7 Freezer Murah Terbaik di Malaysia

peti sejuk beku

Adakah anda sentiasa mengalami masalah kekurangan ruang untuk menyimpan barang makanan sejuk beku? Anda boleh membeli satu peti sejuk beku di rumah.

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kesalahfahaman tentang peti sejuk dan freezer, di mana mereka menganggap kedua-duanya sebagai perkakasan yang sama.

Sebenarnya, peti sejuk biasanya terdiri daripada 2 bahagian iaitu compartment peti sejuk dan compartment freezer.

Manakala, freezer pula hanya mempunyai 1 compartment sahaja yang beroperasi pada suhu di antara 0 hingga -30ºC. Ia hanya sesuai untuk menyimpan daging beku, ikan beku, kiub ais, sayur-sayuran beku dan bermacam-macam lagi.

What are the best freezers in Malaysia?

Secara umumnya, kebanyakan freezer/peti sejuk beku mempunyai prestasi penyejukan yang memuaskan, dan operasinya juga amat mudah. Oleh itu, anda boleh membeli mana-mana model atau jenama freezer tanpa perlu risau.

Namun begitu, saya mengesyorkan agar anda memilih jenama peti sejuk beku yang mempunya reputasi baik seperti Berjaya, Hisense, Midea, Sharp dan LG.

Secara amnya, terdapat dua jenis freezer di pasaran: chest freezer dan upright freezer.

Chest freezer adalah lebih besar, murah dan mempunyai pintu angkat. Ia paling biasa digunakan oleh restoran, peniaga makanan, dan pelbagai pertubuhan komersial kerana saiznya yang besar.

Upright freezer adalah lebih kecil, mahal dan mempunyai pintu bukaan hadapan. Ia lebih sesuai untuk dapur isi rumah kerana ia mengambil ruang yang kecil, lebih mudah diakses dan memiliki reka bentuk yang lebih padan dengan dapur rumah.

Sila lihat senarai jenama freezer terbaik dan berbaloi beli di Malaysia:

  1. Freezer Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah: Hisense Chest Freezer FC125D4BW
  2. Freezer Premium Terbaik: Berjaya Premium Chest Freezer BJY-CFSD100A-R6
  3. Freezer Terbaik Untuk Penyimpanan Susu Ibu: Morgan Dual Function Chest Freezer MCF-0958L
  4. Freezer Dwi-Fungsi Terbaik: Sharp Dual Function Chest Freezer SJC168
  5. Peti Sejuk Beku Besar Murah: Khind Chest Freezers FZ708
  6. Freezer Berdiri Murah: Midea Upright Freezer MUF-208SD
  7. Freezer BerdiriTerbaik: LG Vertical Freezer With Smart Inverter GN-304SLBT GN-304SHBT

1. Hisense Chest Freezer FC125D4BW

Freezer Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah

4.9 out of 5.0 stars | 1.2K ratings 

Hisense Chest Freezer mini deep freezer 128L FC125D4BW

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Hisense FC125D4BW 128L Chest Freezer mempunyai dimensi 549 x 479 x 854 mm. Ia lebih langsing jika dibandingkan dengan Berjaya BJY-CFSD100A-R6 Freezer.

Bentuknya yang lebih langsing dan kecil menjadikannya pilihan yang terbaik untuk kegunaan di rumah.

Sila ambil perhatian di mana kebanyakan kod model freezer hanya memaparkan kapasiti secara kasarnya. Freezer Hisense juga tidak terkecuali. Walaupun model itu mungkin memaparkan 128 liter, kapasiti sebenar hanyalah 96 liter.

Hisense FC125D4BW dberi enarafan 4 bintang dari segi kecekapan tenaga (MS ISO 7371). Ia mempunyai suhu penyejukan maksimum sehingga -30 darjah celsius. Anda boleh menggunakannya untuk menyimpan daging beku, ikan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

Chest freezer Hisense ini meggunakan engsel nipis yang membolehkan freezer diletakkan rapat pada dinding, memberikan lebih banyak ruang di dapur.

Hisense Chest Freezer mini deep freezer 128L FC125D4BW has an ultrathin hinges

Ciri-ciri tambahan lain dalam freezer Hisense ini termasuklah:

• Lampu LED terbina dalam
• Pintu yang boleh dibuka antara 30 dan 60 darjah, tanpa perlu anda menahannya
• Penyejukan kabinet menyeluruh 360 darjah
• Bakul boleh alih
• Lubang penyaliran yang memudahkan pembersihan
• Kaki boleh dilaras
• Pemegang ceruk

Hisense Chest Freezer mini deep freezer 128L FC125D4BW features

Hisense FC125D4BW hanya meggunakan kaki boleh laras tetapi bukan roda kastor. Oleh itu, freezer ini tidak sesuai untuk bagi orang yang sentiasa menggerakkan freezernya.

Secara keseluruhan, Freezer Hisense FC125D4BW adalah bagus untuk kegunaan isi rumah. Ia datang dengan jaminan compressor selama 5 tahun berserta jaminan am selama 1 tahun.


2. Berjaya Premium Chest Freezer BJY-CFSD100A-R6

Freezer Premium Terbaik

4.9 out of 5.0 stars | 3.5K ratings 

Berjaya Premium Chest Freezer BJY-CFSD100A-R6

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Berjaya Steel Product adalah jenama yang paling terkenal bagi peralatan dapur komersial di Malaysia.

Model Berjaya BJY-CFSD100A-R6 ialah chest freezer yang heavy-duty dan mempunyai harga yang berpatutan.

Ia mempunyai kapasiti bersih 100L dan menggunakan penebat poliuretana bebas CFC. Ia dikuasakan oleh pemampat 110 watt.

Bahagian dalam chest freezer ini diperbuat daripada aluminium putih yang telah dicatkan. Dan bahagian luarnya diperbuat daripada keluli. Ia mempunyai roda kastor untuk memudahkan pergerakan.

Freezer Berjaya ini mempunyai julat suhu penyejukan di antara 0 hingga -25 darjah Celsius.

Ia menggunakan bahan pendingin R600A yang mempunyai Potensi Pemanasan Global (GWP) yang lebih rendah dan popular di kalangan unit penyejukan komersial yang bersaiz kecil.

Freezer Berjaya ini berukuran 545 x (605+45) x 825 mm. Ia direka khas untuk memaksimumkan ruang simpanan. Ia juga dilengkapi dengan bakul penyimpanan dawai.

Berjaya Premium Chest Freezer BJY-CFSD100A-R6 comes with a wire storage basket

Berjaya Chest Freezer juga terdapat dalam saiz yang lebih besar, termasuklah:

ModelKapasiti Bersih
BJY-CFSD200A-R6154L
BJY-CFSD300A-R6194L
BJY-CFSD400A-R6279L
BJY-CFSD500A-R6383L
BJY-CFSD600A-R6474L
BJY-CFSD700A-R6545L
BJY-CFSD1000A-R6916L

Freezer ini disertakan dengan jaminan am selama 1 tahun dan jaminan bagi compressor selama 5 tahun.


3. Morgan Dual Function Chest Freezer MCF-0958L

Freezer Terbaik Untuk Penyimpanan Susu Ibu

4.9 out of 5.0 stars | 139 ratings 

Morgan Dual Function Chest Freezer

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Morgan’s MCF-0958L adalah pilihan terbaik jika anda mencari freezer bersaiz kecil yang khusus untuk penyimpanan susu ibu. Ini adalah salah satu freezer yang paling murah, boleh didapati pada harga RM400+.

Ia adalah freezer yang agak padat dengan saiz 532 x 455 x 588 mm. Kapasiti yang dipaparkan ialah 60L (tidak dapat disahkan sama ada kapasiti kasar atau bersih).

Morgan’s MCF-0958L boleh digunakan sebagai peti sejuk atau freezer dengan melaraskan suhu pada termostatnya.

  • Suhu peti sejuk: 0ºC ~ 10ºC
  • Suhu freezer: -1ºC ~ -20ºC

Dengan fungsi pembekuan yang cepat, chest freezer bersaiz kecil ini dapat mengekalkan kesegaran susu ibu untuk jangka masa yang sangat lama.

Freezer Morgan ini menggunakan compressor kecekapan tenaga yang boleh menjimatkan bil elektrik anda.

This Morgan Freezer uses a high energy-efficiency compressor that could save you money on your electricity bill. 

Selain itu, sila lihat senarai peti sejuk mini terbaik yang sesuai untuk menyimpan susu ibu bagi jangka pendek.


4. Sharp DUAL Function Chest Freezer SJC168

Freezer Dwi-Fungsi Terbaik

4.7 out of 5.0 stars | 153 ratings 

Sharp DUAL Function Chest Freezer SJC168

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda lebih gemar menggunakan jenama peralatan rumah yang biasa didengari, anda boleh membeli Freezer Sharp.

Sharp menawarkan peti seju beku SJC168 yang berkapasiti 160 liter. Ia boleh memuaskan keperluan bagi keluarga bersaiz sederhana atau besar.

Kapasiti bersih bagi freezer ini ialah 140L, cukup untuk menyimpan makanan sejuk beku selama berminggu-minggu, malah mungkin sehingga berbulan-bulan.

Sharp Chest Freezer SJC168 mempunyai tetapan dwi suis dan beroperasi dengan julat voltan di antara 160V hingga 260V.

Ia mempunyai tetapan suhu seperti berikut:

  • Suhu peti sejuk: 0 to 10ºC
  • Suhu freezer: 0 to -15ºC
  • Suhu beku segera: -18ºC

Ia mempunyai lampu pintu LED terbina dalam, kunci keselamatan dan dilengkapi dengan dua bakul wayar untuk memudahkan penyimpanan makanan beku.

Kunci keselamatan pada freezer amat berguna bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil. Ia melarang kanak-kanak dari membukanya dan merosakkan makanan secara tidak sengaja.


5. Khind Chest Freezers FZ708

Peti Sejuk Beku Besar Murah

4.9 out of 5.0 stars | 105 ratings 

Khind Chest Freezers FZ708

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Khind Chest Freezers FZ708 adalah salah satu freezer yang terbesar degana harga yang amat murah. Ia mempunyai kapasiti yang luar biasa iaitu sebanyak 708L.

Freezer ini sedang dijual pada harga RM1800+ sahaja.

Ia mempunyai dimensi 1905 x 820 x 865 mm dan berat sebanyak 82kg. Oleh itu, freezer besar ini adalah lebih dituju kepada keperluan komersil dan bukannya untuk kegunaan di rumah.

Oleh kerana saiznya yang besar, ia menggunakan tenaga sebanyak 305W iaitu hampir dua kali ganda tenaga yang digunakan oleh chest freezer bersaiz kecil dan sederhana.

Untuk chest freezer bersaiz besar seperti ini, ia menggunakan penyejuk R290 dan bukannya R600a. Ia boleh mencecah suhu beku maksimum -18ºC.

Ia dilengkapi dengan 2 pintu dan mempunyai lampu LED terbina dalam. Tetapi , ia hanya dilengkapi dengan 1 bakul wayar sahaja.

Pemegang freezer ini mempunyai pengunci dan dapat memastikan makanan di dalamnya selamat daripada orang lain.

Terdapat 8 roda pada freezer ini, maka ia boleh digerakkan dengan mudah walaupun saiznya besar.

Khind menyediakan perkhidmatan di lokasi, dan jaminan am selama 1 tahun serta jaminan bagi compressor selama 5 tahun.


6. Midea Upright Freezer MUF-208SD

Freezer Berdiri Murah

4.8 out of 5.0 stars | 711 ratings 

Midea Upright Freezer MUF-208SD

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kebanyakan orang lebih gemar design peti seju beku berdiri kerana designnya yang lebih cantik.

Jika anda mempunyai bajet yang mencukupo, saya mengesyorkan agar anda membeli upright/vertical freezer untuk kegunaan di rumah.

Midea MUF-208SD adalah salah satu freezer berdiri yang termurah di pasaran.

Walaupun freezer ini mungkin kelihatan mahal dari harganya, tetapi ia mempunyai kapasiti kasar sebanyak 188L dan kapasiti bersih sebanyak 157L.

Ia bermaksud kapisitinya hampir dua kali ganda berbanding freezer terkecil dalam senarai ini iaitu Morgan MCF-0658L. Jadi, harganya memang berpatutan.

Midea MUF-208SD ini mempunyai bahagian luar berwarna kelabu gelap dan ruang storan yang praktikal.

Dan ia hanya menggunakan tenaga serendah 61W, di mana ia bermaksud anda boleh menjimatkan bil elektrick yang banyak pada masa akan dantang

Bukan itu sahaja, pintunya juga boleh diterbalikkan di mana pengguna boleh memilih untuk membuka sama ada dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.

Pada laman web rasmi Midea Malaysia, ia memaparkan bahawa freezer ini disertakan dengan jaminan selama 10 tahun untuk compressornya. Manakala penjual Shopee pula hanya memaparkan jaminan selama 5 tahun.

Oleh itu, pastikan anda menyemak semula dengan penjual tersebut sebelum membeli freezer tersebu.


7. LG GN-304SHBT Vertical Freezer With Smart Inverter (171L)

Freezer Berdiri Terbaik

4.8 out of 5.0 stars | 711 ratings 

LG Vertical Freezer With Smart Inverter (171L) GN-304SHBT

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jenama peti sejuk LG adalah popular di kalangan pengguna. Jika anda sedang mencari freezer premium, anda boleh mempertimbangkan LG GN-304SHBT Vertical Freezer dengan Smart Inverter Compressor.

Seperti yang anda dapat lihat, freezer LG mempunyai bahagian luar hitam berkilat. Ia menggunakan reka bentuk yang moden dan bergaya.

Kapasiti bersih bagi freezer LG ini ialah 165 liter. Ia mempunyai enam rak dan satu laci. Selain itu, terdapat 4 lapisan rak pada pintu freezer untuk menyimpan barangan yang nipis atau kecil.

Semua makanan sejuk beku anda boleh disimpan dengan kemas dan berasingan dengan menggunakan freezer ini.

Ia juga lebih mudah untuk mengeluarkan bahan makanan beku dari peti sejuk beku berdiri berbanding chest freezer.

LG GN-304SHBT menggunakan penyejukan di atas rak. Setiap rak di dalam peti sejuk ini mengandungi gegelung penyejuk mempercepatkan proses pembekuan bahan makanan .

LG Vertical Freezer With Smart Inverter (171L) GN-304SHBT can direct shelf cooling

Kelebihan utama membeli freezer premium LG ini ialah ia menggunakan smart inverter compressor.

Ia beroperasi dengan lebih senyap dan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah berbanding freezer non-inverter.

Untuk pengetahuan, freezer LG ini masih memerlukan penyahbekuan manual. Untuk freezer dengan fungsi nyahbeku automatik, saiznya adalah lebih besar dan juga mahal, harganya boleh mencecah RM2,000.


Competition

Haier Breast Milk Freezer BD-88DEM

Ia merupakan freezer khusus untuk penyimpanan susu ibu. Ia mempunyai 3 ruang penyimpanan laci untuk anda menyimpan makanan bayi yang berbeza, susu ibu dan puri beku.

Oleh itu, makanan bayi tidak akan bercampur-aduk sehingga mengakibatkan bau yang bercampur.

Haier Breast Milk Freezer BD-88DEM mempunyai jaminan am selama 2 tahun dan jaminan bagi compressor selama 5 tahun.


Freezers FAQ

Yang mana satukah jenama freezer yang terbaik di Malaysia?

Midea dan Hisense adalah jenama penyejuk beku terbaik dan mampu milik di Malaysia. Berjaya Chest Freezer adalah salah satu jenama chest freezer komersial terbaik dan juga amat disyorkan. Jenama freezer lain yang disyorkan dan terkenal ialah LG, Sharp dan Toshiba.

Adakah freezer berbaloi untuk dibeli?

Ya, jika anda seorang yang menyimpan banyak daging dan makanan beku. Ia juga sesuai bagi ibu baru yang memerlukan freezer khusus untuk tujuan penyimpanan susu ibu, supaya susu ibu tidak bercampur-aduk dengan daging beku.

Adakah chest freezer atau upright freezer lebih baik?

Chest freezer adalah lebih murah, lebih cekap tenaga tetapi kurang teratur. Peti sejuk beku berdiri pula adalah lebih mahal, lebih teratur tetapi kurang cekap tenaga.

Adakah semua freezer perlu dinyahbekukan secara manual?

Ya, kebanyakan chest freezers perlu dinyahbekukan secara berkala. Ini kerana fros boleh mengurangkan kesan penyejukan. Penyahbekuan adalah disyorkan jika ketebalan fros mencapai 5 hingga 7mm.

Apakah yang harus saya pertimbangkan apabila ingin membeli freezer?

Faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa membeli freezer termasuklah saiz, kos, penggunaan tenaga, compressor inverter, dan jaminan waranti.

Adakah freezer berdiri menggunakan lebih banyak elektrik?

Ya, freezer berdiri menggunakan lebih banyak elektrik. Menurut Agensi Alam Sekitar A.S., upright freezer menggunakan 586kWj setahun secara puratanya manakala, chest freezer menggunakan 361kWj setahun secara puratanya.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.