10 Tips Terpenting Membeli Mesin Basuh

tips memilih mesin basuh

Apabila kita memilih mesin basuh yang terbaik, kita perlu menentukan kapasiti dan jenis mesin basuh yang sesuai. Selain itu, terdapat banyak faktor lain yang perlu kita ambil kira.

Mesin basuh yang basic boleh didapati dengan harga RM500, dan model mahal boleh mencecah RM5,000. Apakah perbezaan antara mesin basuh murah dan mahal?

Dalam panduan ini, saya akan membincangkan 10 faktor penting yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih mesin basuh untuk rumah anda.

Panduan dan Cara Memilih Mesin Basuh Terbaik

1. Jenis mesin basuh

Terdapat dua jenis mesin basuh, mesin basuh front load dan mesin basuh top load. Selain itu, terdapat juga mesin basuh 2-in-1 dryer, iaitu mesin basuh yang mempunyai fungsi pengering.

Mari lihat kebaikan dan keburukan pada mesin basuh yang berlainan.

Mesin Basuh Front Load

Mesin basuh front load lebih mahal daripada mesin basuh top load bagi kapasiti dan spesifikasi yang sama. Tetapi basuhan mesin front load lebih lembut pada pakaian anda, dan ia lebih menjimatkan elektrik dan air.

Kelebihan

  • Lembut pada pakaian
  • Menjimatkan air dan elektrik
  • Pakaian lebih bersih
  • Kelajuan Putaran Lebih Tinggi
  • Boleh “stack” mesin dryer di atas
  • Menjimatkan ruang

Kekurangan

  • Mahal
  • Masa membasuh lebih lama
  • Tidak boleh tambah pakaian selepas mula membasuh
  • Memerlukan penjagaan mesin basuh yang lebih teliti
  • Tidak boleh pakai sabun yang banyak buih

Mesin Basuh Top Load

Mesin basuh top load amat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia lebih murah daripada mesin basuh front load dan tidak memerlukan sebarang penjagaan yang rumit. Putaran pantasnya semasa membasuh baju menyebabkan baju senang menjadi kusut, longgar dan rosak.

Kelebihan

  • Murah
  • Masa membasuh yang singkat
  • Mudah untuk menambah pakaian selepas mula membasuh
  • Tidak perlu mencangkung semasa masukkan pakaian
  • Jarang berlaku masalah kulat

Kekurangan

  • Menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan air
  • Pakaian senang jadi rosak dan longgar
  • Prestasi pencucian mungkin kurang memuaskan berbanding front load

Washer dryer 2-in-1

Bagi yang tidak mempunyai ruang yang cukup di rumah, mesin washer dryer 2-in1 adalah pilihan yang terbaik. Ia boleh membasuh dan mengeringkan pakaian sekali gus. Tetapi, ia sangat mahal dan mudah rosak berbanding mesin basuh atau dryer yang hanya mempunyai satu fungsi.

Jadi, saya tidak galakkan membeli 2-in-1 washer dryer melainkan rumah anda memang sudah tiada tempat untuk meletakkan mesin dryer.

2. Kapasiti

Anda juga harus memastikan bahawa mesin basuh yang anda pilih cukup besar untuk membasuh pakaian sekeluarga.

Sebagai rule of thumb, model mesin basuh dengan kapasiti 6 hingga 7kg adalah memadai untuk keluarga 4 orang.

Tetapi, perlu diingat bahawa ini juga bergantung kepada kekerapan membasuh pakaian . Jika anda bercadang untuk hanya membasuh pakaian anda sekali seminggu, maka anda memerlukan mesin basuh yang lebih besar, model 12kg.

Berikut adalah carta daripada newlifeappliances.co.uk menunjukkan bilangan pakaian yang boleh dikendalikan oleh mesin basuh.

washing machine capacity chart

3. Ruang

Jadi, anda telah menentukan kapasiti yang diperlukan, jangan lupa anda memerlukan ruang yang mencukupi untuk mesin basuh tersebut. Pastikan anda ambil ukuran menggunakan pita ukur untuk mendapatkan ukuran yang tepat.

Selain itu, kita juga perlu pertimbangkan ruang yang diperlukan untuk membuka pintu, masuk dan keluar pakaian, dan tempat menyimpan detergen.

4. Masa membasuh

Masa membasuh juga merupakan satu faktor yang penting tetapi sering dilupakan.

Kebanyakan mesin front load memerlukan kira-kira 60 hingga 90 minit untuk embasuh baju, manakala mesin basuh top load hanya perlu 45 hingga 55 minit.

Sesetengah mesin basuh mempunyai pilihan program basuh yang cepat dan pantas. Program seperti “quick wash” biasanya mengambil masa kurang daripada 15 minit. Keluarga yang mempunyai bayi dan kanak-kanak akan menyukai fungsi ini sebab bayi biasa menukar beberapa helai baju dalam sehelai.

5. Kecekapan tenaga elektrik dan air

Dengan rating yang dibagi oleh Suruhanjaya Tenaga dan SPAN, pengguna Malaysia boleh mengenal pasti mesin basuh yang baik dengan mudah.

Kecekapan tenaga dinilai dari 1 bintang hingga 5 bintang. Mesin basuh berprestasi tinggi akan menerima label penarafan tenaga 5 bintang.

Kecekapan air dinilai dari 1 bintang hingga 3 bintang. Mesin basuh yang paling cekap dan mesra alam akan menerima 3 bintang.

Mesin basuh inverter front load adalah jenis mesin basuh yang terbaik dari segi kecekapan tenaga dan kecekapan air. Walaupun ia mahal, ia menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang untuk bil elektrik dan air.

6. Program membasuh

Sebenarnya, kebanyakan pengguna tidak menggunakan semua program cucian yang terdapat pada mesin basuh, selain daripada cucian standard dan cucian cepat.

Tetapi, terdapat juga beberapa program basuh yang agak berguna yang mungkin anda ingin pertimbangkan, seperti hot wash, steam wash, and delicate wash ( sesuai untuk wool, silk, cashmere).

7. WiFi Connectivity

Hari ini, konsep 5G dan smart home makin popular. Mesin basuh dengan WiFi terbina dalam adalah pilihan yang sangat baik

Dengan menggunakan smartphone, anda boleh menjadualkan mesin basuh untuk mula membasuh pada waktu yang dikehendaki dan mendapat pemberitahuan apabila pakaian sudah siap basuh. Ini boleh mengelakkan anda daripada terlupa menyidai pakaian.

8. Harga

Harga adalah faktor penentu yang utama bagi kita semua. Ekonomi yang lemah dan inflasi memberi kesan kepada semua orang, termasuk rakyat Malaysia.

Pastikan kita membeli mesin basuh mengikuti belanjawan yang telah ditetap dan dirancang. Anda tidak patuh tambahkan hutang kad kredit kerana membeli peralatan rumah.

9. Waranti

Mesin basuh adalah perlatan eletrik yang mudah rosak kerana bebanan dari pada pakaian dan air, digabungkan dengan putaran yang berterusan dan laju. Oleh itu, tempoh jaminan motor pada mesin basuh menjadi pertimbangan yang penting. 

Tempoh jaminan yang direkomen adalah sekurang-kurangnya 5 tahun, dan lebih terjamin sekiranya anda membeli model yang datang dengan waranti motor 10 tahun.

10. Review pengguna

Pastikan anda memeriksa review pengguna lain di Shopee dan Lazada juga. Jika anda masih tidak pasti mesin basuh yang mana untuk dipilih, sila baca review saya di mesin basuh terbaik di Malaysia dan artikel tentang perbezaan mesin basuh front load dengan mesin basuh top load.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.