7 Earbuds Wireless Terbaik Malaysia, dari RM50

earbuds wireless terbaik malaysia

Banyak smartphone baru termasuk iPhone 13 dan Samsung S22 tidak lagi mempunyai headphone jack. 

Jadi, earbuds wireless telah menjadi satu keperluan untuk pengguna earbuds dan earphone. Earbuds wireless lebih mudah dan senang dipakai kerana ia tidak memerlukan sebarang wayar. 

Secara keseluruhan, earbuds wireless dapat memberikan pengalaman mendengar muzik yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, ia adalah amat sukar untuk memilih earbuds wireless yang betul apabila harga earbuds wireless jauh berbeza, dari RM50 hingga RM1,000+.

Senarai berikut adalah 7 earbuds wireless terbaik untuk rakyat Malaysia:

  1. Galaxy Buds PlusEarbuds wireless terbaik Android
  2. Jabra Elite 75T Earbuds Active Noise Cancellation Terbaik
  3. Sony WF-1000XM3Earbuds wireless dengan kualiti bunyi terbaik
  4. Sudio TOLVEarbuds wireless terbaik dengan graphene driver
  5. Tronsmart Spunky BeatEarbuds TWS berbaloi beli
  6. Edifier TWS200Alternatif Airpods terbaik dengan kualiti panggilan yang bagus
  7. Xiaomi Haylou GT1 Bluetooth EarphonesEarbuds wireless murah terbaik Malaysia

Nota penting: 

Jika anda pemilik Apple iPhone dan mampu membeli AirPods. Saya percaya AirPods dan AirPods Pro adalah pilihan yang terbaik dari segi kualiti bunyi dan mikrofon untuk iPhone.

image 3

Check price on Lazada Check price on Shopee


1. Galaxy Buds Plus

Earbuds wireless terbaik

best all-rounder wireless earbuds for mix usage

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Samsung Galaxy Buds Plus adalah earbuds wireless terbaik di Malaysia. Ia adalah AirPods alternatif yang hampir sempurna bagi pengguna smartphone Samsung walaupun ia tidak mempunya active noise cancellation.

Ciri-ciri Samsung Buds Plus:

  • Profil bunyi seimbang dan neutral
  • Battery Life: 11+11 Jam (Earbuds+Charging Case)
  • Water splash-proof
  • Pengecasan Tanpa Wayar
  • Integrasi Spotify

Review Positif Pelanggan:

The product is good for its price point. The pocketable size and type-c port are definitely the plus point of this product. Suitable for people who prefer to travel light

Review Negatif Pelanggan:

Sound quality is just ok. phone call quality sucks.DO NOT use this for phone call. No one can hear me from the other side.

Dilengkapi dengan sistem dual-driver (oleh AKG), setiap earbuds Samsung mengandungi woofer dan tweeter yang khusus, dengan itu ia menghasilkan bunyi yang mengagumkan dan jelas.

Galaxy Buds Plus has tweeter and woofer
Tweeter dan woofer khusus (Source: Samsung.com)

Kualiti bunyi Galaxy Earbuds Plus mempunyai butiran yang jelas dan tajam. Ia menawarkan profil bunyi neutral dan seimbang yang sesuai untuk berbagai genre lagu dan muzik yang berbeza.

Dari segi kualiti panggilan telefon, Samsung Galaxy Buds Plus mempunyai tiga mikrofon: dua mikrofon luar dan satu mikrofon dalaman yang berfungsi serentak untuk penghantaran suara yang lebih jelas.

Galaxy Earbuds Plus ini adalah 6.3 g setiap satu dan charging casenya adalah 39.6 g. Earbuds ini adalah IPX2 dan sesuai digunakan.

Berbanding dengan earbuds wireless lain yang banya boleh bertahan selama 6-8 jam, hayat bateri Samsung Galaxy Buds Plus sangat mengagumkan kerana ia boleh bertahan selama 11 jam dan 44 minit.

Galaxy Buds Plus fast charging

Case charging Galaxy Buds Plus adalah Qi-certified yang boleh dicas dengan wayar ataupun secara wireless.

Antara feature istimewa yang terdapat di Samsung Galaxy Buds ialah ia menyokong one-touch Spotify playback dengan smartphone Android.

Bagi pemilik telefon pintar Samsung, anda boleh mengaktifkan gaming mode dengan Galaxy Wearables app. Ia boleh mengurangkan audio delay dan lagging semasa bermain game.

Galaxy Buds Plus with Galaxy Wearables application

Selain itu, terdapat juga banyak banyak penyesuaian yang boleh dilakukan untuk earbuds Samsung juga di dalam aplikasi Galaxy Wearables.

Galaxy Buds+ Plus adalah earbuds wireless terbaik untuk kebanyakan orang Malaysia kerana kualiti yang baik dan harga yang perpatutan. Hanya ada satu perkara yang perlu diperhatikan, ia tidak mempunyai active noise cancellation.

Oleh kerana banyak earbuds palsu yang dijual di Shopee dan Lazada, saya menggalakkan semua orang untuk membeli earbuds wireless dari LazMall atau ShopeeMall untuk jaminan barang tulen.


2. Jabra Elite 75T

Earbuds Active Noise Cancellation Terbaik

Best premium low latency wireless earbuds

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Berasal dari brand Jabra yang terkenal dengan aksesori audio, Jabra Elite 75T ini adalah earbuds wireless active noise cancellation terbaik.

Jabra Elite 75T mempunyai kualiti bunyi yang lebih baik dan lebih banyak feature dari Jabra Elite 65T (versi lama).

Dan ia adalah satu-satunya earbuds bukan Apple yang menyokong multipoint connection. Anda boleh menyambungkan Jabra Elite 75T kepada dua peranti secara serentak.

Earbuds ini juga amat ringan dengan berat 5.5g setiap satu earbud dan 35 g untuk case chargingnya.

Ciri-ciri Jabra Elite 75T:

  • Ringan dan premium
  • IP 55 rating, splash-proof
  • Boleh fine-tune sound equalizer dengan app Jabra Sound +
  • Mode HearThrough
  • Passive & Active Noise-Cancellation
  • Battery Life – Sehingga 7.5 + 28 Jam (Playtime + Charging Case)

Review Positif Pelanggan:

Jabra product is quality assurance either for sound or earpiece itself. Jabra Elite Active 75t is the best in-ear earbuds I used compared to other famous brand products.

Sound is terrific superb and it is very light. Easy and convenient for daily or sports activity. Worth to buy it. I became a loyal customer after trying it.

For those who hesitate, just give it a try and you will experience a real user friendly and quality product experience

Review Negatif Pelanggan:

-None

Pertama sekali, Earbuds Jabra Elite 75T menawarkan kualiti bunyi yang sangat baik seperti yang anda harapkan. Bunyinya kaya dan seimbang, dan bassnya adalah amat baik bagi earbuds yang bersaiz sekecil ini.

Mikrofonnya juga berfungsi dengan baik untuk panggilan telefon.

Walaup bagaimanapun, seperti earbuds yang lain, sedikit bunyi latar belakang tetap boleh didengari ketika panggilan phone. Ini adalah masalah biasa yang tidak dapat dielakkan untuk semua earbuds wireless.

Jabra Elite 75T comfortable earbuds
Sumber: jabra.com

Earbuds ini munpunyai rating IP55 dan direka untuk kalis peluh, tahan air, dan kalis hujan. 

Jabra Elite 75T menggunakan butang fizikal untuk kawalan kelantangan, menjawab panggilan, memainkan muzik dan sebagainya.

Baterinya telah dinaik taraf dan earbuds Jabra Elite 75T kini boleh bertahan sehingga 7.5 jam. Bersama dengan case charging, ia boleh digunakan untuk jumlah 28 jam.

Jabra Elite 75T menggunakan Bluetooth 5.0 yang menjaminkan sambungan dengan smartphone yang lebih stabil dan lancar. Ia boleh berfungsi dengan baik dalam jarak 10 meter dari smartphone. (Sumber: rtings.com )

Bluetooth latency untuk sambungan Android dan iOS sangat mengagumkan, kedua-duanya di bawah 100ms. Jadi, ia bagus untuk menonton video atau main game.

Tetapi, delay untuk sambungan ke PC agak tinggi pada 280ms.

Earbuds Jabra dilengkapi dengan HearThrough mode yang membolehkan anda mendengar bunyi sekeliling melalui earbuds semasa anda memakainya.

Jabra Elite 75T Jabra Sound+ App

Aplikasi Jabra Sound+ membolehkan anda menyesuaikan tetapan audio dengan sewajarnya; menyokong iOS dan Android juga. Dan terdapat pembatalan bunyi aktif digital (ANS) juga.

Saya mengesyorkan semua agar membeli Jabra Elite 75T dan bukannya Elite 85T, kerana ia lebih murah pada harga RM699 berbanding RM1099. Jabra Elite 85T adalah 70% lebih mahal dan ini adalah sebab utama saya rasa tidak berbaloi untuk membeli model terbaru.

Jabra Elite 85T yang baru adalah sedikit lebih baik dalam hampir setiap aspek dan mempunyai ANC hybrid. Tetapi ia hanya IPX4 dan bukan IP55 , yang bermaksud earbuds Jabra Elite 85T tidak diuji untuk rintangan habuk. 

Semua earbuds wireless Jabra dilengkapi dengan jaminan produk sebanyak 2 tahun.


3. Sony WF-1000XM3

Earbuds wireless dengan kualiti bunyi terbaik

Wireless earbuds with best sound quality

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sony memang terkenal dengan headphone and equipment audio-nya. Sony WF-1000XM3 tidak terkecuali, ia merupakan earbuds wireless kegemaran audiophile.

Ciri-ciri Sony WF-1000XM3:

  • Profil bunyi yang seimbang
  • Battery Life: Sehingga 6 + 24 Jam (Playtime + Charging Case)
  • Digital Noise Cancellation
  • Quick Attention function

Review Positif Pelanggan:

nicely packaged, next day delivery 👍

Probably the best wireless noise canceling earphone, especially for vocal, and instruments separation. 🎧

Sound quality is much better than Galaxy Bud and Airpods Pro. Also, great Bluetooth connection, very stable and great range. MADE IN MALAYSIA !!

Review Negatif Pelanggan:

Poorer connectivity with the iPhone. Heavier and chunkier, and so not recommended for exercising.

Jenama Sony sentiasa dikiatkan dengan kualiti dan mutu produk yang tinggi. Sony WF-1000XM3 adalah salah satu earbuds wireless terbaik di pasaran sekarang.

Sony WF-1000XM3 solidly-built

Mereka mempunyai driver 6mm yang kuat, menyampaikan audio berkualiti tinggi yang kaya dan menawan.

Ia menggunakanDSEE HX sound enhancement engine yang meningkatkan kualiti muzik digital kepada kualiti Audio HD.

Earbuds Sony WF-1000XM3 amat selesa untuk dipakai dan ia juga membantu mengasingkan bunyi latar belakang dengan berkesan.

Sony WF-1000XM3 structure and rubber surface

Ini bermakna anda mendapat bunyi yang jelas dan kaya tanpa perlu meggunakan feature active noise cancellation.

Tetapi, earbuds Sony ini adalah lebih besar dan berat berbanding dengan earbuds wireless lain. Setiap satu earbuds tu adalah 8.5 g dan charging case-nya adalah 77g.

Satu perkara yang perlu diperhatikan bahawa earbuds ini tidak mempunyai sebarang IP rating. Oleh itu, saya tidak mengesyorkan Sony WF-1000XM3 sekiranya anda membeli earbuds untuk tujuan bersenam.

Sony WF-1000XM3 merupakan salah satu earbuds active noise cancellation yang palingcanggigh di pasaran. Ia menggunakan teknologi HD Noise-Canceling Processor QN1e dan Dual Noise Sensor untuk menghasilkan prestasi active noise cancellation yang mantap;

Bagi panggilan telefon, earbuds Sony dikira okay tetapi ia tidak sesuai untuk membuat panggilan dalam keadaan yang bising dan sesak.

Sony WF-1000XM3 ini mempunyai hayat bateri sehingga 32 jam – 6 untuk earbuds dan sekitar 24 untuk charging case . Ia boleh bertahan lebih dari satu hari penuh.

Dengan Sony’s Headphone Connect app, anda boleh mebuat berbagai kawalan dan pilihan audio yang leih terperinci.

inside the box of Sony WF-1000XM3

Di dalam kotaknya, terdapat juga USB-C charging cable dan tiga sets silicone tips yang saiznya berlainan.

Sony WF-1000XM3 adalah earbuds wireless yang bermutu tinggi, mempunyai kualiti bunyi yang sangat baik dan active noise cancellation yang berkesan.


4. Sudio TOLV

Earbuds wireless terbaik dengan graphene driver

Best wireless earbuds with graphene driver

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sudio TOLV adalah sepasang earbuds viral yang popular. Ia adalah jenama Sweden yang terkenal kerana membuat gear audio minimalis yang elegan, terutamanya earbuds wireless dan headphones.

Ciri-ciri Sudio TOLV Wireless Earbuds:

  • Battery Life – Sehingga 7 + 28 Jam (Playtime + Charging Case)
  • Jarak wireless berkesan – 15 m
  • Graphene driver baru – meningkatkan keupayaan audio

Review Positif Pelanggan:

Everything is good. The sound is good, I like it very much. Most importantly It’s very handy. I’m very satisfy with it. 👍🏼👍🏼👍🏼

Review Negatif Pelanggan:

Poor microphone quality. Cannot hear anything when talking on call.

Setiap earbuds TOLV ini mempunyai berat 4.5g dan jarak wireless kira-kira 15m, menggunakan Bluetooth 5.0.

Ia boleh diguna dengan semua iPhone dan smartphone Android. Connection kepada smartphone juga amat mudah; keluarkan earbuds dari charging case dan cari peranti berdekatan dengan Bluetooth.

Earbuds ini boleh bertahan selama 7 jam, bersama dengan charging case-nya, anda mendapat sejumlah 35 jam hayat bateri.

Dilengkapi dengan graphene driver baru, kualiti bunyi Sudio TOLV lebih penuh, lebih dinamik dan lebih kuat. 

Malangnya, earbuds ini tidak menyokong APT-X dan ia tidak ada fungsi active noise cancellation. Satu perkara lagi, mikrofonnya adalah tidak begitu baik. Jadi, ia tidak sesuai untuk panggilan telefon.

Earbuds wireless Sudio TOLV amat sesuai untuk customer yang mahu mencuba earbuds wireless graphene dengan harga yang berpatutan.


5. Tronsmart Spunky Beat

Earbuds TWS berbaloi beli

Affordable & convenient true wireless earbuds

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Tronsmart telah lama wujud di pasaran untuk peranti audionya. Earbuds Tronsmart Spunky Beat ringan pada 4.8g. Earbuds ini sangat padat dan lebih kecil daripada Redmi Airdots. 

Ciri-ciri Tronsmart Spunky Beat:

  • Reka bentuk yang sangat padat dengan built-in charging wire
  • IPX5 rating
  • Bunyi terperinci dengan bass yang baik
  • Pengecasan pantas – Masa bermain 1 Jam dengana cas selama 5 minit
  • Battery Life – 7 + 24 Jam (Playtime + Charging Case)
  • Tiga Mode Decoding – aptX, AAC, and SBC

Review Positif Pelanggan:

I just tried it out for a couple of hours since it arrived and the sound quality is amazing, I have not tried many earphones but I could tell I did not waste my money buying this.

The sound quality was clear, the bass is nice, it even has mono/stereo pairing, the battery lasts for a few hours then need to be charged (just put it back in the case if it is already charged up) and the earphones are magnetic and stick to the case!

Review Negatif Pelanggan:

1)The Bluetooth transmission is not really very stable; you will get the occasional annoyance of lost connection for a split second. Not sure if my set is faulty as I can’t go out and return the unit for a replacement due to the covid 19 lockdown.

2) Because they are so small and the touchpad are sensitive, I keep giving all kinds of unintended command while trying to insert them into my ear.

Tronsmart Spunky Beat mempunyai surrounds sound yang detail dengan bass yang kuat dan mendalam. Kualiti bagi bunyi frekuensi mid dan high juga adalah amat baik. Sound stage-nya adalah luas dan cukup mengagumkan.

Tetapi, bunyi earbuds Tronsmart Spunky Beat menjadi agak tajam sekiranya volume bunyi terlalu tinggi.

Tronsmart Spunky Beat with aptX, AAC and SBC

Earbuds Tronsmart ini mempunyai rating IPX5, yang menjadikan mereka tahan terhadap percikan air.

Salah satu feature terbaik earbuds ini ialah charging case-nya yang datang dengan charging cable. Jadi, anda boleh mengecasnya dengan mudah dengan powerbank atau laptop anda.

Earbuds Tronsmart ini mengguna chip Qualcomm QCC3020 dan aptX audio technology. Oleh itu, sambungan Bluetooth 5.0 adalah amat pantas dan mudah. Jarak wireless-nya boleh mencapai sehingga 15 meter.

Earbuds wireless Tronsmart Spunky Beat mempunyai hayat bateri yang baik. Pada kelantangan maksimum, earbuds ini boleh bermain selama kira-kira 5 jam dan 45 minit. Dan sehingga 24 jam sekiranyan mengambil kira bateri charging case.

Ia mempunyai kawalan sentuh yang sangat responsif dan mudah. Pengguna boleh menggunakannya untuk menghidupkan/mematikan earbuds, mengaktifkan pembantu suara, menjawab panggilan, memainkan muzik, trek seterusnya dan sebagainya.

Tronsmart Spunky Beat one touch control

Secara keseluruhan, Tronsmart Spunkybeat adalah sepasang earbuds wireless yang amat berbaloi beli. Ia sepatutnya memadai untuk kebanyakan orang. Earbuds ini tidak disertakan dengan fungsi acive noise cancellation.


6. Edifier TWS200

Alternatif Airpods terbaik dengan kualiti panggilan yang bagus

image 22

Edifier TWS200 adalah earbuds alternatif Airpods yang murah dengan kualiti panggilan yang bagus. Ia juga dikenali sebagai Edifier Lolipod.

Ciri-ciri Edifier TWS200:

  • Qualcomm aptX Audio Decoding 
  • IPX4 Dustproof dan Waterproof
  • CVC 8.0 Dual-Mic Noise Cancelling
  • A3DP, AVRCP, HFP, HSP
  • Battery Life – 6 + 18 Jam (Playtime + Charging Case)

Review Positif Pelanggan:

So far selepas guna lebih sminggu, overall is okay.

Calling experience is great 9.5/10. Music experience not so great but acceptable 8/10. Bass 6.5/10. About latency when playing game, so far i didn’t notice any latency, it is great gaming experience 9/10. Same goes to when watching movies, no latency.

So, overall is it good/ worth buying below RM200 budget.

Review Negatif Pelanggan:

At first i thought it was great. But it turned out to be just OK, after several usage. Kadang2 kalau dengar lagu, bunyi tersangkut2. kejap dengar, kejap tak. kalau jogging lagi stress. Music on-off.

So, for the price I paid, 2 stars would suit it benefits. if it retails at a lower price, 3 star might be possible.

Charging case earbuds Edifier ini kelihatan serupa dengan Apple Airpods tetapi lebih pendek.

Ia boleh bertahan selama 6 jam untuk satu cas dan charging case-nya memadai untuk 3 caj penuh bagi earbuds. Ia mengambil masa kira-kira 90 minit untuk mengecas earbuds tersebut.

Earbuds jenis ini selesa dipakai dan tidak akan menyekat seluruh lubang telinga anda. Sesetengah orang lebih suka earbuds jenis ini kerana anda masih dapat mendengar bunyi dari persekitaran anda.

Dengan dynamic driver 13mm dan chip Qualcomm QCC3020 di dalamnya, kualiti bunyi cukup baik dengan surround yang bagus.

Edifier TWS200 with 13mm dynamic driver

Bass mid dan high pun sangat yang baik. Tetapi ada review yang mengadu bass terlampau berat.

Latency bunyi adalah isu yang paling ketara bagi earbuds Edifier TWS 200. Tetapi, ini tidak menjadi masalah untuk menonton video atau mendengari muzik. Ia tidak sesuai untuk bermain game.

Edifier TWS200 mempunyai stem mikrofon yang panjang. Jadi, mikrofonnya lebih dekat dengan mulut pegguna maka kualiti panggilannya yang lebih jelas dan lebih baik. Kualiti panggilan bagi earbuds yang ada stem mikrofon secara keseluruhan lebih baik daripada earbuds dalam telinga.

Sekiranya kualiti panggilan ialah keutamaaan earbuds wireless anda, TWS200 adalah earbuds yang bagus untuk tujuan tersebut.

Best deal on Lazada Best deal on Shopee


7. Xiaomi Haylou GT1 XR Bluetooth Wireless Earphones

Earbuds wireless murah terbaik Malaysia

Best cheap true wireless earbuds Malaysia

Xiaomi Haylou GT1 XR adalah earbuds wireless murah terbaik. Dilengkapi dengan cip Qualcomm baru, earbuds ini menawarkan latency audio yang lebih rendah.

Ciri-ciri Xiaomi Haylou GT1:

  • Ringan dan padat
  • Menyokong aptX+AAC
  • Latency audio yang rendah
  • Battery Life – 5 + 31 Jam (Playtime + Charging Case)

Review Positif Pelanggan:

So far im really love this product. It delivered all my expectations. Build quality, sound quality, mic quality, all is good. One of the best mic compare to my other wireless earbuds. Check vid for mic quality.

Review Negatif Pelanggan:

Agak kecewa dengan built quality… Material nampak murah..buka tutup case mcm x best… Tak mcm case edifier x3… Sound ok… Selesa pakai… Cuma design earbuds ni mcm x menarik sgt… Function semua ok… Percuma cover case yg smart

Xiaomi Haylou GT1 sangat padat dan beratnya hanya 4g. Harganya lebih kurang sama dengan Xiaomi Redmi Airdots. Jarak wirelessnya cukup baik dengan 10 meter. 

Xiaomi Haylou GT1 direct connection of both ears

Earbuds ini mempunya rating IPX5 menjadikan ia sesuai untuk bersenam dan berjoging.

Walaupun ia mempunyai built-in Li-Ion battery yang lebih kecil, anda boleh mendapatkan kira-kira 5 jam masa bermain dan 36 jam secara keseluruhan jika anda memasukkan bateri charging case.

Dengan harga kurang dari RM100, ini adalah earbud wireless sangat baik untuk bersenam dan juga penggunaan pejabat.

Malangnya, tiada sebarang waranti atau jaminan yang diberi untul earbuds Xiaomi Haylou GT1.

Best deal on Lazada Best deal on Shopee


Pertandingan

Edifier X3 – Recommended

Edifier X3 sangat disyorkan di antara pelbagai online review. Ia dipilih sebagai earbuds wireless murah terbaik oleh scarbir.com yang pakar dalam review earbuds TWS di bawah USD 100. Dari segi harga, ia lebih mahal daripada Haylou. Anda boleh membelinya jika ia dijual.

Oppo Enco W51- Recommended

Oppo Enco W51 adalah sepasang earbuds wireless yang sangat baik untuk kegunaan harian, walaupun dengan beberapa masalah kecil dengan kawalannya. Ia menggunakan reka bentuk Airpod-ish. Kuality bunyinya juga sangat baik.

Antara dua kelebihan Oppo Enco W51 adalah active noise cancellation (ANC) dan kualiti panggilan terbaik yang anda boleh dapat pada harganya.

Samsung Galaxy Buds Pro- Neutral

Sekiranya anda menyukai jenama Samsung dan Ekosistem Samsung, Galaxy Buds Pro sangat bagus dan bahkan dilengkapi dengan active noise cancellation. Memandangkan harganya yang hampir sama dengan Jabra Elite 75T, Jabra Elite 75T adalah earbuds yang lebih berbaloi.

Anker Soundcore Series TWS Earbudss- Recommended

Kebanyak earbuds Anker Soundcore dibina dengan kualiti yang bagus. Kualiti bunyinya bagus, selesa dipakai, dan mempunyai sambungan Bluetooth yang konsisten. Soundcore Liberty Air 1 adalah earbuds Anker kegemaran ramai orang.

Ugreen Hitune- Neutral

Ugreen Hitune mempunyai bateri yang bertahan selama 7 jam masa bermain, mendahului pesaingnya seperti Xiaomi earbuds. Bunyi Ugreen HiTune menyenangkan tetapi tidak begitu menonjol. Ia disyorkan untuk pengguna yang mahu earbuds wireless yang bertahan lama.

QCY Earbuds- Recommended

QCY, jenama earbuds yang terkenal dengan harga yang sangat murah dan kualiti audio yang unggul. Kebanyakan earbuds QCY amat berbaloi. Satu-satu kelemahannya adalah tidak ada waranti tempatan.

Aukey EP-N5 wireless earbuds – Recommended

Aukey EP-N5 adalah earbuds wireless termurah dengan Active Noise Cancelling. Tetapi fungsi ANC earbuds ini memang tidak setanding dengan earbuds ANC yang lebih mahal seperti Sony WF-1000XM3.

Kualiti bunyi adalah baik secara keseluruhan.

Miscellaneous no-name brand- Not Recommended

Terdapat puluhan atau beratus-ratus jenama earbuds TWS yang dijual di Shopee dan Lazada.

Tetapi sentiasa ingat bahawa anda membayar apa yang anda dapat. Dan biasanya barang yang berkualiti bukannya murah.

Lebih baik jika kita menyediakan bajet yang mencukupi dan membeli earbuds wireless dari jenama yang mempunyai reputasi yang baik.


References:
Scarbir.com
Rtings.com
Phiaton.com

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.