Jenis Cooker Hood Malaysia – Manakah yg Terbaik

jenis cooker hood malaysia

Ramai orang yang menumpukan perhatian pada peralatan seperti dapur gas atau pressure cooker, tetapi mereka mengabaikan kepentingan cooker hood atau penyedut asap dapur. 

Ia adalah amat penting untuk menggunakan hood dapur yang baik untuk memastikan udara di rumah ita sentiasa bersih semasa memasak. Ia juga menjaminkan dapur kita tidak melekit selepas memasak.


Jenis Cooker Hood/Jenis Penyedut Asap Dapur

Secara umum, terdapat dua jenis cooker hood di pasaran: vented dan recirculation

vented hood vs recirculation hood
Gambar di kiri menunjukkan sistem cooker hood vented dan di kanan adalah sistem cooker hood recirculation. Source: compair-flow.com

Vented Cooker Hood merupakan cooker hood yang mempunyai sistem saluran untuk that mengeluarkan udara berbau, asap dan gris daripada dapur.

Recirculation Cooker Hood ialah cooker hood tanpa salur yang menapis asap memasak dan gris dengan sisterm penapis terbina dalam. Udara yang ditapis akan dilepaskan semula ke dalam dapur atau rumah.

Hood dapur vented dan recirculation didapati dalam pelbagai reka bentuk yang berbeza seperti:

  1. Cooker hood chimney
  2. Cooker hood condong
  3. Cooker hood terbina dalam cabinet
  4. Cooker hood telescopic
  5. Cooker hood downdraft 

1. Cooker hood chimney

chimney cooker hood

Cooker hood chimney ialah reka bentuk yang paling asal. Reka bentuk ini telah digunakan sejak puluhan tahun dahulu dan sangat boleh menyedut asap dengan berkesan. 

Reka bentuk Cooker hood chimney mempunyai kawansan sedutan yang besar dan kuasa sedutan yang tinggi. Oleh itu, ia sering dipakai di dapur komersial dan dapur restoran di Malaysia.

Pemasang cooker hood chimney sangat fleksibel. Ia boleh dipasang pada dinding atau dipasang di atas siling dapur, sesuai untuk kitchen island

Kelemahan utama penyedut asap cerobong ialah saiznya yang besar dan mengambil tempat yang banyak.

Kebaikan

  • Kuasa sedutan yang baik
  • Berkesan dalam menghilangkan asap, bau dan haba
  • Harga mampu Milik
  • Banyak saiz yang berlainan boleh dipilih

Keburukan

  • Memerlukan ruang yang besar, tidak sesuai untuk dapur yang sempit
  • Lebih bahaya, kepala pengguna boleh terlanggar bahagian hood dapur yang menonjol

2. Slanted Cooker Hood

slanted cooker hood

Slanted cooker hood atau hood dapur condong adalah versi penyedut asap dapur Chimney yang telah dipertingkat dan diperbahurui.

Penyedut asap dapur condong  banyak kelebihan hood dapur lurus tetapi reka bentuknya lebih menjimatkan ruang.

Pengguna boleh memasak dengan lebih selesa dan tidak perlu risau terlanggar hood dapur ini

Kebaikan

  • Reka bentuk yang menjimatkan ruang
  • lebih selesa dan selamat digunakan
  • Kuasa sedutan yang memuaskan, mampu mengeluarkan asap dan bau dengan cekap
  • Mempunyai banyak reka bentuk yang moden

Keburukan

  • Lebih mahal daripada cooker hood tradisional yang berbentuk lurus

3. Cooker Hood Built-in

integrated cooker hood

Cooker hood built-in adalah salah satu reka bentuk yang paling popular di dapur moden.

Dengan cara ini, ia boleh dipadankan dengan sempurna dengan kabinet dapur dan lebih secocok dengan rekaan dapur anda.

Tetapi, hood dapur built-in kurang berkesan berbanding hood dapur chimney yang biasa kerana ia tidak mempunyai hood yang besar yang “menangkap” asap memasak.

Kebaikan

  • Reka bentuk minimalis, sesuai bagi dapur modern
  • Jimat ruang, bagus untuk dapur kecil
  • Kepala tidak akan terlanggar hood dapur

Keburukan

  • Kuasa sedutan terhad
  • Kurang berkesan
  • Lebih sukar dipasang
  • Perlu merancang lebih awal dan menetapkan saiz hood sebelum memasang kabinet dapur
  • Lebih mahal
  • Agak bising

4. Kitchen Hood Telescopic

telescopic hood

Hood telescopic atau hood merupakan hood built-in yang lebih baik. Ia mempunyai “bumbung” yang boleh dikeluarkan dan disimpan.

Pengguna boleh menarik keluar “bumbung” tersebut apabila mula memasak. Ini membantu untuk meningkatkan kawasan tangkapan asap supaya ia boleh mengeluarkan asap dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, apabila “bumbung” hood sudah dikeluarkan, pengguna mempunyai risiko terlanngar dengan hood dapur ini.

Kebaikan

  • Tudung boleh dikeluarkan dan disimpan semula
  • Ia lebih baik sedikit daripada hood dapur built-in yang tiada “kanopi”
  • Reka bentuk yang menjimatkan ruang

Keburukan

  • Kuasa sedutan terhad
  • Boleh menjadi sangat bising apabila menggunakan kuasa tinggi
  • Pilihan reka bentuk dan saiz terhad
  • Mahal

5. Hood Dapur Downdraft

downdraft hood

Hood dapur downdraft ialah mempunyai reka bentuk yang berbeza daripada hood dapur standard, yang biasanya dipasang pada dinding atau siling.

Cooker hood downdraft dipasang di belakang hob dapur supaya sedutannya boleh dekat dengan makanan semasa memasak. 

Motor sedutan, saluran dan komponen lain disimpan di bawah countertop. Oleh itu, cooker hood downdraft biasanya merupakan sistem recirculation.

Kebaikan

  • Kuasa sedutan yang hebat
  • Reka bentuk moden
  • Mudah dibersihkan

Kebaikan

  • Menjadi kurang cekap jika kuali atau periuk memasak jauh daripada hood downdraft
  • Kawasan tangkapan asap terhad
  • Paling mahal
  • Paling sukar dipasang
  • Ruang kabinet dapuar menjadi kurang
  • Hanya sesuai untuk dapur baru, sukar untuk memasang pada dapur lama

Cooker Hood Vented atau Recirculation lebih baik?

Pada pendapat saya, cooker hood vented adalah lebih baik daripada cooker hood recirculation. Ia terus mengekstrak dan mengeluarkan bau dan gris masakan dari dalam rumah ke luar rumaha. Dengan cara ini, udara di dalam rumah lebih segar dan bersih.

Manakala, sistem edaran semula/recircularation membebaskan udara yang ditapis kembali semula ke dalam rumah kita. Sebahagian kecil bahan cemar, bau asap, dan kelembapan dalam udara akan dikembalikan ke dalam rumah. Oleh itu, ia kurang baik berbanding cooker hood vented.

Oleh itu, cooker hood vented adalah jenis cooker hood yang terbaik melainkan ducting system tidak sesuai atau tidak dapat dipasangkan di rumah anda.

Lazada 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.