Tiada servis Unifi Broadband atau Maxis Fiber di kawasan anda dan mengalami masalah isu mobile internet yang teruk? Menggunakan router WiFi 4G merupakan salah satu cara penyelesaian yang murah dan boleh dipercayai.
Saya telah menyelidik lebih dari 20 router WiFi 4G berbeza di Malaysia dan menemui 5 buah 4G router terbaik dengan kad SIM ini. Prestasi router-router ini adalah yang terbaik pada harga mereka dan menyokong kebanyakan telco di Malaysia.
Table of Contents
ToggleApakah 4G LTE router terbaik di Malaysia?
Router WiFi terbaik dengan slot kad SIM di Malaysia ialah TP-Link MR600. Kerana ia mempunyai isyarat rangkaian yang sangat kuat dan kelajuan maksimum 867 Mbps. Ia juga boleh menyiarkan rangkaian WiFi pada kedua-dua frekuensi 2.4GHz dan 5GHz. Tambahan pula, pengguna boleh menambah TP-link OneMesh untuk meluaskan liputan WiFi dengan mudah.
Mari lihat 5 Router Sim Card Terbaik di Malaysia
- Router WiFi Sim Card Terbaik: TP-Link MR600
- Router WiFi 4G Murah:: TP-Link TL-MR6400
- Router 4G LTE/5G Terbaik Malaysia: Netgear Nighthawk M2
- Router Unifi Air Terbaik: Huawei B315
- Pocket WiFi 4G LTE Terbaik: TP-LINK M7000
1. TP-Link MR600
WiFi Router dengan SIM Card Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TP-Link Archer MR600 adalah router 4G+ yang boleh menyediakan sambungan internet backup sekiranya sambungan broadband fibre-nya terputus. Ia dilengkapi dengan slot kad SIM yang membolehkan anda connect internet menggunakan mobile data.
Ia sesuai dengan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia termasuk UniFi Mobile, DiGi, Umobile, YES LTE, Maxis, Celcom dan banyak lagi.
TP-Link Archer MR600 juga mempunyai empat port Gigabit Ethernet untuk sambungan LAN. Jadi, anda boleh mendapatkan sambungan yang sangat stabil semasa bermain pada gaming pc atau gaming laptop.
Tetapi, TP-Link Archer MR600 hanya menggunakan teknologi WiFi 5, tiada teknologi WiFi. Ia mampu menyiarkan isyarat WiFi pada jalur 2.4 GHz dan 5 GHz dan menawarkan kelajuan internet maksimum 300 Mbps pada jalur 2.4 GHz dan 867 Mbps pada jalur 5 GHz.
Router TP-link ini mempunyai liputan WiFi yang agak lemah berbanding router WiFi yang biasa. Nasib baik, liputannya boleh dipertingkatkan dengan menggunakan TP-link Onemesh untuk membentuk sistem rangkaian mesh WiFi.
Secara keseluruhan, TP-Link Archer MR600 ialah router WiFi 4G yang amat lengkap dan sempurna. Kerana ia dilengkapi dengan banyak port ethernet, WiFi dwi-jalur dan juga menyokong sistem OneMesh.
Kebaikan
- Sambungan 4G yang stabil
- Sokong TP-link OneMesh
- Mampu milik
Keburukan
- Liputan WiFi sederhana
2. TP-Link TL-MR6400
Router WiFi 4G Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TP-Link TL-MR6400 ialah router WiFi 4G bajet yang bagus dan boleh menyokong kebanyakan telco tempatan yang popular, termasuk Yes LTE, Maxis, Celcom, DiGi dan Umobile.
Walaupun ia kelihatan menyerupai TP-Link Archer MR600 tetapi ia lebih asas dan mempunyai ciri yang kurang.
Perbezaan utama antara TP-Link TL-MR6400 dan TP-Link Archer MR600 adalah:
- TP-Link TL-MR6400 hanya boleh menyiarkan 2.4Ghz WiFi
- TP-Link TL-MR6400 hanya mempunyai port 100Mbps
- Signal mobile data yang lebih lemah
TP-Link TL-MR6400 menyokong 802.11b/g/n pada jalur 2.4GHz dengan kelajuan maksimum 300Mbps.
Kelebihan router TP-link MR5400 adalah ia amat mudah untuk menggunakan router ini. Ia tidak memerlukan setting yang rumit, pengguna boleh masukkan kad sim ke dalam router dan mula menikmati internet mudah alih berkelajuan tinggi.
Kebaikan
- Sangat murah
- Sesusai dengan semua telco utama
- Senang diguna
Keburukan
- Tidak 5Ghz WiFi
- Tiada port 1Gbps
- Signal mobile data lebih lemaha
3. Netgear Nighthawk M2
4G LTE/5G Router Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Jika anda mahukan router 4G LTE yang paling berkuasa, maka anda mesti melihat Netgear Nighthawk M2. Secara teknikal, ia adalah sebuah router hotspot mudah alih atau dikenali sebagai poket wifi.
Netgear Nighthawk M2 sangat ringan dan dilengkapi dengan bateri yang besar. Baterinya yang bersaiz 5040 mAh boleh bertahan sehingga 10 hingga 15 jam! Lebih lama dari kebanyakan poket WiFi di pasaran.
Ciri yang paling menakjubkan pada router Netgear ini adalah kelajuan puncaknya boleh mencapai 2Gbps dan kelajuan upload maximum sebanyak 316Mbps. Dengan 4×4 MIMO dan 5CA carrier aggregation, ia memastikan prestasi yang mantap untuk internet WiFi mudah alih.
Selain itu, Netgear Nighthawk M2 menyokong semua pelan prepaid dan pelan postpaid di Malaysia, termasuk Maxis, Celcom, Digi, Yoodo, One XOX, Hotlink dan banyak lagi. Ia menyokong pelbagai jalur mudah alih seperti 700/900/1800/2100/2600 untuk 4G LTE dan /850/900/1900/2100 MHz untuk 3G.
Netgear Nighthawk M2 pastinya router 4G LTE yang sangat kuat tetapi perlu diingat bahawa penyebaran WiFi-nya jauh lebih kecil daripada router WiFi biasa tanpa slot kad SIM. Anda boleh melihat Netgear Nighthawk M5 sekiranya anda mahu membeli router 5G.
Kebaikan
- WiFi pantas
- Hayat bateri yang panjang
- Serasi dengan semua telco
- Mobile internet yang paling laju
Kekurangan
- Mahal
- Liputan WiFi yang kecil
4. Huawei B315
Router Unifi Air Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Huawei B315 ialah salah satu router WiFi paling laris di Malaysia. Ia boleh mengendalikan sebanyak 32 sambungan pada masa yang sama.
Pada sambungan 4G, ia mempunyai kelajuan muat turun maksimum 150Mbps dan kelajuan muat naik 50Mbps.
Tetapi pada hakikatnya, kelajuan internet masih dihadkan oleh prestasi rangkain Telco. Kebanyakan orang hanya boleh mencapai 15 hingga 30 Mbps dengan menggunakan Huawei B315.
Selain itu, router ini bukan sesuai untuk setiap telco. Ia hanya sesuai untuk Yes 4G, Unifi Bebas Prepaid Unlimited, Unifi Air, Umobile GX, Maxis unlimited dan Digi Infinite 150.
Kebaikan
- Murah
- Boleh digunakan untuk Unifi Air
Cons
- Kelajuan internet mudah alih 4G adalah serderhana
- Ramai penjual menjual unit modded (haram)
5. TP-Link M7000 4G LTE Portable WiFi
Poket WiFi 4G LTE Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TP-LINK M7000 ialah Poket WiFi 4G LTE yang sangat ringan dan berharga mampu milik. Dengan bateri sekali, ia hanya 86 gram.
Router ini menyokong kedua-dua sambungan 3G dan 4G LTE. Ia boleh menyokong banyak jalur frekuensi termasuk Band 1, 3, 5, 7, 8, dan 20 tetapi bukan Band 28.
Perlu diingatkan bahawa ia hanya boleh menyokong 10 sambungan serentak.
Dari segi hayat bateri, TP-LINK M7000 adalah lebih lemaha berbanding Netgear Nighthawk M2. Bateri yang disertakan ialah 2000mAh dan dikatakan boleh bertahan sehingga 8 jam.
Tetapi bateri boleh dihabiskan dengan amat cepat apabila bilangan peranti yang menyambung kepadanya bertambah. Apabila disambungkan kepada tiga peranti, M7000 hanya boleh bertahan kira-kira 4-5 jam.
Kesimpulannya, TP-Link M7000 adalah router MiFi 4G LTE yang sangat murah dan boleh dipercayai. Walaupun hayat bateri tidak hebat, ia pasti lebih baik daripada poket WiFi jenama China atau tanpa jenama, yang banyak dijual di Shopee dan Lazada. Biasanya, poket WiFi poket tanpa jenama hanya bertahan selama satu hingga dua jam.
Kebaikan
- Hayat bateri yang panjang
- Harga berpatutan
- Kelajuan internet yang baik
- Sangat ringan dan mudah digunakan
Keburukan
- Tiada port ethernet
- Hanya 10 sambungan serentak
Jenama Router 4G Lain
Review C300 Modem Router
Kebanyakan C300 modem routers yang dijual secara online di Malaysia adalah model yang diubah suai. Ia adalah salah di sisi undang. Router ini juga mempunyai kualiti yang sangat rendah berbanding dengan router 4G daripada TP-link atau Dlink. Ia mendapat banyak aduan daripada pelanggan mengenai kelajuan router yang teruk.
Review D-Link DWR-920V
D-Link DWR-920V ialah router 4G LTE AC1200 yang okay. Ia boleh menyiarkan kedua-dua rangkaian WiFi 2.4Ghz dan 5Ghz. Walaupun ia lebih mahal sedikit daripada TP-link MR6400, ia juga lebih berkuasa. Ia mempunyai port LAN Gigabit yang tidak dimiliki oleh TP-link MR6400. Dari segi kelajuan internet, ia adalah setanding dengan TP-link MR6400 . Tetapi ia mempunyai had 10 peranti WiFi, manakala MR6400 boleh menyokong sehingga 32 peranti.
Oleh itu, saya mengesyorkan untuk membeli D-Link DWR-920V jika anda mempunyai kurang daripada 10 peranti yang akan bersambung ke router ini.
Review Prolink 4G LTE Hotspot WiFi Modem
Prolink Router MiFi adalah salah satu produk viral di Shopee. Anda boleh menggunakannya dengan TM unifi Air, unifi Mobile, unifi BEBAS Unlimited, Celcom XPAX, DiGi, YES 4G, XOX, Tune Talk Unlimited dan Yoodo Unlimited. Selain itu, ia mempunyai kelulusan SKMM dan SIRIM. Terdapat ramai pelanggan yang berpuas hati untuk router Prolink ini. Tetapi saya masih lebih suka TP-LINK M7000 berbanding Prolink kerana jenama TP-link lebih bereputasi.
Review Tenda 4G185
TENDA 4G185 adalah serupa dengan router Prolink MiFi, tetapi lebih mahal. Bateri router Prolink boleh ditukar dengan mudah, menjadikannya pilihan yang lebih baik dari Tenda 4G185.
4G Router FAQ
WiFi Router 4G manakah yang terbaik untuk rumah Malaysia?
TP-Link MR600 ialah router WiFi 4G terbaik untuk rumah di Malaysia. Ia dilengkapi dengan port Gigabit WAN dan slot kad SIM. Selain itu, ia mempunyai liputan WiFi yang cukup baik untuk rumah kecil.
Apakah router 4G LTE terpantas di Malaysia?
Router 4G LTE terpantas ialah Netgear Nighthawk M2. Ia boleh menyokong sehingga 2Gbps kelajuan muat turun. Lebih-lebih lagi, ia mempunyai isyarat yang jauh lebih kuat berbanding jenama lain di pasaran.
Adakah router 4G lebih baik daripada mobile hotspot?
Tidak, router 4G mempunyai prestasi yang sama seperti mobile hotspot telefon. Disebabkan bahawa kebanyakan telefon pintar hari ini mempunyai antena yang sangat baik dan isyarat yang kuat, yang bersamaan dengan router 4G MiFi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa model router 4G yang mahal, seperti Netgear Nighthawk M2, yang mempunyai isyarat yang lebih baik daripada smartphone
Apakah router 5G terbaik di Malaysia?
Router 5G terbaik di Malaysia ialah Netgear Nighthawk M5. Router 5G WiFi tidak biasa lagi dan harganya sangat mahal. Sebagai contoh, Netgear’s Nighthawk M5 dijual pada harga RM3,900.