9 Tips Perbezaan Mesin basuh Top Load dengan Front Load

beza mesin basuh top load dengan front load

Apabila membeli mesin basuh, perkara pertama yang perlu di petimbangkan adalah sama ada membeli mesin basuh top load atau front load.

Bagi mereka yang mempunyai ruang terhad di rumah, mesin basuh front load adalah pilihan terbaik kerana ia lebih menjimatkan ruang dan anda tambah lagi mesin dryer di atasnya.

Manakala, mesin basuh top load mempunyai muatan yang lebih besar dan penjagaan mesin lebih mudah serta harga jualan yang lebih murah..

Mari kita mengkaji kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis mesin basuh front load dan top load dengan lebih teliti

Jadual perbandingan untuk mesin basuh top load dengan front load

Washer Top Load Washer Front Load
StackableTidakYa
Jimat ElektrikBaikSangat Baik
Jimat AirSederhanaSangat Baik
Prestasi PencucianBaikSangat Baik
Pakaian Haus/RosakTinggiKurang
HargaSederhanaMahal
ErgonomikBaikKurang
Kelajuan MembasuhCepatLambat
Masalah KulatTidakYa
Isu Kebocoran AirSangat JarangJarang

9 faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mesin basuh top load vs front load

1. Ruang

Faktor paling penting semasa membuat keputusan antara mesin basuh top load atau front load ialah sama ada anda ingin memaksimumkan penggunaan ruang di rumah anda.

Mesin basuh front load lebih menjimatkan ruang dan padat kerana kita boleh menyusun mesin pengering di atasnya.

stacking washer and dryer
Photo credit: SMEG.com

Anda boleh meletakkan sabun baju, detergen, pelembut dan barang lain di atas mesin basuh front load.

Pemenang: Mesin Basuh Front Load

2. Penggunaan Elektrik dan Air

Mesin basuh front load lebih jimat air dan tenaga elektrik. Secara umum, mesin basuh front load inverter boleh mencapai rating 5 bintang jimat tenaga, manakala mesin basuh top load boleh mendapat rating 4 bintang jimat tenaga.

Dan mesin basuh front load tidak menggunakan air yang banyak. Anda boleh menjimatkan sehingga 20 liter air setiap kali membasuh baju apabila berbanding dengan mesin basuh top load.

Pemenang: Mesin Basuh Front Load

3. Prestasi Pencucian

Secara amnya, mesin basuh front load membasuh pakaian lebih bersih daripada mesin basuh top load.

Ini adalah kerana gerakan berguling dalam drum mesin basuh membantu membersihkan pakaian dengan lebih efektif

Walaupun begitu, kebanyakan mesin basuh top load tetap dapat membasuh baju bersih dan memuaskan. Cuma sedikit kurang efektif berbanding mesin basuh front load

Pemenang: Mesin Basuh Front Load

4. Pakaian Rosak/Kusut

Pakaian yang sering dicuci dengan mesin basuh pasti akan mengalami sedikit kerosakan pada pakaian. Ini adalah kerana corak basuhan dan gerakan pakaian dalam drum mesin basuh.

Secara amnya, mesin basuh front load lebih “gentle” pada pakaian. Dan mesin basuh top load lebih “rough”.

Pakaian yang dicuci dengan mesin basuh top load memang akan semua bercampur dan “tangle”. Pakaian akan menjadi kusut, cepat rosak, kolar langgar, dan kadang-kadang butang tertanggal.

Jadi, mesin basuh front load adalah lebih baik pada pakaian.

Pemenang: Mesin Basuh Front Load.

5. Harga

Secara amnya, mesin basuh front load lebih mahal daripada mesin basuh top load untuk muatan/kapasiti cucian yang sama.

Mesin basuh beban front load merupakan pelaburan yang lebih bijak dalam jangka masa panjang.

Tetapi, jika anda hanya melihat dari segi kos pembelian, mesin basuh top load pastinya lebih murah.

Di Malaysia, harga mesin basuh top load yang sederhana dijual pada harga RM600 sahaja, manakala mesin basuh top load yang baik berharga sekurang-kurangnya RM1000 ke atas

Pemenang: Mesin Basuh Top Load

6. Ergonomik

Mesin basuh top load lebih mudah digunakan terutamanya untuk warga emas. Pengguna tidak perlu mencangkung ntuk masukkan dan keluarkan pakaian.

image 13
Photo credit: Panasonic.com

Mesin basuh top load juga lebih selamat bagi keluarga yang ada kanak-kanak. Terdapat juga berita bahawa kanak-kanak terkuci dalam mesin basuh front load.

Selain itu, bagi mesin basuh top load, kita masih boleh tambah baju ke dalamnya walaupun kita sudah mula membasuh.

Pemenang: Mesin Basuh Top Load

7. Kelajuan Membasuh

Mesin Basuh Top Load membasuh dengan lebih cepat berbanding Mesin Basuh Front Load.

Pura masa yang diambil oleh mesin basuh front load untuk membasuh baju adalah 1-1.5 jam manakala mesin basuh top load boleh siap membasuh dalam masa kurang daripada 1 jam (35-45 minit).

Pemenang: Mesin Basuh Top Load

8. Masalah Kulat

Masalah kulat sering dijumpai pada mesin basuh front load, manakala mesin basuh top load tiada masalah ini.

Sisa air akan kekal di dalam gasket getah mesin basuh front load selepas setiap kali membasuh. Selepas masa yang lama, kulat dan bakteria akan tumbuh di dalam gasket getah tersebut

front load washer mold and  mildew
Kulat dan bakteria bertumbuh di gasket pintu mesin basuh front load

Untuk mengelakkan masalah ini, mesin basuh front load memerlukan lebih banyak penjagaan. Kena sering membersih dan mengeringkan gasket pintu mesin basuh.

Jika anda seorang yang sibuk dan tidak mempunyai disiplin untuk membersihkan mesin basuh anda secara rutin, sebaiknya membeli mesin basuh top loading saja.

Pemenang: Mesin Basuh Top Load

9. Isu Kebocoran Air

Kedua-dua jenis mesin basuh boleh mengalami masalah kebocoran air. Walau bagaimanapun, risiko mesin basuh beban front load mengalami kebocoran adalah lebih tinggi.

Ini adalah kerana mesin basuh front load bergantung pada gasket getah pintu untuk mengelakkan kebocoran semasa membasuh. Dan mesin basuh top load tiada masalah ini.

Tetapi, dengan teknologi yang makin baju, masalah kebocoran air pada mesin basuh sudah menjadi amat jarang.

Pemenang: Mesin Basuh Top Load


Kesimpulan

Bagi mereka yang mahukan prestasi pembersihan terbaik, saya rekomen mendapatkan mesin basuh front load kerana ia membersihkan dengan lebih baik, menggunakan tenaga yang kurang dan menjaga pakaian.

Bagi mereka yang nak kerja senang dan mudah, maka mesin basuh top load akan menjadi pilihan yang tepat. Ia mempunyai muatan yang lebih besar dan harganya lebih murah.

Lazada 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments