10 Laptop Student Terbaik Di Malaysia

10 laptop student terbaik di malaysia

Laptop adalah amat penting bagi pelajar kolej yang perlu membuat kajian dan menyiapkan tugasan kolej. Oleh sebab online kelas makin popular, ramai ibu bapa yang membeli laptop untuk anak-anak, termasuk yang baru masuk sekolah rendah sahaja.

Beli laptop bukannya murah. Oleh itu, kita perlu pandai memilih laptop yang terbaik dalam bajet kita. Tetapi ini bukan perkara yang mudah, sebab laptop ada berbagai jenama dan model yang amat banyak.

Berikut adalah 10 laptop student terbaik saya telah pilih bagi bajet dan fitur yang berbeza.

Compare 10 Laptop Pelajar Terbaik Di Malaysia

ModelCPUGPURAMStorageDisplay
MacbookAir M1Apple M1Integrated 7 core8GB unified RAM256GB SSD13.3" 2K
Acer Swift 3Intel Core i5-1135G7Intel Iris Xe Graphics8GB DDR 4512GB SSD14" FHD
Lenovo IdeaPad 3 Ryzen 7Ryzen 5700UAMD integrated graphics8GB DDR 4512GB SSD14" FHD
Chuwi GemiBook 13”Intel Celeron J4115Intel UHD 600 Graphics12GB DDR4256GB SSD13" 1440p
Dell XPS 13Intel Core i5-1135G7Intel Iris Xe Graphics8GB DDR 4512GB SSD13.3" FHD
Asus Zenbook 13 UX325Intel Core i5-1135G7Intel Iris Xe Graphics8GB DDR 4512GB SSD13.3" FHD (HDR)
Dell G3 15Intel Core i5-10750HGeForceGTX 1650 4GB16GB DDR4256GB SSD+1TB15.6" FHD
Microsoft Surface Go 2Intel Core M3Intel UHD Graphics 6158GB DDR 4128GB SSD10.5" (220PPI)
HP Spectre x360Intel Core i5-1135G7Intel Iris Xe Graphics8GB DDR 41TB SSD13.5" FHD Touchscreen
BMAX Y13 360°Intel Apollo Lake N4120Intel HD Graphics 6008GB DDR 4256GB SSD13.3" FHD Touchscreen


Laptop Pelajar Terbaik

Macbook Air M1

Macbook Air M1 Best Overall Student Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi MacBook Air M1 :

  • CPU: Apple M1 Chip  (8‑core CPU, 7‑core GPU, and 16‑core Neural Engine)
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Display: WQXGA (2560 x 1600) 13.3-inch, LED-backlit IPS
  • Weight: 1.29kg 

Ulasan Positif MacBook Air M1:

I am in love, the best investment that I have made. I have been working from home and taking online classes. Makes it so convenient and easy. Love the sound and feel of the keyboard. Webcam sucks but that’s not why I got it.

Ulasan Negatif MacBook Air M1:

Only used it for 2 days and already got a black screen problem. Never fall or anything damage to my mac, service is really bad. First and last.

Tahun ini, laptop student kegemaran saya adalah MacBook Air M1 sebab chip M1 yang lebih berkuasa.

Pelajar universiti atau kolej yang berminat untuk membeli laptop baru harus mengambil kesempatan daripada Apple Malaysia’s 10% student discount. MacBook Air M1 dengan diskaun tambahan 10% adalah Apple Laptop yang berbaloi beli dan mampu milik.

MacBook Air M1 sesuai untuk pelajar dalam berbagai major, termasuk bidang kewangan, undang-undang, perniagaan, seni, multimedia, IT dan sains komputer. 

Tapi, ada beberapa pengecualian, ia tidak sesuai bagi pelajar kejuruteraan yang memerlukan perisian kejuruteraan khusus yang hanya berjalan pada Windows.

MacBook Air memang terkenal dengan reka bentuknya yang sangat nipis dan ringan. Dengan berat hanya 1.29kg, ia sesuai untuk pelajar yang perllu berulang-alik ke kelas setiap hari.

MacBook Air M1 thickness

MacBook Air lama (Intel Celeron version) merupakan laptop ringan tetapi ia tidak berkuasa. 

Cip M1 adalah game-changer yang menjadikan MacBook Air M1 mampu bersaing dengan ultrabook premium seperti Dell XPS 13.

Apple M1 adalah sistem on cip (SoC) yang serupa dengan apa yang terdapat dalam handphone kita. Ia menggunakan architecture ARM yang mengintegrasikan CPU, GPU dan Enjin Neural sama sekali dalam satu cip. 

Ini menjadikan Macbook Air sangat kuat malah jimat elektrik. Anda boleh tonton movie selama 18 jam atau melayari web selama 15 jam dengan hanya gunakan bateri sahaja.

Apple MacBook Air  M1 ini dapat menyunting video dengan lancar dan render video cepat sama dengan Macbook Pro berkuasa Intel CPU yang berharga lebih dari RM10,000.

Macbook Air M1 juga boleh beroperasi dengan baik tanpa memerlukan kipas untuk penyejukan kerana ada cip M1 yang cekap tenaga. Laptop ini tidak terasa panas walaupun pakai lama.

Selain itu, Macbook Air M1 adalah 100% senyap dan tanpa bunyi kerana ia tidak memerlukan kipas.

MacBook Air M1 therrmal performance

13.3″ Retina Display Apple yang terdapat di Macbook Air M1 adalah skrin terbaik pada laptop yang berharga di bawah RM4,000. 

Laptop ini mempunyai resolusi 2,560 x 1,600 pixel dan nisbah 16:10. Ia lebih baik daripada laptop RM4,000 lain yang hanya menggunakan skrin 1080p.

Skrin ini sangat jelas dan warnanya terang. Dengan teknologi True Tone, warna display diselaraskan secara automatik berdasarkan suhu warna persekitaran anda.

MacBook Air M1 hanya menggunakan front camera yang 720p. Walaupun webcam 720p memadai bagi video call, ia tidak menawarkan kualiti terbaik seperti webcam 1080p .

Oleh sebab ramai yang work from home sekarang, kita selalu buat panggilan video, online meeting dan juga online kelas. Kamera resolusi 1080p pastinya akan dihargai.

Secara keseluruhan, MacBook Air M1 adalah laptop yang sangat baik dengan harga di bawah RM4,000. 

Maka, model standard hanya mempunyai storage SSD 256GB. Peningkatan storage sangat mahal (RM800) untuk laptop Apple. Anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan external SSD seperti Sandisk E60 Extreme Portable 1TB yang hanya berharga RM600 sahaja.


Laptop Student Paling Berbaloi Beli

Acer Swift 3

Acer Swift 3 Best Value Student Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Acer Swift 3 :

  • CPU: Intel Core i5-1135G7 processor
  • GPU: Intel Iris Xe Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD 
  • Display: 14-inch, 1920 x 1080 pixels (FHD), LCD with ComfyView (Matte) & IPS 
  • Weight: 1.2kg 

Ulasan Positif Acer Swift 3:

Superb for quality and delivery. It’s cheaper than a walk-in shop and easy to set up too. During installation, the keyboard function miss placed but when referring to the tutorial on youtube, it all fixed!

Ulasan Negatif Acer Swift 3:

-Nil-

Acer Swift 3 adalah laptop student yang paling berbaloi beli. Anda boleh membeli komputer riba ringan 1.2kg ini dengan hanya RM3,000.

Reka bentuknya agak minimalis dengan casis aluminium yang ringan.Keyboard laptop ini amat response dan selesa. 

Selain itu, Acer Swift 3 lengkap dengan WiFi 6 connection. Ia bagus untuk pelajar yang berkongsi sewa rumah dengan kawan.

Intel Core i5-1135G7 memberikan prestasi yang sangat baik. Kita boleh menggunakan laptop in bagi game ringan dan kerja-kerja dokumen. 

Malangnya, kekurangan kad grafik pada Acer Swift 3 ini menyebabkan penyuntingan video atau pemprosesan multimedia kurang lancar..

Skrin Acer Swift 3’s 14” Full HD (1920 x 1080) ini jelas dan mencukupi untuk kegunaan harian. Ia dilengkapi dengan sensor cap jari untuk login komputer.

Acer Swift 3 dilengkapi dengan banyak port yang berguna termasuk USB 2.0, USB 3.2 Type A dan USB-C 3.2, bersama dengan port HDMI dan microphone jack. Ia tidak ada pembaca kad microSD.

Acer Swift 3 adalah laptop student terbaik bawah RM3,500. Ia sangat praktikal, ringan, nipis dan ada jaminan 2 tahun.


Laptop Student Terbaik Bawah RM3,000

Lenovo IdeaPad 3 Gen 6 AMD Ryzen 7

Lenovo IdeaPad 3 Gen 6 AMD Ryzen 7 Best Budget Student Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Lenovo IdeaPad 3 Gen 6 AMD Ryzen 7:

  • CPU: AMD Ryzen 7 5700U processors 
  • GPU: AMD Integrated Graphics
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SSD 
  • Display: 14.0” FHD, TN, LED backlight, 45% NTSC
  • Weight: 1.5kg 

Ulasan Positif Lenovo IdeaPad 3 Gen 6:

The highest performance/cost ratio with Ryzen 7 processor out there! Fast performance, longer battery life, acceptable for gaming, and nice design and built quality with this budget. Just no backlit keyboard

Ulasan Negatif Lenovo IdeaPad 3 Gen 6:

-Nil-

Lenovo IdeaPad 3 adalah laptop student terbaik bawah RM3,000. Harganya yang rendah adalah kerana ia meggunakan pemproses AMD Ryzen dan bukan Intel. 

Tetapi, AMD Ryzen 7 5700U ini setanding dan kadang-kadang lebih baik daripada pemproses Intel i5-1135G7.

IdeaPad 3 mempunyai reka bentuk Laptop Lenovo yang signature dan keyboard layout yang bagus. 

Beratnya adalah sebanyak 1.5kg. Ia bukan ringan tetapi masih boleh diterima bagi kebanyakan pelajar yang masih muda dan bertenaga. Laptop Lenovo ini boleh disimpan di dalam backpack anda dan dibawa ke mana-mana dengan mudah.

IdeaPad 3 dilengkapi port-port yang amat berguna. Di sebelah kiri laptop ada plag kuasa, penyambung HDMI 1.4b, USB Type-A, USB Type-C dan audio jack.  Di sebelah kanan laptop adalah pembaca kad SD dan port USB Type-A.

Lenovo IdeaPad 3 laptop ports

Laptop IdeaPad 3 menyokong standard 802.11ac dan Bluetooth 5.0. Tetapi, ia tidak menyokong Wi-Fi 6.

Laptop ini menggunakan webcam 1-megapixel yang mempunyai penutup privasi. Penutup privasi ini amat berguna untuk mengelakkan rakaman tanpa izin sekiranya laptop anda digodam. Anda juga tidak perlu bimbang tentang webcam dibukakan secara tidak sengaja.

Salah satu kelemahan Lenovo Ideapad 3 ini adalah skrinnya yang kurang memuaskan. Ia adalah panel TN dengan gamut warna 45% NTSC. So, warna skrin ini tidak cukup terang dan vibrant.

Keseluruhannya, IdeaPad 3 adalah laptop yang berpatutan walaupun skrin yang sedikit lemah.


Laptop Pelajar Murah Terbaik

Chuwi GemiBook 13”

Chuwi GemiBook 13” Best Cheap Student Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Chuwi GemiBook 13”:

  • CPU: Intel Celeron J4115
  • GPU: Intel UHD 600 Graphics
  • RAM: 12GB LPDDR4
  • Storage: 256GB SSD (expandable to 1TB)
  • Display: 13” screen, 1440p, 3:2 ratio
  • Weight: 1.28kg 

Ulasan Positif Chuwi GemiBook 13”:

Great packaging and very secure. The laptop is very responsive with good performance. Tested for 3 days through online classes and have yet to find flaws. The audio & camera work well with aid of good lighting

Ulasan Negatif Chuwi GemiBook 13”:

-Nil-

Chuwi GemiBook 13″ adalah laptop murah yang bagus untuk pelajar. Walaupun ini adalah laptop jenama China, laptop ini dijual oleh seorang penjual tempatan Shopee yang berada di Cheras Selangor.

Mereka memberikan jaminan 1 tahun tempatan dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan. Jadi kalau ada sebarang, kita boleh hantar ke situ untuk repair.

Dengan harga kurang daripada RM1,500, anda tidak dapat mencari model laptop lain dengan spesifikasi dan kualiti yang setara.

Chuwi GemiBook menggunakan badan aloi magnesium dengan warna kelabu ruang. Ia juga amta ringan dengan hanya 1.28kg.

Chuwi GemiBook 13” light body

Walaupun harganya rendah, skrin Chuwi GemiBook adalah menakjubkan. Skrin 13” mempunyai resolusi 2160×1440 dan gamut warna 70% NTSC. Ia menggunakan engsel fleksibel yang boleh dilipatkan 180 darjah. Nisbah aspek 3:2 menjadikannya ideal untuk bekerja pada dokumen.Despite its low price, the Chuwi GemiBook screen is amazing. The 13” screen has a resolution of 2160×1440 and a colour gamut of 70% NTSC. Thanks to the flexible hinge, it can be laid flat at 180 degrees. The 3:2 aspect ratio makes it ideal for working on documents.

Chuwi GemiBook aspect ratio 3:2
Nisbah aspek 3:2 adalah lebih tinggi daripada 16:9. Pengguna boleh melihat bahagian dokumen yang lebih besar.

Laptop GemiBook hanya mempunyai satu kekurangan – CPU Intel Celeron J4125 yang agak lemah. Tetapi, memandangkan harganya yang sangat murah, memang tidak mungkin laptop ini menggunakan Intel i3 atau i5.

Laptop ini mempunyai banyak fitur yang menarik , termasuk 12GB DDR4 RAM, 256GB M2. SATA SSD, Sokongan WiFi untuk 2.4Ghz dan 5.GHz, Sokongan Bluetooth 5.1, webcam 1.0MP dan keyboard yang ada backlight.Biasanya, jenama laptop China dianggap sebagai pembelian berisiko kerana isu jaminan. Tetapi kerana ada penjual tempatan yang menyediakan jaminan tempatan. Saya yakin Chuwi GemiBook adalah laptop pelajar terbaik untuk di bawah RM1,500.


Ultrabook Terbaik Untuk Pelajar

Dell XPS 13

Dell XPS 13 Best Ultrabook for Students

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Dell XPS 13 :

  • CPU: Intel  i5-1135G7
  • GPU: Intel Iris Xe Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD 
  • Display: 13.4-inch, 1920 x 1200 pixels (FHD+), InfinityEdge Non-Touch Anti-Glare 500-Nit Display 
  • Weight: 1.2 kg 

Ulasan Positif Dell XPS 13:

I’ve had my full spec’d out XPS13 (9300) for a few weeks now and am really liking it! I have been wanting a laptop that was still portable but could handle heavier lifting such as running 2D/3D modelling programs like Solidworks, AutoCAD, etc. It handles this plus other programs like Photoshop and Lightroom just fine. 

Ulasan Negatif Dell XPS 13:

There is only one USB port and it stopped working after one month. Nothing I do has any effect on it. It’s useless.

Dell XPS adalah antara laptop model yang paling konsisten dan mantap. Dave2D (laptop/pengulas teknologi) telah banyak kali menamakan XPS 13 sebagai ultrabook terbaik.

Bukan itu sahaja, banyak laman web ulasan teknologi terkenal, termasuk laptopmag.com, digitaltrends.com, trustedreviews.com, windowscentral.com, dan pcmag.com memberi ulasan yang amat tinggi bagi Dell XPS.

Dell XPS 13 baharu ini agak mahal dengan harga melebihi RM5,000.

Pertama, XPS 13 mempunyai kualiti pembuatan yang amat tinggi. Laptop ini bukan sahaja ringan, hanya 1.2kg, tetapi juga sangat nipis, berukuran hanya 14.8mm. 

Dengan bateri 52Whr, ia dijangka bertahan lebih dengan penggunaan sepanjang 10 jam penggunaan. Jadi, laptop Dell XPS memang sesuai bagi pelajar koleh. Pelajar boleh menggunakannya untuk sehari penuh tanpa mengecas semula.

Skrin 13.3” FHD+ ini mempunyai bezel yang amat tipis. Selain itu, skrin ini ada kecerahan 500 nits dan 100 % sRGB warna gamut. Jika anda masih tidak berpuas hati, anda boleh menaik taraf kepada versi display OLED dengan resolusi 3456 x 2160.

Dell XPS 13 laptop screen size

Pemproses Intel Core i5 dalam Dell XPS 13 adalah amat bagus. Kita boleh pakai laptop ini bagi pelbagai tugas seperti kerja dokumen, edit foto/video dan main game.

League of Legends and Dota 2 dapat berjalan lancar pada Dell XPS 13 dengan lebih 110 FPS. Overwatch juga boleh dimainkan pada setting ultra.

XPS 13 mempunyai sepasang Waves MaxxAudio Pro down-firing speaker. Bunyinya amat clear, kuat dan mengagumkan.

Dari segi wireless connection, laptop ini menggunakan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1 yang memastikan pengalaman tanpa wayar terbaik.

Tetapi, webcam Dell XPS 13 hanya sekadar 720p. Ia tidak mencukupi pada pendapat saya.

Selain itu, port laptop ini juga sangat terhad. Ia hanya mempunyai 2 Port Thunderbolt 3, microSD dan microphone jack.

Dell XPS 13 menawarkan 1 tahun premium support dan warranty. Pada pendapat saya, Dell patut menawarkan jaminan minimum 2 tahun untuk laptop ini yang berharga lebih daripada RM5,000.


Ultrabook Berbaloi Beli Untuk Pelajar

Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS

Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS Best Value Ultrabook For Students

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS :

  • CPU: Intel  i5-1135G7 Processor 2.4 GHz (8M Cache, up to 4.2 GHz, 4 cores)
  • GPU: Intel Iris X Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB PCIE SSD
  • Display: Full HD (1920 x 1080p), 13.3-inch, HDR
  • Battery: 67Wh
  • Weight: 1.14kg

Ulasan Positif Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS:

The ASUS ZenBook UX325JA-DB71 is one helluva laptop. After owning MacBooks, XPS 13’s, I can honestly say the Asus Zenbook is right up there with the best. The build quality is good and the notebook has a premium feel to it. without breaking the bank. I had the i7 with 512GB SSD

Fan was quiet and didn’t turn on much. Battery life is good. Keyboard is excellent, the perfect amount of travel. The speakers are pretty good but not great. Screen was vibrant and clear although it could be a tad brighter. Trackpad was smooth and accurate-number pad works well too.

Ulasan Negatif Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS:

I have very sensitive ears and could hear the coil whine on this model while it was idle and doing nothing. It could have been an unlucky model, but it was too much for me, 

Asus Zenbook 13 UX325E adalah laptop Windows ultraportable yang paling berbaloi beli di Malaysia

Zenbook 13 adalah antara sebilangan kecil model laptop yang boleh bersaing dengan Macbook Air M1. Zenbook 13 UX325E hanya tebal 13.9mm dan berat 1.14kg. Sebagai perbandingan, Macbook Air M1 adalah 16.1mm tebal dan berat 1.29kg.

Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS dimension and weight

Laptop ini mempunyai kapasiti bateri 67Wh yang boleh bertahan sehingga 16 jam untuk penggunaan ringan.

Ia dilengkapi dengan caj pantas yang boleh mencapai 60% kuasa bateri dalam masa kurang dari satu jam.

Selain itu, laptop ini menggunakan connection WiFi 6 yang menyokong piawaian terkini, 802.11ax. Jadi, anda boleh bekerja tanpa perlu bimbang tentang masalah wireless tidak stabil.

Model ini menggunakan skrin OLED full HD dengan resolusi 1920×1080 yang menyampaikan warna dan imej yang cantik dan terang.  

Di sebelah kiri Zenbook 13 ini, ada port HDMI dan dua USB 3.2 Type-C dan bateri life indicator. Di sebelah kanan, terdapat port USB Type-A dan pembaca kad MicroSD yang bagus untuk content creator. Ia agak mengecewakan bahawa laptop ini tidak dipasang dengan port Thunderbolt 3 walaupun harganya yang mahal.

Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS laptop ports

ZenBook 13 mempunyai beberapa fitur yang bagus. Salah satunya ada touchpad yang boleh dijadikan keypad nombor.

Selain itu, laptop ini menggunakan webcam InfraRed. Dengan Windows Hello, anda boleh log masuk ke Windows dengan facial recognition.

Asus Zenbook 13 UX325E-AKG355TS touchpad
Left – pengesanan muka login, Right – Trackpad dengan nombor

Sistem audio ZenBook 13 disahkan oleh Harman Kardon untuk memastikan bunyi yang rangup dan jelas untuk muzik. Laptop Asus datang dengan jaminan 2 tahun.


Gaming Laptop Terbaik Untuk Pelajar

Dell G3 15 Gaming Laptop

Dell G3 15 Gaming Laptop Best Gaming Laptop For Students

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Dell G3 15 Gaming Laptop :

  • CPU: Intel Core i5-10750H (12MB Cache, up to 5.0 GHz)
  • GPU: NVIDIA GeForceGTX 1650 4GB GDDR6
  • RAM: 16GB DDR4
  • Storage: 256GB SSD + 1TB HDD
  • Display: 15.6 inch FHD (1920 x 1080) 
  • Weight: 2.34 kg 

Ulasan Positif Dell G3 15 Gaming Laptop:

I LOVE the back-lit keyboard, I get 120-144 fps on most games, minimum of 80fps on the Highest settings possible. NVIDIA Graphics are beautiful. I will be a returning customer – a very satisfied customer.

Ulasan Negatif Dell G3 15 Gaming Laptop:

This computer is plenty powerful and might have been a good deal but there is a catastrophic flaw. It will die quickly, really quickly. under any serious load it won’t last much more than 1 hour. If you’re just doing basic tasks it does not improve much, the longest run I could get with the computer was just under 3 hours while I was just writing and reading text documents…  

Dell G3 15 adalah gaming laptop bajet yang bagus untuk gaming dan belajar. Ia mempunyai reka bentuknya yang neutral dan tidak ada ciri-ciri gamer yang menonjol. 

Jadi, Dell G3 14 adalah pilihan laptop yang bagus untuk pelajar yang ingin gaming dengan laptop.

Dell G3 mempunyai skrin besar 15.6′ dengan resolusi Full HD dan 60Hz refresh rate. Ia dilengkapi dengan 1TB hard drive supaya anda boleh memasang semua games kegemaran anda.

Tetapi, laptop ini agak berat jika berbanding dengan laptop lain yang terdapat dalam ulasan in.

Dell G4 dilengkapi dengan Intel i5 processor, kad grafik GTX 1650 dan 16GB DDR4 RAM, memang tidak ada masalah untuk bermain Dota 2, Valorant, League of Legends, Fortnite, dan Call of Duty: War Zone atas laptop ini.

Gaming laptops seperti Dell G3 yang menggunakan kad grafik biasanya mempunyai battery life yang lebih pendek. Anda harus sentiasa membawa laptop kabel supaya dapat caj bateri pada bila-bila masa.

Anda boleh menggunakan Dell G3 gaming laptop ini untuk gaming dan juga kerja sekolah. Laptop ini ada jaminan 1 tahun.


Laptop Student 2-in-1 Terbaik

Microsoft Surface Go 2

Microsoft Surface Go 2 Best 2-in-1 Student Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi Microsoft Surface Go 2 :

  • CPU: Intel Core M3
  • GPU: Intel UHD Graphics 615
  • RAM: 8GB RAM
  • Storage: 128GB SSD
  • Display: 10.5” PixelSense Display (220 PPI)
  • Weight: 544g

Ulasan Positif Microsoft Surface Go 2:

Does almost everything a laptop does. Great cameras.

Ulasan Negatif Microsoft Surface Go 2:

I only bought this for taking notes on OneNote, but it was such a letdown. I would constantly experience lagging. I bought the Surface Pencil with it, and I have to say that the palm rejection is bad, very annoying. I had very high expectations to try a windows tablet, but after using it, it’s just not worth it. The user experience is not smooth at all. 

Microsoft Surface Go 2 adalah laptop 2in1 terbaik untuk pelajar. Jika anda dah ada komputer desktop dan tidak mahu membeli laptop, maka anda boleh consider Microsoft Surface Go 2. 

Windows OS menjadikan Surface Go 2 peranti produktiviti yang lebih serba boleh dan lebih lengkap berbanding iPad.

surface go 2 laptop mode and tablet mode
Surface Go 2 boleh digunakan sebagai laptop dan tablet

Surface Go 2 mempunyai 2 variasi, iaitu model Pentium Gold CPU dan Core M3. Saya lebih rekomen model Core M3 kerana Pentium Gold CPU menjadi lag apabila anda menjalankan banyak aplikasi serentak.

Laptop ini mempunyai touchscreen display 10.5″ dengan resolusi 1920 x 1280. Beratnya hanya 544 gram dan boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan berterusan. 

Anda boleh membawa laptop atau tablet mini ini ke mana-mana sahaja.

Tetapi, touchpad Surface Go 2 ini agak sempit dan kecil. Keyboardnya tidak bersaiz penuh. Menaip lama dengan keyboard ini boleh memenatkan tangan.

Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli keyboard dan mouse Bluetooth untuk Surface Go 2.

Selain itu, Surface Go 2 hanya mempunyai satu port USB-C, jadi anda mungkin perlu membeli USB hub.

Sekiranya anda suka versi Microsoft Surface yang lebih berkuasa, anda boleh membeli Surface Pro 7 yang mempunyai skrin 12.3′ dan Intel i7 processor.


Laptop Convertible Terbaik

HP Spectre x360

HP Spectre x360 Best Convertible Laptop for Students

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi HP Spectre x360 :

  • CPU: Intel Core i5-1135G7
  • GPU: Intel Iris Xe Graphics 
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 1TB SSD  
  • Display: 13.5-inch, 1920 x 1280 pixels (FHD), Touchscreen,HP Sure View integrated privacy screen 
  • Weight: 1.34kg 

Ulasan Positif HP Spectre x360:

I’m good with this. Keypad is much easier to type with. Resolution is terrific. Been reliable so far. Small and light is a bottom line for me and this is nice.

Ulasan Negatif HP Spectre x360:

-Nil-

Laptop ini mempunyai reka bentuk yang unik dengan engsel 360 darjah yang membolehkan anda untuk flip skrin ke belakang sepenuhnya, mengubahnya kepada tablet. 

Spectre x360 mempunyai nisbah screen-to-body 90% yang menakjubkan.

Skrinnya adalah 13.5′ full HD touchscreen display dengan fitur skrin privasi. Anda boleh menggunakan laptop ini di tempat awam tanpa perlu risau tentang orang lain yang mengintip skrin anda.The screen is a 13.5″ full HD touchscreen display with an integrated privacy screen. You can use it in the classroom or library without worrying about other people peeking at your screen. 

Saiz keyboard Spectre x360 adalah amat baik dan memberikan feedback yang baik untuk semasa menaip.

Walaupun Spectre x360 size 13′ sahaja, tetapi touchpadnya besar dan responsif. 

Di sebelah kanan laptop ini ada audio-in jack and full-size USB port. Di sebelah kiri, terdapat 2 USB-C port, micro SD port dan suis tutup webcam. Webcam boleh ditutupkan secara physical apabila tidak digunakan untuk memastikan privasi anda.

HP Spectre x360 laptop audio jack and usb c port

HP Spectre x360 14 menggunakan Intel 11th-gen CPU yang memenuhi spesifikasi Intel’s Evo. Ini bermakna bahawa laptop ini sangat energy efficient. Ia boleh bertahan dalam sepanjang 11 jam.

Dengan laptop ini, multitasking adalah mudah. Anda boleh buka dengan banyak tab Chrome, Microsoft Word dan Excel serentak tanpa sebarang masalah.  

Harga HP Spectre x360 14 yang mahal bukan sesuai untuk semua orang. Tetapi, reka bentuk laptop ini yang cantik dan moden akan dapat menarik perhatian pengguna yang gemar menggunakan laptop premium.


Laptop Convertible Murah Terbaik

BMAX Y13 360°

BMAX Y13 360° Best Cheap Convertible Laptop

Best deal on Lazada Best deal on Shopee 

Spesifikasi BMAX Y13 360° :

  • CPU: Intel Apollo Lake N4120
  • GPU: Intel HD Graphics 600
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 256GB SSD
  • Display: 13.3” FHD Touchscreen IPS screen
  • Weight: 1.25kg 

Ulasan Positif BMAX Y13 360°:

Delivery was good, took a week to arrive in Malaysia. Solid built product, Ram is high to manage multitasking, sound you can live with, haven’t tried movies or streaming, YouTube was OK. It’s definitely a working laptop. Happy with it. Thanks seller n BMax.

Ulasan Negatif BMAX Y13 360°:

Only used once and cannot restart, seller didn’t give a good solution.

Sekiranya bajet anda adalah di bawah RM2,000 dan anda berminat dengan laptop convertible, BMAX Y13 360° adalah laptop convertible termurah di Shopee sekarang.

BMAX Y13 360° hanya 14.7mm tebal dan beratnya hanya 1.2kg. Reka bentuk laptop adalah sederhana dan badan dibina daripada aloi aluminium yang memberikan rasa premium. 

Tetapi, logo BMAX agak besar dan tidak cantik. Anda boleh menggunakan sticker untuk menutup logo BMAX.

BMAX Y3 menggunakan skrin resolusi 1920 x 1080 dengan bezel 5mm. Secara keseluruhan, warna dan sudut tontonan agak baik. Skrin ini adalah touch screen dan anda boleh mengambil nota atas skrin ini dengan mudah.

Bagi prestasi laptop ini, anda tidak boleh mengharapkan banyak dari Intel Celeron processor. Anda akan mengalami lagging jika anda membuka terlalu banyak program serentak. 

Laptop yang murah seperti BMX Y3 adalah memadai bagi kerja-kerja dokumen, menonton filem, dan mendengar muzik.

Port agak terhad dengan laptop BMAX ini. Ia hanya ada dua USB jenis C port.

BMAX Y13 360° laptop USB C port

Selain itu, kelemahan laptop ini adalah kapasiti bateri 38Wh yang rendah. Hayat bateri dijangka berada di bawah purata dan hanya boleh bertahan selama kira-kira 7 jam . 

Terdapat pengguna yang melaporkan laptop ini hanya boleh bertahan selama 2-3 jam. Jadi, sebaiknya sentiasa membawa bersama laptop kabel

BMAX Y13 360° ini memang berbaloi beli sekiranya anda okay dengan membeli daripada seller China.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.