6 Gaming Chair Terbaik Malaysia

gaming chair kerusi gaming malaysia

Bagi gamer dan game streamer yang selalu menghadap gaming monitor sepanjang hari apabila bermain game, sudah tentu kamu mahukan kerusi gaming yang paling selesa untuk sesi-sesi gaming panjang.

Kerusi gaming penting untuk mengelakkan sakit belakang dan ketidakselesaan. Tambahan itu, kerusi gaming juga sering digunakan sebagai kerusi pejabat kerana keselesaannya.

Sekiranya anda seorang gamer yang mencari kerusi gaming, anda pasti keliru apabila mencari kerusi gaming terbaik. Jika ini mengena dengan anda, jangan risau, kami di sini untuk membantu. Kami telah menyenaraikan beberapa pilihan kerusi gaming yang dapat disyorkan kualitinya berbanding kerusi lain.

Apakah kerusi gaming terbaik di malaysia?

Setelah menyemak dan mengumpul data dari pengguna dan sumber online, kami mendapati bahawa Kerusi Gaming terbaik di Malaysia adalah Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair. Dengan reka bentuk yang selesa, rupa yang moden dan menarik dan harga yang mampu milik, Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair mengimbang kesemua keperluan seorang gamer dengan sempurna.

Di bawah adalah 6 kerusi gaming terbaik di Malaysia:

  1. Gaming Chair Terbaik Malaysia: Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair
  2. Kerusi Gaming Saiz Besar Terbaik: Secretlab TITAN Evo 2022 XL
  3. Gaming Chair untuk Office Terbaik: Hammock Lite Ergonomic Chair
  4. Kerusi Gaming Paling Laris: TT Racing Duo V4
  5. Kerusi Gaming Ikea Terbaik: IKEA MATCHSPEL
  6. Kerusi Gaming Murah Terbaik: GTAGAMEZ Gaming Chair

1. Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair

Kerusi Gaming Terbaik Malaysia

Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Andaseat Kaiser 3 Gaming Chair merupakan gaming chair terbaik di Malaysia. Ia mempunyai built-in 4-way lumbar support dan magnetic head pillow yang serupa dengan Secretlab Evo.

Bantalnya dibuat daripada memory foam, sejenis bahan yang boleh mengikut bentuk badan penggunanya. Ini menjadikan memory foam antara bahan terbaik dan paling selesa untuk kerusi gaming.

Dan Andaseat Kaiser 3 menggunakan piston hydraulic kelas 4 (diiktiraf oleh SGS) yang boleh menampung berat sebanyak 200kg.

Gaming Chair Andaseat Kaiser 3 dibalut dengan kain kulit PVC berkualiti tinggi dan senang dijaga. Ia mempunyai sebanyak 9 jenis warna yang berbeza untuk dipilih.

Pengguna boleh menukar posisi kedudukan dari 90 sehingga 165 darjah yang hampir mendatar! Apabila sudah penat gaming, anda boleh langsung tidur di atas kerusi ini.

Ia menggunakan armrest yang boleh laras dalam 4 arah, jadi ia sangat fleksibel. Anda tidak perlu risau armrest langgar dengan meja komputer. Selain itu, armrest tersebut boleh dicabut dan digantikan dengan magnetic tabletop (boleh dijadikan gaming desk). (Tetapi meja tersebut masih tidak boleh didapati di Malaysia)

Yang paling penting, banyak pengguna Andaseat Kaiser 3 memujinya jauh lebih selesa berbanding dengan Secretlab Evo gaming chair. Seat-nya lebih lembut dan boleh duduk dengan lama tanpa berasa letih.

Akhir sekali, Andaseat Kaiser 3 memberi waranti sepanjang 6 tahun dan jaminan lifetime bagi steel frame kerusinya.


2. Secretlab TITAN Evo 2022 XL

Gaming Chair Saiz Besar Terbaik

Secretlab TITAN Evo 2022 XL

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda amat tinggi atau saiz badan besar, maka anda perlu membeli kerusi gaming yang lebih besar dari biasa. Secretlab TITAN Evo 2022 XL adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Secretlab TITAN Evo 2022 XL merupakan model gaming chair saiz yang paling besar dair Secretlab. Ia sesuai untuk orang yang tinggi antara 181cm hingga 205cm, dan berat antara 80kg hingga 180kg.

Ia mempunyai banyak ciri-ciri yang inovatif termasuklah 4D armrest, multifunction tilt-lock, recline 85 – 165 darjah, built-in 4-way lumbar support, dan bantal magnetic. 4D armrest membolehkan pengguna melaras sudut yang paling baik untuk posisi yang terbaik untuk memegang gaming mouse dan juga gaming keyboard.

Secretlab TITAN Evo 2022 XL datang dengan pelbagai pilihan bahan seperti SecretLab Neo Hybrid Leatherette, SecretLab SoftWeave Plus Fabric, dan NAPA Leather.  

SecretLab Neo Hybrid Leatherette dikatakan 4 kali lebih bertahan berbanding PU leather yang diguna pada Secretlab Evo 2020.

Pembeli juga dapat pilih daripada pelbagai jenis gabungan warna dan bentuk yang menarik, termasuklah reka bentuk dari game-game popular seperti League of Legends dan Dota.

Satu perkara yang perlu diingat adalah Secretlab TITAN Evo 2022 XL agak keras dan memerlukan masa yang agak lama untuk pengguna menyesuai diri pada kerusi Secretlab yang baru.

Walaupun kualiti Secretlab TITAN Evo 2022 XL memang tip top, harganya juga antara yang paling mahal di pasaran tinggi, bermula dari RM2200+. Ia merupakan gaming chair saiz besar terbaik bagi orang yang mampu membelinya.


3. Niture Hammock Lite Ergonomic Chair

Gaming Chair untuk Office Terbaik

Niture Hammock Lite Ergonomic Chair

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kerusi Hammock Lite dari Niture bukanlah kerusi gaming biasa, tetapi kerusi pejabat yang disuka oleh para gamer. Walaupun tidak mempunyai nilai estetik gamer, kerusi Hammock Lite tetap mempunyai banyak kelebihan yang menjadikannya pilihan baik untuk gamer.

Pertama sekali, kerusi Hammock Lite ialah antara kerusi gaming yang paling murah di senarai ini, pada harga RM360+. 

Harganya yang mampu milik menjadikannya pilihan ramai pengguna, bukan sahaja untuk pekerja pejabat biasa, malah juga untuk gamer. Ia menerima rating 5 bintang daripada hampir 700 ulasan.

Hammock Lite Ergonomic Chair menggunakan seat PU dengan balutan kain hitam. Backrestnya merupakan mesh hitam yang kuat dan sejuk. Ia boleh menyalurkan udara ke belakang anda supaya pengguna tidak berasa panas selepas lama menduduk.

Armrest nya boleh digerakkan pada 2 arah sahaja, atas-bawah, dan ke depan-belakang.

Walaupun Hammock Lite bukan sebuah gaming chair, ia didatangkan dengan 3 posisi berbaring yang berbeza. Ia juga mempunyai tilt-limiter untuk mengehadkan darjah tilting.

Pendek kata, kerusi Hammock Lite merupakan office chair yang amat sesuai untuk gamer. Ia memberi penampilan yang profesional tetapi juga mempunyai pelbagai ciri yang disukai oleh gamer seperti seat boleh berbaring.


4. TT Racing Duo V4

Kerusi Gaming Paling Popular

TT Racing Duo V4

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kerusi gaming TT Racing Duo V4 adalah antara kerusi gaming paling laris di Malaysia kerana gabungan ciri-ciri yang menepati keperluan para gamer tempatan dan harganya yang memang berbaloi. 

Harganya hanyalah RM300+, dan memang sukar untuk cari kerusi gaming pada harga ini yang memberi kuatliti yang sama. 

Walaupun harganya agak murah, reka bentuk kerusi gaming TT Racing Duo V4 kukuh kerana rangka logamnya yang boleh menahan berat sehingga 150kg. Tempat sandarnya juga boleh dilaraskan hingga 135 darjah.

Kerusi TT Racing ini juga menggunakan gabungan balutan PU leather di keliling dan balutan kain in bahagian tengah. Ia berasa lebih lembut dan tidak cepat panas.

Jika anda tidak mampu membeli kerusi gaming yang mahal, TT Racing Duo V4 sesuai untuk anda dengan kualiti yang okay dan harga yang berpatutan.


5. IKEA MATCHSPEL

Kerusi Gaming Ikea Terbaik

IKEA MATCHSPEL

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Pada tahun 2021, IKEA telah melancarkan barisan produk gaming yang baru dengan kerjasama ASUS ROG. Antara produk yang diperkenalkan adalah kerusi gaming IKEA MATCHSPEL, yang sungguk unik dan istimewa berbanding kerusi gaming lain.

Rupanya minimalis tetapi menarik, bukan seperti kebanyakan kerusi gaming lain di pasaran. Reka bentuknya lebih menyerupai kerusi pejabat, dan berfokuskan keselesaan dan tidak menggunakan reka bentukracing chair.

Hasilnya adalah kerusi gaming yang sesuai untuk gamer yang mahukan kerusi yang unik tetapi tetap berkualiti tinggi.

Bingkainya diperbuat daripada besi yang kukuh, manakala badannya dibuat menggunakan mesh yang nipis dan mudah bernafas. 

Dengan ini, kerusi gaming IKEA MATCHSPEL dapat kekal sejuk dan tidak menyerap haba, walaupun dalam cuaca panas setelah digunakan untuk masa yang lama.

Di samping itu, kerusi gaming IKEA MATCHSPEL menggunakan safety castors/roda yang unik. Ia mempunyai pressure-sensitive brake mechanism, iaitu roda tersebut tidak bergerak sekiranya tiada orang duduk di atas. Dan brake akan dilepaskan sekiranya orang duduk di atas kerusi tersebut.

Akhirnya, saya faham bahawa kerusi gaming ikea tidak sesuai untuk semua orang. Tetapi, produk ikea merupakan pilihan yang terjamin sekiranya anda tidak mampu membeli gaming chair mahal seperti Andaseat. Dan ia pasti lebih berkualiti daripada jenama seperti GTAGamez dan Gamdiaz.

Waranti 3 tahun diberikan dari IKEA untuk semua bahagian kerusi IKEA MATCHSPEL


6. GTAGAMEZ Gaming Chair

Kerusi Gaming Murah Terbaik

GTAGAMEZ Gaming Chair

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kerusi gaming GTAGAMEZ merupakan kerusi gaming murah yang terbaik di Malaysia. Harganya kurang daripada RM200, dan pada harga ini, tiada banyak pilihan yang ada di pasaran. 

Kebanyakan kerusi gaming pada harga ini senang rosak dan tidak selesa, tetapi kerusi gaming GTAGAMEZ mempunyai kualiti yang boleh diterima. Ia telah dijual sebanyak 40 ribu unit dan menerima 4.9 bintang.

Walaupun kerusi gaming GTAGAMEZ  amat murah, ia disertakan dengan bantal headrest microfiber. Dan ia juga boleh dibaringkan sehingga150 darjah, menjadikannya sangat berbaloi untuk harganya.

Oleh sebab harganya yang murah, kebanyakan bahan yang digunakan oleh kerusi gaming GTAGAMEZ merupakan bahan gred rendah.

Ia menggunakan foam density 30kg/m3, class 2 piston gaslift, dan kakinya juga diperbuat daripada plastic nylon.

Jadi, sekiranya anda bersaiz besar atau berat, kerusi gaming GTAGAMEZ tidak sesuai bagi anda.

Gaming chair GTAGAMEZ lebih sesuai bagi gamer yang badan kecil atau gamer perempuan.


Jenama Gaming Chair yang Lain

Ulasan Gaming Chair Cronus Orion

Gaming Chair Cronus Orion merupakan salah satu plihan gaming chair mampu milik yang baik. Dengan harga antara RM200 – RM300, ia mempunyai pilihan faux leather ataupun coolweave fabric. Faux leather tersebut dikatakan boleh bertahan sekurang-kurang 5 tahun tanpa berkopek dan meretak. Ia disertakan dengan bantal leher dan pinggang. Ia juga menggunakan gas lift kelas 3 yang diiktirag SGS.

Ulasan Gaming Chair Todak

Jenama Todak merupakan jenama tempatan. Ia menggunakan bahan dan material berkualiti tinggi. Tetapi harganya agak mahal. Model premiumnya sama hampir sama harga dengan Andaseat, maka lebih berbaloi untuk membeli Andaseat Kaiser 3

Ulasan Gaming Chair Osim

Osim uThrone Gaming merupakan gaming massage chair pertama di dunia. Ia boleh mengurut pada bahagian leher, bahu, belakang dan pinggang. Tetapi, harganya mencecah RM3000 terlalu mahal bagi kebanyakan orang dan tidak berbaloi. Pada pendapat saya, lebih baik kita membeli sebuah gaming chair dan sebuah massage chair dengan wang tersebut.

Ulasan Gaming Chair Tomaz

Gaming Chair Tomaz menjadi amat popular masa PKP kerana Tomaz sentiasa membuat Facebook Live menjual kerusi ini. Ramai pengguna kerusi gaming Tomaz memuji kualitinya yang bagus dan seating-nya lebih baik berbanding TT Racing. Ia merupakan pilihan gaming chair bajet yang baik.

Ulasan Gaming Chair Secret Racer

Gaming Chair Secret Racer merupakan gaming chair RGB yang paling murah dan popular di Shopee. Ia mempunyai banyak pilihan warna. Tetapi gaming chair ini tidak memberikan maklumat atau spesifikasi kerusinya. Dan ia juga menerima banyak ulasan negatif daripada pelanggan. Maka, ia tidak direkomen untuk dibeli.

Jenama gaming chair lain seperti Noblechair, Vertagear dan Sokano yang sebelum ini direkomen tidak lagi menjadi pilihan terbaik kita kerana gaming chair baru yang lebih baik dan berbaloi boleh didapati di pasaran sekarang.


Soalan Lazim Kerusi Gaming

Adakah kerusi gaming lebih baik daripada kerusi pejabat?

Kerusi gaming biasanya menggunakan bucket seat, lebih tebal dan mempunyai pelbagai benda yang boleh dilaras. Kerusi pejabat mempunyai reka bentuk yang lebih profesional. Kedua-duanya selesa dan mempunyai kelebihan/kekurangan masing-masing.

Apakah kebaikan kerusi gaming?

Kebaikan utama kerusi gaming ialah backrest yang boleh dilaras sampai 165 darjah. Pengguna boleh berehat dan tidur di atas kerusi gaming. Selain itu, 4D armrest, lumbar support dan head pillow yang boleh dilaras menjadikan ia sesuai untuk posture duduk yang berbeza.

Adakah berbaloi untuk membeli kerusi gaming?

Kerusi gaming berbaloi sekiranya anda perlu duduk menghadap komputer untuk masa yang lama, terutamanya golongan streamer.

Berapa lamakah kerusi gaming boleh bertahan?

Kerusi gaming biasanya boleh tahan lebih dari 5 tahun. Jika dijaga dengan rapi, kerusi gaming yang berkualiti tinggi boleh tahan sehingga 10 tahun. Manakala, kerusi gaming murah mungkin akan mengalami masalah retakan atau terkupas selepas tahun kedua.

Apakah perbezaan kerusi gaming murah dengan kerusi gaming mahal?

Kerusi gaming murah biasanya kurang selesa, mempunyai rupa yang mudah ditiru, dan dibuat menggunakan bahan yang murah sperti plastik dan kurang bertahan. Kerusi gaming mahal diperbuat daripada bahan kualiti tertinggi seperti stainless steel, mempunyai reka bentuk unik, dan sangat selesa.

Lazada 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.