7 Penapis Air Rumah Terbaik Malaysia

penapis air terbaik malaysia

Di Malaysia, penapis air adalah wajib ada di setiap rumah. Walaupun bekalan air kami telah dirawat di loji, tetapi kualiti air sangat berbeza di setiap kawasan.

Sebahagian rumah dapat bekalan air yang keruh. Dan ada juga mendapat bekalan air yang berbau.

Kualiti air yang bersih adalah amat penting untuk kesihatan kita. Minum air kotor atau yang tercemar untuk tempoh yang lama boleh menjejas kesihatan kita.

NOTA: Saya menggalakkan semua orang untuk memasang penapis air luar rumah untuk memastikan bekalan di seluruh rumah bersih. Selain itu, ia boleh memanjangkan hayat penapis air rumah anda.

Untuk mencari penapis air terbaik di Malaysia, kami telah menyemak jenama penapis air seperti Cuckoo, Coway, 3M, Panasonic, Diamond, Nesh, Panasonic, Amway dan Aquasana.

Apakah penapis air terbaik di Malaysia?

Penapis air terbaik di Malaysia ialah Aquasana AQ-5300+ kerana ia mempunyai harga yang berpatutan, diperakui oleh NSF dan boleh mengekalkan kadar aliran yang sangat tinggi.

Yang paling penting, anda tidak perlu membayar sebarang sewa bulanan. Cartridge penapis juga boleh dibeli di Shopee dan Lazada dengan senang, , jadi anda boleh servis penapis tersebut dengan senang.

Mari lihat 5 penapis air terbaik di Malaysia:

  1. Penapis Air Terbaik di Malaysia: Aquasana AQ5300
  2. Penapis Air dengan Air Panas Terbaik: BACFREE Watero
  3. Penapis Air RO Terbaik: Xiaomi RO Water Purifier MRH112
  4. Penapis Air Mudah Pasang Murah: Midea MC122-2
  5. Penapis Air Mudah Pasang Terbaik: Xiaomi Water Faucet Purifier
  6. Penapis Air Tabletop Terbaik: Aquasana AQ4000
  7. Penapis Air Tabletop Murah: Panasonic TK-CS20

1. Aquasana AQ5300+

Penapis Air Terbaik Malaysia

Aquasana AQ5300+

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kami telah memilih Aquasana AQ-5300+ sebagai penapis air terbaik di Malaysia kerana ia adalah salah satu daripada beberapa penapis air yang menerima pensijilan daripada NSF. Ini merupakan faktor utama yang membezakan penapis air Aquasana daripada pesaingnya

Ia telah memperolehi sebanyak 4 Pensijilan Piawaian NSF yang agak luar biasa, termasuk NSF 42, NSF 53, NSF 401 dan NSF P473.

Anda boleh mengetahui lebih banyak butiran mengenai pelbagai piawai NSF pada laman web rasmi NSF.

Untuk mencapai kualiti penapisan yang tinggi, AQ-5300+ menggunakan sistem penapis Claryum tiga-peringkat seperti berikut:

  • Activated Carbon –menapis plumbum, merkuri, dan membuang bahan kimia sintetik (farmaseutikal, racun herba, racun perosak), dengan penapisan mekanikal
  • Ion-Exchange – menapis logam berat (plumbum, merkuri).
  • Catalytic Carbon –menapis sedimen, mengurangkan zarah mikroskopik, mengurangkan bau dengan ketara, menghilangkan klorin dan kloramina
  • 20M sediment filter – buang karat, sedimen, dan pasir.

Dengan sistem penapisan ini, air menjadi lebih bersih, pH lebih stabil, bahan cemar berkurangan, dan mineral yang sihat, cth: Kalsium, Potassium dan Magnesium pula masih boleh dikekalkan.

Selain itu, penapis air Aquasana sangat fleksibel kerana ia boleh dipasang di bawah sinki atau meletakkannya di atas kaunter. Ia dilengkapi dengan paip pendispensan air kendiri untuk pengguna memasang di mana sahaja mereka suka.

Berbeza dengan Coway dan Cuckoo, kebaikan menggunakan Aquasana ialah pengguna boleh servis dan tukar kartrij penapis sendiri.

Biasanya, isi rumah perlu menukar kartrij mereka setiap 6 bulan, yang bermaksud hanya RM0.08 seliter.

Secara keseluruhannya, penapis air Aquasana AQ-5300+ adalah pilihan terbaik kerana ia menyediakan penapisan air minuman yang hebat pada harga yang sangat berpatutan.

Secara keseluruhannya, penapis air Aquasana AQ-5300+ adalah pilihan water filter rumah yang terbaik kerana ia menapis air dengan bersih pada harga yang sangat berpatutan.

Kebaikan:

  • Penapis air yang disahkan oleh NSF
  • Air yang lebih bersih dan rasa air yang lebih baik
  • Menyingkir 99% bahan pencemar
  • Mudah untuk servis

Keburukan:

  • Tiada

2. BACFREE Watero

Best Water Filter with Hot Water

BACFREE Watero

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Bacfree ialah jenama tempatan Malaysia. Ia tidak terkenal seperti Coway ataupun Cuckoo tetapi jenama ini telah wujud lebih daripada 30 tahun. Bacfree juga merupakan salah satu peneraju bagi penapis air luar rumah.

Bacfree Watero adalah salah satu penapis air termurah dengan fungsi air panas di Malaysia. Ia dijual pada harga RM1000 sahaja.

Bacfree Watero ialah penapis air multi-stage ultrafiltration. Ia mempunyai lima tetapan suhu, termasuk 25, 45, 60, 85, dan 100 darjah Celsius, tetapi mesin penapis air tiada pilihan air sejuk.

Denga banyak pilihan suhu, pengguna boleh menyediakan minuman seperti kopi dan susu formula bayi dengan lebih senang di rumah.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan pembasmian kuman dengan UV.

Akan tetapi, penapis air tidak mempunyai sebarang pengiktirafan NSF kerana ia hanya menyasarkan pasaran temptan.

Jika anda ingin membeli sebuah penapis air dengan fungsi air panas, maka anda boleh menyokong jenama tempatan ini.

Kebaikan:

  • Harga berpatutan
  • Sistem penapisan ultrafiltration
  • Disahkan halal
  • Pembasmian kuman UV
  • 5 pilihan suhu air panas

Keburukan:

  • Tiada NSF

3. Penapis Air RO Xiaomi MRH112

Penapis Air RO Terbaik

Xiaomi RO Water Purifier MRH112

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Penapis Air Xiaomi MRH112 mempunyai fungsi air panas, sama seperti Bacfree Watero. Walau bagaimanapun, ia mengguna teknologi penapisan reverse osmosi (RO).

Berbanding dengan penapis air ultrafiltration, reverse osmosi ialah sistem penapisan yang lebih bersih, ataupun paling bersih.

Xiaomi MRH112 menggunakan tangki air 5L dan tiada sambungan paip air. Ia boleh agak menyusahkan kerana pengguna perlu mengisi semula secara manual.

Tetapi, ia juga mempunyai kelebihannya kerana kita boleh mengguna penapis air Xiaomi ini tanpa memerlukan sebarang pemasang. Anda juga boleh memindahkan penapis air ini ke rumah baru dengan mudah.

Terdapat satu lagi ciri yang hebat pada penapis air Xiaomi ini boleh dikawal dengan menggunakan telefon pintar. Pengguna boleh memilih julat suhu yang diingini dari 40 hingga 95 darjah Celsius.

Selain itu, ia juga akan memberitahu pengguna secara automatik apabila penapis perlu diganti.

Kebaikan

  • Penapis air RO yang berpatutan
  • Kualiti produk yang bagus
  • Boleh sambung ke WiFi
  • Boleh menyelaras suhu dan paras air yang diingini
  • Tiada sebarang pemasangan diperlukan

Keburukan

  • Perlu mengisi semula air secara manual
  • Plug China
  • Menu bahasa cina
  • Tiada jaminan atau waranti tempatan

4. Midea MC122-2

Penapis Air Faucet Murah

Midea MC122-2

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Midea Faucet Water Purifier MC122-2 ialah penapis air paling laris di Shopee. Beribu-ribu unit telah terjual dan ramai pelanggan berpuas hati dengan penapis air ini.

Kelebihan utama Midea Water Purifier ini ialah harganya yang murah. Dengan hanya RM50, ia boleh membersihkan sebanyak 1200L air.

Kita perlu mengingati bahawa penapis apir ini adalah adalah penapis air yang murah dan agak asas.

Ia menggunakan penapisan air 4 peringkat yang simple. Air paip akan ditpais dengan skrin keluli tahan karat SUS304, penapis pp, penapis karbon dan terakhir sekali lagi penapis PP.

Walaupun ia boleh mengurangkan klorin, kelodak, karat, dan kotoran, ia tidak dapat menapis zarah mikro seperti bahan cemar yang terlarut dalam air.


5. Penapis Air Faucet Xiaomi

Penapis Air Faucet Terbaik

Xiaomi Water Faucet Purifier

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Penapis Air Faucet Xiaomi Mijia merupakan satu penapis air yang kecil dan boleh dipasang dengan mudah pada mana-mana paip.

Ia didatangkan dengan empat jenis adapter paip yang berbeza.

Penapis air paip Xiaomi ini menggunakan penapisan 4-lapisan, termasuk penapis membran nipis dengan karbon aktif, penapis nonwoven dan membran ultrafilteration.

Ia dikatakan boleh menapis kotoran sekecil 0.1micron. Ia bermakna penapis air Xiaomi ini adalah lebih baik daripada penapis air Midea MC122.

Dua ciri yang unik pada penapis air faucuet Xiaomi adalah ia mempunyai tiga mod saluran keluar air dan mempunyai kaca lutsinar di sisinya yang menunjukkan keadaan penggunaan penapis. Ia boleh menunjukkan bila penapisnya perlu diganti.


6. Aquasana AQ4000

Penapis Air Atas Kaunter Terbaik

Aquasana AQ4000

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Aquasana AQ-4000 ialah penapis air bajet yang sesuai untuk isi rumah kecil. Ia juga diperakui NSF.

Ia menggunakan sistem penapisan Claryum 2 peringkat untuk membuang klorin, mengurangkan logam berat, bahan kimia organik.

Dengan sistem penapisan, mineral yang sihat di dalam air juga boleh dikekalkan.

Walau bagaimanapun, ia mempunyai kapasiti penapis yang agak kecil, hanya 1700L.

Berbanding dengan kapasti penapis 3000 liter oleh AQ 5300+ , penapis ais AQ4000 perlu menukar penapis dengan lebih kerap.

Selain itu, model ini hanya sesuai dipasang di atas kaunter dapur dan ia tidak mempunyai untuk penggantian penapis.

Walaupun Aquasana AQ4000 bukan sempurana, ia masih merupakan penapis air murah yang terbaik untuk isi rumah kecil kerana prestasi penapisannya yang unggul.

Kebaikan

  • Diperakui oleh NSF
  • Kualiti air yang bersih dan sedap

Keburukan

  • Kapasiti penapisan kecil
  • Tiada penunjuk untuk penggantian penapis

7. Panasonic TK-CS20

Penapis Air Atas Meja Murah

Panasonic TK-CS20

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Penapis Air Panasonic TK-CS20 dijual pada harga kurang daripada RM250, yang agak berpatutan.

Ia boleh untuk menghilangkan kulat, sedimen dan klorin.

Sistem penapisan ini menggunakan fabrik non-woven yang mengandungi karbon aktif.

Selain itu, penapis ini mempunyai kapasiti penapisan yang mengagumkan, sebanyak 12,500 liter. “Cartridge life checker” pada penapis ini akan menukar menjadi merah untuk memberitahu pengguna sudah tiba masanya untuk menggantikannya.

Panasonic TK-CS20 has a cartridge life checker

Akhirnya, saya ingin mengingatkan bahawa walaupun penapis air Panasonic ini baik, tetapi kualiti penapisannya tidak akan setanding dengan Aquasana AQ5300+.


Bagaimana kita memilih penapis air di Malaysia

Di sani ada 5 faktor penting yang harus kita pertimbangkan apabila memilih penapis air untuk rumah di Malaysia. Sila baca selanjutnya:

Pensijilan adalah amat penting kerana mana-mana jenama penapis membuat marketing yang hebat. Tetapi, sijil dan pengiktirafan dari pihak seperti NSG adalah satu-satunya cara untuk pengguna seperti kami mengesahkan tuntutan mereka

  • Penggantian penapis/kartrij – Kartrij harus mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan.
  • HargaBagi saya, kita tidak patut membelanja lebih daripada RM2000 atas sebuah penapis air
  • Fungsi air panas/sejuk – Pada pendapat saya, fungsi air panas dan sejuk tida penting sangat tetapi sesetengah pengguna rasa ia lebih memudahkan kehidupan harian kita.

Sekiranya dapur anda tidak mempunyai power point yang mencukup, maka water dispenser dengan air panas tidak sesuai untuk ada..

  • Atas kaunter atau bawah sink – Penapis air bawah sinki adalah lebih baik daripada penapis air atas meja kerana ia tidak membazirkan tempat atas kaunter dapur anda. Anda akan mempunyai lebih banyak ruang kerja di dapur untuk memasak.

Jenama Penapis Air Yang Lain

Review Penapis Air Joven JP200

Joven JP200 Water Purifier adalah penapis air bajet yang dijual dengan harga kurang daripada RM150.

Pada suatu ketika dulu, Panasonic TK-CS20 mempunyai harga yang hampir sama dengannya. Tetapi, kini Panasonic TK-CS20 sudah menjadi lebih mahal.

Sama seperti Panasonic TK-CS20, ia menggunakan fabrik non-woven dengan serbuk karbon aktif untuk menapis air.

Tetapi, kapasiti penapisan hanya 5,000 liter berbanding 12,500 TK-CS20.

Walaupun kapasiti penapisannya lebih kecil, tetapi harganya adalah separuh daripada Panasonic, menjadikannya pilihan penapis air bajet yang bagus

Review Penapis Air Cuckoo

Cuckoo mempunyai pelbagai jenis penapis air. Penapis air Cuckoo paling murah bermula pada RM3200 dan yang paling mahal hampir RM5000.

Malangnya, pengguna tidak dapat servis atau menggantikan kartrij sendiri kerana kartrij gantiannya tidak dijual dipasaran tersedia.

Kartrij pihak ketiga boleh didapati di Shopee dan Lazada, tetapi ia mungkin tidak menapis air dengan bersih.

Akibatnya, apabila kontrak “sewa dan beli” anda tamat, anda perlu membayar RM400-600 untuk setiap penukaran kartrij.

Saya tidak mengesyorkan pengguna biasa membeli Penapis Air Cuckoo kerana ia merupakan komitmen bulanan yang lama dan mahal.

Review Penapis Air Coway

Cara jualan penapis air Coway hampir sama dengan penapis air Cuckoo.

Untuk membeli satu, anda perlu membayar beribu-ribu Ringgit ataupun menandatangani kontrak yang memerlukan bayaran bulanan selama lima hingga tujuh tahun.

Ciri yang membezakan Coway dengan Cuckoo ialah ia menggunakan penapisan reverse osmosis (RO).

Sebenarnya, air RO tidak diperlukan melainkan anda tinggal di kawasan dengan air yang sangat kotor.

Review Penapis Air 3M

3M menawarkan dua penapis air atas meja, CTM-01 dan CTM-02. Pada pendapat saya, CTM02 adalah pilihan yang lebih baik daripada CTM-01.

Ini adalah kerana CTM02 mempunyai faucet paip yang berdikari untuk air yang sudah ditapis.

3M CTM-02 boleh menapis kotoran bersaiz 0.5 mikron. Penapis ini boleh menghilangkan 99.5% sista boleh ditapis, rasa klorin, plumbum, asbestos, merkuri, dan pelbagai jenis VOC.

Ia diuji dan diperakui oleh NSF International dengan Piawaian 42 dan 53 NSF/ANSI.

Harganya juga lebih murah daripada Aquasana AQ5300+.

Review Penapis Air Diamond

Penapis air Diamond merupakan jenama yang paling popular pada masa dulu.

Dengan kemunculan vendor seperti Cuckoo, Coway dan SK Magic, ia tidak lagi popular seperti dulu.

Dengan harga yang sama, anda boleh dapatkan servis yang lebih baik dari Coway dan Cuckoo memandangkan kedua-dua jenama ini lebih aktif dan mempunyai lebih ramai ejen.


Soalan Lazim

Berapa jenis kaedah penapisan yang ada di pasaran?

Kini, terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kaedah penapisan air yang wujud, termasuk penapisan sedimen, penapisan karbon teraktif, penapisan karbon teraktif berbutir, reverse osmosi, pembasmian kuman UV dan ultrafiltrasi.

Perlukah saya membeli penapis air reverse osmosis (RO)?

Tidak, tidak semua orang perlu membeli penapis air RO. Kerana tiada sebarang manfaaat untuk minum air yang sangat bersih dan tulen. Tambahan pula, anda akan membazir elektrik dan air untuk mendapatkan “air tulen” itu.

Berbaloi ke beli penapis air Cuckoo dan Coway?

Cuckoo dan Coway adalah moden, bagus dan mudah digunakan. Walau bagaimanapun, ia jauh lebih mahal daripada penapis air yang disyorkan di artikel ini. Sekiranya anda mampu bayar sewa bulanannya dan penapis air tersebut boleh memudahkan hidup anda, anda boleh boleh juga mempertimbangkan untuk membeli Cuckoo dan Coway.


Kesimpulan

Kesimpulannya, kita semua memerlukan satu penapis air yang boleh dipercayai dan berkualiti.

Aquasana AQ5300+ merupakan pilihan yang sangat baik untuk kebanyakan isi rumah Malaysia kerana harga yang berpatutan dan prestasi penapisan yang sangat baik.

Lazada 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 06.06 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.