6 Robot Vacuum Terbaik Malaysia

robot vacuum terbaik

Teknologi vacuum robot telah berkembang dengan maju dan mantap. Sekarang, kita mempunyai robot vakum yang disertakan dengan LiDAR sensor, penglihatan 3D, boleh menyapu sambil mengemop, malah ada yang mampu mengosongkan tong sampah secara automatik.

Sekiranya anda menggunakan robot vacuum dan vacuum cordless, kerja rumah pasti akan menjadi amat mudah.

Apakah vakum robot terbaik di Malaysia?

Vacuum robot terbaik di Malaysia ialah Roborock S7 yang mempunyai prestasi pembersihan yang menakjubkan serta teknologi mapping dan navigation yang paling stabil.

Vacuum robot yang bagus seharusnya mempunyai kuasa sedutan yang baik, bersih dengan cekap, kapasiti kotak habuk yang mencukupi, kapasiti bateri yang besar dan yang paling penting, teknologi mapping yang matang. 

Ramai orang tidak menyedari bahawa kepentingan function mapping padap vacuum robot. Ia merupakan otak bagi vacuum robot. Tanpa mapping pintar, vacuum robot hanya berkeliaran tanpa dan tidak akan dapat mengrangkumi setiap sudut di bilik anda.

Berdasarkan kriteria pemilihan di atas, berikut ialah 6 vacuum robot terbaik di Malaysia untuk 2022:

  1. Vacuum Robot Terbaik: Roborock S7
  2. Robot Vacuum Mop Terbaik: Ecovacs Deebot T9
  3. Vacuum Robot Bajet Terbaik: Xiaomi 2C Robot Vacuum
  4. Robot Vacuum Self-Emptying Terbaik: Roidmi Eve Plus
  5. Robot Vacuum Self Emptying Murah: Xiaomi Lydsto R1 Robot Vacuum
  6. Vacuum Robot Terlaris: ILIFE L100

1. Roborock S7

Vacuum Robot Terbaik

Best Robot Vacuum Malaysia

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Roborock S7 ialah vacuum robot terbaik di Malaysia. Ia telah menerima lebih daripada 1300 review di Shopee dan diberi rating 4.9 daripada 5 bintang.

Spesifikasi Roborock S7:

  • Kuasa sedutan – 2500Pa
  • Bateri – 180 minutes, 5200mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – LiDAR
  • Extra features – HEPA filter, Sonic Mopping, VibraRise Mop Cloth, multimap storage, carpet detection, rubber brush

Roborock S7 seberat 4.7kg dan dilengkapi dengan bekas sampah yang besar, tangki air dan mopping pad yang boleh ditanggalkan. Kedua-dua pad mop dan penapis vacuum boleh dicuci dan digunakan semula.

Ia mempunyai bateri built-in 5,200mAh yang besar. Ia boleh vakum secara berterusan selama 180 minit dan boleh meliputi kawasan seluas 250 meter persegi

Kuasa sedutan maksimum untuk Roborock S7 ialah 2500 Pa, tetapi ia hanya akan bermula apabila vacuum berada di atas permaidani, rug atau carpet.

Apabila digunakan pada permukaan yang keras dan rata seperti lantai kayu keras dan jubin, ia hanya akan menggunakan kuasa sedutan normal untuk memastikan ia dapat bertahan lebih lama.

Walaupun vacuum robot ini tidak mempunyai kuasa sedutan tertinggi, berus sirip getahnya yang inovatif membolehkan vacuum membersihkan dengan berkesan tanpa rambut terjerat pada rollers.

Selain itu, Roborock S7 juga mempunyai modul mop yang disertakan dengan teknologi getaran ultrasonic. Ia dikatakan bahawa bergetar seabnyak 3000 kali seminit untuk menghapuskan kotoran degil di lantai.

Salah satu fungsi yang unik pada Roborock S7 ialah ia boleh mengangkat mopnya secara automatik apabila ia berjalan di atas carpet. Kebanyakan vacuum robot yang lain tidak mempunyai fungsi ini dan perlu menanggalkan pad mopping sekiranya ingin vakum atas carpet.

Roborock S7 terkenal dengan teknologi mapping yang padu. Ia menggunakan LIDAR sensor untuk membuat peta rumah anda dengant terliti. Dan ia boleh menyimpan sebanyak 4 peta dan mengenali bilik secara automatik.

Oleh itu, ia tidak perlu membuat peta yang baru setiap kali ia dipindahkan.

Ciri ini menjadikannya sesuai untuk bukan sahaja rumah teres satu tingkat, tetapi juga rumah dua tingkat dan juga banglo di Malaysia.

Akhir sekali, ia mempunyai aplikasi telefon pintar Roborock yang sangat bagus dan mudah digunakan.

Jika anda pengguna perkakas pintar Xiaomi, anda boleh menyambung terus Roborock S7 menggunakan aplikasi MiHome juga.

Dengan pelbagai fungsi yang canggih dan keupayaan membersih lantai yang baik, Roborock S7 adalah pilihan vacuum robot terbaik bagi kebannyakan orang.

Jika anda ingin robot vacuum yang paling senang dan canggih, maka anda boleh cuba melihat Roborock S7 MaxV Ultra dan Auto Empty Docknya.


2. Ecovacs Deebot T9

Robot Vacuum Mop Terbaik

Best Robot Vacuum Mop Cleaner

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Ecovacs Deebot T9 ialah robot mop vacuum terbaik dengan fungsi mengemop yang baik dan boleh mengesan objek kecil dengan teknologi TrueDetect 3Dnya. Ia boleh mengesan objek sekecil 3cm yang mana Roborock S7 tidak akan dapat mengesan dan melanggar ke atasnya.

Ecovacs Deebot T9 specifications:

  • Kuasa sedutan – 3000Pa
  • Bateri – 175 minutes, 5200mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – LiDAR
  • Extra features – HEPA filter, TrueDetect 3D, air freshener, disposable mopping pad, Ozmo Pro 2.0 Mopping Kit

Ecovacs Deebot T9 mempunyai berat 3.6kg dan dilengkapi dengan bateri 5200mAh. Ia boleh berjalan selama 175 minit, mencukupi untuk rumah/apartmen tiga bilik tidur tanpa sebarang masalah.

Deebot T9 dilengkapi dengan banyak fungsi premium seperti penyegar udara terbina dalam, TrueMapping 2.0, TrueDetect 3D 2.0 dan stesen dok pembersihan automatik (boleh dibeli secara berasingan).

Teknologi yang paling hebat pada Ecovacs Deebot T9 ialah TrueDetect 3D. Ia berfungsi untuk mengelakkan halangan dan perlanggaran. Ia boleh mengelakkan kabel, kaki kerusi dan mainan yang diletakkan di atas lantai. 

Jadi, Deebot T9 sesuai untuk bilik yang tidak kemas, atau orang yang memelihara kucing/anjing dan menggunakan mangkuk makanan.

Ia juga boleh disambungkan ke WiFi rumah melalui aplikasi telefon pintar Ecovacs. App Ecovacs membolehkan pengguna menjadualkan vacuum robot, masa pembersihan, jumlah air yang perlu digunakan dan menyemak status pembersihan lantai secara real-time.

Walau bagaimanapun, banyak pelanggan mengadu Ecovacs Deebot T9 mengalami masalah seperti map hilang dan kerap perlu membuat mapping semula, terutamanya apabila memindahkannya ke tingkat yang berbeza. 

Jadi, jika anda tinggal di rumah bertingkat, maka lebih baik dapatkan Roborock S7 yang mempunyai ciri penyimpanan peta yang lebih stabil.

Ecovacs Deebot T9 menggunakan pad mop pakai buang. Walaupun ia lebih mudah untuk pengguna, ia akan menjadi satu kos yang berterusan. Dan stesen dok vacuum juga menggunakan beg sampah sekali pakai.

Secara keseluruhan, Ecovacs Deebot T9 merupakan robot vacuum mop yang terbaik bagi orang yang memelihara kucing dan anjing, kerana teknologi TrueDetect 3D.


3. Xiaomi 2C Robot Vacuum

Robot Vacuum Murah Terbaik

Best Budget Robot Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Vacuum robot Xiaomi 2C ialah vacuum robot terbaik di bawah RM1,000 . Ia dijual pada harga RM759 sahaja dan boleh dibeli dengan serendah RM665 semasa tempoh promosi. Ia telah menerima rating 4.9 daripada 5 bintang.

Spesifikasi Vacuum Robot Xiaomi 2C:

  • Kuasa sedutan – 2700Pa
  • Batteri – 110 minutes, 2600mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – Visual sensor and gyroscope
  • Extra features – 3-stage filter, 8.2cm slim body

Berbeza daripada kebanyakan vacuum robot LIDAR di pasaran, Xiaomi 2C menggunakan sistem navigasi visual. Namun begitu, ia masih mampu merancang jalan pembersihan dengan baik .

Kelemahan utama pada sensor visual pada Xiaomi 2C, iaitu ia akan menjadi keliru sekiranya terdapat objek berwarna gelap. Ia akan mengesan terdapatnya perbezaan ketinggian.

Oleh itu, vacuum robot Xiaomi 2C akan menjauhkan diri daripada permaidani berwarna gelap dan mengelak daripada melaluinya.

Xiaomi 2C boleh mengvakum dengan sangat baik. Ia mempunyai kuasa sedutan 2700Pa dan dilengkapi dengan mod sedutan 4-kelajuan.

Ia mempunyai bateri 2600 mAh. Hayat bateri vacuum robot Xiaomi ini dijangka bertahan kira-kira 110 hingga 130 minit. Sila ambil perhatian bahawa kapasiti bateri robot Xiaomi 2C jauh lebih rendah daripada model vacuum robot premium lain yang mempunyai kapasiti 5200mAh.

Modul pengemop vacuum robot Xiaomi 1C hanyalah sekeping kain mengemop. Model 2C telah dinaik taraf dan akan menggunakan tekanan tambahan semasa mengemop untuk mengemop dengan lebih berkesan. Tetapi ia tidak sebaik robot vacuum yang mempunyai gerakan ultrasonic.

Robot Vacuum Xiaomi 2C boleh disambung dan dikawal dengan Mi Home app. Oleth itu, ia sangat mudah untuk digunakan.

Robot Vacuum Xiaomi 2C memang amat berbaloi beli dengan harganya yang murah. Model baru Xiaomi Robot Vacuum Mop 2 mempunyai bateri yang lebih besar tetapi harganya juga lebih mahal. Jadi, saya masih rekomen membeli Xiaomi 2C kerana prestasi pembersihan kedua-dua robot ini tidak jauh beza.


4. Roidmi Eve Plus

Robot Vacuum Self-Emptying Terbaik

Best Value Self-Emptying Robot Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Roidmi Eve Plus adalah self-emptying robot vacuum terbaik dan berbaloi. Ia dijual pada harga RM1,588 sahaja termasuk robot vacuum dan stesen pengumpul habuk, yang pada pendapat saya, adalah tawaran yang sangat hebat.

Roidmi Eve Plus specifications:

  • Kuasa sedutan – 2700Pa
  • Battery life – 250 minutes, 5200mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – LIDAR sensor
  • Extra features – Y-shaped mopping, compact dust collecting station, dual side brush, fast charge, 5 map saving

Roidmi EVE Plus ialah vacuum robot full-pakej yang didatangkan dengan kuasa sedutan yang kuat, navigasi pintar, modul mengemop dan tong sampah auto-kosong.

Antara ciri yang menarik pada Roidmi EVE Plus ialah stesen pengumpul habuk dengan skrin LED. Dengan stesen tersebut, pengguna Roidmi EVE Plus tidak perlu mengosongkan bekas sampah robot sendiri.

Skrin LED tersebut adalah touch control dan anda boleh melihat berbagai status vacuum robot dan stesen. Ia memaparkan tahap bateri vacuum robot, peringatan penuh bekas habuk dan indicator ion deodoran.

Roidmi Eve Plus rear suction dust collector

Di dalam stesen pengumpul habuk, ia mempunyai beg habuk berkapasiti besar 3L yang boleh mengumpul habuk daripada vacuum robot sehingga 60 hari.

Ia mempunyai kuasa sedutan 2700Pa dengan pelarasan kuasa sedutan adaptif dan pelarasan kelajuan berus dinamik. Ini membolehkan vacuum robot beroperasi selama 250 minit.

Oleh itu, Roidmi EVE Plus adalah robot vacuum dengan hayat bateri paling lama antara 6 robot vacuum terbaik dalam senarai ini.

Satu lagi kelebihan vacuum robot ini ialah masa pengecasannya yang lebih singkat berbanding model 5200mAh yang lain. Vacuum robot Roborock boleh mengambil masa sehingga 6 jam untuk mengecas sepenuhnya, tetapi Roidmi Eve Plus hanya memerlukan 4 jam.

Roidmi merupakan jenama vacuum daripada Ekosistem Xiaomi. Jadi, teknologi navigasi dan mappingnya serupa dengan vacuum robot Xiaomi dan Roborock.

Ia boleh mengimbas dan memetakan bilik secara automatik. Dan vacuum robot ini boleh menyimpan sehingga 5 peta yang berbeza.

Selain daripada vakum, Roidmi Eve Plus juga boleh mengemop. Ia menggunakan tangki air yang dikawal secara elektronik untuk mengawal penggunaan air. Semua setting untuk robot Roidmi boleh dilaras dalam app Roidmi atau Mi Home.  

Robot Roidmi EVE Plus menggunakan gerakan Y-shaped mopping. Vacuum robot mengemop dalam gerakan bentuk Y boleh membersihkan lantai dalam masa yang lebih singkat.

Tetapi ia tidak datang dengan sonic vibration seperti Roborock atau scrubbing seperti Deebot T9. Jadi, ia kurang efektik untuk menghilangkan kotoran degil pada lantai.

Roidmi Eve Plus amat berbaloi untuk dibeli jika anda tidak kisah dengan prestasi mengemopnya yang sederhana. EVE Plus adalah tawaran yang terbaik untuk self emptying vacuum robot. Harganya adalah separuh lebih murah daripada vacuum robot Roborock atau iRobot Roomba.


5. Xiaomi Lydsto R1 Robot Vacuum

Robot Vacuum Self Emptying Murah

Best Budget Self Emptying Robot Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda ingin menjimatkan RM100 lagi, anda boleh membeli Vacuum Robot Xiaomi Lydsto R1. Ia dijual pada harga RM1,499 apabila ia dalam promosi.

Tetapi secara peribadi, saya lebih suka Roidmi EVE Plus berbanding model ini.

Xiaomi Lydsto R1 specifications:

  • Kuasa sedutan – 2700Pa
  • Battery life – 150 minutes, 5200mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – LIDAR sensor
  • Extra features – Y-shaped mopping, compact dust collecting station, dual side brush, fast charge, 5 map saving

Lydsto merupakan satu lagi subsidiary brand Xiaomi. Oleh itu, anda akan mendapati bahawa vacuum robot Lydsto kelihatan sama seperti vacuum robot Xiaomi.

Tetapi, vacuum robot Lydsto tidak serasi dengan App Xiaomi Mi Home. Ia hanya boleh dihubungkan dengan app Lydsto. Dan app Lydsto itu kurang stabil berbanding dengan Apl Mi Home yang lebih maju.

Vacuum robot Lydsto R1 ialah vacuum robot yang didatangkan dengan kuasa sedutan 2700Pa. Ia juga mempunyai fungsi mengemop seperti Roidmi Eve Plus.

Ciri mengemopnya mempunyai kelebihan yang boleh mengesan carpet. Ia akan menutupkan aliran air secara automatik apabila carpet dikesan.

Xiaomi Lydsto R1 Robot Vacuum has carpet identification Pressurized Shut-Off Tank

Stesen docking Xiaomi Lydsto R1 agak simple berbanding Roidmi EVE Plus.

Ia tidak disertakan dengan skrin LED. Tetapi ini tidak menjejaskan fungsi utamanya untuk mengosongkan habuk daripada vacuum robot.

Stesen pengumpul habuknya sangat kuat dan mempunyai kuasa sedutan 30,000Pa. Ia boleh membersihkan 98% habuk daripada Vacuum Robot Lydsto R1.

Manfaat lain vacuum robot Lydsto R1 ialah ia boleh menyimpan beberapa peta pada masa yang sama. Ia boleh menyimpan sehingga 3 peta supaya anda tidak perlu mengimbas semula kawasan itu setiap kali selepas anda memindahkan robot.

Xiaomi Lydsto R1 adalah vacuum robot yang baik tetapi Appnya yang kurang stabil adalah satu kelemahan yang ketara berbanding Roidmi.


6. ILIFE L100

Robot Vacuum Terlaris

Best-Selling Robot Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

ILIFE L100 ialah vacuum robot terlaris di Shopee. Ia adalah vacuum robot LIDAR sensor yang murah dan juga dilengkapi dengan fungsi mapping. Walau bagaimanapun, saya tidak rekomen membeli vacuum robot ini kerana appnya yang serba berkurangan.

ILIFE L100 specifications:

  • Kuasa sedutan – 2500Pa
  • Battery life – 120 minutes, 2900mAh
  • Mopping – Yes
  • Sensor – LIDAR sensor
  • Extra features – 3 map saving, remote control

Vacuum robot ILIFE L100 nampak seperti robot vacuum yang sempurna. Ia mempunyai sensor LIDAR, simpanan peta, kawalan aplikasi, alat kawalan jauh, hayat bateri 120 minit, modul mengemop dan ia benar-benar murah!

Tetapi, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, fungsi mapping dan navigasi bagi vacuum robot adalah sangat, sangat penting. Malangnya, ILIFE L100 adalah agak lemah di bahagain ini.

Navigasi ILIFE L100 kurang pintar dan kadangkala boleh terlepas beberapa kawasan. Dan sesetengah pengguna telah melaporkan bahawa vacuum robot tersebut sering perlu membuat connection semula.

Menurut pengalaman pengguna robot vacuum ILIFE 100, prestasi pembersihan ILIFE 100 kurang berkesan berbanding dengan vacuum robot Xiaomi 1C walaupun, pada hakikatnya, Xiaomi 1C hanya menggunakan sensor visual untuk navigasi.

Sekadar prestasi mengemop dan menyedutnya, saya boleh katakan ia mencukupi untuk kebanyakan pengguna. Sebab vacuum robot bertujuan untuk pembersihan rutin harian dan bukan untuk membersih kotoran degil.

Jadi satu-satunya kelebihan membeli robot vacuum ini ialah harganya yang murah.

Jika anda menyemak kedua-dua Roidmi Eve Plus and Xiaomi Lydsto R1, kedua-duanya dijual pada harga RM15XX di Shopee. Dan stesen dok pengumpul habuk itu sendiri sudah berharga RM600.

Jadi, bermakna kedua-dua robot vacuum ini hanya RM900 sahaja iaitu sepadan dengan harga ILIFE L100 tetapi lebih canggih.

Pada pendapat saya, walaupun ILIFE L100 sangat murah dan mempunyai sensor LiDAR, tetapi navigasinya yang lemah menyebabkannya tidak berbaloi beli.


Model Vacuum Robot Lain

Review iRobot Roomba i7+  (vs Roborock S7 vs Roidmi EVE Plus) 

iRobot Roomba i7+ mencecah berharga RM5,399. Ia dilengkapi dengan sistem pembuangan sampah automatik di stesen doknya. Ia menggunakan double roller brush yang menjadikannya lebih baik untuk membersihkan rambut haiwan peliharaan. Tetapi, ia tidak mempunyai modul mengemop dan aplikasinya kurang canggih berbanding dengan Roborock dan Xiaomi.

Yang paling teruk, Seller Malaysia menjual dengan harga 50 peratus lebih tinggi daripada harga Amazon US. Walaupun robot ini bagus, tetapi harganya terlampau tinggi.

Review Realme TechLife Robot Vacuum (vs Ecovacs Deebot T9 vs Roborock)

Jenama Realme telah mengembangkan rangkaian produk mereka kepada pelbagai produk rumah seperti TV, berus gigi elektrik, power bank dan vacuum robot.

Realme biasa menjualkan produk Realme pada harga yang amat tinggi, dan seterusnya, memberi diskaun yang tidak masuk akal semasa tempoh promosi. Ia menyebabkan saya jarang rekomen Realme.

Harga biasa Realme TechLife Robot Vacuum ialah RM1,999 tetapi hanya dijual pada harga RM799 semasa promosi.

Walau bagaimanapun, realme agak baru dalam pasaran vacuum robot. Jadi, sekarang bukan masa terbaik untuk membeli produk vacuum robotnya. App telefon pintarnya agak lemah dan navigasi robot kurang cekap berbanding Deebot dan Roborock.

Review Dreame D9 Pro (vs Ecovacs Deebot T9)

Dreame D9 Pro mempunyai kuasa sedutan paling kuat, 4,000Pa. Tetapi, perlu diingat bahawa kebanyakan masa kami hanya menggunakan mod senyap atau mod standard pada vacuum robot.

Kelebihan kuasa sedutan yang kuat hanya akan menjadi berguna jika anda menggunakan terutamanya atas lantai carpent atau anda mempunyai rug yang besar di ruang tamu anda. Ini adalah situasi di mana kuasa sedutan maksimum Dreame D9 Pro akan bersinar dan dapat membersihkan permaidani dengan lebih berkesan berbanding model vacuum robot lain.

Dreame D9 Pro  ialah vacuum robot yang baik dan menggunakan App Mi Home. Secara keseluruhannya, ia merupakan salah satu vacuum robot yang berbaloi beli.


Soalan Lazim Robot Vacuum

Robot vacuum manakah yang terbaik di Malaysia?

Robot vacuum terbaik di Malaysia ialah Roborock S7. Ia mempunyai kuasa vakum yang kuat dan boleh mengemop secara ultrasonic.
Selain itu, hayat baterinya sangat panjang dan fungsi mapping/navigation adalah lebih maju dari jenama robot yang lain.

Adakah robot vacuum berbaloi untuk dibeli?

Ya, vacuum robot berbaloi beli kerana ia akan menjimatkan banyak masa dan tenaga anda dengan membersihkan lantai secara automatik setiap hari mengikut jadual yang anda inginkan. Ia paling sesuai untuk orang yang tinggal di kondominium atau pangsapuri.

Bolehkah vacuum robot berfungsi tanpa WiFi?

Ya, kebanyakan vacuum robot pintar boleh berfungsi tanpa WiFi. Menyambung ke Wi-Fi membolehkan kawalan terperinci seperti pembersihan berjadual, tahap kuasa sedutan, zon larangan, dll.

Bolehkah vacuum robot berfungsi tanpa telefon pintar?

Ya, pembersih vacuum robot boleh berfungsi tanpa telefon pintar. Semua pembersih vacuum robot dilengkapi dengan butang “bersih” padanya yang membolehkan anda menghidupkannya secara manual untuk pembersihan.

Patutkan saya membeli vacuum robot atau vacuum cordless?

Ia bergantung pada bajet anda. Jika bajet anda kurang daripada RM500, saya rekomen membeli vacuum cordless. Vacuum cordless boleh diguna pada pelbagai jua keadaan.
Robot vacuum murah yang tidak mempunyai smart mapping adalah tidak berbaloi kerana pembersihannya yang kuran efektif.

Bolehkah vacuum robot menggantikan vacuum biasa?

Tidak, vacuum robot tidak dapat menggantikan vacuum biasa. Tetapi ia boleh membersihkan lantai setiap hari secara automatik. Jadi, kita hanya perlu membersihkan sudut yang tidak dicapai oleh vacuum robot, mungkin dalam seminggu sekali.

Perlukah saya mendapatkan vacuum robot dengan mop?

Ya, jika bajet anda mengizinkan. Kerana mop akan membantu mengangkat habuk halus yang tidak dapat diambil oleh vacuum.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.