Kebanyakan keluarga di Malaysia gemar memasak menggunakan dapur gas walaupun dapur elektrik (induction cooker) sudah amat biasa dan murah di Malaysia.
Ini adalah kerana dapur gas boleh membakar dengan cepat dan ia lebih menjimat berbanding dengan induction cooker.
Sekarang terdapat pelbagai jenis dapur gas di Malaysia, ada yang boleh didapati di bawah RM100 dan ada yang mencecah RM1,000.
Tahukan anda apa perbezaaan antara dapur gas murah dengan yang mahal? Mari kita sama-sama melihat model-model dapur gas yang terdapat di Malaysia.
Table of Contents
ToggleApakah Dapur Gas Terbaik di Malaysia?
Dapur gas terbaik di Malaysia ialah Rinnai RB-712N-S. Dapur gas Rinnai ini diperbuat daripada stainless steel yang tebal dan tahan lasak. Burnernya merupakan rekaan proprietari Rinnai yang lebih menjimatkan gas dan efisien. Kedua-dua burner tersebut berkuasa 3.7kW boleh memanas dengan cepat dan sekata.
Berikut adalah senarai 8 buah dapur gas terbaik di Malaysia:
- Dapur Gas Terbaik Malaysia: Rinnai RB-712N-S
- Dapur Gas Stainless Steel Murah Terbaik: Milux MGH-S633M
- Dapur Gas Built-in Terbaik: ELBA EGH-J8552G
- Dapur Gas Tabletop Murah Terbaik: SwissThomas Stainless Steel Gas Stove
- Dapur Gas Kaca Terbaik: Butterfly BTG 2L Glass Gas Stove
- Dapur Gas Jimat Gas: Midea MGS-T211G
- Dapur Gas Portable Terbaik: Golden Fuji GF-9000
- Dapur Gas Camping Terbaik: Foldable Mini Stove
1. Rinnai RB-712N-S
Dapur Gas Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Rinnai RB-712N-S merupakan dapur gas 2-burner yang diperbuat daripada besi keluli tahan karat (stainless steel). Rinnai merupakan jenama peralatan dapur yang terkenal di Jepun.
Syarikat Rinnai juga terkenal dengan hood dapur yang senyap dan built-in oven yang mempunyai pelbagai fungsi.
Model RB-712N-S ini telah mendapat Japan Good Design Award.
Rinnai RB-712N-S direkomen sebagai pilihan utama kerana kualiti binaannya yang bagus dan harga yang berpatutan. Dan stainless steel lebih bertahan dan tiada risiko berpecah berbanding dengan dapur gas kaca.
Dapur gas Rinnai ini berukuran 77cm x 45.2cm x 7.2cm dan berat 7.7kg. Walaupun ia adalah sebuah dapur gas built-in, ia disertakan dengan kaki getah sebagai sokongan. Jadi, pengguna boleh meletakkannya di atas countertop dapur dan mengguna sebegitu sahaja.
Selain itu, Rinnai RB-712N-S juga amat fleksibel. Ia boleh muat pada saiz cut-out yang berbeza, sesuai untuk menggantikan dapur gas yang lama anda.
Dapur gas Rinnai ini mempunyai dua bahagian penunu(burner) 3.7kW yang boleh digunakan secara serentak. Burner tersebut menggunakan reka bentuk semi double ring yang memanas dengan lebih rata.
Akhir sekali, Rinnai RB-712N-S menggunakan enamel pan support yang berwarna hitam. Dan satu cast iron wok stand juga diberi untuk orang yang menggunakan wok besar.
Kelebihan
- Pemanasan sekata
- Mudah dibersihkan
- Saiz cut-out fleksibel
- Battery ignition
Kekurangan
- Heat efficiency is not stated clearly
2. Milux MGH-S633M Dapur Gas Stainless steel
Dapur Gas Stainless Steel Terbaik dan Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Dapur gas Milux MGH-S633M mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Rinnai RB-712N-S tetapi jauh lebih murah. Ini disebabkan Milux merupakan jenama tempatan.
Dapur gas Milux ini mempunyai ukuran 75cm x 40cm x 15cm (L x W x H) dan berat 12Kg.
Ciri yang unik pada Dapur Gas Stainless steel Milux MGH-S633M ialah fungsi Tornado focused fire yang membolehkan masakan dimasak dengan lebih cepat dan menjimatkan gas.
Dapur gas Milux ini menggunakan petikan api bateri (battery ignition), mempunyai kekuatan api 3.7kW di kedua-dua penunu.
Dapur gas ini diperbuat daripada besi keluli tahan karat (stainless steel) dan getah pada bahagian bawah agar terletak kukuh. Ia mempunyai permukaan yang modern dan bergaya serta mudah untuk dibersihkan.
Kelebihan
- Diiktiraf oleh SIRIM
- Fungsi Tornado Focused Fire
- Murah
Kekurangan
- Cut-out size yang tetap
- Terdapat pengguna mengadu menerima dapur kemek
3. ELBA 2 Burners Glass Stove EGH-J8552G
Dapur Gas Built-in Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
ELBA 2 Burners Glass Stove EGH-J8552G merupakan dapur gas built-in terbaik di Malaysia. Dapur gas Elba ini mempunyai ukuran 76cm x 44cm dengan berat 13.19Kg
Ia menggunakan kaca tempered glass yang berkualit tinggi. Jadi, kuranglah risiko kaca tersebut pecah kerana terlalu panas ataupun diketuk secara tidak sengaja.
Dapur Gas Elba ini mempunyai dua penunu bersaiz yang bersaiz 120mm.Ia menggunakan sistem battery auto ignition.
Kelebihan Dapur gas ELBA EGH-J8552G ialah kekuatan tujahan api yang lebih tinggi berbanding dapur gas lain iaitu 5.0kW sekaligus membolehkan anda memasak dengan lebih cepat.
Dapur gas ELBA EGH-J8552G dengan tempered glass hitam gelap ini memang kelihatan elegan dan sesuai untuk dapur yang moden.
Kelebihan
- Sistem petikan api auto bateri
- Api 5.0kW
- Kaca tempered glass berkualiti
Kekurangan
- Saiz built-in yang tetap, kurang fleksibel
4. SwissThomas Stainless Steel Dual Gas Stove
Dapur Gas Infrared Terbaik Dan Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Sekiranya bajet anda terhad, dapur gas Stainless Steel SwissThomas merupakan dapur gas tabletop murah terbaik. Ia berukuran 71cm x 36cm x 8.5cm dan berat 1.1 kg.
Lain daripada dapur gas yang biasa, ia menggunakan penunu infrared di bahagian kanan mempunyai kekuatan api 1.75kW, manakala penunu 8 Jet di bahagian kiri mempunyai kekuatan api 2.2kW.
Kelebihan penunu 8 jet dan infrared ialah ia menghasilkan api biru (blue flames) agar tidak meninggalkan kesan pada peralatan memasak.
Api biru juga menunjukkan pembakaran yang lebih efektif. Jadi, dapur gas jenis ini dapat menjimatkan penggunaan gas sebanyak 40% berbanding penunu biasa.
Walaupun begitu, dapur gas Stainless Steel SwissThomas mempunyai berapa kelemahan yang menonjol.
Pertama, beratnya hanya 1.1kg bermakna kualiti binaannya kurang bagus dan sangat nipis. Oleh itu, ia mungkin senang kemek dan kurang bertahan.
Kedua, banyak pengguna dapur gas infrared mengadu bahawa infrared burner cepat rosak dan susah dicuci. Dan ia tidak boleh dibaiki sekiranya telah rosak.
Akan tetapi, dengan harganya yang amat murah, dapur gas Stainless Steel SwissThomas masih pilihan dapur gas terbaik bawah RM100.
Kelebihan
- Murah, RM100
- Penjimatan gas sebanyak 40%
Kekurangan
- Piezo ignition
- Kurang berkualiti
- Infrared burner cepat rosak
5. Butterfly BTG 2L Glass Gas Stove
Dapur Gas Kaca Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Butterfly BTG 2L Glass Gas Stove ialah antara dapur gas tabletop yang paling laris di Shopee. Berbeza daripada dapur gas table top yang biasa, ia menggunakan permukaan kaca yang lebih cantik dan lebih mudah dibersihkan.
Dengan ukuran saiz 75cm x 11cm x 44cm dan berat 8Kg, dapur gas ini mempunyai dua penunu api bersaiz 110mm. Ia menggunakan ignitor auto double pipe.
Dapur Gas Butterfly BTG 2L menggunakan burner tornado. Burner tornado lebih mejimatkan gas daripada burner biasa.
Kelebihan
- Harga berpatutan
- Cantik
- Burner Tornado
- Waranti tempatan
- Sirim-approved
Kekurangan
- Rating kuasa api tidak dinyatakan
6. Midea MGS-T211G Dapur Kaca
Dapur Gas Jimat Gas
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Sekiranya anda tidak biasa atau yakin terhadap burner tornado, anda boleh melihat Dapur Gas Midea MGS-T211G yang menggunakan standard burner.
Sama seperti Butterfly BTG 2L , dapur gas Midea menggunakan tempered glass. Ketebalan kacanya ialah sebanyak 6mm dan memberi waranti lifetime.
Burnernya menggunakan cast iron yang lebih bertahan lasak. Selain itu, burner tersebut berkuasa 4.7kW. Pengguna boleh memasak dengan cepat dan panas.
Walaupun Dapur Gas Midea MGS-T211G murah, ia tetap menggunakan sistem auto-ignition yang menggunakan bateri. Jadi, apinya boleh bernyala dengan sekali pulas sahaja.
Midea juga mengatakan bahawa model MGS-T211G ini mempunyai energy efficiency yang tinggi. Ia mampu menjimatkan penggunaan gas sehingga 20%.
Kelebihan
- Harga berpatutan
- 6mm tempered glass dengan jaminan lifetime
- Kuasa api 4.7kW
- SIRIM-approved
7. Golden Fuji GF-9000
Dapur Gas Portable Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Bagi orang yang tengah mencari dapur gas mini atau dapur gas tunggal, Golden Fuji GF-9000 ialah pilihan yang baik. Saiznya kecil, hanya 25cm x 20cm dan berat 0.98Kg sahaja.
Dapur Gas Golden Fuji GF-9000 amat sesuai untuk tujuan camping atau steamboat. Dengan saiznya yang kecil, ia senang dibawa dan diletakkan di mana-mana sahaja. Ia sesuai untuk kegunaan dalam rumah dan juga aktiviti luar.
Walaupun ia sebuah dapur gas mini, kuasa haba burner ini boleh mencapai 2.2kW. Ianya kurang daripada dapur gas saiz biasa, tetapi dikira amat berkuasa pada dapur gas mini.
Yang paling baik, ia disertakan dengan casing untuk tujuan penyimpanan apabila tidak digunakan.
Kelebihan:
- Ringan dan kecil
- Harga murah
- Ada kotak simpanan
Kekurangan:
- Tujahan api yang sederhana (2.2kW)
8. Foldable Mini Stove
Dapur Gas Camping Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Bagi geng-geng yang sering camping, Foldable Mini Stove merupakan antara peralatan camping yang wajib disediakan.
Dapur gas berlipat ini mempunyai ukuran yang sangat kecil iaitu 12cm x 12cm x 10cm. Ia amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
Foldable Mini Stove mempunyai rating api 2800W. Apinya cukup kuat untuk masakan yang ringan.
Di dalamnya, terdapat petikan api piezoelektrik. Jadi, ia mudah digunakan.
Akhir sekali, dapur gas jenis ini hanya dijual pada RM10+ sahaja. Sesiapa sahaja pun mampu membelinya untuk mencuba.
Kelebihan:
- Amat murah
- Boleh dilipat menjadi saiz yang sangat kecil
Kekurangan:
- Kurang selamat, perlu digunakan dengan berhati-hati
Soalan Lazim Dapur Gas
Apakah jenama dapur gas terbaik di Malaysia?
Rinnai adalah jenama dapur gas terbaik di Malaysia. Ia adalah jenama Jepun dengan sejarah panjang dalam pembuatan dapur gas. Rinnai menggunakan burner rekaan sendiri yang mempunyai haba kecekapan yang lebih baik daripada jenama lain.
Dapur gas atau elektrik lebih baik untuk kegunaan rumah?
Pada pendapat saya, dapur elektrik lebih baik untuk digunakan di rumah kerana ia lebih selamat dan tiada risiko letupan atau kebocoran gas. Dapur gas sesuai bagi kegunaan komersial kerana ia lebih murah dan memanas dengan cepat.
Dapur gas tempered glass atau stainless steel lebih baik?
Dapur gas tempered glass lebih cantik dan mudah dibersihkan, tetapi ia boleh pecah sekiranya diketuk atau dilanggar secara tidak sengaja. Dapur gas stainless steel lebih tahan lasak tetapi susah dibersihkan dan mudah bercalar.