Pada masa kini, ramai yang bekerja dari rumah . Malah, pelajar juga sering menggunakan Zoom atau Google Meet untuk mengikuti kelas dalam talian.

Laptop menjadi semakin penting untuk kerja dan sekolah. Oleh itu, ramai yang nak beli laptop yang murah lagi bagus.

Di sini, saya ingin mencadakankan beberapa laptop bajet yang bagus untuk pelajar dan kerja.

5 Laptop Terbaik Bawah RM1500 di Malaysia

Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengesyorkan laptop murah di bawah RM1,000 kerana laptop dalam linkungan harga ini biasanya sangat perlahan dan sukar untuk digunakan. Oleh sebab itu, saya telah merekomenkan beberapa buah laptop yang melebih bajet RM1,000 di artikel ini.

Walaupun Shopee dan Lazada mempunyai banyak penjual yang menawarkan laptop refurbished dengan harga di bawah RM1,000, saya tidak mengesyorkan membeli daripada mereka.

Ini adalah kerana kita perlu menanggung risiko yang sangat tinggi apabila kita membeli barang second-hand. Dan tempoh jaminan bagi laptop refurbished kebiasaannya 1 bulan sehingga 3 bulan.

Nasihat saya ialah membeli laptop jenama China baru dan bukannya membeli laptop refurbished atau Chromebook refurbished.

Jika anda hanya menggunakannya untuk panggilan video dan kelas online, maka anda boleh mempertimbangkan untuk membeli tablet juga.

Berikut adalah 5 laptop teratas di bawah RM1500 di Malaysia:

  1. Laptop Terbaik Bawah RM1500: Chuwi GemiBook
  2. Laptop Bajet Berbaloi Beli: KUU Yobook M
  3. Laptop Terbaik Bawah RM1000: Jumper EZbook S5
  4. Laptop Terbaik Bawah RM800: Jumper EZBook X3
  5. Laptop 2-in-1 Refurbished Terbaik: Microsoft Surface 3 (Refurb.)

1. Chuwi GemiBook 13

Laptop Terbaik Bawah RM1500

4.9 daripada 5.0 bintang | 127 penilaian

Bestt Laptop Under RM1500

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Chuwi GemiBook adalah laptop riba pelajar yang lebih baik di bawah RM1500 di Malaysia sekarang. Ia adalah ultrabook yang amat ringan dan nipis yang mudah dibawa ke mana-mana.

Spesifikasi Chuwi GemiBook:

  • Paparan: 13 inci (2160 x 1440 UHD)
  • CPU: Intel Celeron J4125 2.0GHz-2.8GHz
  • GPU: Intel HD Graphics 600
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 256GB NVMe SSD
  • Kamera web: 1.0MP
  • Berat: 1.28kg

Chuwi ialah jenama laptop bajet yang sangat popular. Walaupun harga laptop Chuwi sangat murah, mereka tetap mementingkan kualiti produk.

Chuwi GemiBook mempunyai badan aloi magnesium premium yang disiapkan dalam warna kelab. Dan beratnya hanya 1.28 kilogram.

Saiz skrin ialah 13 inci dengan nisbah 3:2, bermakna anda mempunyai ruang skrin menegak yang lebih panjang. Dan ia juga mempunyai resolusi 1440p.

Ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sering bekerja dengan Microsoft Word dan Excel.

Satu-satunya kelemahan Gemibook ialah CPU Intel Celeron J4125 yang kurang berkuasa. Tetapi, ia sudah memadai jika anda hanya memakai laptop ini untuk kerja dokumen dan melayari internet.

Selain itu, Chuwi Gemibook mempunyai banyak feature yang bagus, seperti 8GB DDR4 RAM, 256GB NVMe SSD, sokongan WiFi untuk 2.4GHz dan 5.GHz, sokongan Bluetooth 5.1, kamera web 1.0MP dan keyboard yang ada backlight .

Dan yang paling penting, ia boleh dicaj hanya menggunakan kabel USB-C. Anda tidak perlu membawa adapter laptop yang besar dan berat.

Lagi, laptop Chuwi Gemibook boleh bertahan selama 7 jam kerana processor Celeron yang amat menjimatkan tenaga

Akhirnya, Chuwi Gemibook juga menpunyai warranti dari penjual tempatan di Shopee!


2. KUU Yobook M

Laptop Bajet Paling Berbaloi Beli

5.0 daripada 5.0 bintang | 16 penilaian

Best Value Budget Laptop

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Jenama laptop KUU agak baru berbanding Chuwi. KUU Yobook M ialah komputer riba bersaiz 13.5” yang amat berbaloi untuk kegunaan basic.

Spesifikasi KUU Yobook M:

  • Paparan: 13.5 inci (3000 x 2000 FHD dengan bezel ultra sempit)
  • CPU: Intel Celeron J4020, 1.1GHz hingga 2.8GHz
  • GPU: Intel UHD Graphics 600
  • RAM: 6GB DDR4
  • Storan: 128GB SATA SSD
  • Kamera web: 1.0MP
  • Berat: 1.5kg

KUU Yobook M merupakan laptop yang sedikit lebih besar daripada Chuwi Gemibook. Ia mempunyai saiz 30.2 x 21.7 x 1.6 cm dan beratnya hanya 1.5kg.

Ia menggunakan skrin IPS beresolusi 3000 x 2000.

Walaupun saya meragui adakah skrin ini memang 3000 x 2000, saya boleh mengatakan bahawa skrin pasti lebih baik daripada skrin 1080P FHD biasa. Skrin ini juga mempunyai bezel bersaiz kecil

Anda harus mengambil perhatian tentang beberapa kelemahan pada KUU YoBook M.

Komputer riba ini hanya boleh menyambungkan WiFi 2.4GHz dan tidak menyokong sambungan WiFi 5Ghz. Jadi pastikan WiFi router anda menyokong dual-mode WiFi

Keyboard laptop ini adalah tanpa backlight. Jadi, ia tak sesuai digunakan dalam bilik gelap.

Dan terakhir, ia menggunakan processor Intel Celeron yang jauh lebih lemah daripada processor Core i3/i5.

Ini bermakna anda tidak boleh multi-task dengan laptop ini.

Secara keseluruhannya, KUU Yobook ialah laptop mudah alih yang baik untuk sekolah dan pelajar. Ia ringan , tidak terlalu besar dan mampu menjalankan program basic seperti Microsoft Office dengan lancar.


3. Jumper EZbook S5

Laptop Terbaik Bawah RM1000

4.8 daripada 5.0 bintang | 80 penilaian

Best Laptop Under RM1000

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Sekiranya anda memang tidak ingin membelanja lebih dari RM1,000 untuk sebuah laptop. Jangan risau, anda boleh lihat Jumper EZbook S5 dulu.

Spesifikasi Jumper EZbook S5:

  • Paparan: 14 inci (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: Intel Z8350 1.44GHz hingga 1.92GHz
  • GPU: Intel HD Graphics 505
  • RAM: 4GB DDR4
  • Storan: 64GB eMMc
  • Kamera web: 1.0MP
  • Berat: 1.24kg

Jumper EZbook datang dalam beberapa variasi: 4GB RAM , 6GB RAM dan model 12GB RAM . Model 4GB RAM adalah satu-satunya yang berharga di bawah RM1,000.

Model 4GB ini mempunyai sedikit kekurangan berbanding model 6GB dan 12GB RAM.

Pertama, ia menggunakan processor Intel Z8350 yang lebih lemah dan hard disk laptop ini tidak boleh dinaik taraf. Ini adalah dua kelemahan utama yang perlu anda hadapi untuk membeli laptop di bawah RM1,000.

Kelemahan lain pada model 4GB ialah hard disk eMMc yang lebih loading lebih perlahan daripada SSD.

Setakatu untuk kerja sekolah dan menonton movie, model asas 4GB Jumper EZbook S5 masih boleh handle dengan tanpa masalah.

Tetapi jangan harap untuk menggunakannya untuk program berat seperti Adobe Photoshop atau AutoCAD. Komputer riba ini tidak akan dapat menjalankannya dengan lancar.

Kelebihan Jumper EZbook S5 ialah saiz skrinnya yang besar 14″ dengan reka bentuk yang ringan . Ia juga agak nipis. Jadi, laptop ini sangat mudah alih.

Jarak travel keyboard laptop ini ialah 22mm, yang sesuai untuk menaip dengan selesa untuk jangka masa yang lama.

Jika anda sedang mencari laptop bajet dengan skrin besar , Jumper EZbook S5 ialah pilihan yang baik untuk anda.


4. Jumper EZBook X3

Laptop Terbaik Bawah RM800

4.8 daripada 5.0 bintang | 13 penilaian

Best Laptop Under RM800

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

EZBook X3 adalah satu lagi laptop murah dan mampu milik daripada Jumper. Ini ialah laptop 13.3” yang dilengkapi dengan pemproses intel Celeron N3350 lama, oleh itu harganya yang lebih murah.

Spesifikasi Jumper EZBook X3:

  • Paparan: 13.3 inci (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: Intel Celeron N3350 1.1 – 2.5 GHz
  • GPU: Intel HD Graphics 500
  • RAM: 4GB DDR3
  • Storan: 64GB eMMC
  • Kamera web: 1.0MP
  • Berat: 1.35kg

Saiz EZBook X3 ialah 315 x 208 x 18.2mm. Ia lebih tebal dan lebih berat daripada EZbook S5.

Ia menggunakan skrin 13.3” dengan resolusi 1920 x 1080 FHD. Skrin ini tidak begitu bagus, tetapi ia mencukupi untuk kerja produktiviti.

Dengan kamera web 1MP, anda boleh menggunakannya untuk panggilan video. Tetapi, kurang sesuai jika anda menggunakannya untuk kelas online.

Processor Intel N3350 ini adalah dari generasi lama. Prestasi processor Intel N3350 lebih perlahan berbanding dengan Intel Celeron J4125 dan J4020.

Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakannya untuk kerja yang kurang berat seperti menyemak e-mel, melayari media sosial, menonton filem, kelas dalam talian dll.

Jika anda sedang mencari laptop di bawah RM800 , maka Jumper EZBook X3 mungkin satu-satunya pilihan yang patut dibeli sekarang.


5. Microsoft Surface 3 (Diperbaharui)

Komputer Riba 2-in-1 Terbaik Bawah RM1,500

5.0 daripada 5.0 bintang | 134 penilaian

Best Refurbished 2-in1 Laptop

Tawaran terbaik di Lazada Tawaran terbaik di Shopee

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak mengesyorkan membeli laptop refurbished kerana ia seolah-olah kita membeli tiket loteri dan berharap untuk memenangi hadiah yang lumayan.

Tetapi penjual Shopee yang menjual Microsoft Surface refurbished ini tidak menerima satu review negatif dengan jualan melebihi daripada 200 unit. Dari situ, kita boleh nampak kawalan kualiti kedai ini adalah okay.

Oleh itu, ini adalah satu-satunya laptop refurbished yang saya cadangkan untuk membeli di Shopee.

Spesifikasi Microsoft Surface 3:

  • Paparan: Skrin sentuh 10.8 inci (1920 x 1080 FHD)
  • CPU: Intel Atom x7-Z8700
  • GPU: Intel GMA HD 4000
  • RAM: 4GB
  • Storan: 128GB
  • Kamera web: 3.5MP
  • Berat: 0.62kg

Anda harus ingat bahawa ini adalah produk terpakai, jadi condition-nya tidak akan sempurna dan bateri mungkin juga tidak bertahan lama

Microsoft Surface 3 sebenarmya dilancarkan pada tahun 2015, produk ini sudah berusia lebih daripada 7 tahun.

Pakej yang ditawarkan ini bagus sebab Surface 3 ini disertakan dengan keyboard, jadi tablet ini boleh digunakan sebagai laptop .

Tetapi, Surface Pro bukan sesuai untuk semua orang. Ia hanya sesuai bagi orang yang ingin mengguna tablet ringan yang berjalan pada Windows . Jadi anda tidak perlu risau program MS office atau Excel tidak dapat digunakan.

Jika anda tidak perlu menggunakan Microsoft Office atau program Windows yang lain, anda boleh membeli Huawei MatePad yang berharga RM1099 sahaja dan ia juga disertakan dengan keyboard cover percuma.

Berbanding dengan Surface 3, Huawei Matepad hanya RM200 lebih mahal tetapi ia dilengkapti dengan cip yang lebih baik dan resolusi skrin yang lebih tinggi.

Microsoft Surface 3 refurbished ini hanya bagus untuk mereka yang sentiasa travel dan kerja. Perlu ingat bahawa skrinnya hanya 10.8″, jadi ia boleh agak memenatkan dan susah untuk baca dokumen dengan lama atas skrin ini.

Laptop yang biasa adalah pilihan yang lebih baik jika anda membelinya untuk kanak-kanak yang banyak menggunakan laptop di rumah saja.

Ini adalah sebab keyboard laptop lebih besar dan lebih mudah digunakan daripada keyboard Surface yang agak sempit. Skrin laptop juga lebih besar daripada skrin Surface.

Walau bagaimanapun, Surface 3 masih merupakan tablet yang baik (walaupun sudah lama). Anda masih boleh menggunakannya untuk movie, music, kerja, video call, online class, dan sebagainya.


Competitions

Review Toshiba Satellite Dynabook i3 (Refurbished)

Toshiba Satellite Dynabook ialah salah satu laptop refurbished terlaris di Shopee. Ia berharga sekitar RM590 tetapi model asasnya hanya menggunakan HDD biasa dan tidak disertakan dengan kamera web.

Tanpa kamera web, saya tidak boleh mengesyorkan laptop ini kepada sesiapa sahaja kerana kamera web adalah sangat penting.

Membeli kamera web berasingan akan membelanjakan lebih RM50 hingga RM150 lagi.

Dan anda juga perlu menanggung risiko menerima laptop yang rosak.

Review Acer Chromebook C740/C720 (Refurbished)

Nasihat saya adalah jangan sesekali membeli Acer Chromebook C720 dan C740.

Pertama, anda mesti memahami apa itu Chromebook. ChromeOS, tidak seperti Windows, ia sangat tidak mesra untuk kerja produktiviti ataupun kerja sekolah.

Dan spesifikasi yang lemah pada Acer C720/C740 ini menjadikannya hampir mustahil untuk melakukan sebarang kerja dengan lancar.

Anda hanya boleh menggunakannya untuk melayari laman web, menyemak e-mel dan beberapa aktiviti yang sangat-sangat ringan.

Review HP Probook/Elitebook (Refurbished)

HP Probook/Elitebook ialah satu lagi model laptop diperbaharui yang terlaris di Shopee. Terdapat pelbagai ulasan mengenainya. Kelebihan laptop refurbished ini ialah anda boleh dapat laptop lama Intel i5 dan i3 dengan harga kurang daripada RM700.

Tetapi, anda masih mempunyai risiko yang tinggi untuk menerima laptop yang tidak berfungsi, keyboard bermasalah dan hayat bateri laptop yang singkat.

Review Lenovo X250 ULTRABOOK (Refurbished)

Lenovo X250 Ultrabook merupakan salah satu laptop refurbished yang menerima ulasan bagus di Shopee.

Komputer riba ini tidak mempunyai sebarang ulasan negatif setakat ini. Kita boleh menganggap penjual melakukan kerja yang baik dengan pemeriksaan kualitinya sebelum menghantar kepada pelanggan.

Anda boleh mempertimbangkan model ini jika anda mahukan laptop dengan processor Intel Core i3 yang lebih laju dari Intel Celeron.

Tetapi laptop ini berharga RM799. Jumper EZbook S5 laptop baru hanya dijual pada harga RM899.

Oleh itu, saya tetap rasa ia tidak berbaloi untuk membeli Lenovo X250 second-hand.


Soalan Lazim Laptop Bajet

Bagaimana untuk memilih laptop bajet yang baik?

Untuk laptop bajet di bawah RM1500 dan RM1000, anda mempunyai pilihan yang sangat terhad.

Petua yang paling penting adalah untuk mengelakkan dari membeli laptop terpakai, atau refurbished. Komputer riba refurbished boleh berfungsi baik untuk beberapa bulan pertama, tetapi perlu diingatkan bahawa barang electronic second-hand boleh rosak dengan tiba-tiba.

Jadi, adalah lebih baik untuk membeli laptop yang baru dengan Processor Intel Celeron , 128 hingga 256GB SSD , 4GB hingga 8GB RAM dan disertakan dengan kamera web.
Itu sepatutnya mencukupi untuk mengendalikan kebanyakan kerja sekolah dan kerja dokumen.

Laptop atau tablet lebih baik untuk pelajar?

Secara am, laptop adalah lebih baik untuk pelajar kerana Windows dan Microsoft Office adalah penting untuk kerja sekolah.

Skrin dan laptop keyboard juga lebih baik daripada tablet apabila anda perlu menulis dan membace sesuatu dokumen.

Manakala, tablet memang adalah lebih ringan dan nipis. Akan tetapi, anda perlu membeli
keyboard wireless dan mouse wireless seacara asing untuk menggunakan tablet sebagai laptop.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.