8 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia

mesin kopi terbaik malaysia

Kopi dan teh (dan juga milo) adalah minuman harian kegemaran rakyat Malaysia. Kebanyakan orang membuat kopi Nescafe 3-in-1 sahaja di rumah kerana itu merupakan cara yang paling mudah dan jimat.

Tetapi, sekiranya anda ingin menikmati secawan kopi dengan yang enak, anda perlu membancuh dengan menggunakan serbuk kopi atau kapsul kopi. Dan cara terbaik ialah menggunakan mesin kopi atau mesin espresso.

Pengenalan kepada Jenis-jenis Mesin Kopi

  • Mesin espresso manual – Pengguna perlu mengukur, mengisar dan mengekstrak kopi secara manual. Ia juga dilengkapi dengan satu pam yang perlu dikendali oleh barista kopi yang profesional. Ia lebih sesuai untuk cafe dan bukannya pengguna rumah.
  • Mesin espresso automatik – Mesin kopi jenis ini lebih mudah tetapi agak mahal. Terdapat mesin kopi semi-auto, full-auto dan super automatik. Harga mesin kopi atuomatik biasa di antara RM1000-RM5000.
  • Mesin kopi jenis drip – Mesin kopi ini mengalirkan air panas melalui serbuk kopi. Ia adalah cara yang paling biasa untuk membuat kopi dan tidak menghasilkan rasa kopi yang kuat seperti mesin espresso. Harga dari RM90-RM500+.
  • Mesin kopi kapsul – buat espresso dengan menggunakan kapsul kopi. Harga antara RM500-RM1500++.

Apakah mesin kopi terbaik di Malaysia?

Mesin kopi terbaik di Malaysia ialah Breville BES870 Barista Express. Ia merupakan sebuah mesin kopi espresso yang hampir sempurna. Ia mempunyai built-in grinder dan steam wand.

Tambahan pula, ia mempunyai banyak setting yang boleh dilaras mengikuti keperluan pengguna dan jenis kopi yang berbeza. Mesin ini sesuai bagi pengguna baru serta barista kopi profesional.

Di bawah ialah 8 mesin kopi paling terbaik di Malaysia:

  1. Mesin Kopi Terbaik: Breville BES870 Barista Express
  2. Mesin Kopi Terbaik untuk Pemula: DeLonghi Dedica 
  3. Mesin Kopi Terbaik untuk Pemula: Philips Series 2200 Coffee Machine
  4. Mesin Kopi Kapsul Terbaik: Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus
  5. Mesin Kopi Nespresso Terbaik: Nespresso Creatista Plus
  6. Mein Kopi Espresso Murah Terbaik: Nespresso Essenza Mini
  7. Mesin Kopi Drip Terbaik: Delonghi Clessidra
  8. Mesin Kopi Murah Terbaik: Giselle KEA0330RD

1. Mesin Kopi Breville BES870 Barista Express

Mesin Kopi Terbaik untuk Rumah

Breville BES870 Barista Express Espresso Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin espresso Breville BES870 adalah mesin kopi terbaik di Malaysia untuk kegunaan rumah. Ia direkomen untuk penggemar kopi yang mempunyai bajet yang tinggi dan sanggup membayar lebih untuk rasa espresso yang tulen.

Spesifikasi Mesin Espresso Breville BES870:

  • Body stainless steel
  • Pengawal Suhu Thermocoil
  • Fungsi pre-infusion
  • Built-in conical burr grinder dengan 18 saiz
  • Steam wand
  • Water filter charcoal
  • Power 1600W

Breville merupakan jenama mesin kopi Australia yang terkenal di dunia.

Walaupun harga Breville BES870 agak mahal, tetapi kualiti mesin ini padan dengan harganya.

Mesin kopi ini mempunyai design yang cantik dan diperbuat dari stainless steel.

Dengan Breville Barista Express BES 870, anda boleh membancuh kopi berkualiti tinggi. Rasa espresso yang dihasil boleh menandingi mesin kopi yang berharga puluhan ribu ringgit.

Ia menghasilkan secawan kopi yang sedap, kaya, dan aromatik. 

Mesin kopi ini mempunyai built-in conical burr grinder yang sangat baik.Ia boleh mengisar biji kopi sama seperti Breville Smart Grinder Pro, yang dijual pada harga RM1,499.

Oleh kerana banyak setting dan langkah yang diperlukan untuk menggunakan mesin kopi Breville ini, beginner mungkin akan rasa kelam kabut apabila membancuh kopi buat kali pertama.

Pengguna perlu mengisar dan mengepam kopi, serta mengukus susu secara manual.

Tetapi, saya percaya bahawa kebanyakan pengguna dapat membiasakan diri dengan proses tersebut selepas beberapa percubaan.

Kelemahan utama mesin ini adalah kesukaran dalam penyelenggaraan. 

Selain membersihkan steam wand dan portafilter, pengguna perlu membuat descale secara manual sebanyak sekali atau dua kali setahun.

Untuk berbuat demikian, pengguna boleh flush mesin secara manual dengan mencampurkan separuh air dan separuh cuka.

Besides cleaning the steam wand and portafilter, users need to manually descale the machine once or twice a year. To do so, users can manually flush the machine by mixing half water and half vinegar.

Breville BES870 adalah mesin kopi yang berbaloi beli walaupun harganya yang mahal. Ini adalah kerana kualitinya setanding dengan mesin kopi berharga RM10,000 hingga RM20,000. Pegguna juga boleh menjimatkan wang yang banyak dalam jangka panjang kerana tidak lagi perlu membeli kopi dari kafe ataupun Starbucks.

Kebaikan:

  • Mesin kopi all-in-one termasuk pengisar, steam wand
  • Sistem Pemanasan Thermocoil
  • Setting yang boleh dilaras untuk pengekstrakan ekspreso yang sempurna
  • 16 saiz kisaran kopi

Keburukan:

  • Agak mahal
  • Tiada kawalan suhu bagi steam wand
  • Susah bagi orang yang baru belajar membuat espresso

2. DeLonghi Dedica Espresso Machine EC785

Best Coffee Machine for Beginners

DeLonghi Dedica Espresso Machine EC785

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin DeLonghi Dedica Espresso ialah mesin DeLonghi entry-level terbaik. Pengguna yang baru belajar membuat espresso di rumah boleh membeli mesin ini.

Spesifikasi Mesin Espresso DeLonghi Dedica:

  • Sistem pemanasan Thermoblock
  • Steam wand
  • Badan stainlesssteel
  • Pam dengan tekanan 15 bar
  • Sesuai untuk serbuk kopi dan pod kopi

DeLonghi Dedica merupakan mesin espresso yang bersaiz kecil. Lebar mesin ini hanya 15cm dan sesuai untuk dapur kecil.

DeLonghi Dedica ialah mesin espresso yang sangat ringkas dengan hanya 3 butang di atasnya. Tiada setting yang rumit. 

Ia menggunakan pemanasan thermoblock dan mempunyai tekanan maksimum 15 bar. Selain itu, ia mempunyai steam wand Pannarello berkualiti tinggi untuk menyediakan milk froth.

Dengan serbuk kopi yang berkualiti tinggi dan segar, anda pasti dapat membancuh secawan espresso yang enak dalam masa yang singkat. Anda tidak perlu risau tentang setting untuk tekanan pam atau suhu air.

Satu-satunya kelemahan mesin DeLonghi ini ialah ia tidak disertakan dengan grinder kopi. Oleh itu, anda perlu membeli pengisar kopi secara berasingan.

DeLonghi Dedica ialah mesin espresso yang sangat baik dan bersaiz padat. Tidak seperti mesin espresso murah yang selalunya menghasilkan espresso yang tipis, mesin ini pasti dapat menghasilkan espresso yang baik dan kaw kaw.

Kelebihan:

  • Antara mesin espresso paling mudah untuk diguna
  • Pantas
  • Saiz padat
  • Didatangkan dengan steam wand/pembuih susu

Kekurangan:

  • Mahal
  • Hanya sesuai untuk beginner

3. Philips Series 2200 Coffee Machine

Mesin Kopi Automatik Terbaik

Philips Series 2200 Coffee Machine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin Kopi Philips Series 2200 ialah alternatif yang terbaik kepada Mesin Kopi Breville dan DeLonghi. Ini adalah mesin kopi full-automatik yang membolehkan pengguna menikmati kopi yang sedap dengan mudah dan pantas.

Spesifikasi Mesin Kopi Philips Series 2200:

  • Sistem Thermoblock
  • Classic milk frother wand
  • Ceramic flat burr grinder 12-step
  • 2 minuman pratetap – espresso dan kopi
  • 15 bar tekanan
  • Penapis air Aqua-Clean

Mesin Kopi Philips Series 2200 diperbuat daripada plastik dan ia mempunyai butang yang kelihatan seolah-olah paparan sentuh LED.

Dengan menggunakan mesin kopi Philips ini, anda boleh menyediakan espresso atau kopi dengan hanya satu sentuhan butang.

Ia mempunyai built-in ceramic flat burr grinder yang mempunyai 12 tetapan mengisar. Mesin ini sesuai bukan sahaja untuk kegunaan rumah, tetapi juga untuk kegunaan pejabat.

Mesin Kopi Philips Series 2200 dilengkapi dengan steam wand manual untuk menyediakan pembuih susu. Masukkan tongkat tersebut ke dalam susu, tekan butang dengan ikon stim, dan anda boleh mendapat buih susu yang baik dengan senang.

Ciri yang paling unik pada Mesin Kopi Philips Series 2200 ini ialah pembersihan dan penyelenggaraannya yang amat mudah. Ia mempunyai bekas brew group boleh ditanggal dan dikeluarkan untuk dibilas dengan air.

Penapis AquaClean dalam mesin ini boleh menapis air untuk memastikan rasa kopi yang lebih aromatik dan mengurangkan pembentukan kerak kapur pada mesin..

Kesimpulannya, Mesin Kopi Philips Series 2200 adalah mesin kopi automatik terbaik di Malaysia untuk pejabat dan juga rumah. Ia mempunyai kapasiti penyimpanan bijian kopi yang besar dan boleh membancuh dua cawan kopi sekaligus.

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Kualiti kopi yang baik
  • Mesin kopi full-automatik mampu milik

Kekurang:

  • Badan diperbuat daripada plastik
  • Hanya 2 jenis pilihan minuman kopi

4. Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus

Mesin Kopi Kapsul Terbaik Malaysia

Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus Touch ialah mesin kopi kapsul terbaik untuk kebanyakan orang. Kami memilihnya kerana ia menawarkan banyak jenis pilihan kapsul kopi, termasuk kopi Starbucks.

Spesifikasi Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus Touch:

  • Teknologi pemanasan Thermoblock
  • Boleh menggunakan cawan besar
  • Mesin tutup secara automatik selepas 1 minit
  • Tekanan pam 15 bar

Dengan mesin kopi kapsul, anda tidak perlu risau tentang suhu atau settings untuk membancuh kopi.  Anda tidak perlu mempunyai sebarang kepakaran atau pengetahuan dalam seni membancuh kopi untuk menghasilkan rasa kopi yang sama setiap kali.

Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus membolehkan anda membuat minuman kopi lazat dengan mudah sekali.

Tambahan pula, Dolce Gusto mempunyai pelbagai jenis kapsul untuk dipilih, termasuk Americano, Cappuccino, Latte Macchiato, Chocolate, dan juga Starbucks.

Namun, mesin kopi ini hanya boleh menggunakan kapsul susu tepung dan bukan susu segar. Jadi, cappucino dan latte akan kurang sedap kerana rasa susu segar dengan lebih enak berbanding susu tepung.

Secara keseluruhannya, Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus Touch  ialah mesin kopi kapsul yang sangat berpatutan dan serba boleh. Jika anda tidak memerlukan kawalan skrin sentuh, Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus akan menjadi pilihan yang lebih murah.

Kelebihan:

  • Saiz padat
  • Pelbagai perisa kapsul kopi yang ada di pasaran
  • Mudah digunakan
  • Boleh bancuh dengan sama ada cawan kopi kecil ataupun besar

Kekurangan:

  • Tiada sebarang kawalan atas bancuhan kopi
  • Hanya boleh menggunakan kapsul susu tepung.

5. Nespresso Creatista Plus

Mesin Nespresso Terbaik Malaysia

Nespresso Creatista Plus

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Nespresso Creatista Plus ialah mesin kopi Nespresso terbaik di Malaysia. Beza daripada mesin Kopi Dolce Gusto, Nespresso Creatista Plus ialah mesin khusus untuk Kapsul Nespresso sahaja.

Spesifikasi Nespresso Creatista Plus:

  • Tekanan 19 bar
  • Steam wand dengan 3 suhu susu
  • Body stainless steel
  • Automatik tutup selepas 9 minit

Creatista Plus menggunakan material stainless steel sepenuhnya dan mempunyai design yang vintaj dan cantik. Ia juga mempunyai steam wand yang berkualiti tinggi.

Walaupun Nespresso Creatista Plus hanyalah mesin kopi kapsul, pam tekanan yang tinggi membolehkannya menghasilkan rasa espresso yang asli. 

Ia boleh digunakan untuk membancuh ristretto, espresso, lungo, cappuccino, café latte, latte macchiato, dan flat white.

Selain itu, steam wand mesin ini mempunyai 3 tetapan suhu dan 3 tekstur, memberikan pengguna lebih kawalan ke atas buih susu yang dihasilkan.

Kelebihan:

  • Tekanan pam 19 bar
  • Pelbagai tetapan untuk pembuih susu
  • Rasa espresso yang asli
  • Boleh menggunakan kapsul kopi third parti

Kekurangan:

  • Tiada pilihan buih susu sejuk
  • Mesin kopi kapsul yang agak mahal

6. Nespresso Essenza Mini

Mesin Nespresso Murah Terbaik

Nespresso Essenza Mini

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Nespresso Essenza Mini merupakan satu lagi mesin pod kopi Nespresso. Harganya hanyalah separuh daripada Creatista Plus tetapi masih menghasilkan espreso yang enak.

Spesifikasi Nespresso Essenza Mini:

  • Pam tekanan 19 bar
  • Tangki air boleh ditanggalkan
  • Kapasiti kapsul sebanyak 6 biji

Jika anda suka rasa Nespresso, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli mesin kopi Essenza Mini kerana ia adalah mesin nespresso yang termurah di pasaran. 

Ini juga mesin Nespresso yang bersaiz paling kecil, sesuai untuk keluarga kecil. Dimensinya ialah 8.4 x 20.4 x 33 cm.

Walaupun Nespresso tiada kapsul kopi Starbucks, Nespresso menawarkan lebih daripada 30 jenis kapsul kopi, daripada yang rasa ringan kepada yang lebih pekat. 

Seperti kopi Arissto, Nespresso juga menawarkan pelan subcription bulanan untuk kapsul kopi mereka.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengesyorkan perkhidmatan subscription untuk isi rumah biasa. Subscription bulanan kapsul kopi lebih sesuai untuk pejabat dan pelanggan korporat.

Nespresso Essenza Mini mempunyai waranti tempatan 2 tahun. Jika anda sukakan buih susu, dapatkan sahaja pembuih susu Ikea yang murah (RM5.90).

Pros:

  • Mesin Nespresso terkecil
  • Cepat panas
  • Pilihan kapsul Nespresso yang banyak

Cons:

  • Kapsul Nespresso lebih mahal daripada Dolce Gusto
  • Tiada steam wand

7. Delonghi Clessidra CoffeeNachine

Mesin Kopi Drip Terbaik Malaysia

Delonghi Clessidra CoffeeNachine

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin kopi Delonghi Clessidra adalah mesin kopi drip terbaik di Malaysia. Mesin kopi drip juga dikenali sebagai mesin kopi filter.

Tetapi mesin kopi Delonghi Clessidra berbeza daripada mesin kopi fitler yang biasa. Ia mempunyai fungsi automatic pulse pouring functionyang meniru kaedah pour-over coffee. Ia menjadikan kopi lebih pekat dan aromatik.

Spesifikasi Delonghi Clessidra:

  • Fungsi automatic pulse pouring
  • Kawalan suhu yang tepat
  • Sistem anti-titisan
  • Fungsi keep warm
  • Tutup secara automatik

Mesin kopi Delonghi Clessidra menerima pengiktirafan daripada European Coffee Brewing Centre. Ia boleh membancuh kopi dalam julat suhu yang tepat dan konsisten, iaitu 92-96 darjah celsius.

Tambahan pula, ia mempunyai fungsi keep warm selama 40 minit untuk memastikan setiap cawan kopi dihidangkan pada suhu terbaik.

Walaupun mesin kopi Delonghi Clessidra adalah 5 hingga 10 kali lebih mahal daripada mesin kopi filter Khind dan Pensonic, kopi yang dihasilkan oleh Delonghi Clessidra lebih berkualiti dan enak.

Pendek kata, jika anda mencari pembuat kopi drip terbaik pada harga yang berpatutan, maka Delonghi Clessidra adalah pilihan yang wajar.


8. Giselle Espresso Coffee Machine KEA0330RD

Mesin Kopi Murah Terbaik Malaysia 

Giselle Espresso Coffee Machine KEA0330RD

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Mesin kopi espreso Giselle KEA0330RD ialah mesin kopi terlaris di Shopee. Walaupun ia merupakan pilihan mesin kopi murah terbaik untuk kebanyakan orang, saya tidak akan mengesyorkannya.

Spesifikasi Mesin Kopi Giselle KEA0330RD:

  • Mempunyai steam wand
  • Filter tainless steel
  • Tekanan 3.5 bar

Mesin Kopi Giselle ini telah terjual melebihi 8,000 unit. Ia juga mempunyai ulasan yang positif daripada pelanggan tetapi ini tidak bermakna ia adalah mesin kopi yang bagus.

Pertama sekali, tekanan 3.5 bar tidak mencukupi untuk mengekstrak krema/crema espresso. Crema ialah cairan berwarna kuning tua yang dihasilkan daripada ekstraksi espresso. Ia merupakan intipati espresso yang paling penting.

Maka, espresso yang baik mesti diekstrakan dengan tekanan yang tinggi, contohnya tekanan 15 bar.

Selain itu, ramai orang mengadu bahawa steam wap mesin kopi Giselle sukar digunakan dan tidak menghasilkan buih susu dengan berkesan.

Bagi orang baru nak belajar minum kopi dan ingin menjimatkan wang, saya akan nasihatkan anda untuk mendapatkan Mesin Kopi Nescafe Dolce Gusto. Mesin Dolce Gusto lebih murah, dan kerana ia menggunakan kapsul kopi, anda boleh membuat kopi yang enak tanpa perlu bersusah payah.


Jenama Mesin Kopi Lain

Ulasan Mesin Kopi Arissto

Mesin Kopi Arissto amat popular beberapa tahun lalu. Sebelum ini, sewa bulanan mesin kopi Arissto hanya RM1 sebulan, dan saya rasa ia merupakan tawaran yang menarik. Kini ia telah menaikkan sewa mesin arissto kepada RM10 sebulan, tetapi yuran mesin boleh dibatalkan jika anda memesan lebih daripada RM30 kapsul kopi daripada Arissto.

Rasa Arissto coffee  amat hampir dengan espresso asli dan ia sesuai untuk mereka yang baru mula minum dan bancuh espresso.

Ulasan Mesin Kopi Dessini

Mesin Kopi Dessini  ialah mesin kopi yang kedua terlaris di Shopee. Sebelum ini saya pernah review kuali non-stick dan pressure cooker dari Dessini, dan kawalan kualiti produknya sangat lemah. Jadi, saya tidak menaruh harapan tinggi untuk mesin kopinya. Tetapi terdapat ramai pelanggan yang berpuas hati yang mendakwa bahawa pembuih susu berfungsi dengan baik dan mampu menghasilkan krim yang mencukupi. Aduan yang terbanyak ialah tangki air bocor. Anda boleh mencubanya sekiranya anda ingin membeli mesin kopi yang murah dan bagus.

Ulasan Mesin Kopi Samu Giken

Mesin Espresso Samu Giken CM20RG mempunyai masalah yang sama dengan Mesin Kopi Giselle. Ia mempunyai tekanan pam yang terlalu rendah, hanya 3.5 bar. Ia tidak mencukupi untuk menghasilkan krema kopi yang baik. Oleh itu, ia tidak direkomen.

Mesin Kopi SMEG

Kualiti mesin kopi SMEG agak tidak konsisten. Mesin Kopi Automatik SMEG telah menerima review yang buruk. Sebaliknya, Mesin Espresso Retro SMEG ECF01 yang mempunyai design yang sama dengan SMEG refrigerator telah menerima banyak pujian dan ulasan yang banyak.

Melainkan anda amat suka dengan reka bentuk SMEG coffee machines, saya lebih rekomen pengguna biasa membeli Mesin Kopi Breville and DeLonghi.

Ulasan Illy Coffee Machine

Illy ialah syarikat kopi Itali yang bereputasi dan mempunyai sejarah hampir satu abad. Model mesin kopi illy yang paling popular ialah Mesin Kopi Kapsul X7.1 iperEspresso. Ia adalah mesin kopi kapsul yang elegan dengan reka bentuk retro. Rasa dan aroma kopi yang dihasilkan sangat baik, tetapi harganya yang mahal tidak sesuai untuk semua orang.

Ulasan Mesin Kopi Lebensstil

Lebensstil ialah jenama Jerman yang telah dibeli oleh Pensonic Malaysia. Kualiti Lebensstil LKCM-112X dan rasa kopi yang dibancuh agak baik. Dan harganya juga sangat berpatutan. Tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah mesin kopi terbaik bawah RM300.

Ulasan Kopi Gemilai CRM3605

Gemilai CRM3605 ialah mesin kopi jenama China yang mendapati rating yang tinggi. Walaupun mesin ini diperbuat daripada banyak bahan plastik, kualiti produk keseluruhan adalah baik. Dengan pam tekanan 15 bar, ia boleh mengekstrak krema kopi yang baik. Steam wand mesin ini juga bagus untuk pemula. Satu kelemahan besar ialah ia tidak disertakan dengan sebarang waranti di Malaysia.


Soalan Lazim Mesin Kopi

Apakah jenama mesin kopi terbaik di Malaysia?

Breville adalah jenama mesin kopi terbaik untuk kegunaan rumah di Malaysia. Mesin kopinya mempunyai kualiti yang mantap, dan ia menghasilkan kopi dan espreso yang enak secara konsisten.

Apakah mesin kopi terbaik untuk beginner?

Saya rekomen DeLonghi EC785 untuk pemula. Harganya berpatutan berbanding mesin kopi all-in-one tetapi ia mampu menghasilkan kopi yang setanding dengan mesin kopi yang lebih mahal.

Adakah mesin kopi Giselle bagus?

Secara amnya, mesin kopi Giselle tidak bagus. Mereka mempunyai pelbagai masalah seperti air bocor, steam wand yang sukar digunakan, dan pengekstrakan krema espresso yang lemah.

Mesin kopi barista yang manakah terbaik untuk digunakan di rumah?

Breville Barista Express ialah mesin kopi yang paling popular di kalangan barista kopi profesional.

Lazada 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 03.03 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.