7 Laptop Terbaik Bawah RM3,000 Malaysia

laptop terbaik bawah RM3,000 Malaysia

Jika ini adalah pertama kali anda membeli laptop, RM2,500 hingga RM3,000 adalah bajet laptop yang sesuai. Laptop dalam harga ini mampu mengendalikan kebanyakan kerja komputer dengan lancar.

Dengan harga RM3,000, anda boleh membeli laptop yang baik dari jenama-jenama terkenal seperti HP, Acer, Asus, Lenovo dan lain-lain

Oleh itu, saya memang tidak menggalakkan sesiapa untuk menghadkan diri anda kepada laptop bawah RM1000 sahaja kerana akhirnya anda terpaksa membeli Laptop Jenama China yang kurang dikenali, atau laptop Intel Celeron lama, Lebih teruk lagi, Chromebook refurbished yang tidak sesuai untuk apa jua kerja.

Apakah laptop terbaik bawah RM3,000 di Malaysia?

Laptop terbaik sekitar RM3,000 sepatutnya menawarkan pemproses Intel i5 atau Ryzen 5 , 8GB RAM dan storan SSD 512GB. Untuk julat harga ini, laptop biasanya tidak mendapat GPU dedicated untuk laptop.

Di sini, saya ingin mengingatkan anda yang bakal membeli laptop  RM2,000-RM3,000, jangan beli laptop dengan processor Intel Celeron. Perbezaan prestasi antara processor Intel Celeron dengan Core i3/i5 adalah sangat besar.

Berikut ialah 7 laptop terbaik bawah RM3,000 di Malaysia 2022:

  1. Laptop Terbaik Bawah RM3000: HP 15s-eq2073AU
  2. Laptop Intel Bajet Terbaik Bawah RM3000: Laptop Asus 15 A516E
  3. Laptop Ringan Terbaik Bawah RM3000: Acer Swift 3
  4. Laptop Terbaik Untuk Gaming Bawah RM3000: Lenovo Ideapad Slim 3
  5. Laptop Asus Terbaik Bawah RM3000: Asus Vivobook S14
  6. Laptop 2-in-1 Terbaik Bawah RM3000: Microsoft Surface Go 2
  7. Murah Tetapi Spek Bagus: Acer Travelmate P2 (R5-5650U)

1. Laptop HP 15s-eq2073AU

Laptop Murah Terbaik Bawah RM3000

5.0 daripada 5.0 bintang | 6 ulasan

Best Cheap Laptop Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

HP Laptop 15s-eq2073AU ialah laptop terbaik bawah RM3,000 di Malaysia. Ia boleh didapati pada hanya harga RM2,667.

Laptop itu juga dijual oleh kedai Official HP di Shopee, jadi tidak perlu risau dengan masalah “scam” atau “fake product”

Spesifikasi Laptop HP 15s:

  • Paparan: 15.6” (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: AMD Ryzen 5 5500U
  • GPU: Grafik Radeon
  • RAM: 8 GB DDR4-3200 MHz (boleh ditingkatkan)
  • Storan: 512GB NVMe SSD
  • Berat: 1.7kg

HP Laptop 15s 15s-eq2073AU ialah laptop yang berwarna perak dengan chasis plastik. Saiznya ialah 35.85 x 24.2 x 1.79cm dan berat 1.7kg.

Laptop HP ini dikuasai oleh AMD Ryzen 5 5500U yang mempunyai prestasi yang sama dengan processor Intel Core i5 1135G7.

Intel Core i5 1135G7 mempunyai prestasi single-core yang lebih baik, manakala AMD Ryzen 5500U mempunyai prestasi multi-core yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, ia menggunakan teknologi 7nm berbanding dengan teknologi 10nm Intel Core i5. Size transistor yang lebih kecil menjadikan Ryzen 5500U lebih cekap kuasa.

Oleh itu, bateri life HP Laptop 15s boleh bertahan lebih lama. Ia boleh bertahan sehingga 9.5 jam untuk cas penuh.

RAM pada HP Laptop 15s ini ialah 8Gb DDR4-3200MHz. Ia mempunyai dua slot RAM membolehkan anda membeli RAM tambahan untuk menaik taraf pada masa depan.

Selain itu, HP Laptop 15s-eq2073AU dilengkapi dengan Microsoft Office dan bagpack laptop HP percuma.

Kesimpulannya, HP Laptop 15s adalah laptop yang sangat bagus untuk sekolah dan kerja. Ini adalah laptop yang amat berbaloi beli. Dan ia mempunyai onsite service warranty selama 2 tahun.


2. Laptop Asus 15 A516E-ABQ1729TS

Laptop Intel Bajet Terbaik Bawah RM3000

4.9 daripada 5.0 bintang | 165 ulasan

Best Budget Intel Laptop Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Asus Laptop 15 ialah Laptop Intel terbaik di bawah RM3,000. Ia dikuasai oleh processor Intel Core i5-1135G7 2.4 GHz.

Spesifikasi Laptop Asus 15 A516E:

  • Paparan: 15.6” (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: Intel Core i5-1135G7
  • GPU: Grafik Intel Iris Xᵉ
  • RAM: 8GB DDR4 (Tambahan 1 slot RAM)
  • Storan: 512GB NVMe SSD
  • Berat: 1.8kg

Asus Laptop 15 A516E ialah laptop Asus entry-level bersaiz 15.6” yang terbaik. Laptop ini dilengkapi datang dengan 8GB DDR4 RAM dan satu slot RAM tambahan.

Dimensi laptop ini ialah 36.02 x 23.49 x 1.99 cm, dan beratnya 1.8kg. Ia tidak begitu berat tetapi laptop ini agak besar dengan ketebalan hampir 2cm.

Ia mempunyai sistem “dual-storage” yang membolehkan anda pasangkan satu SSD dengan satu HDD sekali. HDD adalah lebih murah dari SSD. Anda boleh menggunakan HDD untuk simpan gambar, video atau game PC yang bersaiz besar. Ia lebih kos efektif.

Keyboard chiclet pada ASUS Laptop A516E mempunyai key travel 1.4mm. Ia memberikan typing feedback yang bagus. Ia tidak meletihkan walaupun untuk menaip untuk jangka masa yang panjang. Dan keyboard ini adalah keyboard size penuh yang lengkap dengan pad nombor.

Model ini disertakan dengan pemasangan Microsoft Office 2019 tulen secara percuma. Anda boleh mula bekerja dengan serta-merta selepas anda unbox laptop ini.

Asus memberi 2 tahun jaminan bawa antarabangsa dan 1 tahun perlindungan kerosakan akibat kemalangan.


3. Acer Swift 3

Laptop Ringan Terbaik Bawah RM3000

5.0 daripada 5.0 bintang | 6 ulasan

Best Lightweight Laptop Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Acer Swift 3 ialah laptop ringan terbaik dengan harga di bawah RM3,000. Ia juga dikenali sebagai ultrabook. Ia adalah laptop paling nipis dan paling ringan dalam senarai ini.

Beratnya hanya 1.2kg, sebab ia menggunakan casis logam aluminium dan magnesium-aluminium.

Spesifikasi Acer Swift 3:

  • Paparan: Panel IPS 14” (bezel tipis 1920 x 1080 FHD)
  • CPU: AMD Ryzen 3 5300U
  • GPU: Grafik AMD Radeon
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 256GB SSD
  • Berat: 1.2kg

Acer Swift 3 ialah laptop 14″ yang sesuai untuk orang yang buat sales dan perlu selalu travel.

Ketebalannya hanya 15.9mm, jadi ia tidak akan mengambil banyak ruang dalam beg anda.

Dan laptop ini dikuasakan oleh AMD Ryzen 3 5300U yang lebih cekap tenaga tetapi sedikit lemah daripada prosessor Ryzen 5 dan Core i5.

Hayat bateri laptop ini dijangka bertahan selama 12 jam berdasarkan keputusan ujian MobileMark.

Acer Swift 3 juga dilengkapi dengan cap jari Acer Bio-Protection, yang mempunyai function Windows Hello. Anda boleh unlock laptop dengan menggunkan cap jari.

Ia mempunyai kamera web HD dengan resolusi 720p. Anda boleh melakukan panggilan video dan mesyuarat dalam talian dengan lancar.

Itu cukup banyak merumuskan kelebihan Acer Swift 3. Walaupun ia ringan, mudah alih dan tahan lama, ia juga mampu mengendalikan kebanyakan kerja dokumen dan juga penyuntingan ringan.

Akan tetapi, Acer Swift 3 mempunyai beberapa kelemahan. Seperti, RAM laptop ini tidak boleh dinaik taraf, jadi anda perlu memikirkan keperluaan sendiri dari awal. Dan membuat keputusan sama ada membeli 8GB ataupun 16GB.

Selain itu, Acer Swift 3 hanya mempunyai satu slot PCIe m2. Jadi, anda tidak boleh tambah lagi satu hard disk. Dan hanya boleh menukarkan SSD yang sedia ada kepada saiz SSD yang lebih besar.

Namun begitu, Acer Swift 3 masih merupakan laptop yang sangat disyorkan jika anda gemar menggunakan laptop yang ringan dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.


4. Lenovo Ideapad Slim 3 Gen 6

Laptop Terbaik Untuk Gaming Bawah RM3000

5.0 daripada 5.0 bintang | 3 ulasan

Best Laptop For Gaming Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Jika anda sedang mencari laptop yang ringan dan cukup berkuasa untuk permainan PC kasual seperti League of Legends, Genshin Impact atau Dota 2.

Saya merekomen Lenovo IdeaPad Slim 3 (Lenovo IdeaPad 3i) yang merupakan laptop gaming terbaik bawah RM3,000. Ia sebuah laptop kerja yang baik dan juga sebuah laptop gaming yang okay.

Spesifikasi IdeaPad Slim 3:

  • Paparan: 15.6” FHD (1920×1080) Anti Silau
  • CPU: Pemproses Intel Core i5-1135G7
  • GPU: NVIDIA GeForce MX350 2GB GDDR5
  • RAM: 8GB DDR4 3200MHz (Satu slot tambahan untuk naik taraf)
  • Storan: 512GB SSD
  • Berat: 1.65kg

IdeaPad Slim 3 ialah laptop favourite saya dalam senarai ini atas beberapa sebab. Ia dilengkapi dengan processor Intel Core i5 dan kad grafik Nvidia GeForce MX350 yang menjadikannya cukup bagus untuk permainan ringan.

Jadi, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli gaming laptop .

Bukan itu sahaja, berat laptop ini hanya 1.65kg. Ia adalah lebih ringan berbanding dengan laptop bawah RM3000 yang lain. Kebanyakan laptop bawah RM3,000 adalah dalam lingkungan 1.8 -2.2kg

IdeaPad Slim 3 juga sangat senang dinaik taraf. Ia mempunyai slot RAM tambahan dan ruang tambahan 2.5” untuk HDD.

Untuk mendapatkan prestasi laptop yang terbaik, anda boleh meningkatkan kepada 16GB RAM dan Hard Disk Drive 1TB.

Laptop ini juga dilengkapi dengan feature yang unik seperti shutter privasi untuk kamera kamera web 720. Dengan ini, anda tidak perlu risau atas kamera web terbuka secara tidak sengaja ketika online meeting.

Lenovo IdeaPad 3i Gen 6 ialah laptop bajet yang mampu milik dan berkuasa, bagus untuk gaming dan sekolah.


5. Asus Vivobook S14

Laptop Paling Power Bawah RM3000

5.0 daripada 5.0 bintang | 2 ulasan

Most Powerful Laptop Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Asus Vivobook S14 adalah laptop paling laju bawah RM3000. Kenapa? Ia dilengkapi dengan processor AMD Ryzen 7-4700U.

Spesifikasi Asus Vivobook S14:

  • Paparan: 14.0” FHD 1920×1080, Anti Silau, 16:9
  • CPU: Pemproses AMD Ryzen 7 4700U
  • GPU: Grafik AMD Radeon
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 512GB NVMe SSD
  • Berat: 1.4kg

Walaupun Asus Vivobook S14 M433I bukan model terkini, tetapi ia masih merupakan laptop yang sangat bagus.

Ryzen 7-4700U ialah processor octa-core yang sangat canggih. Ia mempunyai prestasi hampir 50% lebih kuat daripada Intel Core i5 1135G7.

Ini menjadikannya satu work station yang sangat bagus.

Dengan dimensi 32.49 x 21.35 x 1.59 cm dan berat hanya 1.4kg, Asus Vivobook S14 adalah laptop yang sangat compact.

Salah satu keunikan laptop ini ialah sistem bunyinya yang diperakui oleh Harman Kardon.

Selain itu, ia mempunyai banyak ports untuk connection. Ia mempunyai satu port USB-C, satu USB Jenis-A, dua USB 2.0, satu HDMI, satu bicu kombo audio dan satu slot kad mikroSD.

Ia juga boleh menggunakan WiFi 6 dan BlueTooth 5.0.

Vivobook S14 ialah ultrabook bajet yang terbaik untuk mereka yang menggunakannya untuk kerja produktiviti dan menghasilkan koten. Kualitinya sangat baik dan semua software boleh jalan dengan lancar.


6. Microsoft Surface Go 2

Laptop 2-in-1 Terbaik Bawah RM3000

5.0 daripada 5.0 bintang | 6 ulasan

Best 2-in-1 Laptop Under RM3000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Microsoft Surface Go 2 ialah laptop 2-in-1 terbaik bawah RM3000. Akan tetapi, kosnya akan melebihi RM3000 kerana anda perlu membeli Surface Go Type Cover sekiranya anda  ingin menggunakannya sebagai laptop.

Spesifikasi Microsoft Surface Go 2:

  • Paparan: Paparan PixelSense 10.5”, resolusi 1920 x 1280 (220 PPI) 3:2
  • CPU: Pemproses Intel Core m3 Generasi ke-8
  • GPU: Intel UHD Graphics 615
  • RAM: 8GB RAM
  • Storan: 128GB SSD
  • Berat: 544 gram

Microsoft Surface Go 2 ialah generasi lama Surface Go. Model terbaru yang dikeluarkan ialah Surface Go 3 tetapi ini tidak bermakna Surface Go 2 sudah tidak baik.

Surface Go 2 masih merupakan tablet 2-in-1 yang yang amat bagus untuk kerja produktiviti dan tengok movie.

Microsoft Surface Go 2 adalah untuk orang yang ingin mengguna tablet dengan sistem Windows. Jadi, pastikan anda memahami apa yang anda perlukan sebelum membeli Surface Go 2.

Jika anda hanya memerlukan tablet, maka anda boleh mebeli iPad sahaja. Jika anda banyak bekerja dengan Microsoft office, maka laptop mungkin lebih sesuai.

Contohnya, Microsoft Surface Go 2 ialah laptop yang amat sesuai untuk pelajar universiti yang ingin membawa tablet ke kelas untuk mencatat nota menggunakan stylus. Pada masa yang sama, ia boleh digunakan untuk kerja sekolah ringan.

Berat Surface Go 2 hanya 544 gram dengan saiz 245 x 175 x 8.3mm. Dan ia mempunyai kamera hadapan 5.0MP dengan resolusi 1080p, amat sesuai untuk persidangan video dan video call. Ia merupakan kamera yang terbaik dan paling jelas dalam senarai laptop ini.

Salah satu kekurangan Surface Go 2 ialah saiz skrinnya 10.5″ yang kecil danbezel juga agak besar.

Surface Go 2 masih merupakan pilihan bajet terbaik untuk orang yang mahukan peranti yang cukup ringan dan masih meggunakan sistem Windows. Bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar, anda pasti boleh membeli Surface Pro 8.


7. Acer Travelmate P2 (R5-5650U)

Murah, Spek Bagus

Cheap but powerful

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Acer Travelmate P2 datang dalam dua variasi: versi Intel dan AMD. Saya mengesyorkan membeli versi AMD dengan nombor model TMP215-41-G2-R5CL kerana AMD Ryzen 5650U lebih baik daripada Intel Core i5 1135G7.

Spesifikasi Acer Travelmate P2:

  • Paparan: 15.6” (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: AMD Ryzen 5 5650U
  • GPU: Grafik Radeon
  • RAM: 8 GB DDR4
  • Storan: 512GB NVMe SSD
  • Berat: 1.7kg

Bukan itu sahaja, Acer Travelmate P2 Ryzen 5 mempunyai paparan skrin 15.6” yang lebih besar. Tebal laptop ini kurang daripada 20mm dan beratnya hanya 1.7kg.

Ia mempunyai pembaca cap jari terbina dalam untuk log masuk laptop dengan senang dan cepat.

Kamera web Acer Travelmate P2 mempunyai privasi shutter juga. Ia sangat berguna kerana banyak yang perlu buat online class dan Zoom meeting.

Acer menyediakan waranti tempatan selama 3 tahun dan waranti antarabangsa pada tahun pertama.


Competitions

Review Dell Inspiron dan Dell Latitude

Berbanding dengan Acer dan Asus, laptop Dell biasanya lebih mahal daripada 2 jenama ini.

Untuk model laptop Dell di bawah RM3,000, anda hanya boleh mendapatkan laptop dengan AMD Ryzen 3500U iaitu cip yang 2 generasi lebih lama daripada 5500U.

Secara am, untuk mana-mana laptop Dell, anda pasti boleh dapat laptop Acer atau Asus yang sepadan tetapi lagi murah.

Semuanya bergantung pada pilihan anda. Ada juga banyak pengguna yang percaya kualiti binaan dan ketahanan Dell adalah lebih baik.

Review Acer Aspire 5

Acer mempunyai banyak laptop lineup termasuk Aspire, Swift, Travelmate dll. Dan saya rasa Aspire 5 bukanlah model yang paling berbaloi beli.

Siri Travelmate memberi spesifikasi yang lebih baik dan siri Swift memberikan anda laptop yang lebih ringan.

Jadi Aspire 5 berada dalam kedudukan yang agak janggal.

Review Huawei Matebook D15/D14

Sejak 2 tahun lepas, Huawei Matebook D14 dan D15 sangat popular kerana iklan Huawei yang rancak. Ia memang sebuah laptop yang bagus.

Tetapi, anda perlu membayar hampir RM3,400 bagi sebuah laptop Huawei D15 dengan processor Intel Core i5 generasi ke-11 . Ia adalah agak mahal berbanding dengan laptop yang direkomenkan oleh saya dalam artikel ini.

Satu ciri yang saya suka Matebook D15/D14 ialah ia boleh dicas melalui port USB-C.

Tetapi kamera webnya diletakkan pada keyboard laptop. Jadi, sudut kamera web ini tidak sesuai untuk membuat panggilan video atau kelas dalam talian.

Secara keseluruhan, saya rasa tidak berbaloi untuk membeli Matebook D15 pada tahun 2022. Kerana dengan bajet RM3,400, anda boleh dapat banyak pilihan laptop.

Review Honor MagicBook 15

Honor MagicBook 15 adalah klon Huawei Matebook dengan jenama yang berbeza sahaja. Tidak ada perbezaan yang ketara antara kedua-dua model ini.

Jadi, saya tidak akan mengesyorkan membeli Honor MagicBook.

Review Apple Macbook Air 13”

Seperti yang dibincangkan sebelum ini dalam ulasan laptop pelajar terbaik , Apple Macbook Air adalah laptop terbaik untuk pelajar untuk 2022 dan beberapa tahun akan datang, sehingga AMD dan Intel boleh mengeluarkan processor yang boleh menandingi processor Apple M1.

Kekurangan Macbook Air yang terbesar adalah harganya mahal.

Jika anda mempunyai bajet melebihi RM4,000, maka Apple Macbook Air M1 adalah laptop yang sangat bagus dan padu.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.