Perbezaan Smart TV dengan Android TV- Kebaikan dan Keburukan

perbezaan smart tv dengan android tv

Sekiranya anda tengah nak membeli TV baru, pasti kamu jumpa pelbagai jenis istilah seperti Smart TV, Android TV dan juga Digital TV.

Di Malaysia, makin ramai yang menonton “online video content” seperti YouTube, Netflix dan Disney Hotstar di TV, dan makin kurang orang yang pakai Astro.

Oleh itu, fungsi smart TV adalah amat penting.

Apakah perbezaan antara Smart TV dengan Android TV?

Smart TV ialah televisyen yang boleh menonton video dalam talian melalui internet. Pada masa ini, platform TV smart TVdibahagikan kepada dua kategori: platform Smart TV proprietari ikut jenama dan platform Android TV.

Maka, Android TV hanyalah merupakan antara salah satu jenis Smart TV. Android TV dikuasakan oleh Perkhidmatan Google dan disertakan dengan Gedung Google Play. Ini memberikan pengguna akses kepada pilihan yang luas Apl Android TV.

Contoh platform smart TV yang popular ialah LG webOS TV untuk LG Smart TV dan Samsung Tizen untuk Samsung Smart TV.

Selain itu , platform Smart TV yang kurang popular di Malaysia termasuklah Amazon Fire TV, Roku TV dan Vizio SmartCast.

Anda mungkin juga perasan sesetengah Shopee/Lazada seller menggunakan istilah “Google TV” .

Google TV ialah versi terbaru Android TV. Nama baru ini menggantikan Android TV dan dilengkapi dengan interface pengguna yang yang lebih moden dan mudah diguna.

Samsung Smart TV vs Android TV

Samsung Smart TV dikuasakan oleh Samsung Tizen, sistem pengendalian TV berasaskan Linux..

Samsung Tizen menawarkan pengguna lebih banyak pilihan untuk mengubahsuai interface pengguna seperti menukarkan warna menu.

Samsung Smart TV mempunyai fungsi SmartThings boleh berintegrasi lebih baik dengan Peranti Samsung pintar yang lain.

Samsung Smart TV sesguai bagi mereka yang menggunakan smartphone Samsung dan peralatan eletrik rumah Samsung.

Ia juga menyokong voice assistant yang popular seperti Samsung Bixby, Google Assistant dan Amazon Alexa.

Samsung Smart TV mempunyai lebih banyak App daripada LG webOS tetapi tidak boleh berbanding dengan Android TV.

Ia mempunyai Samsung Art Store eksklusif yang boleh bagi pengguna memaparkan artwork favourite pada Samsung Smart TV.

LG Smart TV vs Android TV

LG Smart TV berjalan pada LG WebOS. Ia adalah sistem pengendalian yang berasaskan Linux.

LG webOS menampilkan interface yang minimalis dan memberikan pengguna akses pantas kepada semua App dan setting untuk TV.

LG Smart TVs biasa disertakan dengan LG Magic Remotes. Remote tersebut membolehkan pengguna menuju pada TV dan klik pada sebarang menu TV.

Tidak seperti remote yang tradisional, LG Magic Remote lebih senang dan cepat. Ia boleh dikawal serupa tetikus komputer.

Dan “Launch Bar” pada LG webOS TV boleh dipanggil keluar tanpa keluar dari program yang tengah dijalani. Jadi, ia lebih mudah bagi pengguna menukar App semasa tengah menonton TV.

Android TV mempunyai Google Play Store. Pengguna boleh memasang pelbagai jenis perkhidmatan penstriman video dan juga perkhidmatan tambahan seperti VPN, Spotify, permainan Android dan sebagainya.

Sebaliknya, LG webOS TV hanya mempunyai TV App yang amat terhad. Walaupun begitu, ia tetap menyokong kebanyakan aplikasi penstriman yang popular di Malaysia seperti YouTube, Netflix, Amazon Prime Video, Disney Plus dan banyak lagi.

Apkah App yang disokong oleh Android TV vs Tizen vs LG webOS?

Sila merujuk jadual di bawah untuk membandingkan app dan fungsi antara ketiga-tiga platform Smart TV yang utama: Android TV, LG webOS dan Samsung Tizen.

Aplikasi

Android/Google TVSamsung TizenLG webOS
NetflixYaYaYa
Apple TVYaYaYa
Amazon PrimeYaYaYa
Disney+YaYaYa
HuluYaYaYa
YouTubeYaYaYa
TwitchYaTidakYa

Screen Mirroring

Android/Google TVSamsung TizenLG webOS
Apple AirPlayTidakYaYa
ChromecastYaTidakTidak
MiracastTidakYaYa

Voice Assistants

Android/Google TVSamsung TizenLG webOS
Voice AssistantGoogle AssistantBixby, Google, AlexaLG ThinQ, Alexa, Google

Kebaikan dan Keburukan Smart TV

Kebaikan Smart TV

Smart TV mempunyai pelbagai kebaikan, yang paling utama ialah anda boleh menonton pelbagai video secara online di TV.

Selain itu, kebaikan smart TV termasukalah:

  • Smart TV senang dipasang kerana TV boleh disambungkan melalui WiFi ataupun wayar LAN. Smart TV tidak bergantung kepada antena dan boleh di pasang di mana-mana tempat yang mempunyai switch.
  • Smart TV boleh berkomunikasi dengan laptop, dan smartphone. Anda boleh tayangkan screen smartphone pada TV dengan Chromecast, air play, dan miracast.
  • Smart TV sokong voice assistant.
  • Boleh bermain game Android yang simple di Smart TV

Keburukan Smart TV

Walaupun Smart TV mempunyai banyak kelebihannya, tetapi ia juga mempunyai keburukan.

  • Hardware Smart TV cepat menjadi “outdated” dan tidak boleh upgrade.
  • Smart TV sukar digunakan terutama bagi golongan orang tua. Cara menonton TV dengan Astro, TV1, TV2, TV3 masih pilihan yang paling mudah bagi warga tua.
  • Smart TV bergantung sepenuhnya pada internet. Sekiranya rumah anda mengalami gangguan internet, anda tidak boleh menonton sebarang tv program melainkan siaran TV digital seperti TV1, TV2, TV3.
  • Smart TV kadang-kadang boleh mengalami isu “crash”, iaitu TV menjadi tidak responsif dan perlu dihidupkan semula
  • Smart TV adalah lebih mahal
  • Smart TV mempunyai isu privacy kerana sentiasa bersambung dengan internet. Jadi, ia mempunyai risiko digodam atau dicerobohi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Android TV lebih serba boleh kerana pengguna boleh mengakses beribu-ribu App Android TV di Google Play Store.

Pengguna juga boleh memasang game Android pada Android TV untuk permainan ringan apabila bosan menonton TV.

Samsung Tizen dan LG webOS kedua-duanya adalah platform Smart TV yang menarik juga.

Memandangkan kedua-duanya menyokong App Video yang popular, anda tidak perlu risau akan menghadapi sebarang masalah menonton rancangan TV, filem dan sukan kegemaran anda.

Jika anda sudah memiliki smart TVtetapi tidak menyukai OS TV dalamnya, anda boleh membeli TV box untuk menggunakan platform Android TV.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.