Beza Google TV dan Android TV, Manakah Lebih Baik

Apabila shoopping untuk smart TV atau Kotak TV baru, anda mungkin pernah jumpa istilah Google TV dan Android TV

Adakah anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara Google TV dan Android TV? Jom teruskan membaca.

Key Takeaway:

Google TV ialah interface Android TV yang baharu dan diubah suai. Pada mulanya, ia hanya boleh didapati pada Google Chromecast with Google TV, yang dikeluarkan pada 30 September 2020. Beberapa ciri baharu yang berfokus pada pengesyoran dan penemuan kandungan diperkenalkan.

Secara ringkas, Google TV adalah berdasarkan OS Android TV tetapi dengan interface yang lebih baik dan lebih baharu.

Best Chromecast deal on Lazada Best Chromecast deal on Shopee


4 Kelebihan Google TV berbanding Android TV

1. Unified Home Screen

OlojO5SVGuZ6M4qD2MwH pzDSPr31vkpH1rvYwoqya4XEaPgAjC 5LGqzH4zTwXrKavFGcJT9tkZyldp ICKWr2YiAQWYZWT4xZxLSnm RHghPifK6VOCki1MJGI4lIIokQC3 n2mHOwFxb9dQXDBjCgj Nbn7h0sycMHaNF WUvUL6pA2Q3 83CYdoeOg

Perbezaan utama antara Google TV dan Android TV ialah Unified Home Screen.

Skrin utama Google TV telah diperbaharui untuk lebih fokus pada rekomendasi drama dan wayang baru.

Ia akan mencadangkan filem dan rancangan TV daripada pelbagai TV app yang telah subscribe. Ia berbeza dengan Android TV, di mana pengesyoran rancangan adalah berasingan dan berdasarkan app masing-masing.

2. Personalized Recommendation

Sekarang pengguna boleh membuat berbilang profil pengguna dan juga membuat profil kanak-kanak. Setiap profil berbeza akan mempamerkan pengesyoran berbeza berdasarkan tabiat menonton, rancangan disimpan dan senarai watchlist.

Google Kid profiles boleh dikonfigurasikan dengan had menonton harian, waktu tidur dan sekatan kandungan serta memantau aktiviti app melalui Family Link.

3. Voice Search Yang Lebih Mantap

Google TV mempunyai voice search yang lebih berkuasa daripada OS Android TV. Voice search pada Google TV akan mencari keyword dalam semua app termasuk Live TV dan YouTube.

Dengan fungsi ini, pengguna dapat mencari kandungan yang diingini dengan lebih mudah dan cepat.

4. Akses Watch List Pada Smartphone

NSxM3XSGdGRNgVsCmgFSm1cgynbMlz6rWEbe9t7HuKaMYVXSZ8QDVxEHwyGNTY

Pengguna boleh sync Google TV dengan smartphone dengan mudah. Pada smartphone, menggunakan carian Google, anda boleh mencari filem dan rancangan, serta terus menambahkannya pada senarai watchlist anda. Google TV akan mengemas kini senarai watchlist secara automatik.

Kemudian, anda boleh menonton rancangan itu pada Google TV apabila anda sudah senang.


Review video membandingkan Google TV dan Android TV


Kesimpulan

Pendek kata, Google TV dan Android TV OS adalah sama, tetapi dengan sedikit perubahan pada interface. Anda akan enjoy menggunakan Google TV jika anda suka Unified Home Screen yang mempunyai pelbagai pengesyoran kandungan daripada semua streaming app. 

Di Malaysia, cara termurah dan paling mudah untuk mula menggunakan Google TV ialah membeli Google Chromecast with Google TV

Di samping itu, anda juga patut membaca panduan kami mengenai perbezaan antara Smart TV dan Android TV.


Google TV FAQS

Apakah perbezaan antara Android TV dan Google TV?

Google TV dikuasakan oleh Android TV OS tetapi disertakan dengan interface yang baru dan moden. Hampir semua kotak TV dan TV stick di pasaran hanya menggunakan Android TV OS, yang tidak mempunyai interface dan fungsiAdakah apl Android serasi dengan Google TV? Google TV.

Bolehkah saya memasang app di Google TV

Ya, anda boleh mengakses Google Play Store yang sama pada OS Android TV. Ia mempunyai lebih daripada 10,000 apl dan serasi dengan kebanyakan app yang popular.

Adakah Google TV lebih baik daripada Android TV OS?

Tidak semestinya, sesetengah pengguna lebih menyukai Google TV kerana Unified Home Screen. Ia mengesyorkan rancangan dari pelbagi service streaming yang berbeza. Dan sesetengah pengguna lebih suka OS Android TV kerana ia mempunyai lebih banyak customization.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.