5 Android TV Box Terbaik Malaysia

tv box terbaik malaysia

Android TV box amat popular sekarang kerana ekonomi yang mencabar dan perlahan di Malaysia. Ramai orang ingin mengurangkan perbelanjaan harian mereka.

TV Box adalah alternatif yang baik kepada perkhidmatan TV Astro kerana ia lebih murah.

Lazada dan Shopee menawarkan pelbagai jenis Android TV Box. Tetapi, adakah anda tahu TV box mana yang lebih baik untuk keperluan anda?

Di Shopee dan Lazada, terdapat TV box yang halah dan haram. TV box yang haram telah dipasang dengan app dan TV channels yang boleh menonton channel Astro secara percuma. Sekiranya kita memakai TV box jenis ini, kita boleh dipenjara dan disaman.

Apakah TV box terbaik di Malaysia

TV box terbaik di Malaysia 2022 ialah Mi TV Stick 4K. Ia murah, kecil dan mampu menstrim kandungan video 4K. Pengguna boleh set up Mi TV stick 4K dengan mudah walaupun tidak pandai dengan gadget atau teknologi.

Berikut adalah 5 TV box terbaik dan paling berbaloi beli di Malaysia:

  1. Android TV Box Ter baik – Xiaomi Mi TV Stick 4K
  2. Google TV Box Terbaik- Google Chromecast
  3. TV Box terbaik bawah RM200 – TiVo Stream 4K
  4. Android Box 4K Terbaik- Nvidia Shield TV
  5. TV Box 4K Terbaik- Apple TV 4K (2nd Gen)

1. Xiaomi Mi TV Stick 4K

Xiaomi Mi TV Stick 4K

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mi TV Stick 4K telah dilancarkan pada Januari 2022. Hardware Mi TV Stick 4K telah dipertingkatkan dengan banyak berbanding dengan Mi TV Stick.

Kini, ia boleh menstrim video 4K dan menyokong Dolby Atmos, DTS HD serta Dolby Vision.

Kelebihan

  • Penstriman video 4K dengan sokongan pelbagai codec
  • Harga berpatutan
  • Navigasi yang lancar
  • Android TV OS 11

Kekurangan

  • Menggunakan port micro-USB
  • Tiada port USB tambahan untuk external hard disk
  • Tidak menyokong Apple AirPlay

Spesifikasi Mi TV Stick 4K:

  • Resolusi Video – 4K
  • CPU – Quad-core Cortex-A35
  • GPU – Mali-G31 MP2
  • RAM – 2GB
  • Storage – 8GB
  • Operating System – Android TV 11
  • Connectivity – WiFi 2.4/5Ghz, Bluetooth 5.2
  • Support – DTS HD, Dolby Atmos, Dolby Vision

Mi TV Stick 4k dilengkapi dengan CPU dan GPU yang lebih berkuasa daripada Mi TV Stick yang asal.

Dengan kuasa CPU yang lebih tinggi dan RAM 2GB , ia kini boleh menstrim kandungan video HDR 4K dan menawarkan navigasi yang lancar kepada pengguna.

Mi TV Stick 4K menggunakan Android TV 11, yang merupakan versi Android TV terbaharu. Jadi, pengguna tidak perlu risau tentang masalah tak boleh install App Netflix atau sebarang app yang baru. 

Satu lagi peningkatan yang besar untuk Mi TV Stick 4K ialah sokongannya untuk pelbagai codec, termasuk Dolby Atmos, DTS HS, dan Dolby Vision. Pencinta filem pasti menyukainya dan dapat menikmati pengalaman filem yang mengasyikkan.

Selain itu, Mi TV Stick 4K menyokong sambungan WiFi dan Bluetooth tetapi tiada port yang LAN/ethernet cable.

Ia menyokong kedua-dua WiFi 2.4 GHz dan 5GHz serta Bluetooth 5.2.

Ia boleh bersambung ke Peranti Bluetooth lain dengan bagus dan lancar. Anda boleh menyambungkan sound bar, Bluetooth speaker, wireless headphones dan sebagainya.

Terdapat sedikit kekurangdan dengan Mi TV Stick 4K. Salah satunya ialah ia masih menggunakan port micro USB.

Dan ia juga tidak mempunyai port USB untuk external hard disk. Anda perlu membeli kabel OTG dengan USB Hub sekiranya anda ingin sambunkang hard disk.

Kesimpulannya, Xiaomi TV Stick 4K serba lengkap dan berbaloi beli. Dan kita boleh membawa TV Stick Xiaomi ke travel ataupun mana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil.


2. Google Chromecast 4K (4th Gen)

Google Chromecast 4K (4th Gen)

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Google Chromecast with Google TV merupakan TV stick yand cantik dan minimalis. Pengguna boleh menggunakannya untuk stream video 4K HDR video, tengok YouTube 4K dan Netflix 4K. 

Kelebihan

  • Strim video pada 4K HDR
  • Menyokong Dolby Vision dan Dolby Atmos
  • Sistem Google TV
  • Remote InfraRed
  • HDMI-CEC
  • Port USB-C

Kekurangan

  • Lebih mahal dari Mi TV Stick 4K
  • Tidak menyokong codec AV1

Spesifikasi Google Chromecast:

  • Resolusi video – 4K
  • CPU – Quad-core ARM Cortex-A55
  • GPU – Mali-G31 MP2
  • RAM – 2GB
  • Storage – 8GB
  • Operating System – Google TV
  • Connectivity – WiFi 2.4/5Ghz, Bluetooth 4.2
  • Support – DTS HD, Dolby Atmos, Dolby Vision

Google Chromecast berfungsi seperti Mi TV Stick 4K kecuali ia menggunakan sistem Google TV dan bukannya Android TV.

Sesetengah orang lebih menyukai interface Google TV yang menyegarkan, manakala yang lain mengadu bahawa ia lebih sukar digunakan.

Salah satu featuer terpenting bagi Google TV ialah ia menggabungkan semua perkhidmatan penstriman video ke dalam satu recommended watch list.

Pengguna tidak perlu klik ke dalam setiap app secara berasing untuk mencari rancangan TV.

Google Chromecast boleh memaparkan kandungan sehingga resolusi 4K dengan sokongan untuk HDR 10, HDR 10+, Dolby Vision, Dolby Atmos.

Tetapi ia tidak menyokong codec video AV1 yang diperlukan oleh YouTube untuk meningkatkan video berkualiti rendah seperti video 480p.

Google Chromecast menggunakan port USB-C, jadi ia adalah yang lebih baik daripada Mi TV Stick 4K dari segi port.

Walaupun ia menggunakan port USB-C, anda masih perlu menyambungkannya ke soket elektrik untuk menggunakannya.

Satu kelemahan Google Chromecast ialah ia hanya menggunakan Bluetooth 4.2. Walaupun Bluetooth 4.2 tidak mempunyai masalah menyambung ke Peranti Bluetooth yang lain tetapi diketahui bahawa Bluetooth 4.2 mempunyai jarak berkesan yang lebih kecil.

Secara keseluruhan, Google Chromecast TV merupakan Android TV stick 4K yang hebat dan disertakan dengan reka bentuk yang bergaya dan minimalis. Saya percaya jenama dan kualiti produk Google dapat menarik minat ramai walaupun ia lebih mahal daripada Mi TV Stick 4K.


3. TiVo Stream 4K

TiVo Stream 4K

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

TiVo Stream 4K adalah TV stick yang lebih murah dari Mi TV Stick 4K.  Ia mempunyai remote control yang lengkap dengan pad nombor dan pelbagai shortcut key yang mudah digunakan.

Kelebihan:

  • Strim video pada 4K HDR
  • Mampu milik
  • Senang untuk sambung hard disk
  • App TiVo Stream
  • Port USC-C-PD (Power Delivery)

Kekurangan:

  • Hardware sedikit outdated
  • OS Android TV 10
  • Kurang canggih berbanding Mi TV Stick 4K

Spesifikasi TiVo Stream 4K:

  • Resolusi Video – 4K
  • CPU – Quad-core ARM Cortex-A53
  • GPU – Mali-G31
  • RAM – 2GB
  • Storage – 8GB
  • Operating System – Google TV
  • Connectivity – WiFi 2.4/5Ghz, Bluetooth 4.2
  • Support – DTS HD, Dolby Atmos, Dolby Vision

Pada masa ini, TiVo Stream 4K dijual pada harga RM198, sedikit lebih murah daripada Mi TV Stick 4K yang dijual pada RM205.

TiVo Stream 4K telah dilancarkan pada tahun 2020. Oleh itu, hardware dan software TV stick TiVo Stream sudah oudated berbanding dengan Mi TV Stick 4k.

Sebagai contoh, TiVo Stream 4K berjalan pada Android TV 10 dan CPUnya juga lebih lemah sedikit.

Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan harian, ia tidak ada perbezaan yang ketara antara kedua-dua Android TV box TiVo dan Xiaomi .

Apabila bertukar antara App, mungkin pengguna boleh merasa sedikit delay dan lag, tetapi masalah ini berlaku pada kedua-dua Mi TV Stick 4K dan TiVo Stream 4K.

Salah satu kelebihan TiVo Stream 4K ialah TiVo stream app yang telah dipasang mempunyai 140+ TV channels free, termasuk Pluto TV, Tubi TV, Locast dan selainnya.

Walaupun hardware TiVo Stream 4K adalah sedikit lebih lemah, tetapi TiVo stream app dan remote controlnya yang mudah digunakan menjadikannya pilih TV box yang amat menarik.


4. Nvidia Shield TV

Nvidia Shield TV

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda mempunyai bajet yang besar untuk membeli Android box, anda boleh membeli Nvidia Shield TV Pro. Android TV box ini boleh menstrim video 4K dengan lancar dan menyokong audio Dolby Atmos.

Yang paling penting, ia meggunakan Nvidia AI untuk meningkatkan kualiti HD videos kepada 4K.

Kelebihan:

  • Teknologi AI upscaling
  • Interface yang simple dan smooth
  • Boleh digunakan sebagai Android gaming device
  • Remote locator
  • TV remote mempunyai backlighting
  • mempunyai port ethernet

Kekurangan:

  • Mahal
  • Sudah oudated

Nvidia Shield TV specifications:

  • Video resolution – 4K
  • CPU – NVIDIA Tegra X1+
  • GPU – 256-core NVIDIA GPU
  • RAM – 2GB
  • Storage – 8GB
  • Operating System – Google TV
  • Connectivity – WiFi 2.4/5Ghz, Bluetooth 4.2
  • Support – Dolby Atmos, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, DTS-X 

Nvidia Shield TV ialah stik TV yang kecil, bulat dan ergonomik . Ia direka sebagai Android TV box yang tidak menonjol dan boleh disembunyai di belakang TV.

Pada kedua-dua hujung TV stick ini terdapat port input dan output.

Pada satu hujung stik ini mempunyai port bekalan kuasa dan port LAN 1GBPS, dan hujung satu lagi mempunyai port HDMI & slot kad Micro SD.

Jadi, anda tidak perlu membeli USB hub atau OTG cable sekiranya anda ingin memasang external hard disk.

Both ends of the Nvidia Shield TV stick are inputs and outputs
Image credit: theverge.com and techhive.com

Nvidia Shield TV membezakan dirinya daripada pesaing lain dengan teknologi AI upscaling. Ia boleh meningkatkan video 720p atau 1080p kepada kualiti 4K supaya pengguna boleh menonton racangan TV tersebut dalam TV 4K dengan lebih selesa.

Nvidia Shield TV using AI upscaling technology

Teknologi AI upscaling Nvidia menjadikan video HD lebih tajam dan detail. Tetapi, ia tidak menyokong upscaling untuk video 60 fps.

Pengguna Nvidia Shield TV boleh bertukar rancangan dan app dengan lancar dan senang. Apple TV 4K adalah satu-satunya TV box yang menawarkan pengalaman yang setanding.

Dari segi sokoongan format video dan audio, Nvidia Shield TV adalah menyokong 4K HDR. Ia juga menyokong kandungan video Dolby Vision HDR dan HDR10. Ia juga menyokong Dolby Digital, Dolby Digital Plus, Dolby Atmos dan DTS-X.

Setakat ini, tiada Android box yang lain dalam pasaran setanding dengannya kecuali Amazon Fire TV Cube 4K (Tetapi ia tidak begitu mesra pengguna untuk pengguna Malaysia).

Satu-satunya aduan yang saya ada dengan Nvidia Shield TV ini ialah produk ini telah berusia 3 tahun pada 2022. Dan harganya tetap amat mahal.

Jadi, ia bukan idea yang baik untuk kebanyakan orang membelanja sebanyak RM800 pada bagi Android box yang telah lama ini.

Bagi pengguna yang mempunyai bajet yang cukup, Nvidia Shield TV pastinya adalah Android TV Box terbaik yang menawarkan pakej terbaik dari segi strim video, pengalaman pengguna dan kualiti gambar.


5. Apple TV 4K (2nd Gen)

Apple TV 4K (2nd Gen)

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Secara teknikal, Apple TV 4K adalah sebuah TV box tetapi ia bukan Android Box kerana ia menggunakan Apple TV OS. Jadi, pengguna tidak boleh memasang pelbagai third party app dalam Apple TV 4K.

Dengan Cip Bionic A12, Apple TV 4K memang TV box yang paling berkuasa di pasaran.

Kelebihan:

  • UI yang lebih baik daripada Android TV
  • Berfungsi dengan baik dengan Apple Airplay, Apple Photos, Apple Music
  • App dalam Apple TV biasanya lebih lengkap dan smooth
  • Remote control boleh dicaj
  • Cip A12 Bionic
  • Menyokong WiFi 6
  • HDMI 2.1

Kekurangan

  • Tiada teknologi AI upscaling 
  • Tidak fleksibel seperti Android TV
  • Tiada HDMI cable dalam kotak
  • Sangat mahal

Spesifikasi Apple TV 4K:

  • Resolusi Video – 4K
  • SoC – Apple Bionic A12
  • RAM – 2GB
  • Storage – 8GB
  • Operating System – Google TV
  • Connectivity – WiFi 2.4/5Ghz, Bluetooth 4.2
  • Support – Dolby Atmos, Dolby Vision, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, DTS-X 

Apple TV 4K mempunyai UI yang lagi cantik berbanding Android TV Box . Kualiti TV box Apple berasa amat premium dan navigasi dalam app pun sangat lancar.

Apple tvOS menyediakan rekomen video daripada semua streaming servis yang telah disubsribe. Fungsi ini telah dicontohi oleh Google TV dan TiVo Stream App.

Kelebihan Apple TV 4K ialah appnya yang lebih stabil dan sempurna. Contohnya, sesetengah rancangan TV tidak dapat strim 4K dalam Disney+ atau Hulu pada Android TV, tetapi masalah seperti ini tidak pernah berlaku pada Apple TV.

Jika anda memiliki Apple HomePod, Apple TV 4K juga boleh berfungsi sebagai “hub” untuk HomeKit Accesories yang lain.

Ia mempunyai fungsi “Thread” yang menyambungkan semua gadget Apple dengan cepat dan stabil.

Selain itu, Apple TV 4K menyokong WiFi 6, ia adalah mempunyai sambungan WiFi yang sangat baik dan tidak akan ketinggalan zaman.

Selain itu, Apple TV 4K dilengkapi dengan alat kawalan jauh Siri yang unik. Siri Remote mempunyai bateri terbina dalam dan ia boleh dicas semula melalui Lightning cable. Dan ia menyokong “gesture control” seperti mousepad.

Apple TV 4K dibina pada standard yang tinggi dan berasa premium. Ia sesuai untuk peminat Apple yang menikmati ekosistem Apple.


TV Box lain yang baik

Review Mecool KM2/KM2 Plus

Mecool KM 2 ialah Android box yang dikeluarkan pada tahun 2021 dan diperakui menyokong Netflix 4K.

Untuk menstrim Netflix 4K, pengeluar TV box mesti membayar yuran pelesenan kepada Netflix. Itulah sebabnya banyak kotak Android tidak dapat menstrim Netflix dalam 4K.

TV box Mecool KM2 meggunakan sistem Android TV 10. Hardwarenya lebih canggih daripada Mi Box S. Ia dilengkapi dengan SoC Amlogic S905X2, 2GB DDR4, dan saiz storan 8GB. 

MECOOL KM2 juga lebih banyak port seperti dua port USB, slot kad SD, port Ethernet dan output SPDIF.

Model terkini Mecool KM2 Plus telan dilancarkan pada tahun 2022. Ia menggunakan Android TV11 dan saiz storage 16GB. Ia juga direkomen oleh member Lowyat forum sebagai Android box terbaik bagi Astro Go.

Review Amazon Fire TV Stick 4K Max

Amazon Fire TV Stick 4K Max merupakan TV stick yang menarik. Harga dan spesifikasinya hampir sama dengan Mi TV Stick 4K .

Ia boleh stream video 4K playback dan menyokong Dolby Vision, HDR10, HDR10, Dolby Digital Plus dan Dolby Atmos.

Perbezaan utama antara Fire TV Stick 4K dan Mi TV Stick 4K ialah sokongan WiFi dan Fire OS.

Fire TV Stick 4K menggunakan cip yang lebih baik kerana ia menyokong WiFi 6 connection. Tetapi ia menggunakan sistem FireOS.

Keburukan Fire OS ialah ia mempunyai lebih banyak iklan dan pengguna perlu set up TV stick tersebut dengan akaun Amazon.

Sekiranya anda boleh menerima Fire OS dan membuka akaun Amazon, saya akan rekomen anda membeli Fire TV Stick 4K Max dan bukannya Google Chromecast dan TiVo Stream 4K.


TV box yang lain-lain

Review Mi TV Stick

Xiaomi’s Mi TV stick hanya boleh stream dalam 1080p. Cipnya lebih lemah dan ia hanya mempunyai RAM memory 1GB.

Terdapat banyak aduan bahawa prestasi Mi TV Stick agak lembap dan mengalami masalah “overheat”.

Oleh itu, saya tidak rekomen membeli Mi TV Stick HD/1080P version.

Review Realme Stick 4K

Realme Stick 4K merupakan TV stick yang menggunakan Android TV 11 dan boleh stream video 4K HDR. Ia mempunyai hardware yang menyerupai Mi TV Stick 4K.

Kelemahan terbesar pada Stik Realme ialah kekurangan sokongan untuk Dolby Vision dan Dolby Atmos.

Walau bagaimanapun, Realme Stick 4K tetap merupakan pilihan TV stik murah yang baik. 

Review Amazon Fire TV Cube (2nd-Gen)

Amazon Fire TV cube amat berkuasa dan menyokong strim Netflix 4K. Ia mendapat banyak review yang positif daripada pengguna

TV Cube Amazon mempunyai Alexa terbina dalam. Ia juga boleh berfungsi sebagai smart home automation hub.

Tetapi, di Malaysia, saya tidak rekomen membeli Amazon Fire TV Cube kerana pengguna Malaysia tidak biasa mengguna sistem Amazon.

Review Long TV

Dengan harga RM399, LongTV mempunyai hardware yang lemah dan ketinggalan zaman.

Dan terdapat banyak third-party sellers yang memasang app yang haram dalam Long TV untuk strim content Astro secara free.

Jadi, saya tidak mengesyorkan pengguna Malaysia membeli salah Long TV box. Tetapi, saya faham bahawa ramai pengguna yang menyukai kotak TV jenis ini kerana ia tiada caj bulanan dan boleh diguna dengan serta merta.

Review Tanix 6S

Sebelum ini, Tanix 6S disyorkan. Tetapi saya telah memutuskan untuk mengeluarkannya dari senarai saya kerana ia telah dipasang dengan App dan Program yang berkemungkinan menyalahi undang-undang Malaysia.

Lagi, Mi TV Stick 4K lebih murah daripadanya. Jadi, saya rasa tidak bermakna untuk membelanja RM200 untuk membeli TV box berkualiti rendah seperti Tanix 6S.

Review Beelink GT King Pro

Beelink GT King Pro merupakan Android box yang sangat powerful. Ia meggunakan cip AMlogic S922X, Mali-G52MP6 GPU, 4GB RAM, dan internal storage 64GB . 

Dari segi benchmark prestasi, tiada beberapa Android box di pasaran yang boleh bertanding dengannya.

Walaupun Beelink Android box amat berkuasa, tetapi ia tidak menggunakan Android TV OS. Ia direka khas bagi pengguna hobbyist yang ingin sideload app atau Plex di Android box tersebut.

Review EVpads TV Box

EVpad sering ditayangkan sebagai TV Box yang anda hanya perlu bayar sekali dan boleh menonton rancangan TV premium secara percuma.

Saya ingin mengingati bahawa Android TV box jenis ini adalah haram, dan pelanggan TV box ini boleh dikenakan penalti jika ditangkap.

Sekarang, terdapat banyak model seperti EVPAD 6P, EVAPAD 5X, EVPAD 5S dan lain-lain.

Anda dapat melihat bahawa banyak penjual “bundle” pelbagi hadiah percuma untuk menjualkan TV box EVPAD.

Ini adalah satu petanda yang buruk, dan ini bermakna penjual terdesak untuk menjual EVPAD dengan secepat mungkin.

Kita mesti elakkan dari membeli EVPAD TV Box.

Revoew SVICloud 8P

SVICloud 8P ialah satu lagi jenamaTV box yang mencurigakan. Ia sama seperti EVPAD.

Ia mempunyai spesifikasi yang tidak masuk akal seperti penstriman resolusi video 6K dan 8K. Selain itu, ia mendakwa menyokong WiFi 5.8Ghz, yang tidak wujud.

Selain itu, banyak penjual mendakwa bahawa TV box SVICloud boleh menontonb eribu-ribu filem, dan banyak saluran secarapercuma.

Saya menasihati para pengguna agar berhati-hati dan tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.

Jangan beli mana-mana Kotak TV SVICloud!


TV Box FAQ

Apakah TV box terbaik di Malaysia

Mi TV Stick 4K ialah kotak TV terbaik untuk kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia mesra pengguna dan sistemnya amat lancar. Yang paling penting, harganya yang berpatutan dan boleh menstrim kandungan 4K.

Bolehkah TV Box berfungsi tanpa internet/WiFi?

Tidak, kotak Android TV tidak boleh berfungsi tanpa internet. Ia memerlukan sambungan internet yang stabil dan pantas untuk menstrim video dengan lancar. Kandungan video 4K akan memerlukan kelajuan internet yang lebih pantas.

Apakah kelajuan internet yang disyorkan untuk kotak TV 4K?

Untuk stream kandungan video 4k, adalah disyorkan untuk mempunyai kelajuan internet 30Mbps dan ke atas.

Adakah terdapat kotak TV dengan semua saluran percuma?

Tidak, kotak TV yang menstrim kandungan premium seperti Astro Sport secara percuma adalah haram untuk digunakan.

Adakah kotak TV sah digunakan di Malaysia?

Ya, kotak TV adalah sah di Malaysia. Tetapi penstriman kandungan video premium secara percuma adalah salah di sisi undang-undang. Anda boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 6 bulan kerana menggunakan kotak TV untuk menstrim kandungan haram.

Bagaimanakah saya memilih kotak TV yang betul?

Untuk memilih kotak TV yang baik, anda perlu memberi perhatian kepada empat kriteria utama: sokongan 4K, sokongan codec, sistem pengendalian dan prestasi perkakasan.

Apakah TV box terbaik bagi Saluran Astro?

Kotak TV terbaik dengan Saluran Astro ialah Astro Ultra Box dan Astro Ulti Box. Astro berhasrat untuk memastikan perkhidmatan Astro eksklusif kepada pelanggan Astro, jadi tiada cara lain yang membenarkan kita memasang Astro Go pada kotak TV Android jenama lain.

Adakah saya masih memerlukan kotak TV jika saya menggunakan Smart TV?

Ia bergantung. Kita masih boleh menggunakan kotak TV pada Smart TV sekiranya sekiranya anda lebih suka Android TV OS. Kerana SmartTV Samsung dan LG tidak menggunakan Android TV OS. Kotak TV juga menyediakan lebih banyak storan dan penstriman video yang lebih lancar daripada Smart TV bajet, yang biasanya mempunyai storan terhad dan perkakasan yang kurang berkuasa.


Kesimpulan

Saya percaya bahawa untuk mendapatkan pengalaman IPTV yang memuaskan, langganan perkhidmatan penstriman video berbayar seperti Netflix dan Disney+ adalah amat penting.

Anda boleh memilih daripada Viu, DimSum, Netflix, iflix, Disney+ dan sebagainya, bergantung pada kegemaran anda sendiri. Viu untuk mereka yang suka drama Korea. DimSum untuk drama Asia. Dan Netflix untuk kandungan video barat terbaru serta Siri Original Netflix.

Untuk memastikan video boleh stream dengan stabil dan pantas, kita perlu pelan broadband yang pantas dan WiFi router yang bagus.

Sekiranya anda rasa TV box terlalu rumit, anda boleh terus membeli Smart TV sahaja.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.