10 Smartwatch Terbaik Malaysia – Android dan iPhone

smartwatch terbaik malaysia

Sejak beberapa tahun ini, smartwatch telah menjadi jam tangan pilihan orang ramai di Malaysia, terutamanya bagi generasi muda. Smartwatch bukan sahaja cantik, tetapiu mempunyai pelbagai fungsi.

Smartwatch boleh berfungsi sebagai peranti pemantauan kesihatan, fitness tracker, smart notification dan banyak lagi. Smartwatch yang high-end boleh membuat panggilan telefon serta memainkan muzik terus kepada wireless headphones.

Apakah smartwatch terbaik di Malaysia?

Smartwatch terbaik untuk pengguna iPhone ialah Apple Watch Series 8. Ia mempunyai fungsi tracking dan sensor canggih yang tidak ditawarkan oleh smartwatch lain, seperti ECG, pemantauan suhu badan, crash detection dan built-in GPS.

Bagi pengguna Android, Samsung Galaxy Watch 5 dengan Wear OS 3 ialah smartwatch Android terbaik di Malaysia. Ia mempunyai interface yang paling intuitif dan dilengkapi dengan ciri fitness tracking yang bagus.

Lihat senarai penuh 10 smartwatch terbaik di Malaysia pada 2022/23:

  1. Smartwatch Terbaik: Apple Watch Series 8
  2. Smartwatch Android Terbaik: Samsung Galaxy Watch 5
  3. Smartwatch Terbaik bawah RM1000: Apple Watch SE
  4. Smartwatch Terbaik bawah RM800: Amazfit GTR4
  5. Smartwatch Terbaik bawah RM500: Huawei GT2
  6. Smartwatch Bajet Terbaik bawah RM300: Xiaomi Band 7 Pro
  7. Smartwatch Terbaik bawah RM200: Huawei Band 7
  8. Smartwatch Murah Terbaik: Honor Band 6
  9. Smartwatch Sport Terbaik: Coros Pace 2
  10. Smartwatch Terbaik untuk Wanita: Garmin Lily

1. Apple Watch Series 8T

Smartwatch Terbaik Malaysia

Apple Watch Series 8

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Apple Watch Series 8 adalah smartwatch terbaik dari segi prestasi dan reka bentuk. Akan tetapi, ia direka khas untuk digunakan dengan iPhone dan tidak boleh disambung dengan smartphone Android.

Apple Watch Series 8 mempunyai ciri tracking yang sangat baik, yang menjadikannya peranti yang bagus untuk memantau kesihatan dan kecergasan anda.

Ia mempunyai pelbagai jenis sensor, termasuk HRM, GPS, ECG, oksigen darah, sensor suhu badan dan boleh mengesan kualiti tidur.

Selain itu, terdapat satu lagi fungsi baru yang amat penting pada Watch 8 ini iaitu, Pengesanan Kemalangan Kereta (car crash detection).

Siri 8 juga sangat tahan lasak, dengan rating IP6X dan penarafan rintangan air 5ATM.

Ia juga berjaya meningkatkan hayat bateri dengan menggunakan mod low-power. Dengan itu, Apple Watch 8 boleh bertahan selama 2 hari.


Tambahan pula, ia menggunakan teknologi LTPO untuk memastikan jam tangan sentiasa bernyala dan waktu boleh dibaca sepanjang masa, tanpa mambazir bateri.

Masa diambil untuk mengecaj Apple Watch 8 adalah kurang daripada satu jam, lebih cepat mudah berbanding model sebeleum ini.

Walau bagaimanapun, jika anda sudah mempunyai Apple Watch 7 atau bahkan Apple Watch 6, maka tidak berbaloi untuk membeli Apple Watch Series 8 kerana perbezaannya amat kecil.

Bagaimana pula dengan Apple Watch Ultra? Walaupun Apple Watch Ultra mempunyai beberapa fungsi profesional seperti dual-frequency GPS, tetapi kebanyakan orang tidak memerlukannya dan ia jauh lebih mahal daripada Siri 8.

Kelebihan

  • Tracking yang tepat dan hebat
  • Banyak sensor dan mod tracking yanf berbeza
  • Pengesanan kemalangan kereta
  • Mod low-power

Keburukan

  • Hanya untuk pengguna iphone
  • Peningkatan yang minimum berbanding dengan Apple Watch series 7

2. Samsung Galaxy Watch 5

Smartwatch Android Terbaik

Samsung Galaxy Watch 5

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Galaxy Watch 5 boleh didapati dalam saiz 40mm dan 44mm. Ia adalah smartwatch terbaik untuk Smartphone Android kerana ia adalah smartwatch Wear OS yang paling lengkap dan mudah. 

Samsung Galaxy Watch 5 menawarkan fungsi untuk memantau kesihatan yang termasuk pemantauan oksigen darah, pengesanan tidur dan analisis tekanan.

Ia juga dinilai sebagai IP68, yang lebih baik sedikit daripada Apple Watch 8 IP6X.

App Samsung Health juga sangat mesra pengguna, menjadikannya hebat untuk fitness tracking. Ia boleh menjejaki berpuluh-puluh jenis senaman dan aktiviti.

Selain itu, skrin sentuh OLED bulatnya cerah dan senang untuk dibaca di outdoor.

Watch 5 mempunyai bateri 410mAh, yang merupakan peningkatan daripada bateri 361mAh Watch 4. Ia boleh bertahan selama lebih daripada 30 jam tanpa sebarang masalah.

Kelebihan

  • Smartwatch Wear OS tebraik
  • Hayat bateri panjang
  • Penjejakan GPS yang tepat
  • Paparan OLED sapphire crystal

Kekurangan

  • Data sensor suhu belum boleh digunakan
  • Peningkatan kecil berbanding Galaxy Watch 4

3. Apple Watch SE

Smartwatch Terbaik bawah RM1000

Apple Watch SE

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Rakyat Malaysia past suka dengan Apple Watch SE kerana harganya yang sanganat competitif, hanya RM1000+.

Apple Watch SE terdapat dalam versi 40mm dan 44mm. Apple Watch SE 40mm ialah smartwatch Apple yang paling ringan, hanya 26 gram.

Apple Watch SE mempunyai kebanyakan ciri dan fungsi penting yang terdapat dalam Apple Watch Series 8, kecuali untuk yang berikut:

  • ECG
  • Blood oxygen sensor
  • Temperature sensor
  • Car crash detection

Walaupun model SE lebih murah, ia tetap menggunakan paparan OLED LTPO yang serupa dengan model Apple Watch yang lebih mahal.

Dengan harga yang murah berbanding Apple Watch yang lain dan ciri-ciri yang praktikal, Apple Watch SE ialah model Apple Watch paling disyorkan untuk orang yang tidak memerlukan fungsi pengesanan ECG dan kemalangan kereta.


4. Amazfit GTR4

Smartwatch bajet terbaik

Amazfit GTR4

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Smartwatch Amazfit GTR4 menawarkan pakej yang mengagumkan pada harganya yang berpatutan. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang lebih suka rupa jam tangan bulat.

Pertaman, ia mempunyai paparan always-on OLED display 46mm yang besar.

Dan ia dilengkapi dengan pelbagai sensor termasuk pecutan, giroskop, sensor geomagnet, altimeter barometrik, penderia cahaya ambien dan penderia denyutan jantung.

Selain itu, ia menyokong Wi-Fi 2.4 GHz, Bluetooth 5.0 dan Bluetooth Tenaga Rendah.

Tidak seperti smartwatch Apple atau Samsung, smartwatch Amazfit GTR4 ini mempunyai hayat bateri yang sangat panjang; 7 hari untuk penggunaan berat dan 14 hari untuk penggunaan ringan.

Amazfit GTR4 juga merupakan salah satu smartwatch bajet terbaik dengan fungsi panggilan telefon kerana ia built-in speaker dan microphone.

Akhir sekali, ia menggunakan multiband GPS yang setanding dengan Apple Watch Ultra. Jika anda lebih suka smartwatch bermuka empat segi, anda boleh melihat Amazfit GTS 4.

Kebaikan

  • Multiband GPS
  • Mempunyai pelbagai sensor
  • Boleh bertahan lebih dari 7 hari

Keburukan

  • Tiada NFC

5. Huawei GT2

Smartwatch terbaik bawah RM500

Huawei GT2

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Disebabkan harga yang rendah dan fungsi yang memadai, Huawei GT 2 kekal menjadi kegemaran pembeli Malaysia walaupun model ini sudah model lama dari 2 tahun yang lepas. Model terbaru dikenali sebagai Huawei GT3 yang dijual pada harga dua kali ganda harga Huawei GT2.

Huawei Watch GT 2 dikuasakan oleh pemproses Kirin A1. Ia mempunyai storan 2GB yang boleh digunakan untuk menyimpan muzik dan menstrim terus ke Bluetooth earbuds.

Selain itu, Huawei GT 2 boleh menjejaki langkah, jarak, kadar denyutan jantung, tidur, senaman dan tahap tekanan.

Tetapi anda tidak boleh memasang sebarang app baru di dalamnya, jadi ia bukan smartwatch yang lengkap seperti jam tangan Apple atau Samsung.

Satu lagi kebaikan jam tangan Huawei GT2 ialah hayat baterinya yang panjang, dan boleh bertahan selama lebih daripada 10 hari. Pengecasan juga amat mudah dan cepat, hanya mengambil masa lebih sedikit daripada sejam.

Secara keseluruhannya, Huawei Watch GT2 ialah smartwatch yang ringkas tetapi serba boleh. Dengan jam tangan pintar Huawei GT2, anda dapat menjejaki kesihatan dan kecergasan mereka dengan mudah.


6. Xiaomi Band 7 Pro

Smartwatch Murah dengan Built-in GPS

Xiaomi Band 7 Pro

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Kita semua menyukai Mi band kerana harganya yang mampu milik dan kualitinya yang bagus.

Mi Band 7 Pro ialah versi saiz besar bagi Mi Band 7 dengan panel AMOLED 1.64 inci. Ia berukuran 44.4 x 28.8 x 117mm dan berat kira-kira 20.5 gram. 

Dengan skrin yang lebih besar, lebih banyak app boleh dipaparkan pada satu skrin dan kawalan juga lebih mudah. Pengguna boleh membaca maklumat dengan lebih senang pada skrin ini.

Fungsi utama Mi band 7 pro adalah sama dengan Mi band 7 termasuk:

  • blood oxygen (SpO2) monitoring
  • 24-hour heart rate monitoring
  • Sleep, menstrual dan stress tracking
  • Menjejak 110+ jenis aktiviti fitness yang berbeza 

 Peningkatan terbesar unutuk Mi Band 7 Pro a ialah Built-in GPS. Dengan adanya GPS, runner dan cyclist boleh melihat laluan dan statistik mereka secara langsung pada jam tangan mereka, tanpa menggunakan telefon pintar mereka.

Kelemahan Mi Band 7 Pro ialah kekurangan fungsi NFC dan tiada pembesar suara. Jadi, anda tidak boleh menggunakannya untuk panggilan. Anda juga tidak boleh memasang app baharu pada smart band ini.

Walaupun Mi Band 7 Pro mempunyai beberapa kelemahan kecil, ia tetap pilihan smartwatch yang bagus dan berbaloi.  Ia mempunyai skrin AMOLED yang terang dan cantik, serta banyak ciri penjejakan kecergasan termasuk pemantauan SpO2, yang sangat membantu untuk pesakit Covid.

Kelebihan

  • Fitness tracker terbaik bawah RM300
  • AMOLED screen besar
  • Built-in GPS
  • Bateri bertahan

Kekurangan

  • Tiada NFC
  • Mesti menggunakan Mi Fitness app
  • Tiadak speaker, tak boleh call
  • Tidak boleh menyimpan music
  • No music storage

7. Huawei Band 7

Best Smartwatch under RM200

Huawei Band 7

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Huawei Band 7 ialah alternatif terbaik Mi Band 7 Pro. Huawei band 7 mempunyai skrin yang lebih sempit sedikit berbanding dengan Mi Band 7 Pro. Ia berukuran 44.35 x 26 x 9.99mm dan berat 29g.

Huawei Band 7 memaparkan skrin AMOLED yang cantik dengan kontras yang hebat dan warna yang terang.

Ia boleh menjejaki langkah, kadar denyutan jantung, kalori yang dibakar dan kualiti tidur serta memantau tahap oksigen darah, serupa dengan Mi band 7 dan 7 Pro.

Selain itu, Huawei Health app mendapati banyak review positif daripada pengguna. Ia boleh dipadan dengan iOS dan Android.

Walaupun interface-nya kurang terperinci, tetapi ia simple, intuitif dan mudah untuk mendapat maklumat yang berguna dengan pantas.

Berbanding dengan Mi band 7 Pro, Huawei band 7 ini tidak mempunyai GPS. Jadi, ia kurang sesuai untuk orang yang kerap berjoging.

Secara keseluruhan, Huawei Band 7 menawarkan pakej yang sangat menarik. Pengguna boleh menikmati aspek yang terbaik dari kedua-dua Mi band 7 dan 7 Pro. Ia mempunyai skrin yang sebesar dengan 7 Pro tetapi boleh didapati pada harga Mi band 7.


8. Honor Band 6

Smarwatch Murah Terbaik Malaysia

Honor Band 6

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Bagi sesiapa yang mencari fitness tracker mampu milik, Honor band 6 ialah pilihan yang baik dengan harga kurang daripada RM100.

Honor Band 6 mempunyai paparan AMOLED bersaiz 1.47 inci yang baik, jauh lebih baik daripada skrin berbentuk pil Mi band. Skrinnya cukup cerah dan warna juga cantik.

Walaupun harganya murah, ia adalah kalis air 5 ATM, jadi anda boleh memakainya semasa berenang.

Sebagai fitness tracker, ia mempunyai ciri penjejakan aktiviti yang agak terhad, hanya boleh mengenali sepuluh jenis senaman: berlari, berjalan, berbasikal, mendayung dan lain-lain.

Untuk pengesanan kesihatan, ia boleh memantau kadar denyutan jantung, tidur dan tahap oksigen darah. Tetapi pemantauan oksigen darah hanya boleh diaktifkan secara manual dan ketepatannya adalah lemah.

App untuk Honor band 6 ialah app Huawei Health kerana ia sebelum ini merupakan jenama subsidiari Huawei. Aplikasi ini ringkas tetapi cukup bagus untuk pengguna biasa.

Walaupun Honor Band 6 tidak dapat dibandingkan dengan smartwatch yang mahal, ia memberikan banyak harga untuk harganya. Ia mempunyai skrin yang besar, hayat bateri yang panjang, kalis air dan pelbagai jenis pilihan penjejakan.


9. Coros Pace 2

Smartwatch Sport Terbaik

Coros Pace 2

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Coros Pace 2 ialah smartwatch GPS terbaik untuk beginner runner. Bagi peminat sukan, ketepatan penjejakan lokasi adalah sangat penting, dan Pace 2 mempunyai ketepatan yang sangat baik untuk harganya. 

Ia mempunyai penderia denyutan jantung dan ciri penjejakan tidur.

Yang amat penting, ia menyokong Sambungan ANT+ yang boleh berpasangan dengan penderia lain, seperti tali dada, penderia kelajuan, meter kuasa basikal dan banyak lagi.

Tambahan pula, ia memempunyai sensor altimeter, barometer dan kompas yang tepat dalam jam tangan yang kecil ini.

Coros Pace 2 mempunyai hayat bateri 20 hari yang luar biasa dan boleh bertahan sehingga 30 jam dalam mod GPS. 

Pendek kata, Coros Paces 2 merupakan antara pilihan smarwatch terbaik bagi orang yang serius bersukan, terutamanya pelari, penunggang basikal, dan juga perenang.


10. Garmin Lily

Smartwatch terbaik untuk wanita

Garmin Lily

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Pada pendapat saya, smartwatch terbaik ialah Apple Watch SE 40mm. Tetapi jika anda menggunakan telefon Android, maka anda harus melihat Garmin Lily. Ia direka khas untuk wanita.

Dengan reka bentuk yang menarik, Garmin Lily kelihatan lebih seperti barang kemas dan bukannya smartwatch.

Ia adalah jam tangan bulat kecil yang bersazi 34mm. Ia amat sesuai untuk wanita Asia yang biasanya mempunyai pergelangan tangan kecil.

Walaupun saiz jam tangan Garmin Lily amat kecil, ia boleh bertahan selama 5 hari.

Selain itu, ia juga mempunyai fungsi fitness tracking yang asa dan baik. Ia mempunyai pengukuran oksimeter nadi, pemantauan tekanan, penjejakan penghidratan, kadar denyutan jantung, penjejakan tidur, dan pembakaran kalori.

Garmin Lily juga mempunyai ciri pengesanan kitar haid dan kehamilan.

Satu perkara yang agak mengecewakan pada Garmin Lily ialah ia tidak mempunyai GPS walaupun harga mencecah RM1000+

Secara keseluruhan, Garmin Lily smartwatch yang unik dengan reka bentuk yang menarik. Ia amat sesuai dijadikan hadiah kepada isteri.


Jenama Smartwatch Lain

Review Fitbit Charge 5

Fitbit Charge 5 ialah fitness tracker yang hebat tetapi bukan sebuah smartwatch yang lengkap. Bagi saya, reka bentuknya terlalu feminin dan tidak sesuai dengan lelaki. Walau bagaimanapun, ciri penjejakan dan pemantauan Charge 5 sangat bagus daan tepat. Ia mempunyai GPS terbina dalam, penderia EDA, NFC dan banyak lagi penderia berguna yang lain. Fitbit Charge 5 agak mahal untuk fungsi yang ditawarkannya, itulah sebabnya saya tidak mengesyorkannya

Review Fossil Gen 6

Smartwatch Fossil sebelum ini merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang ingin menggunakan Wear OS. Tetapi sejak pelancaran Samsung Galaxy Watch 4 yang menggunakan Wear OS. Samsung Galaxy Watch 4 dan 5 adalah smartwatch yang lebih baik dan tepat berbanding Fossil Gen 6.

Review Oppo Watch/Oppo Band

Oppo band sangat popular di Malaysia. Harga jualannya serupa dengan Mi band 7, tetapi Mi band 7 mempunyai ciri yang lebih baik dan muka jam yang lebih besar. Oleh itu, Mi band 7 adalah pilihan yang jelas lebih berbaloi.

Review Google Pixel Watch

Google Pixel Watch merupakan smartwatch Android yang hebat dalam pelbagai aspek. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan mempunyai salah software yang terbaik pada smartwatch. Tetapi ia terlalu mahal dan hayat baterinya hanya sederhana.

Review Aukey LS02

Aukey LS02 ialah smartwatch yang viral di Malaysia. Ia dijual pada harga RM100 menjadikannya pesaing Honor Band 6. Sekali imbas, ia kelihatan seperti tawaran hebat dari jenama terkenal seperti Aukey. Walau bagaimanapun, ia mengalami beberapa masalah, termasuk pemantauan kadar denyutan jantung yang tidak tepat, mod tidur tidak berfungsi dan masa tindak balas yang perlahan. Jadi, ia tidak direkomen.

Review Smartwatch Maimo/T500/Bozlun/Lokmat

Maimo atau jenama smartwatch China yang lain seperti TXRUI, T500, Bozlun dan Lokmat tidak cukup bagus berbanding dengan apa yang saya cadangkan di atas.

Sebagai contoh, smartwatch Maimo dari 70mai (jenama dashcam terbaik) mungkin mempunyai hardware yang sangat baik tetapi anda boleh melihat bahawa aplikasi Maimo fit mempunyai ulasan yang sangat buruk.

Kemudian, jenama seperti T500 dan Bozlun adalah klon jam pintar “wannabe” yang sememangnya murah tetapi mempunyai ketepatan dan hayat bateri yang lemah.


Soalan Lazim Smarwatch

Jam pintar manakah yang terbaik di Malaysia?

Apple Watch ialah smartwatch terbaik untuk rakyat Malaysia yang menggunakan iPhone. Dan Samsung Galaxy Watch 5 adalah yang terbaik untuk pengguna Android.

Band pintar manakah yang terbaik di Malaysia?

Smart band terbaik di Malaysia ialah Huawei Band 7. Ia mampu milik dan didatangkan dengan skrin AMOLED yang besar, memberikan nilai yang sangat baik untuk harganya.

Patutkah saya membeli smartwatch atau smartband/fitness tracker?

Smartband atau penjejak kecergasan sudah memadai bagi kebanyakan orang. Sebaliknya, smartwatch hanya diperlukan bagi mereka yang ingin membuat panggilan atau stream muzik dari jam tangan mereka.

Adakah Amazfit lebih baik daripada Mi band?

Amazfit lebih baik daripada Mi band dengan lebih banyak fungsi dan skrin yang lebih besar tetapi ia juga lebih mahal.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.