pengguna memilih untuk meniup kipas ke hadapan untuk menyejukkan bilik, atau ke belakang untuk penapisan udara sahaja.

Dyson air purifier menggunakan in-house POLAR test mereka dan bukannya CADR test. Ia mendakwa bahawa gabungan angin kencang mereka dengan HEPA 13r adalah lebih cekap darip penapis udara biasa yang hanya menapis udara dalam ruang yang terhad.

difference between POLAR test compared with CADR test
Sumber: Dyson.com. Gambar menunjukkan perbezaan POLAR test berbanding CADR test

Tahap bunyi maksimum Dyson air purifier fan ialah 63dB, dan mod senyap adalah kurang dari 45dB.

Kipasnya boleh dikawal oleh smartphone Dyson Link dan remote controlnya sendiri. Dyson link app memaparkan kualiti udara bilik anda, suhu, kelembapan, tahap VOC, dan maklumat yang lain.

Dengan Dyson Link app, anda juga boleh menetapkan jadual bagi Dyson Pure Cool Air Purifier Tower Fan TP07.

Lagi, replacement filter Dyson juga agak mahal. Sistem ini dilengkapi dengan indicator bagi filter untuk mengingatkan pengguna apabila filter perlu digantikan.

Dyson air purifier fan ini adalah kipas air purifier yang sangat baik jika harganya tidak menjadi masalah bagi anda.


Air Purifier Lain

Review Air Purifier Philips

Terdapat beberapa model air purifier Philips, iaitu siri 3000 dan siri 800. 

Air Purifier Philips bereka bentuk silinder.

Philips series 3000, AC3033 boleh merangkumi keluasan sehingga 135m2, manakala Philips series 800, AC0820 boleh merangkumi keluasan 49m2.

Mereka mampu menapis 99.99% particle ultra-fine dan juga menghapuskan sehingga 99.99% virus, termasuk virus Covid-19 dari udara.

Review Air Purifier Xiaomi 3H

Xiaomi air purifier 3H kekal sebagai salah satu kegemaran saya. Tetapi Xiaomi air purifier Pro H versi global adalah pembelian yang lebih baik pada masa ini. Sekiranya anda tidak memerlukan air purifier besar seperti Pro H, anda boleh membeli Xiaomi 3H air purifier yang lebih kecil.

Review Air Purifier Philips AC 3259

Sebelum ini, model ini dipilih disebabkan kapasiti aliran udara dan kawasan liputannya yang besar. Philips telah memperkenalkan air purifier yang lebih baru dan lebih baik untuk bilik besar, Philips AC3033.

Air purifier Philips terbaru mempunyai reka bentuk baharu, kawalan aplikasi telefon pintar dan sambungan WiFi. Oleh itu, saya tidak lagi rekomen membeli Philips AC 3259.

Review Air Purifier Blueair Joy S

Blueair Joy S disyorkan kerana reputasinya yang baik di pasaran antarabangsa dan reka bentuknya yang unik. 

Setelah mempertimbangkan dengan teliti, saya tidak lagi rekomen membeli air purifier ini kerana harganya terlalu tinggi. Ia juga amat mahal untuk menggantikan filter.

Dyson air purifier tower fan adalah lebih berbaloi jika anda sanggup membelanjakan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah air purifier.

Review Air Purifier OEM atau jenama kurang popular

Jangan sekali-kali membeli air purifier dari jenama yang tidak dikenali.

Sekiranya anda masih minat membeli, anda mesti check gred penapis dengan penjual disebabkan banyak kedai Shopee menjual air purifier ‘HEPA palsu’.

Review Blueair Classic 405

Dari segi kualiti penapisan udara, air purifier Blueair Classic series mencapai prestasi yang sangat baik dalam ujian makmal. 

Dari segi CADR, ia adalah lebih kurang 300 cfm,dianggap agak baik.

Di samping itu, ia boleh menapiskan udara dengan bersih tanpa mengira sama ada pada kelajuan kipas tinggi atau rendah.

Review Air Purifier Cuckoo Model C

Cuckoo air purifier hanya meliputi 37m2 dan berharga sebanyak RM2400. Pengguna yang celik kewangan harus mengelak dari menyewa air purifier.

Saya tidak rekomen menggunakan progrem sewa untuk mendapatkan air purifier kerana ia bukan merupakan keperluaan asas dalam kehidupan harian kita.

Review Air Purifier Honeywell Hac 30

Honeywell HAC 30 adalah satu lagi pilihan yang baik dengan liputan kawasan sebesar 42m2.

Kualiti binaan mesin ini sangat baik dan rasanya sangat premium. Jenama Honeywell memang terkenal dengan teknologi dan kualiti penapisan udara. Tetapi, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan air purifier Sharp.


Air Purifier FAQ

Adakah air purifier mahal lebih baik dari air purifier murah?

Tidak, dalam ujian yang dilakukan oleh Shanghai Consumer Protection Bureau Test. Air purifier Sharp berada di kedudukan nombor membersihkan 99% bahan pencemar di udara, diikuti oleh air purifier Blueair.
Tetapi, air purifier Sharp hanya berharga separuh dari air purifier Blueair.

Adakah air purifier benar-benar berfungsi?

Dalam banyak jenis penyelidikan dan kajian, air purifier didapati berkesan dalam menapiskan bahan pencemar di udara. Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan penyelidikan mengenai ion Sharp Plasmacluster dan mendapati bahawa ia memang membuang bakteria dan virus[1].

Bagaimana pilih air purifier baik?

Apabila memilih mesin penapis udara, kita harus memberi perhatian kepada aliran udara, CADR, saiz, tahap bunyi dan penapisan HEPA. Saya mempunyai panduan terperinci mengenai cara memilih air purifier yang menerangkan lebih lanjut mengenai topik ini.

Adakah saya memerlukan air purifier?

Anda patut membeli air purifier yang baik jika anda mengalami alahan atau asma. Ramai yang melihat penambahbaikan yang ketara dari segi pernafasan dan kesihatan mereka selepas menggunakan air purifier.

Bolehkah air purifier membantu dengan COVID19?

Ya, air purifier degan HEPA filter boleh menangkap virus bersaiz kecil yang menyebabkan COVID-19. United States Environmental Protection Agency, EPA kini merekomenkan penggunaan air purifier untuk mengurangkan kemungkinan sebaran virus COVID19 melalui udara.

Sharp vs. Philips air purifier, manakah lebih baik?

Pada pendapat saya, air purifier Sharp lebih baik dari Philips kerana ia mempunyai teknologi Plasmacluster ion. Bagi sesiapa yang tidak memerlukan Plasmacluster ion, boleh membeli air purifier Philips.

Adakah Ozone air purifier buruk?

Ya, kepekatan ozon yang tinggi dalam rumah boleh membahayakan tubuh manusia. Mereka boleh merosakkan saluran penafasan dan mendedahkan paru-paru kepada jangkitan kuman.


Kesimpulan

Kita tidak perlu berbelanja berlebihan apabila membeli air purifier. Sharp air purifier sudah cukup baik dan harga pun berpatutan. Wang yang anda telah jimakan boleh diguna untuk membeli air conditioner, air cooler, air humidifier, atau portable air conditioner.

Rujukan:

  1. https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/347/91
  2. https://www.mi.com/global/air/specs/
Lazada 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.