Penyuntingan/editing video telah menjadi permintaan besar di Malaysia berikutan populariti YouTube dan TikTok.
Untuk mengedit video 1080p dan 4K dengan lancar, anda memerlukan laptop yang bagus dengan processor yang pantas dan GPU yang berkuasa (Nvidia).
Sama ada anda edit video secara profesional atau hobi, saya telah menyenaraikan 7 laptop terbaik untuk editing video anda boleh membeli di Malaysia sekarang.
Table of Contents
ToggleApakah laptop terbaik untuk menyunting video di Malaysia?
Laptop terbaik untuk editing video di Malaysia ialah MacBook Pro 14” M1 Pro .
Ironinya, sebagai seorang yang mementingkan bajet, saya tidak akan pernah menyangka Laptop Apple akan menjadi laptop yang lebih berbaloi beli dari laptop Windows.
Processor Apple M1 telah membuktikan prestasinya yang unggul melepasi kebanyakkan laptop Windows.
Dan disebabkan processor M1, laptop murah yang terbaik untuk editing video juga ialah Apple MacBook Air M1.
Berikut ialah 7 laptop terbaik untuk penyuntingan video di Malaysia 2022 :
- Laptop Terbaik untuk Editing Video: MacBook Pro 14” (M1 Pro)
- Laptop Bajet Terbaik untuk Editing Video: MacBook Air M1
- Laptop RTX 3050 Terbaik untuk Penyuntingan Video: Acer Nitro 5
- Laptop RTX 3060 Terbaik untuk Editing Video: HP Omen
- Laptop RTX 3070 Terbaik untuk Penyuntingan Video: Lenovo Legion 7
- Laptop Gaming Terbaik untuk Editing Video: Acer Predator Triton 500
- Ultrabook RTX 3080 Terbaik: Razer Blade 14
1. MacBook Pro 14”
Laptop Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
MacBook Pro dengan cip M1 Pro (dari RM8,799) ialah laptop terbaik untuk editing video di Malaysia.
Ia dikuasakan oleh cip Apple M1 Pro dengan CPU 8-core, GPU 14-core, Enjin Neural 16-core dan 16GB unified RAM.
Ini adalah laptop Apple kedua yang paling berkuasa, hanya di belakang MacBook M1 Pro Max .
Spesifikasi Apple MacBook Pro 14″:
- Paparan: Paparan XDR Retina Cecair 14.2″.
- CPU: Apple M1 Pro
- GPU: GPU 8 teras bersepadu
- RAM: 16GB
- Storan: 512GB SSD
- Berat: 1.6kg
Apple MacBook Pro 14” M1 Pro adalah terbaik apabila digunakan dengan Apple Final Cut Pro. Ini kerana Final Cut Pro diprogramkan secara khusus untuk menggunakan kuasa penuh cip M1 Pro.
Playback video semasa penyuntingan memang lancar, tanpa sebarang drop frame. Dan masa render video yang diambil memang sangat pendek dan laju. Ia boleh render lebih laju dari laptop Windows dengan processor Intel i7 dan GPU Nvidia RTX.
Selain daripada cip yang canggih, ramai orang melupakan bahawa MacBook juga dilengkapi dengan skrin yang paling cantik dan jelas di laptop.
Skrin MacBook Pro M1 adalah skrin Liquid Retina XDR yang menakjubkan dengan ProMotion 120Hz.
Selain itu, skrin Liquid Retina XDR ini mempunyai resolusi 3456 x 2234 dengan 10,000 LED mini.
Ia mempunyai kecerahan norma 1,000 nit dan maksimum 1,600 nit. Dan nisbah kontras adalah sejuta kepada satu yang mengagumkan.
Selain itu, paparan MacBook Pro menglingkupi gamut warna yang luas, 99% liputan untuk DCI-P3 . Ini menjadikannya sangat sesuai untuk penyuntingan video dan foto yang profesional.
Satu perkara terakhir yang ramai tidak menyedari ialah MacBook M1 boleh berfungsi dengan full-power dengan atau tanpa memasang kabel .
Sebaliknya, laptop yang dikuasakan oleh CPU Intel/AMD dengan kad grafik hanya boleh menggunakan kuasa dengan sepenuhnya apabila disambungkan dengan kabel.
MacBook Pro M1 Apple ialah laptop penyunting video yang sangat berbaloi beli. Ia boleh menandingi model laptop Windows yang beberapa ribu Ringgit lebih mahal daripadanya.
Secara keseluruhannya, Macbook Pro M1 adalah pakej yang cukup bagus dengan prestasi pantas, skrin yang cantik dan hayat bateri yang paling panjang sekali..
2. MacBook Air M1
Laptop Bajet Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
MacBook Air M1 ialah laptop bajet terbaik untuk penyuntingan video . Ia juga merupakan pilihan utama saya untuk laptop pelajar terbaik.
Komputer riba ini mencukupi untuk beginner dan amatur. Ia bagus untuk mengedit video 1080p dan video 4k yang simple .
Spesifikasi Apple MacBook Air M1:
- Paparan: Paparan retina Nada Sejati
- CPU: Cip Apple M1 dengan CPU 8-teras, GPU 7-teras dan Enjin Neural 16-teras
- GPU: GPU 7 teras bersepadu
- RAM: 8GB
- Storan: 256GB
- Berat: 1.2kg
MacBook Air M1 ialah laptop yang sangat ringan dan nipis . Beratnya hanya 1.2kg . Ia dikuasakan oleh cip Apple M1 generasi pertama.
Dan laptop ini mempunyai reka bentuk tanpa kipas . Ia tidak menggunakan sistem kipas yang aktif.
Ini bermakna ia berfungsi dengan senyap. Dan anda juga tidak akan perlu bimbang atas isu habuk.
Ada reviewer yang mendakwa bahawa MacBook Air boleh mengedit video 4K, ini adalah kurang benar.
Walaupun ia boleh edit video 4k, tetapi MacBook Air akan menjadi terlalu panas kerana tidak ada sistem kipas. Dan kita tahu kepanasan yang berpanjangan akan menyebabkan laptop tidak bertahan lama dan bateri cepat rosak.
Sama seperti M1 MacBook Pro, MacBook Air mempunyai hayat bateri yang sangat lama. Ia boleh bertahan selama kira-kira 10 hingga 14 jam , lebih baik dari kebanyakan laptop Windows.
Walaupun MacBook Air M1 adalah laptop dari tahun 2020, ia masih merupakan laptop RM4,000 yang sangat bagus.
Banyak model laptop terbaru dari Dell, Acer, Asus ataupun Razer (dalam lingkungan harga RM4,000) masih tidak mampu menyaingi prestasi MacBook Air M1. Laptop Windows
MacBook Air M1 ialah laptop editing video yang terbaik dan serba lengkap dalam harga RM4,000. Ia amat disyorkan untuk mereka yang sanggup menggunakan mesin macOS.
3. Acer Nitro 5 AN515-57-536D
Laptop RTX 3050 Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
Acer Nitro 5 ialah laptop penyunting video terbaik dengan RTX3050 . Model Acer Nitro Acer Nitro 5 AN515-57-536D didatangkan dengan Intel Core i5-11400H dan Nvidia RTX 3050.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa CPU (processor) biasanya memainkan peranan yang lebih penting berbanding dengan GPU dalam kelajuan rendering video.
Spesifikasi Acer Nitro 5 AN515-57-536D:
- Paparan: 15.6″ IPS, FHD 1920 x 1080
- CPU: Pemproses Intel Core i5-11400H
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3050
- RAM: 8GB 3200Mhz DDR4
- Storan: 512GB PCIe NVMe SSD (1 slot tambahan)
- Berat: 2kg
Acer Nitro 5 ialah laptop yang sesuai untuk pelajar yang suka gaming dan mengedit video . Ini adalah laptop RTX termurah yang saya dapati di Shopee yang disertakan dengan GPU RTX 3050.
Acer Nitro ialah laptop gaming bajet dari Acer. Jadi, reka bentuknya agak besar. Ia mempunyai dimensi 363.4 x 255 x 23.9 mm dengan berat 2kg.
Processor Intel Core i5 dan GPU Nvidia RTX3050 menjadikannya mencukupi untuk penyuntingan video 4K.
Software penyuntingan video yang menggunakan kuasa GPU seperti Vegas Pro dan DaVinci Resolve boleh berjalan dengan laju atas laptop Acer Nitro 5 ini.
Tetapi, RAM pada laptop ini hanya 8GB dan ia boleh menyekat prestasi laptop ini.
8GB RAM juga tidak mencukupi untuk game PC baru. Jadi, anda boleh membeli satu lagi 8GB RAM dan menjadikan total laptop RAM 16GB.
GPU Nvidia RTX 3050 membolehkan laptop ini menjalankan game atas resolusi 1080p, 1440p dengan high video setting.
Kelemahan laptop Acer Nitro 5 ialah warna skrinnya yang kurang tepat. Skrin 15.6” yang mempunyai refresh rate 144Hz hanya meliputi gamut warna 45% NTSC.
Skrin ini sesuai untuk gaming tetapi tidak cukup baik untuk kerja penyuntingan yang profesional yang memerlukan ketepatan warna yang tinggi.
Walaupun begitu, Acer Nitro 5 masih merupakan laptop yang baik bagi beginners untuk belajar menyunting video.
4. HP Omen 16
Laptop RTX 3060 Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
Dengan hanya RM5,000, HP Omen ialah laptop mid-range terbaik untuk editing video . Ia mempunyai CPU dan GPU yang high-end, serta skrin yang sesuai untuk penyuntingan video.
Spesifikasi HP Omen:
- Paparan: 16.1” QHD 2560 x 1440, 100% sRGB
- CPU: Intel Core i7-11800H
- GPU: RTX 3060
- RAM: 16GB DDR4 3200Mhz
- Storan: 512GB SSD
- Berat: 2.2kg
HP Omen ialah barisan laptop gaming HP. HP mempunyai laptop gaming model lain yang dikenali sebagai HP Victus tetapi saya rasa Omen menawarkan nilai yang lebih baik.
HP Omen 16-b0080TX dilengkapi dengan Intel Core i7-11800H dan Nvidia Geforce RTX 3060. Kedua-dua cip ini adalah cip spesifikasi tinggi.
Bukan itu sahaja, HP Omen 16 mempunyai skrin yang jauh lebih baik daripada Acer Nitro 5. Ia mempunyai paparan 16.1” dengan resolusi 2560 x 1440 dan kadar refresh 165 Hz.
Dan yang paling penting, ia meliputi gamut warna 100% sRGB. Jadi, skrin ini cukup baik untuk kerja edit video dan Photoshop.
Tetapi kecerahan maksimum untuk skrin ini hanya 300 nits. Jadi, ia tidak sesuai untuk menggunakannya di luar rumah.
Satu lagi kelemahan laptop ini ialah ia agak berat dan besar. Ia hampir 2.2kg. Jadi, ini tidak begitu sesuai untuk mereka yang selalu perlu travel dengan laptop.
Namun begitu, HP Omen 16 ialah laptop yang sangat padu dan berbaloi beli. Ia adalah laptop penyunting video terbaik dengan harga di bawah RM5,000. Anda boleh mengedit video dengan lancar di atas laptop HP Omen 16.
5. Lenovo Legion 7 Gen 6
Laptop RTX 3070 Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
Lenovo Legion 7 ialah laptop gaming Ryzen terbaik untuk editing video . Ia dilengkapi dengan AMD Ryzen 7 5800H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 8GB GDDR6.
Spesifikasi Lenovo Legion 7:
- Paparan: 16″ WQXGA (2560×1600) 500nits, 165Hz, 100% sRGB
- CPU: Pemproses AMD Ryzen 7 5800H (3.20GHz, Peningkatan Maks 4.40GHz)
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3070 8GB TGP 140W
- Storan: 1TB SSD
- Berat: 2.5kg
Lenovo Legion 7 ialah laptop gaming bawah RM8,000 yang paling canggih. Dengan cip Ryzen 7 5800H dan RTX 3070, editing video 4K adalah amat mudah dan lancar.
Dengan sistem sedemikian, anda dijamin boleh bermain setiap game PC di pasaran dengan setting video tertinggi.
Skrin 16” mempunyai resolusi 2560 x 1600 dan kecerahan 500 nits . Ia ialah paparan nisbah aspek 16:10. Ia juga meliputi 100% sRGB, 72% Adobe RGB, dan 73.4% DCI-P3.
Pendek kata, Lenovo Legion 7 mempunyai skrin hebat yang sesuai untuk gaming dan juga editing video.
Ini adalah laptop yang agak berat, dengan berat sebanyak 2.5kg. Mujurnya, ia dilengkapi dengan bateri 80Wh yang boleh bertahan sehingga 8 jam.
Terdapat satu feature unik pada Lenovo Legion 7. Ia menyokong pengecasan dengan USC-PD 100W selain daripada power adapter 300W.
Jadi, anda tidak perlu membawa berbagai kabel dan power adapter sekiranya anda juga menggunakan peranti eletronik lain yang menggunakan USB-C.
Lenovo Legion 7 Gen 6 ialah laptop gaming mewah yang sangat baik dan bagus untuk kerja produktiviti serta gaming. Saya akan katakan laptop ini boleh bertahan sehingga lima tahun sebelum anda perlu menukarkannya.
Jika anda benar-benar menyukai model ini, terdapat variasi Legion 7 dengan Ryzen 9 5900HX dan RTX 3080 16GB VRAM yang hanya RM2,000 lebih mahal dari Legion 7 model RTX 2070 ini.
Kebanyakan laptop RTX 3080 di Malaysia menggunakan versi 8GB sahaja. Jadi, Legion 7 dengan Ryzen 9 5900HX dan RTX 3080 16GB VRAM ini memang unik dan tawaran yang berbaloi.
6. Acer Predator Triton 500 SE
Laptop Gaming Terbaik untuk Editing Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
Berbanding dengan laptop Acer Nitro, laptop Acer Predator ialah lebih premium. Dan ia adalah laptop gaming terbaik untuk penyuntingan video dengan spesifikasi maksimum pada hampir semua perkakasannya.
Spesifikasi Acer Predator Triton 500 SE:
- Paparan: 16.0″ WQXGA 2560 x 1600, 500 nits, 165 Hz, 3 ms
- CPU: Pemproses Intel Core i9-11900H
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3080 8GB (110W)
- RAM: 32GB
- Storan: 1TB SSD
- Berat: 2.4kg
Acer Predator Triton 500 SE ini kelihatan lebih premium daripada laptop gaming Acer yang lain dengan chasis aluminiumnya yang berwarna dark silver.
Skrin ini adalah paparan WQXGA 2560 x 1600p, dengan kadar refresh 165 Hz dan masa tindak balas 3ms. Skrin laptop ini adalah skrin permainan yang khas untuk pemain yang serius. Ia juga menpunyai Nvidia G-sync dan amat sesuai untuk game FPS dan racing.
Selain daripada itu, ketepatan warna dan gamut warna pada Acer Predator Triton 500SE adalah sangat mantap.
Ia mempunyai sRGB 100%, Adobe RGB 77% dan DCI-P3 77%. Dan kecerahan maksimum sebanyak 600 nits! Laptop ini boleh digunakan sama ada indoor ataupun outdoor.
Dari segi prestasi, Intel Core i9-11900H, Nvidia RTX 3080, dan 32GB DDR4 RAM pada laptop ini menjadikan laptop ini antara laptop prestasi tertinggi yang terdapat di pasaran sekarang.
Komputer riba ini boleh menjalankan game dengan resolusi 1440p dan 4K, dengan kadar refresh yang tinggi dan lancar dan setting grafik yang tinggi.
Selain daripada gaming, anda boleh menggunakannya untuk 3D rendering yang rumit, editing video 4K yang berbilang layer dan kerja-kerja komputer lain yang rumit.
Ia mempunyai butang “turbo” khusus yang mengaktifkan prestasi kipas kepada maksimum untuk menyejukkan laptop dengan cepat.
Ia adalah feature yang sangat berguna untuk laptop gaming kerana laptop gaming memang senang jadi panas kerana saiznya yang kecil.
Secara keseluruhannya, Acer Predator ialah laptop gaming yang sangat berkuasa dan sesuai untuk penyuntingan video, sekiranya anda mampu membayar harga premiumnya.
7. Razer Blade 14
Ultrabook RTX 3080 Terbaik untuk Penyuntingan Video
Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee
Jika anda tidak suka processor Intel, dan jika anda mahukan laptop saiz terkecil tetapi paling berkuasa, Razer Blade 14 adalah pilihan yang terbaik.
Razer Blade 14 ialah ultrabook terbaik untuk editing video .
Spesifikasi Razer Blade 14:
- Paparan: 14-inci QHD 165Hz, 2560 x 1440
- CPU: Pemproses AMD Ryzen 9 5900HX
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3080 (8GB VRAM)
- RAM: 16GB DDR4
- Storan: 1TB SSD
- Berat: 1.78kg
Untuk experience laptop paling berkuasa yang bersize paling compact, anda perlu membayar sebanyak RM12,999 untuk Razer Blade 14, iaitu RM1,000 lebih daripada Acer Predator Triton SE.
Razer Blade 14 ialah profesional workstation yang paling canggih untuk kerja-kerja editing video. Ia berukuran 319.7 x 220 x 16.8mm dengan berat hanya 1.78kg.
Di dalam laptop Blade 14 ini adalah AMD Ryzen 9 5900HX dan GPU Nvidia RTX 3080. AMD Ryzen 9 5900HX ialah processor 7nm yang lebih berkuasa dan cekap tenaga daripada Intel Core i9-11900H.
Ia hanya mengambil masa kira-kira tujuh hingga lapan minit untuk menyelesaikan sepenuhnya rendering video 4K lima minit dalam Adobe Premiere Pro. Ia memang mengagumkan memandangkan saiznya yang kecil.
Skrin ini ialah skrin QHD dengan resolusi 1440p. Ia mempunyai ketepatan warna yang sangat baik: 99.8% sRGB, 82% Adobe RGB dan 97% DCI-P3. Dan ia mempunyai nisbah kontras 1131:1.
Tetapi kecerahan maksimumnya hanya sekitar 310 nits, kurang daripada Acer Predator Triton.
Walaupun kecerahan maksimum yang lebih lemah, ketepatan warna dan nisbah kontrasnya yang lebih baik menjadikan laptop Blade 14 lebih sesuai untuk kerja design profesional yang memerlukan ketepatan warna yang tinggi.
Razer Blade 14 ialah laptop editing video yang bagus untuk mereka yang perlu sentiasa mengedit video on the go. Tetapi, jika bajet anda kurang daripada RM10,000, saya rasa Apple MacBook Pro M1 lebih berbaloi beli.
Competitions
Review Dell XPS (lwn. Razer Blade 14 lwn. Acer Triton Predator)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Dell XPS adalah antara ultrabook yang paling baik. Tetapi, model XPS yang berharga RM10,000 lebih hanya dilengkapi RTX 3050. Lenovo Legion 7, Acer Predator Triton 500 dan Razer Blade 14 dengan harga yang lebih kurang sama memberi spesifikasi yang lagi bagus dari Dell XPS
Dari aspek harga, saya rasa Dell XPS tidak berbaloi beli sekarang.
Review Asus Vivobook Flip 14 (berbanding Acer Nitro 5)
Asus Vivobook Flip 14 adalah pilihan saya bagi laptop touchscreen terbaik . Tetapi laptop ini hanya menggunakan AMD Ryzen 5 5500U. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk penyuntingan video yang rumit atau video resolusi 4k.
Laptop Asus Vivobook Flip 14 hanya sesuai untuk penyunting video yang edit short video seperti video Tik Tok atau video Youtube HD yang singkat.
Review Acer Swift 3 (berbanding MacBook Air M1)
Acer Swift 3 ialah laptop ultraportable serupa dengan MacBook Air M1. Tetapi, ia adalah jauh kurang berkuasa berbanding dengan MacBook Air M1.
Acer Swift 3 dengan Ryzen 3 5300U, yang dipilih sebagai salah satu daripada saya laptop terbaik bawah RM3,000. Ia hanya sesuai untuk suntingan video ringan dan Photoshop.
Jika anda nak membeli Acer Swift 3 dengan spek yang lebih tinggi, maka adalah lebih baik untuk membeli model asas MacBook Air M1 yang mempunyai prestasi yang lebih mantap, skrin yang lebih cantik dan hayat bateri yang lebih baik.
I am not surprised that Apple’s Macbook is ranked highest here…guess the others need to catch up real fast.