Tengah mencari pressure cooker terbaik? Saya telah memilih lebih daripada 20 jenama dan model pressure cooker yang berbeza dan mendapati bahawa Midea MY-D6004B adalah pilihan terbaik untuk harganya.
Pressure cooker adalah alat dapur yang boleh menjimatkan banyak masa dan amat direkomen untuk setiap isi rumah. Dengan menggunakan high-pressure cooking, anda boleh siap memasak 2 sehingga 5 kali lebih cepat dari biasa.
Table of Contents
ToggleApakah pressure cooker terbaik di Malaysia?
Secara umum, kebanyakan pressure cooker boleh memasak dengan efektif sama ada yang berharga RM150 ataupun RM1,000.
Pressure cooker elektrik yang mahal biasanya mempunyai lebih banyak fungsi dan menggunakan material yang lebih berkualiti.
Pressure cooker jenis multicooker pula boleh digunakan pelbagai masakan seperit slow cook, saute, steam, cook rice, fry, boil soup dan juga membuat yoghurt.
Berikut adalah rekomendasi top 5 pressure cooker terbaik di Malaysia:
- Pressure Cooker Murah Terbaik: Midea MY-D6004B
- Pressure Cooker ElektrikTerbaik: Philips HD2139
- Pressure Cooker Besar Terbaik: Philips HD2137
- Pressure Cooker Mini Terbaik: Xiaomi Smart Pressure Cooker
- Periuk Pressure Cooker Terbaik: Butterfly BPC-22A
1. Midea MY-D6004B
Pressure Cooker Murah Terbaik
4.9 daripada 5.0 bintang | 302 ulasan
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Midea MY-D6004B pressure cooker adalah pilihan saya untuk pressure cooker bajet terbaik di Malaysia. Pilihan pressure cooker sebelum ini ialah Midea MY-CH502A tetapi ia tidak mempunyai skrin digital dan program memasaknya kurang.
Sebab utama saya memilih Midea MY-12LS605A pressure cooker adalah ia dilengkapi dengan periuk stainless steel dan cooking function 8-in-1 yang baru .
Anda boleh menggunakannya untuk memasak nasi, saute, keep warm, rebus sup, ikan stim, slow cooking, high-pressure cooking, dan membuat yogurt. Banyak pressure cooker bajet tidak boleh digunakan untuk saute.
Fungsi saute pada pressure cooker ialah ia boleh memanaskan makanan tanpa menutup tudungnya. Jadi pengguna boleh menggoreng atau saute makanan di dalam periuk secara langsung.
Lagi, periuk stainless steel ini lebih tahan lama dari periuk non-stick .
Saiz dan kapasiti keseluruhan Midea MY-D6004B juga lebih besar berbanding model lama. Model baru ini mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 5.7 liter. Ia boleh mencapai cooking pressure maksimum 70KPa.
Selain itu, terdapat 15 menu preset pada pressure cooker ini, berbanding dengan 7 menu preset sahaja pada pressure cooker Midea MY-CH502A.
Menu preset yang sedia ada termasuk meat, poultry, vegetables, steam, saute, slow cook, white rice, brown rice, beans, broth, curry, soup, multigrain, congee dan yogurt.
Pressure cooker ini juga boleh digunakan untuk membakar kek, jadi anda tidak lagi perlu membeli air fryer atau oven. Lihat video di bawah:
Satu lagi, jenama Instant Pot yang terkenal di United States sebenarnya dihasilkan oleh Midea. Instant Pot ini sering dipilih sebagai pressure cooker terbaik di U.S. Jadi, anda tidak perlu risau dengan kualiti Midea Pressure Cooker.
Walaupun ini adalah pressure cooker bajet, ia tetap idilengkapi dengan 9 mekanisme keselamatan yang cukup sempurna, seperti: pressure limiting, anti-clog, pressure leakage protection, open cover detection and temperature limiting protection, over-heat protection, pressure control protection dan over current protection.
Anda boleh membeli Midea MY-D6004B dengan harga RM200 di Shopee dan Lazada.
2. Philips HD2139
Pressure Cooker Elektrik Terbaik
4.9 daripada 5.0 bintang| 296 ulasan
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Philips HD2139 adalah pilihan yang bagus untuk ramai dengan fungsinya yang canggih seperti timer preset 24 jam dan keep warm 12 jam. Fungsi-fungsi ini biasanya tidak terdapat dalam pressure cooker bajet.
Design Philips Electric Pressure Cooker HD2139 ini memang cantik. Ia merupakan multi-cooker bersaize 6 liter dengan warna champagne dan hitam yang unik.
Ia dilengkapi dengan 14 menu pre-set memasak.Semua menu ini boleh dikonfigurasikan secara automatik supaya anda boleh memasak dengan mudah.
Menu preset yang sedia ada termasuk rice, soup, congee, chicken/duck, beef/mutton, beans/tendons, cake, fish, chicken, crab, vegetable, chop, dan lobster.
Pressure cooker ini dilengkapi dengan periuk non-stick 6L, senduk, cawan pengukur dan manual.
Bagi pengguna pressure cooker, keselamatan adalah sangat penting dan HD2139 ini dilengkapi dengan banyak mekanisme keselamatan.
Salah satu mekanisme keselamatan Philips HD2139 ialah pressure-release secara automatik. Pressure regulator valve di dalamnya akan melepaskan stim secara automatik jika tekanan terlalu tinggi di dalam periuk.
Philips HD2139 mempunyai jaminan selama 2 tahun. Dan satu peringatan terakhir, jika anda lebih suka periuk stainless steel, anda boleh membeli dari Philips sebagai periuk tambahan.
3. Philips HD2137
Pressure Cooker Besar Terbaik
4.7 daripada5.0 bintang| 1840 ulasan
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Dengan kapasiti 6L, Philips HD2137 adalah pressure cooker all-in-one terbaik. Ia adalah versi HD2139 yang telah dinaik taraf. Ia dilengkapi dengan menu pre-set tambahan dan fungsi tambahan seperti slow cook, saute/sear, dan yogurt.
Philips HD2137 ini menggunakan periuk stainless steel hanya berharga RM467 manakala anda perlu bayar hampir RM500 sekiranya anda membeli Philips HD2139 dengan periuk stainless steel secara berasingan.
Maka, pressure cooker ini sebenarnya agak berbaloi dengan periuk stainless steel dan fungsi tambahannya, walaupun harganya lebih mahal dari Philips HD2139.
Lihat perbandingan untuk Philips HD2137 vs HD2139
Ciri-ciri | Philips HD2137 | Philips HD2139 |
Kapasiti | 6L | 6L |
Inner pot | Nonstick (free 1 stainless steel pot) | Nonstick |
Saute | Yes | No |
Slow cook | Yes | No |
Yogurt | Yes | No |
Sebagai sebuah multi-functional cooker yang baik, ia boleh memenuhi pelbagai jenis kaedah memasak seperti, slow-cooking (sehingga 12 jam), fast pressure cooking (melalui butang menu langsung), multi-cooking (yogurt), dan saute sehingga 2 jam.
Di dalam kotak ini dilengkapi dengan bakul pengukus, cawan pengukur, spatula, resipi dan buku manual.
Periuk ini mempunyai sebanyak 9 ciri keselamatan. Antaranya, tekanan wap akan dilepaskan secara automatik jika ia dikesan tekanan tinggi yang tidak norma.
Dan ia mempunyai bar progress untuk menunjukkan peringkat memasak. Pengguna boleh mengetahui keadaan memasak dengan hanya check bar progress tersebut.
Philips HD2137 datang dengan waranti antarabangsa selama 2 tahun.
4. Xiaomi Smart Pressure Cooker
Pressure Cooker Mini Terbaik
5.0 daripada 5.0 bintang | 30 ulasan
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Xiaomi Pressure Cooker ini bukan sahaja kecil tetapi juga sebuah pressure cooker pintar yang anda boleh kawal melalui app Mi Home.
Jika anda tinggal di studio, atau apartment dengan dapur kecil, pressure cooker Xiaomi ini sesuai untuk anda.
Untuk pengetahuan, pressure cooker mini 2.5L terlaris di Shopee ialah Primada Intelligent Pressure Cooker. Tetapi saya tidak mengesyorkan membeli Primada Pressure Cooker atas beberapa faktor.
Pertama sekali, harga Xiaomi Mini Cooker sama dengan Primada, tapi Xiaomi adalah satu-satunya pressure cooker pintar yang boleh bersambung dengan WiFi dan boleh dikawal dengan telefon pintar.
Kedua, produk Xiaomi sentiasa mempunyai reka bentuk yang moden dan kawalan kualiti yang sangat tinggi.
Dan Xiaomi pressure cooker ini boleh diguna untuk slow cook, normal cook, dan high-pressure stewing.
Selain itu, ia boleh memasak makanan tanpa menutup tudung. Oleh itu, ia bagus untuk searing, saute, dan juga steamboats.
Pressure cooker Xiaomi 2.5L dilengkapi dengan 8 ciri keselamatan seperti perlindungan overheat, pelepasan tekanan automatik, dry protection, dll.
Ia juga menggunakan pressure release button yang unik dan saya rasa ini adalah salah satu solusi yang paling inovatif. Butangnya terletak jauh dari injap tekanan. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau tentang cedera atau melecur terkena wap air yang panas dari pressure valve.
Tapi, Xiaomi Pressure Cooker mempunyai beberapa kekurangan juga.
Contohnya, menu masakan dan manualnya hanya boleh didapati dalam bahasa Cina. Jika anda tidak memahami bahasa Cina, anda perlu menggunakan Google Lens atau translator app untuk menterjemahkannya.
Lagi, ia menggunakan plug China. Untuk menggunakan periuk ini, kita perlu menggunakannya dengan adapter plug.
Xiaomi Pressure Cooker boleh didapati dalam versi 2.5L dan 5.0L. Versi 5.0L dilengkapi dengan dua periuk dalaman dan bukannya satu, yang menjadikannya satu tawaran yang menarik juga.
5. Butterfly BPC-22A
Periuk Pressure Cooker Terbaik
4.8 daipada 5.0 bintang | 105 ulasan
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Butterfly pressure cooker adalah periuk pressure cooker terbaik tetapi saya tidak rekomen untuk membelinya. Kerana kurang berbaloi dan sukar digunakan berbanding dengan electric pressure cooker.
Sebab utama kita memilih periuk pressure cooker Butterfly adalah kerana ia jenama yang sangat popular dan mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Bahagian gantian lebih senang didapati dan tuntutan waranti harus lebih mudah juga.
Tapi, kami tidak mengesyorkan memakai periuk pressure cooker yang menggunakan dapur gas kerana ia perlu dijaga sepanjang masa memasak.
Biasanya, tujuan kita membeli pressure cooker kerana mahu memasak makanan lebih cepat dan mudah. Jadi, periuk pressure cooker jenis stovetop memang kurang sesuai. Dan ia juga perlu mengambil tempat dapur gas untuk memasak.
Tetapi, pressure cooker stovetop boleh menjana tekanan dengan lebih cepat daripada dengan pressure cooker elektrik.
Anda juga boleh mengawal suhu memasak secara manual. Bagus untuk orang yang pandai memasak menggunakan dapur gas.
Jadi, saya cadangkan hanya membeli periuk pressure cooker ini sekiranya anda mampu mengendalikannya.
Kesimpulannya, Butterfly pressure cooker adalah pressure cooker yang ringkas namun berfungsi untuk keperluan memasak anda.
Competitions
Review Pressure Cooker DESSINI ITALY 10-in-1
Dessini pressure cooker adalah pressure cooker terlaris no.1 di Shopee. Tidak hairanlah apabila ia menjadi yang paling laris kerana ia benar-benar murah pada harga hanya RM126.
Walaupun saya tidak mengesyorkan membeli jenama ini. Kerana banyak customer yang mengadu bahawa menerima barang rosak , barang hilang dan kualiti tak bagus
Sebaliknya, Midea MY-D6004B merupakan jenama yang lebih lama dan mempunyai reputasi yang bagus. Jadi, Midea adalah pilihang yang kurang berisiko dan lebih berjamin.
Review Pressure Cooker Noxxa
Noxxa pressure cooker aka Amway pressure cooker. Sejujurnya, saya tidak suka 99% produk MLM. Periuk ini mungkin merupakan salah satu produk OEM dari China.
Kalau anda bercadang nak membeli periuk ini, lebih baik membeli Midea MY-D6004B. Kesemua fungsi yang terdapat pada Noxxa dan Midea MY-D6004B adalah sama sama kecuali Noxxa sedikit lebih besar dengan kapasiti 8L. Tetapi Midea MY-D6004B lebih daripada tiga kali lebih murah daripada Noxxa pressure cooker.
Review Pressure Cooker Primada 6L PC6010
Primada PC6010 pressure cooker aka Goshop pressure cooker. Saya yakin bahawa Pressure Cooker Primada PC6010 ini memang boleh memasak dengan cepat, mudah dan serba boleh.
Tetapi, dengan harga hampir RM400, Philips HD2137 pastinya pilihan yang lebih baik
Primada 2.5L Intelligent pressure cooker yang bersaiz kecil juga tidak berbaloi beli kerana ia tidak mempunyai banyak fungsi berbanding dengan Xiaomi Pressure Cooker 2.5L.
Review Pressure Cooker Russel Taylor
Saya sangat mengagumi pengasas Russel Taylors yang selalu membawa masuk produk OEM China dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka yang ketat pada belanjawan boleh mempertimbangkannya.
Kelemahan membeli produk Russel Taylor adalah sokongan pelanggan dan tuntutan jaminan mereka yang agak buruk. -Neutral
Review Pressure Cooker Sincero
Sincero pressure cooker adalah satu lagi produk OEM China yang dijenamakan semula dengan markup yang besar? Sama juga dengan jenama Sincero, Sugawa, Vees dan banyak lagi…
Jenama-jenama ini semua sama, mendapatkan produk dari China. Menjenamakannya semula, mengiklankannya, mendirikan sales booth di pusat membeli-belah untuk jualan, dan terus melancarkan lagi jenama baru. -Tidak disyorkan.
Review Tefal Home Chef Multicooker CY601D65
Tefal Home Chef Multicooker CY601D65 baharu kelihatan serupa dengan Philips HD2137. Ia mempunyai reka bentuk warna hitam yang anggun dan berkilat dan juga lebih murah!
Set ini dilengkapi dengan satu periuk stainless steel dan satu periuk non-stick yang sangat berbaloi.
Ia mempunyai 15 program pre-set dan 2 fungsi khas, termasuk adjustable cooking time and temperature, slow cook, saute, sous vide, abalone dan banyak lagi.
Ia juga mempunyai pressure relieve button yang jauh dari pressure valve, jadi ia bagus untuk keselamatan pengguna.
Kita semua tahu Tefal adalah jenama peralatan dapur yang bereputasi, jadi saya akan mengesyorkan anda untuk tengok ini.
Review Healthy Pressure Cooker La gourmet
Harga produk La gourmet memang lebih tinggi dari jenama lain di pasaran. Healthy Pressure Cooker ini juga agak mahal.
Ia adalah multicooker yang serupa dengan Philips HD2137 dan Tefal CY601D65. Tapi, pressure cooker La gourmet ini dua kali ganda lebih mahal jenama lain pada harga RM1199.
Ia dilengkapi dengan banyak aksesori tambahan seperti periuk non-stick 6L, steamer stainless steel, cawan pengukur, sudu beras, periuk stainless steel 6L SUS 304, steaming bowl stainless steel, penutup kaca berukuran 24cm, periuk seramik dan tong stainless steel.
La gourmet cooker tidak berbaloi melainkan anda menyukai jenama ini atau jika anda ingin memasak dengan periuk dalam seramik (yang sukar dicari dalam jenama lain).
Pressure Cooker FAQ
Jenama pressure cooker mana yang terbaik di Malaysia?
Philips pressure cooker adalah yang terbaik di Malaysia. Midea adalah jenama pressure cooker murah yang paling berpatutan.
Adakah Philips pressure cooker bagus?
Ya, model Philips HD2137 ialah multicooker yang boleh memenuhi semua keperluan memasak anda. Ia boleh slow cook, high-pressure cook, normal cook, open lid cooking, boil soup, baking cake, dan membuat yogurt.
Adakah Tefal pressure cooker bagus?
Ya, Tefal pressure cooker dibina dengan sangat baik dan mempunyai banyak ciri keselamatan. Ia adalah multicooker yang serba guna.
Jenis pressure cooker inner pot mana yang terbaik?
Pada pendapat saya, inner pot stainless steeladalah terbaik. Nnner pot N
onstick mudah dibersihkan tetapi ia tidak tahan lama kerana salutan boleh rosak kerana haus dan lusuh.
Adakah Noxxa pressure cooker bagus?
Tidak, saya rasa Pressure Cooker Nitu terlalu mahal untuk apa yang ditawarkannya. Jenama biasa seperti Tefal dan Philips adalah pilihan yang lebih baik.