5 Mesin Dryer (Pengering Baju) Terbaik Malaysia

dryer terbaik

Sidau baju susah nak kering kerana cuaca lembap dan kerap berhujan di Malaysia ? Mesin dryer atau pengering baju boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini

Mesin pengering baju amat berguna, terutamanya bagi penduduk apartment dan condo. Terdapat model pengering baju yang boleh mengeringkan pakaian basah dalam masa 20 minit sahaja.

Mesin dryer terbaik di Malaysia ialah LG Dual Inverter Heat Pump Dryer TD-H9066WS.

Untuk mesin dryer murah, kita rekomen untuk membeli Electrolux UltimateCare 500 Venting Dryer EDV805JQWA.

Berikut adalah senarai 5 mesin dryer terbaik di Malaysia yang telah kami kumpulkan.

  1. Electrolux UltimateCare 500 Venting Dryer EDV805JQWA
  2. LG 9kg Dual Inverter Heat Pump Dryer TD-H9066WS
  3. Toshiba SenseDry Tumble Dryer Machine TD-H80SEM
  4. Midea MD-7388 Vented Dryer 7kg
  5. Beko Inverter Heat Pump Dryer DHX83420W

Foreword

Pertama, saya galakkan pengguna membeli mesin basuh dan mesin pengering secara berasingan.

Dan hanya membeli all-in-one washer dryer sekiranya rumah anda tidak mempunyai ruang yang mencukupi. Ini adalah kerana washer-dryer adalah antara peralatan elektrick rumah yang paling kerap rosak.

Terdapat tiga jenis mesin pengering baju yang utama di Malaysia, iaitu:

  • Vented dryers– Jenis dryer yang basic dan lebih murah. Ia menyedut udara dari sekeliling dan memanaskannya untuk mengeringkan baju. Selepas itu, udara yang panas dan basah akan dikeluarkan melalui saluran.
  • Condenser dryers– Jenis dryer yang memanaskan udara seperti vented dryer tetapi udara panas akan ditukarkan menjadi air melalui proses kondensasi. Jadi, ia tidak mengluarkan udara panas.
  • Heat pump dryers– Ia mengitar semula udara panas di dalam pengering dan bukannya membuangkan udara lembap. Dengan cara ini, ia dikatakan boleh menjimatkan 63% tenaga kurang berbanding dengan vented dryer yang bersaiz sama. Mereka juga lebih senyap dan juga lembut pada pakaian. (Rujukan: choice.com.au)

1. Electrolux UltimateCare 500 Venting Dryer EDV805JQWA

image

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Electrolux UltimateCare 500 Venting Dryer EDV805JQWA dipilih sebagai vented dryer terbaik di senarai kita. Ia mengeringkan baju fabrik sensitif dengan lembut tanpa merosakkan fabrik pakaian.

Berikut adalah fungsi-fungsi Electrolux 8kg UltimateCare™ 500 Venting Dryer EDV805JQWA :

  • Kapasiti dryer 8kg
  • 80% better colour care
  • Smart Sensor
  • Reverse tumbling
  • Delicate drying, jimat tenaga elektrik
  • Fungsi Vapour Refresh
  • Waranti motor 10 tahun
  • Senyap
  • Senang maintain

Customer’s positive review:

No regret to purchase this 8kg vented tumble dryer. The machine itself is so smart without any complicated manual setting. I can feel the clothes are soft after it is dried by this machine. Surely will recommend to my relatives and friends.

Customer’s critical review:

-Nil

Pengering Electrolux ini telah diuji dan diperakui untuk memberi perlindungan warna 80% lebih baik berbanding dengan menyidai baju di bawah cahaya matahari.

Mesin dryer Electrolux UltimateCare 500 menggunakan teknologi reverse tumbling. Semasa proses pengeringan baju, mesin ini akan berputar mengikut arah jam dan lawan jam untuk mengurangkan kedutan pada pakaian.

Pakaian anda akan kurang berkedut dan lebih senang diseterika.

image
Reverse tumbling feature

Mesin dryer Electrolux ini dilengkapi dengan sensor pintar untuk melaraskan masa pengeringan dengan tepat bergantung pada jenis fabrik, jumlah beban dan tahap lembapan.

image 1
Electrolux UltimateCare Venting Dryer akan memendekkan masa pengeringan secara autmotik sekiranya ia mengesan pakaian yang dimasukkan kurang basah.

Smart sensor pada mesin pengering baju Elektrolux ini boleh membantu anda mengelakkan “over-drying” dan pembaziran elektrik..

Ia juga mempunyai fungsi Vapor Refresh yang mengurangkan kedutan pakaian dan pakaian anda lebih segar.

image 2
Vapour refresh menjadikan pakaian lebih licin

Electrolux 8kg UltimateCare 500 Venting Dryer mempunyai waranti 2 tahun dan waranti motor 10 tahun. Electrolux merupakan mesin dryer yang berkualiti dan boleh dipercayai.


2. LG 9kg Dual Inverter Heat Pump Dryer VD-H9066WS

image 3

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

LG VD-H9066WS merupakan salah sebuah dryer heat pump terbaik di Malaysia. Ia dilengkapi dengan dual inverter heat pump yang boleh mengeringkan pakaian dengan lebih cepat.

 Spesifikasi Dryer LG 9kg VD-H9066WS

  • Kapasiti 9kg
  • Dual Inverter Heat Pump
  • Jimat elektrik dan masa
  • Pintu Reversible
  • Teknologi Eco Hybrid – Energy Mode dan Time Mode.
  • Fungsi Auto Cleaning Condenser
  • Fungsi Allergy Care – 99.9% dust mites dapat dibersihkan
  • Boleh disambungkan dengan smartphone

Customer’s positive review:

produk terbaik dari LG. harga murah dari seller. penghantaran pantas dari seller. oder pagi ni esok sampai. dryer banyak mode tapi mostly pakai basic je kot.

Customer’s critical review:

None

Mesin dryer ini dilengkapi dengan teknologi inverter LG yang terbaru, iaitu Dual Inverter Heat Pump. Ia mencapai rating penjimatan tenaga elektrik yang paling tinggi berdasarkan IEC standard.

image
LG TD-H9066WS dinilai sebagai A+++ 10% mengikuti paiwaian IEC (sumber: LG.com)

LG VD-H9066WS merupakan heat pump dryer yang menggunakan sistem “close-loop”, ia tidak menggunakan sebarang saluran udara panas. Jadi, pengguna boleh meletakkan mesin dryer LG ini di mana-mana sahaja mengikuti kehendak sendiri.

Selain itu, Mesin Dryer LG VD-H9066WS didatangkan dengan teknologi Eco Hybrid di mana pengguna boleh menggunakan Energy Mode atau Time Mode.

image 5

Energy mode mengering dengan lebih lambat tetapi menjimatkan tenaga. Manakala, Time Mode mengeringkan baju dengan cepat dengan menggunakan tenaga haba yang lebih tinggi.

Mesin dryer LG ini dilengkapi dengan fungsi Allergy Care. Sebanyak 99.9″ dust mites akan dihapuskan semasa proses pengeringan baju, Fungsi ini diperaku oleh British Allergy Foundation (BAF).

Pengering bagju ini mempunyai fungsi auto cleaning condenser. Ia akan membersihkan condenser secara automatik setiap kali anda menggunakannya.

image 1 1
Fungsi LG dryer auto cleaning condenser

Fungsi tersebut menjadikan LG VD-H9066WS sebuah dryer yang senang diguna dan maintain.

Satu lagi manfaat dengan heat pump dryer adalah suhu pengeringannya yang lebih rendah boleh mengurangkan masalah kecutan dan lipatan pada pakaian.

image 1 2
Heated dryer biasa boleh menyebabkan pakaian mengecut kerana suhu tinggi yang digunakan

Akhir sekali, mesin dryer LG VD-H9066WS boleh disambungkan dengan smartphone memlalui WiFi. Ia mempunyai waranti 1 tahun dan waranti motor 10 tahuan.


3. Toshiba SenseDry Tumble Dryer Machine TD-H80SEM

image 1 3

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Toshiba vented dryer machine TD-H80SEM berukuran 595 x 555 x 840mm dan berkapasiti 7kg. Ia merupakan pilihan dryer murah yang baik dan berbaloi. Ia mempunyai fungsi quick-dry dalam masa 20 minit.

Spesifikasi Mesin Dryer Toshiba 7kg SenseDry Tumble TD-H80SEM:

  • Fungsi quick-dry 20-minit
  • Teknologi SENSEDRY
  • Fungsi Anti-crease
  • Control panel digital LED
  • Fungsi Child lock
  • Waranti motor 10 tahun
  • Senyap

Customer’s positive review:

Easy to use & very convenient. Just plug in the dryer & clean the lint filter after each use. My clothes are dry in less than an hour; even the thick fabric one like jeans. Definite timesaver instead of waiting for whole day to dry the hanging fabric.

Customer’s critical review:

-No negative reviews on product. A few complains about slow delivery.

Dengan menggunakan teknologi Toshiba’s SENSEDRY, mesin pengering baju ini akan berhenti secara automatik apabila ia mengesan pakaian sudah kering.

Ia mengelakkan masalah “over-drying”, melindungi fabrik pakaian dan menjimatkan tenaga.

Terdapat sebanyak 16 program drying yang berbeza pada mesin Toshiba ini.

Fungsi anti-crease mesin dryer Toshiba ini mengurangkan pakaian daripada berkedut semasa proses pengeringan baju.

Berbeza dari Mesin Dryer Electrolux Ultimatecare, Toshiba TD-H80SEM tidak mempunyai fungsi reverse tumbling. Jadi, kedutan pakaian pasti akan kelihatan lebih ketara berbanding dengan mesin dryer Electrolux.

Salah satu kebaikan mesin pengering baju Toshiba ini ialah ia didatangkan dengan panel kawalan digital LED yang besar, jelas dan mesra pengguna.

Ia juga dilengkapi dengan fungsi “child-lock” untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.

Mesin DryerToshiba SenseDry Tumble TD-H80SEM ini yang menggunakan non-inverter motor mempunyai waranti 2 tahun dan waranti motor 10 tahun.


4. Midea MD-7388 Vented Dryer 7kg

image 1 4

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Dengan harga kurang dari RM800, Midea MD-7388 dryer yang bersaiz 595 x 555 x 840mm adalah antara vented dryers termurah in Malaysia. Ia adalah sebuah pengering baju yang harga berpatutan dan mempunyai ratusan review 5-bintang di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Midea MD-7388 dryer:

  • Harga yang murah
  • Kapasiti 7kg
  • Berbagai drying programs
  • Sensor suhu
  • Fungsi Crease Guard
  • Fungsi Child Lock

Ia mempunyai kapasiti pengeringan 7kg dengan sensor suhu untuk membantu mengekalkan pemanasan optimum. Dengan itu, ia mengeringkan pakaian anda tanpa merosakkan fabrik.

Mesin Dryer Midea ini mempunyai fungsi “Crease Guard” yang membantu mengurangkan kedutan pakaian semasa proses pengeringan.

Dan ia juga lengkap dengan fungsi child lock.

Namun, kita tidak boleh expect prestasi pengering baju Midea ini setanding dengan pengering LG dan Elektrolux yang berharga 2 hingga 3 kali ganda lebih mahal daripadanya.

Pendek kata, bagi fungsi mengeringkan baju, Dryer Midea MD-7388 ini memang mencukupi dan ia amat berbaloi beli. Ia mempunyai waranti 2 tahun, waranti panel 3 tahun dan waranti motor 5 tahun.


5. Dryer Inverter Heat Pump Beko DHX83420W

image 1 6

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Akhir sekali, saya ingin memperkenalkan Beko Inverter Heat Pump Dryer 8kg DHX83420W. Ia mempunyai saiz 597 x 846 x 654mm dengan berat 45kg.

Spesifikasi Beko Inverter Heat Pump Dryer DHX83420W:

  • Model kapasiti 7kg dan 8kg
  • Teknologi EcoGentle
  • Teknologi AquaWave
  • Pintu Reversible
  • Sensor OptiSense
  • Fungsi anti-crease
  • Waranti motor inverter 12 tahun
  • Lampu drum
  • Reverse tumbling
  • A++ energy efficiency

Customer’s positive review:

very quiet compare to my last dryer. very minimum hot air coming out from the dryer. easy to use plug and play

Customer’s critical review:

-Nil

Dryer Beko dibuat dan diimport dari Eropah. Ia mempunyai kepakaran dalam peralatan elektrik rumah lebih daripada satu abad dan sering dirujuk sebagai jenama produk yang berkualiti.

Pengering Beko ini didatangkan dengan teknologi EcoGentle. Ia mengeringkan pakaian dengan berkesan dimana ia boleh mengekalkan warna-warna yang cerah pada pakaian.

Selain itu, ia mempunyai teknologi AquaWave menjadikan pengeringan lebih gentle.

image 1 7
Paddle yang direka khas di dalam drum dryer Beko.

Ia menggerakkan pakaian dalam gerakan seperti gelombang untuk mengurangkan regangan dan lilitan pakaian.

Tambahan pula, pintu mesin dryer Beko ini boleh dipasang di sebelah kira ataupun kanan Pengguna boleh menentukan arah buka pintu mengikut kehendak dan ruang bilik sendiri.

image 1 8
Dryer Beko dengan reversible door, buka kiri atau buka kanan (source: beko.com)

Seperti yang ditunjukkan di gambar atas, sekiranyan mesin basuh anda berbuka ke kiri, mesin dryer anda boleh pasang berbuka ke kanan. Dengan ini, anda boleh mengeluarkan baju dari mesin basuh dan masukkan baju ke mesin dryer dengan lebih lancar.

Mesin pengering baju Beko menggunakan Sensor Optisense. Ia boleh mengesan kelembapan dalam drum untuk menentukan suhu yang diperlukan untuk mengeringbaju.

Model mesin dryer Beko ini mempunyai paparan LED yang besar dan senang dibaca. Ia juga mempunyai delay-start timer sebanyak 24 jam.

Beko DHX83420W mendapat rating jimat tenaga A++, sedikit lebih rendah dari LG TD-H9066WS yang menggunakan dual inverter heat pump. Tetapi, ia masih dianggap sebagai salah sebuah mesin pengering baju yang amat efisen.

Model Mesin Dryer Beko DHX83420W datang dengan waranti 2 tahun dan waranti inverter motor 12 tahun.


Jenama Mesin Dryer Yang Lain

Review Mesin Dryer Samsung – Recommended

Secara keseluruhan, pengering baju Samsung sering menerima review dan pujian yang baik berdasarkan review pengguna. Akan tetapi, pengering Samsung agak mahal.

Bagi harga yang sama, anda boleh membeli mesin pengering baju LG dengan dengan restasi yang lebih baik.

Review Mesin Dryer Elba – Not recommended

Elba ialah jenama di bawah Fisher & Paykel. Saya tidak mempunyai pengalaman menggunakan pengering baju Elba. Tetapi pengering baju Fisher & Paykel tidak menerima review yang baik di pasaran U.S.

Review Mesin Dryer Bosch – Neutral

Peralatan rumah Bosch tidak popular di Malaysia. Walaupun jenama ini tidak popular, mereka telah lama mengeluarkan produk elektrik rumah yang bagus dan bertahan.

Kekurangan membeli pengering Bosch ialah tuntutan warantinya yang lebih susah sekiranya berbanding dengan jenama yang biasa seperti Electrolux dan LG.

Review Mesin Dryer Hitachi – Not recommended

Di Lazada dan Shopee, terdapat banyak vendor yang menjual mesin basuh Hitachi. Tetapi hanya sedikit seller bagi Mesin Dryer Hitachi. Dan hanya model mahal seperti Hitachi BD-W1500 (kira-kira RM4,000) boleh didapati. Sebab itu, saya tidak rekomen membeli pengering Hitachi.


Soalan Lazim Mesin Dryer/Pengering Baju

Berapakah harga mesin dryer di Malaysia

Harga vented dryer antara RM600 – RM2,000. Dan harga dryer heat pump antara RM2,000 – RM5,000 atau lebih tinggi.

Apakah jenama pengering baju terbaik di Malaysia?

LG, Electrolux, Toshiba dan Beko adalah antara jenama pengering yang paling boleh dipercayai di Malaysia

Pengering baju manakah yang paling jimat tenaga?

Secara amnya, pengering baju heat pump adalah lebih cekap tenaga daripada vented dryer. Setakat sekarang, belum ada lagi penilaian rasmi dari SuruhanJaya Tenaga untuk pengering baju. Jadi, tiada mesin dryer yang dapat 5-bintang jimat tenaga.

Bagaimanakah saya memilih mesin dryer?

3 faktor utama yang perlu dipertimbangkan: saize/kapasiti pengeringan, vented dryer atau heat pump dryer, dan harga.

Apakah keburukan mesin dryer?

Antara keburukan mesin dryer ialah menggunakan tenaga elektrik, masa pengeringan baju yang lama, bunyi yang besing semasa mengeringkan baju dan boleh merosakkan pakaian, Tetapi mesin dryer yang moden telah mengatasi kebanyakan masalah disebutkan.


Source:

  1. choice.com.au – https://www.choice.com.au/home-and-living/laundry-and-cleaning/washing-machines/articles/washer-dryer-combos
  2. lg.com – https://www.lg.com/my/dryers/lg-TD-H9066WS
  3. eletrolux.com.my – https://www.electrolux.com.my/appliances/dryers/edv805jqwa/
Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
azhar
1 year ago

VD-H9066WS has replaced TD-H9066WS