8 Air Cooler Terbaik Malaysia, dari RM150

air cooler terbaik malaysia

Air cooler adalah satu peralatan elektrik yang murah untuk mengatasi cuaca panas di Malaysia. .

Kebanyakan orang telah memasang kipas siling di rumah , dan ada juga yang mempunyai penghawa dingin. Tetapi, kadang-kadang kipas siling tidak cukup sejuk dan penghawa dingin pula terlalu mahal untuk dijalankan sepanjang masa.

Air cooler, juga dikenali sebagai penyejuk penyejat atau penghawa dingin tanpa ventilasi lebih menjimatkan tenaga namun dapat memberikan kesan penyejukan yang lebih baik daripada kipas siling.

Apakah air cooler terbaik di Malaysia?

Air cooler yang terbaik harus mempunyai angin yang kuat, kapasiti tangki air yang besar, dan pad honeycomb untuk penyejukan yang berkesan.

Di Malaysia, air cooler yang terbaik ialah Midea MAC-215F Ionizer Air Cooler. Ia merupakan sebuah air cooler dengan kapasiti tangki terbesar dalam linkungan harganya.

Berikut adalah 8 air cooler terbaik di Malaysia untuk dibeli pada tahun 2022:

  1. Air Cooler Rating Terbaik: Midea MAC-215F Ionizer Air Cooler
  2. Air Cooler Terlaris: Sharp 6L Evaporative Air Cooler PJA36TVW
  3. Air Cooler Bersaiz Padat Terbaik: Midea Air Cooler (7.0L) MAC-107AR
  4. Air Cooler Murah Terbaik: Morgan Air Cooler 6L MAC-WINDY6
  5. Air Cooler Terbaik Untuk Bilik Tidur: Khind Air Cooler EAC400 4L
  6. Air Cooler Untuk Pejabat/Kilang Terbaik: Morgan 60L MAC-COOL10A
  7. Air Cooler Industri Terbaik: Cocca Storm Series Air Cooler 40L
  8. Air Cooler Mini Terbaik: XM MICROHOO Mini Personal Air Cooler Air Conditioner

1. Midea MAC-215F Ionizer Air Cooler

Air Cooler Rating Terbaik

Best-Rated Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Midea MAC-215F Ionizer Air Cooler adalah air cooler rating terbaik di Shopee. Anda boleh menggunakan air cooler ini di mana -mana tempat. Pasangkan plug, hidupkan air cooler dan boleh nikmati udara sejuk dengan segera.

Air cooler ini bersaiz 390mm(depth) x 350mm (width) x705mm (height), sedikit rendah dari paras pinggang. Ia bersaiz sederhana dan sesuai dipakai di ruang tam. Tetapi, mesin ini agak besar bagi bilik tidur yang kecil.

Midea MAC-215F hanya menggunakan kuasa elektrik 60W tetapi ia boleh menyejukkan bilik lebih cepat dari kipas biasa.

Ia boleh beroperasi dengan tiga kelajuan kipas yang berbeza dan mempunyai aliran udara maksimum 420m3/h. Ia juga mempunyai sudut ayunan yang sangat luas untuk memastikan kawasan liputan yang lebih luas.

Air cooler Midea ini juga mempunyai fungsi ionizer untuk membersihkan udara. Walau bagaimanapun, prestasi pembersihannya akan kalah dengan prestasi air purifier.

Midea MAC-215F menggunakan tangki air berkapasiti besar-15 liter dan ia dilengkapi dengan kotak aroma untuk menjadikan udara lebih wangi.

Ia telah dilengkapi dengan pam yang akan menutup secara automatik apabila air telah kering. Ini adalah untuk menyelakkan motor pam dari terbakar

Seperti kebanyakan air cooler, air cooler Midea menggunakan wap air untuk menyejukkan udara. Jadi, ia juga merupakan humidifier yang baik dengan kapasiti pelembap kira-kira 1200ml/hr.

Jaminan untuk Midea MAC-215F air cooler adalah 12 bulan oleh Midea Malaysia.


2. Sharp 6L Air Cooler PJA36TVB

Air Cooler Terlaris

Best-Selling Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Sharp Air Cooler PJA36TVW adalah air cooler paling laris di Shopee Malaysia. Air cooler ini boleh mencapai aliran udara maksimum 320m³/hr dan mempunyai kawalan 4 kelajuan.

Berat air cooler Sharp ini kira-kira 7kg, dan dilengkapi dengan roda dan pemegang. Jadi air cooler Sharp ini sangat mudah untuk dialihkan.

Kapasiti tangki air Sharp Air Cooler PJA36TVW hanya 6 liter, separuh dari kapasiti Midea MAC-215F air cooler. Tetapi ia boleh bertahan kira-kira 6 hingga 8 jam. Oleh itu, ia adalah memadai untuk digunakan semasa tidur.

Air cooler ini juga sangat fleksibel. Ia mempunyai ayunan automatik dalam arah mendatar, dan sudut meniup menegak boleh diselaraskan secara manual.

Sharp Air Cooler PJA36TVW dilengkapi dengan 4 pek ais dan alat kawalan jauh. Terdapat juga pelbagai ciri tambahan pada mesin ini, seperti timer, mod normal wind, mod natural wind, dan mod sleep wind.


3. Midea Air Cooler (7.0L) MAC-107AR

Air Cooler Bersaiz Padat Terbaik

Best Slim Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Midea Air Cooler MAC-107AR adalah air cooler terbaik dengan reka bentuk yang serupa dengan tower fan.

Betuk air cooler Midea ini slim dan tinggi, berbeza dengan reka bentuk empat segi yang terdapat pada air cooler yang lain.

Faktor utama untuk membeli Midea Air Cooler MAC-107AR adalah untuk menjimatkan ruang.

Selain itu, kita tidak perlu membeli air cooler jenis ini kerana ia adalah lebih mahal, kurang berkuasa, dan mempunyai sudut meniup yang terhad.

Midea Slim Tower Air Cooler ini dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan hanya mempunyai kawalan 3 kelajuan. Ia mempunyai mode angin biasa, angin semula jadi dan mod angin tidur.


4. Morgan Air Cooler 6L MAC-WINDY6

Air Cooler Murah Terbaik

Best Cheap Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Morgan Air Cooler MAC-WINDY6 adalah air cooler murah terbaik di Malaysia. Walaupun saiznya kecil, ia sesuai untuk digunakan untuk saiz bilik 15-20m2.

Dimensi penyejuk udara ini ialah 29 x 31 x 62 cm. Jadi ia sememangnya penyejuk udara yang sangat kecil. Dan kapasiti tangki air hanya 6 liter.

Terdapat hanya pilihan 3-kelajuan: rendah, sederhana dan tinggi. Louvres menegak air cooler ini boleh dilaraskan secara manual dan ia boleh swing kiri/kanan secara automatik.

Morgan Air Cooler MAC-WINDY6 yang kecil ini sangat mudah dialihkan. Beratnya hanya 3.5kg dan dilengkapi dengan 4 roda.


5. Khind Air Cooler EAC400 4L

Air Cooler Terbaik Untuk Bilik Tidur

Best Portable Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Khind Air Cooler EAC400 adalah salah satu air cooler yang paling kecil dan ringan dalam senarai ini. Ia mempunyai saiz 29.5 x 32.5 x 65.6 cm dan berat kira-kira 4kg sahaja.

Kapasiti tangki air adalah 4 liter. Ia boleh bertahan sehingga 15 jam pada kelajuan kipas rendah dan sehingga 12 jam pada kelajuan kipas tinggi. 

Khind Air cooler ini mempunyai tetapan 3 kelajuan dengan aliran udara maksimum 250m3/h.

Ia dilengkapi dengan dua pek ais yang boleh dimasukkan ke dalam tangki air supaya air cooler boleh menyejukkan udara dengan lebih laju.

Air cooler Khind ini sebenarnya mempunyai sudut meniup yang agak terhad kerana panel depan sebenarnya separuh tertutup.

Secara keseluruhan, Khind Air Cooler EAC400 sangat serupa dengan Morgan Air Cooler 6L MAC-WINDY6. Terserah kepada anda lebih gemar mana-mana satu jenama. Morgan Air Cooler 6L MAC-WINDY6 mempunyai sedikit kelebihan dengan tangki yang lebih besar dan blower yang lebih besar.


6. Morgan 60L MAC-COOL10A

Air Cooler Terbaik Untuk Pejabat/Kilang

Best Air Cooler for Office or Factory

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Morgan 60L MAC-COOL10A adalah air cooler outdoor terbaik untuk menyejukkan kawasan yang besar. Ia mempunyai aliran udara 2800m3/hr yang mengagumkan. Sesuai untuk gudang, kilang atau gerai ‘Mamak’.

Ia adalah air cooler yang sangat kos-efektif. Kerana mesin ini cukup kuat untuk meliputi kawasan seluas 80m2 (~900 sqft) namun ia beroperasi kuasa elektrik 220W sahaja. Oleh itu, jika anda mempunyai keperluan untuk menyejukkan kawasan yang besar dan terbuka, ini adalah pilihan terbaik anda!

Air cooler ini dilengkapi dengan roda yang memudahkan untuk dipindahkan ke mana-mana sahaja, bila-bila masa.

Walaupun air cooler ini besar, pemasangan dan penggunaan mesin ini mudah dan sama dengan air cooler yang bersaiz kecil. Ia mempunyai 3 kelajuan kipas angin, iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Untuk meningkatkan kecekapan penyejukannya, ia dilengkapi dengan pad cooling pad honeycomb di 3 sisi. 

Ia boleh ditetapkan untuk berayun dan memastikan kawasan liputan yang lebih besar. Mereka berayun secara mendatar tetapi jika anda memerlukannya untuk berayun secara menegak, anda perlu melaraskan louvres secara manual.

Dengan kapasiti tangki air yang besar sebanyak 60L, mesin ini boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Air cooler berkapasiti besar seperti MAC-COOL10A menyediakan injap yang dikhaskan untuk sambungan bekalan air kekal. Air akan diisi semula secara automatik apabila air jatuh di bawah paras tertentu. Oleh itu, anda tidak perlu risau atas masalah air akang kering.


7. Cocca Storm Series Air Cooler 

Air Cooler Industri Terbaik

Best Industrial Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Cocca Storm Series Air Cooler adalah air cooler industri terbaik. Ia boleh didapati dalam 4 kapasiti yang berbeza 20L, 40, 60L dan 100L.

Pada pendapat saya, bagi air cooler bersaize 60L dan ke bawah, adalah lebih baik membeli Midea dan Morgan. Hanya membeli dari Cocca sekiranya anda mempunyai keperluan untuk Air Cooler bersaiz 100L.

Berikut adalah carta perbandingan untuk semua model Cocca Storm Series Air Cooler.

comparison chart for all different models of Cocca Storm Series Air Cooler

Cocca Storm Series Air Cooler 100L mempunyai aliran udara maksimum 32,000m3/h. Ia cukup untuk meliputi kawasan sebesar 70m2. Air cooler besar ini sesuai digunakan untuk acara luar dan jamuan.

Oleh kerana saiznya yang besar dan kelajuan kipas yang tinggi, ia boleh menggunakan 5-8 liter air dalam masa satu jam. Jadi tangki penuh 100L air boleh bertahan sehingga kira-kira 12-20 jam.


8. XM MICROHOO Mini Personal Air Cooler

Air Cooler Mini Terbaik

Best Mini Air Cooler

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

XM MICROHOO Mini Personal Air Cooler adalah air cooler mini terbaik yang saya tidak galakkan membeli. Ia adalah air cooler khusus untuk diletakkan di atas meja untuk meniupkan angin pada satu orang sahaja.

XM MICROHOO Mini Personal Air Cooler boleh dikuasakan dengan kabel USB-C kerana ia hanya menggunakan kuasara serendah 6-16W. Jadi, ia boleh jalan dengan hanya sambung ke komputer riba atau powerbank!

Ia menggunakan LCD touch screen yang boleh melaraskan kipas angin dengan 99 kelajuan (yang saya anggap adalah fungsi gimik dan tidak praktikal).

Kapasiti tangki air XM MICROHOO Mini Personal Air Cooler adalah 1 liter. Oleh kerana saiznya yang kecil dan kipas yang kurang kuat, kesan penyejukan akan sangat terhad. D

Dan jarak tiupan anginnya sangat pendek, hanya kira-kira 1 meter. Dengan harga hampir RM100, saya mencadangkan adalah lebih baik untuk membayat lebih sedikit untuk mendapatkan Morgan Air Cooler MAC WINDY6.


Air Cooler Lain

Review MIND Portable Air Cooler

Mind Air Purifying Cooler berukuran 370mm(D)x29.5mm(W)x 800mm (H). Ia mempunyai aliran udara 800 m3/h, kapasiti tangki 20L. Ia kelihatan lebih baik dari Midea air cooler tetapi terdapat terlalu banyak aduan tentang kualiti product ini. Lihat review di https://www.goshop.com.my/prd/20064695.html

Review ELBA EAC-H6580RC(WH)

ELBA EAC-H6580RC(WH) 14L bersaiz 376mm(W)x340(D)x740(H) dengan kapasiti tangki 14L. Kapasiti tangkinya sedikit lebih kecil dari Midea tetapi harganya sedikit lebih mahal.

Review Honeywell Air Cooler

Honeywell CL151 Air Cooler 15L bersaiz 380mm(D)x365mm(W)x680mm(H) dengan kapasiti tangki 15L. Ia menghasilkan 350m3/hr tetapi menggunakan sebanyak 126 watts of power. Kelemahan utama mesin ini adalah RM100 lebih mahal atau kira-kira 35% lebih tinggi dari Midea’s MAC 215.

Review Cornell Air Cooler

Cornell Air Cooler dengan Dustproof Filter CAC-E33 bersaiz 310x325x1020mm. Ia adalah yang indoor air cooler yang amat tinggi. Ia mempunyai semua fungsi seperti yang lain termasuk, fungsi ionizer, penapis habuk, perlindungan pam air dan lain-lain. Ia hanya menggunakan 45W. Saya tidak rekomen membeli air cooler Cornell ini kerana tangki airnya yang kecil, 4 liter. Pengguna perlu sentiasa mengisi semula air.

Review Pensonic Air Cooler

Pensonic Air Cooler PAC-105M beroperasi dengan kuasa 65W, dimensi 300x300x725mm. Ia mempunyai tangki air 7L, kipas angin 3-kelajuan. Secara keseluruhan ia adalah kurang berbaloi jika dibandingkan dengan Midea and Morgan air cooler.

Review Sharp 20L Air Cooler PJA200TVB

Sharp 20L PJA200TVB Air Cooler anggun dan bergaya. Ia juga cukup berkuasa dengan udara maksimum 750m3/h. Tetapi ia dijual pada harga RM600. Pada pandangan saya, tidak berbaloi untuk membayar begitu banyak untuk air cooler bersaiz 20L. Anda boleh membeli portable air conditioner dengan wang tersebut.


Air Cooler FAQ

Jenama air cooler manakah terbaik di Malaysia?

Jenama air cooler terbaik di Malaysia ialah Midea dan Morgan. Harga dua jenama ini lebih berpatutan berbanding jenama air cooler yang lain.

Adakah air cooler berguna di Malaysia?

Ya, air cooler boleh berfungsi dengan baik di Malaysia, yang bercuaca panas dan lembap. Untuk meningkatkan kadar penyejukan, pengguna boleh menggunakan pek ais atau air sejuk untuk mengisikan tangki air.

Adakah air cooler lebih baik dari air-cond?

Tidak, dari segi prestasi penyejukan, air conditioner adalah yang terbaik untuk menyejukkan bilik dengan cepat. Air cooler lebih menjimatkan wang dan elektrik tetapi hanya meniup udara nyaman dan bukannya udara sejuk seperti air-cond. Kebaikan yang lain air cooler adalah ia boleh digunakan di ruang terbuka.

Lazada 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 11.11 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.