5 Vacuum Cordless Terbaik di Malaysia

cordless vakum terbaik malaysia

Ramai yang akan bersetuju bahawa kerja rumah adalah amat membosankan. Terutama sekali apabila anda perlu mengemas rumah setiap hari, lebih-lebih lagi membersihkan lantai boleh memakan masa yang lama.

Smart appliances seperti cordless vaccum dan vakum robot boleh membantu kita. Vakum seperti ini adalah sangat cekap serta mudah untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, vakum robot bukanlah satu pengganti penyapu yang sempurna. Sebagai contoh, vakum robot tidak dapat membersih dengan berkesan dalam rumah yang bereka bentuk rumit dan sempit.

Oleh itu, saya rasa cordless vacuum adalah vakum lebih baik untuk membersikan rumah dengan lebih teliti

Cordless vacuum terbaik di Malaysia

Faktor-faktor penting bagi vakum jenis entry-level adalah harga, jangka hayat batteri, kemudahan dan keselesaan penggunaan, aksesori dan kekuatan sedutan

Untuk vakum premium pula, kami akan melihat kriteria seperti sistem penapisan, berat, tahap bunyi bising, dan fungsi-fungsi tambahan. Sistem penapisan dan tahap bunyi bising adalah dua pembeza terbesar antara vakum budget dan premium.

Berikut adalah 5 cordless vacuum terbaik di Malaysia:

  1. Cordless Vacuum Budget terbaik: Airbot iRoom 2.0
  2. Cordless Vacuum Mop Kombo terbaik: Tineco iFloor Wet Dry & Mop Cordless Vacuum
  3. Vacuum handheld terbaik: Xiaomi Trouver Power 11
  4. Pengganti Dyson terbaik: Roborock H7
  5. Cordless Vacuum paling ringan: Dyson V12 Detect Slim Total Clean

Sponsored: Dream T30 – Great Dyson V12 Alternatives

5 vacuum cordless terbaik di malaysia 2022 12 22 11 51 06 400539

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda berminat dengan vakum Dyson, anda mesti perlu melihat Dreame T30. Ia adalah alternatif terbaik bagi Dyson tetapi lebih murah.

Ia menawarkan prestasi dan ciri yang hampir serupa seperti Dyson V12 pada separuh kos, iaitu hanya harga promosi RM1,399 (Harga biasa: RM2099)! 

Jom baca lebih lanjut.

Dreame T30 mempunyai Kuasa Sedutan 190AW yang luar biasa. Dengan mod Eco, ia boleh vakum secara berterusan selama 90 minit, lebih lama daripada model vakum yang lain, cth: Dyson V15 hanya bertahan selama 60 minit.

Vakum ini mempunyai sistem penggantian bateri yang mudah sekiranya anda perlu mengvakum untuk tempoh yang lama. Selepas menukarkan bateri, anda boleh terus vakum dan membersih rumah.

Selain itu, terdapat beberapa ciri lain yang unik pada Dreame T30, termasuk auto-adapt cleaning mode, HD LED screen dengan dust level monitoring, electronic lock button, sistem filter 5-lapisan, and anti-tangle V-shaped roller brush.

.

5 vacuum cordless terbaik di malaysia 2022 12 22 12 22 15 349194

Dalam Mod Auto, Dreame T30 boleh mengesan habuk di hadapan dan melaraskan kuasa sedutan secara automatik. Selain itu, Ia juga akan meningkatkan kuasa sedutannya pada permaidani untuk mengvakum dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, ia datang dengan banyak aksesori yang praktikal dan berguna, seperti crevice nozzle, dust mite attachment, 2-in-1 brush, soft dusting brush, dan extension hose.

Ia juga mempunyai flexible adapter yang membolehkan vakum membengkok dan pengguna boleh mengvakum bawah sofa tanpa membongkok.


1. Airbot iRoom 2.0

Cordless Vacuum Budget Terbaik

4.9 daripada 5.0 bintang | 28,600+ ratings

Best Budget Cordless Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Airbot iRoom 2.0 merupakan cordless vacuum budget yang sangat berbaloi. Ia amatlah ringan dengan hanya 1.6kg, lebih ringan daripada Dyson V12 Slim.

Ia juga merupakan cordless vacuum kedua terlaris di Shopee, dengan jumlah jualan hampir 50,000 unit. Vakum PerySmith X Bossman Kaden PRO K2 merupakan vakum yang terlaris di Shopee, tetapi harganya lebih mahal daripada Airbot iRoom 2.0.

Saya berpendapat bahawa prestasi kedua-dua vakum ini tidaklah jauh berbeza. Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk mendapatkan Airbot iRoom2.0 kerana ia lebih berpatutan.

Vakum ini lengkap dengan aksesori seperti berus lantai bermotor, kepala sambungan tambahan, berus lembut, dan tapak mengecas. Set ini mempunyai hampir semua kelengkapan yang anda perlu untuk mengemas rumah.

Airbot iRoom 2.0 packing list

Airbot iRoom 2.0 dikuasai brushless DC Motor, dan mempunyai dua kawalan kelajuan iaitu:

  • Mod rendah – sedutan yang sederhana, lebih energy saving, dan berbunyi minimal
  • Mod tinggi – sedutan kuat untuk pembersihan menyeluruh pada hard floor dan juga karpet

Kekuatan sedutan maksimum adalah pada 19,000Pa.

Airbot iRoom mempunyai kapasiti bateri 2200mAh, dan boleh digunakan selama 35 minit pada mod rendah dan selama 10 minit pada mod tinggi.

Vakum ini juga mempunyai indikator LED yang menunjukkan kapasiti bateri semasa supaya anda ketahui apabila bateri hampir kehabisan caj.

Penggunaan vakum ini boleh ditambah baik dengan aksesori tambahan seperti dustmite brush, vacuum stand and flexible hose. Tetapi, ia perlu dibeli berasingan

Airbot iRoom 2.0 menggunakan sistem penapisan multi-stage yang terdiri daripada pra-penapis stainless steel, HEPA filter disk, dan filter cyclone.

Secara keseluruhannya, vakum ini merupakan vakum budget paling berbaloi yang bernilai dibawah RM300. Ia bukan saja boleh membersihkan lantai, malah juga langsir, almari, tilam dan banyak lagi tanpa sebarang masalah.


2. Tineco iFloor Wet Dry & Mop Cordless Vacuum

Cordless Vacuum Mop kombo terbaik

4.9 daripada 5.0 bintang| 1,300+ ratings

Best Cordless Vacuum Mop Combo

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Tineco iFLOOR dapat menjimatkan masa anda kerana ia boleh vakum dan mop lantai dengan serentak. Walaupun ia agak besar, ia memudahkan kerja bagi mereka yang sentiasa perlu membersihkan lantai mereka.

Lihat demonstrasi dan review Tineco iFloor dalan video di bawah:

Akan tetapi, vakum Tineco iFloor ini jauh lebih berat daripada cordless vacuum yang lain, beratnya hampir 3.35kg.

Perlu juga diingatkan, apabila air diisi ke dalam vakum tersebut, ia akan menjadi lebih berat lagi.

Akibatnya, ia tidak akan bergerak dengan lancar seperti cordless vacuum biasa yang lain.

Cordless vacuum wet and dry Tineco ini mempunyai kapasiti bateri 2500mAH. Ia hanya boleh digunakan selama 22 minit dalam satu masa. Ini merupakan satu jangka masa yang pendek berbanding dengan cordless vacuum yang lain.

Oleh itu, vakum ini tidak sesuai bagi mereka yang tinggal di rumah besar yang memerlukan penggunaan vakum yang lebih lama.

Vakum ini terdapat beberapa kelemahan yang lain:

  • Seperti yang dinyatakan dalam video di atas, vakum ini bukan bertujuan untuk membersihkan kotoran yang basah. Ia adalah amat sukar untuk membersihkan kotoran pada aksesori vakum ini.
  • Jika anda mengisi tangi air terlalu penuh, air kotor mungkin akan melimpah keluar semasa menggunakannya. Anda harus pastikan air berada di bawah paras maksimum.
  • Kekuatan sedutan juga kurang ideal pada 3800Pa.

Disebalik kekurangan ini, ramai pengguna yang memuji vakum Tineco iFloor kerana kemudahannya untuk membersih lantai dengan cepat.

Tambahan pula penggunaan wet vacuum seperti ini boleh mengurangkan habuk berterbangan merata-rata ketika anda menggunakannya.


3. Xiaomi Trouver Power 11

Vakum handheld terbaik

5.0 daripada 5.0 bintang | 62 ratings

Best Cordless Stick Vacuum For Most People

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jenama Trouver merupakan subsidiari kepada jenama Dreame yang merupakan rangkaian produk ecological di bawah brand Xiaomi.

Oleh itu, vakum ini bukanlah produk Xiaomi. Tetapi mereka mempunyai kualiti yang sama seperti kualiti barangan keluaran Xiaomi.

Antara ciri-ciri kelebihan vakum Trouver Power 11 adalah seperti berikut:

  • Pemegang yang ergonomik
  • Penggunaan yang lama iaitu selama 60 minit
  • Mudah untuk mengosongkan takungan habuk
  • Kekuatan sedutan maksimum yang kuat – 20,000Pa
  • Berat yang sederhana pada 1.45kg
  • Skrin LED yang cantik
  • Tiga mod
  • Bateri mudah untuk diganti

Selain itu, vakum ini lengkap dengan aksesori seperti motorised floor brush, a mite removal brush, dan 2-in-1 flat suction nozzle.

Vakum ini mempunyai sistem 5 peringkat penapisan yang memastikan habuk berada pada tahap minimum semasa vakum.

Secara keseluruhannya, Vakum Trouver Power 11 ini adalah vakum kegemaran saya untuk cordless vacuum terbaik bawah RM500. Kualiti binaan vakum ini juga amat baik dan mempunyai reka bentuk minimalis.


4. Roborock H7

Alternatif Vakum Dyson Terbaik

4.8 daripada 5.0 bintang | 34 ratings

Best Dyson Alternative

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Brand Roborock terkenal dengan robot vacuum dan cordless vacuum yang berkualiti tinggi. Roborock H7 merupakan pilihan saya sebagai pengganti alternatif Dyson yang terbaik.

Harga biasa vakum ini adalah sekitar RM1,799, tetapi jika terdapat promosi, harga vakum ini serendah RM1,499 sahaja.

Roborock H7 ini mempunyai kekuatan sedutan 60 air watts yang boleh berfungsi selama 90 minit tanpa henti.

Vakum ini mempunyai 5 lapisan penapisan termasuk penapisan HEPA yang boleh memerangkap 99.99% partikel.

Tapi, satu perkara yang agak mengecewakan adalah ia gagal dalam smoke test yang ditunjukkan dalam video di atas. (Untuk makluman, hanya vakum Dyson dan vakum premium saja yang lulus smoke leakage test ). Fungsi ini adalah penting pengguna yang ada alahan pada habuk.

Bagi pengguna yang ada alahan, bolehlah pakaikan dust bag untuk mengelakkan habuk mikro bertaburan di udara.

Ciri-ciri premium Roborock H7 lain adalah seperti berikut:

  • Aksesori bermagnet yang memudahkan penyimpanan
  • Bateri LIPO yang mempunyai fast charging (2.5 jam saja untuk cas penuh)
  • Boleh menggunakan dust bag
  • Ringan, 1.46kg
  • Paparan OLED
  • Operasi yang senyap
  • Kemudahan power lock untuk penggunaan vakum berterusan
  • Kunci keselamatan kanak-kanak
  • Mod boost automatic untuk karpet seperti yang terdapat pada vakum Roborock S7
  • Pemegang yang ergonomik

Vakum Roborock H7 lengkap dengan aksesori seperti flex tube, crevice tool, dusting brush, motorised mini brush, motorised soft-bristle brush.

Cordless vacuum Roborock H7 yang serba boleh ini memang antara hadiah yang terbaik bagi mak, isteri.


5. Dyson V12 Detect Slim Total Clean

Cordless Vacuum ringan terbaik

Best Lightweight Cordless Vacuum

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Dyson V12 Detect Slim Total Clean adalah pilihan saya bagi cordless vacuum yang paling ringan. Dyson sering meraih kedudukan yang tinggi dalam ranking cordless vacuum.

Walaupun Dyson dijual dengan harga yang mahal, ia tetap menjadi “king” dalam dunia cordless vacuum, dan pesaingnya sukar untuk mengatasinya.

Dyson’s V12 Detect Slim berharga RM3,599, dan saya rasa harga ni terlampau tinggi bagi sebahagian besar family di Malaysia. Jadi, rancangkan bajet anda dulu sebelum membeli Dyson V12 Vacuum.

Dyson Detect Slim series mempunyai pelbagai ciri yang unik seperti laser slim Fluffy cleaner head yang berfungsi untuk mengesan serpihan habuk atau kotoran yang kita tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Modal ini merupakan modal Dyson yang paling ringan, 2.2kg. Walaupun saiznya yang kecil, kekuatan sedutannya agak tinggi pada 150 air watts.

Lihat review oleh Jayce Ooi:

Dyson V12 Detect Slim Total Clean dilengkapi dengan beberapa aksesori yang berguna seperti:

  • Laser Slim Fluffy cleaner head
  • Direct Drive cleaner head 
  • Hair Screw tool
  • Quick-release combination tool
  • Quick-release mini soft dusting brush
  • Quick-release stubborn dirt brush
  • Reach Under tool
  • Light pipe
  • Wand clip
  • Docking Station

Dengan aksesori yang diberi, anda berkemampuan untuk membersih segala tempat tanpa mengira apa jua keadaan.

Sistem fully-sealed filtration Dyson juga merupakan salah satu sebab ramai pengguna memilih Dyson, dimana 99.97% partikel mikroskopik dapat ditangkap. Malah, ia juga lulus dalam smoke leakage test.

Oleh itu, vakum ini adalah terbaik untuk mereka yang mempunyai alahan.

Selain itu, Dyson juga mempunyai ciri-ciri premium yang lain seperti:

  • Melaraskan kuasa sedutan secara automarik berdasarkan jumlah habuk yang dikesan
  • Sensor habuk dan skrin LCD yang menunjukkan apa yang disedut in real-time.
  • Motor Dyson Hyperdymium yang boleh berputar sehingga 125,000 rpm
  • Anti-static carbon fibre filament
  • Teknologi mengosongkan bin secara point-and-shoot, no-touch.

Dyson sering menambah baik produk mereka dan kini produk Dyson mempunyai sistem bateri click-in yang mudah.

Pengguna Dyson V12 Detect Slim tidak perlu lagi risau tentang penggantian bateri. Jika bateri anda rosak, anda boleh memesan dan mengganti bateri baru daripada laman web rasmi Dyson atau kedai Dyson.


Pilihan sebelum ini

Review Roidmi X20/X30 Review

Roidmi X30 Pro cordless vacuum kekal sebagai salah satu vakum kegemaran saya. Ia mempunyai kepala mop untuk mop lantai.

Ia mempunyai kuasa sedutan yang tinggi, bertahan selama 70 minit dan mempunyai pengecasan yang pantas. Ia juga mempunyai skrin OLED yang cantik dan sistem penapisan 6-peringkat.

Review Dibea D18 Review

Walaupun saya masih mengesyorkan D18, tetapi kini vakum Airbot adalah lebih murah berbanding D18.

D18 mempunyai warranti selama 2 tahun, lebih lama dari warranti Airbot (12 bulan).

Dyson V11 Absolute Review

Dyson V11 adalah vakum Dyson yang bersaiz standard. Vakum ini mempunyai sedutan yang lebih kuat tetapi lebih berat daripada Detect Slim.

Dyson modal lama perlu pengguna sentiasa menekan butang power untuk vakum berfungsi. Ini agak memenatkan jika anda perlu mengvakum untuk satu jangka masa yang lama.

Oleh itu, Dyson Detect Slim yang baru sememangnya pilihan yang lebih baik.


Pesaing

Corvan Cordless Vacuum Review (vs Dyson vs Roborock)

Corvan cordless vacuum adalah pilihan yang terbaik bagi jenama tempatan. Ia mempunyai customer service centre fizikal.

Kita semua ketahui betapa menyusahkan untuk menuntut warranti apatah lagi jika tiada customer service centre di Malaysia.

Peralatan meraka yang paling laris adalah Corvan K9 vacuum, Corvan PicaMop T7 dan Corvan K6. Kesemua peralatan ini mendapat review yang baik.

Russel Taylor Cordless Vacuum Review

Beribu-ribu unit Russell Taylor cordless vacuum VC20, VC-22 dan VC-25 telah terjual.

Namun pada saya, ia tidak disyorkan untuk membeli kerana ramai yang mengadu bahawa produk mereka berkualiti rendah dan kekuatan sedutan agak lemah.

Tambahan pula, model basic yang murah tidak disertakan dengan berus bermotor. Jadi, saya tidak menggalakkan untuk membelinya.

PerySmith Cordless Vacuum Review (vs Airbot vs Dyson)

Di Shopee, jualan PerySmith cordless vacuum adalah sangat laris. Antara model vakum terlaris mereka adalah PerySmith Xtreme XS20, Kaden Pro K2/K3, dan X50.

Memandangkan Airbot juga mempunyai produk pada harga yang sama malah ada yang lebih murah, saya mengesyorkan untuk membeli Airbot cordless vacuum.

Vakum PerySminth Xtreme X10 tidak mempunyai berus yang bermotor dan ini akan mengurangkan kecekapan dalam memerangkap habuk dan kotoran.

Riino, Electrova, Morse, Hericaine Cordless Vacuum Review (vs Airbot and others)

Jenama vakum yang kurang established mungkin baik ataupun tidak. Kemungkinan besar mereka juga dihasilkan oleh pengilang OEM yang sama untuk Airbot, PerySmith, dan lain-lain.

Jika anda tertarik dengan harga murah mereka, anda boleh mencubanya.

Saya lebih menggalakkan pengguna membeli daripada jenama yang terkenal. Ini adalah sebab tuntutan warranti dan repair adalah lebih mudah apabila kita membeli dengan jenama yang bereputasi baik.

Terdapat banyak penjual Shopee yang mempromosikan vakum sebagai “Panasonic Style”, “Samsung Style”, atau “Dyson Style” cordless vacuum, jangan sesekali beli dengan seller-seller tu kerana ini adalah taktik penipuan untuk menjual vakum tiruan yang berkualiti rendah.


Soalan Lazim Cordless Vacuum

Jenama cordless vacuum mana yang terbaik?

Dyson adalah jenama yang paling popular di Malaysia malah di dunia. Jika anda inginkan vakum yang lebih murah, pilihlah vakum dari Airbot atau Trouver.
Jenama mid-range terbaik adalah Roborock, Roidmi, Xiaomi dan Tineco.

Apakah cordless vacuum yang paling berkuasa?

Dyson V12 Detect Slim adalah cordless vacuum yang kami cadangkan. Ia mempunyai kekuatan sedutan 150 air watts.
Ia mempunyai design yang slim dan ringan memudahkan kerja membersihkan rumah.

Adakah cordless vacuum berbaloi?

Ya, ia lebih mudah daripada corded vacuum (berwayar) tetapi kekuatan sedutan adalah kurang berbanding dengan corded vacuum.
Cordless vacuum (tanpa wayar) selalu akan dilengkapi dengan berus bermotor supaya ia dapat membersihkan habuk dan kotoran lebih berkesan walaupun kekuatan sedutannya lebih rendah.

Corded atau cordless vacuum lebih baik?

Corded vacum mempunyai kekuatan sedutan jauh lebih baik tetapi ia adalah susah untuk dibawa sekitar rumah dan sentiasa perlu mencari soket elektrik. Cordless vacuum lebih senang dan mudah untuk dibawa dan digunakan di sekitar rumah.

Berapa lama bateri cordless vacuum batteries bertahan?

Cordless vacuum biasa boleh bertahan selama 30 hingga 40 minit bagi modal bajet.
Modal premium pula boleh bertahan selama 60 hingga 75 minit.
Jika anda menggunakan cordless vacuum bersama berus bermotor, kebiasaanya bateri tidak tahan begitu lama kerana berus tersebut juga memerlukan kuasa untuk berfungsi.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tekkaus
2 years ago

I still believe Dyson is the best. 🙂