10 Peti Sejuk Terbaik Malaysia – 5 Bintang

peti sejuk terbaik malaysia

Kini, kita boleh membeli pelbagai jenis peti sejuk di Malaysia. Antara model-model peti sejuk yang boleh didapati termasuk peti sejuk satu-pintu, 2-pintu, french door, dan peti ais mini.

Terdapat juga peti sejuk pintar yang dilengkapi dengan skrin sentuh dan kamera, jadi pengguna boleh menyemak barang yang simpan dalam peti sejuk dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Untuk mencari peti sejuk terbaik di Malaysia, kami telah menyelidik banyak jenama terkemuka peti sejuk seperti Panasonic, Midea, Toshiba, Midea, Hisense, Samsung dan LG.

Apakah jenama peti sejuk terbaik di Malaysia?

Peti sejuk terbaik di Malaysia ialah Toshiba GR-AG66MA kerana ia mempunyai kapasiti yang sangat besar, praktikal, dan mempunyai reka bentuk yang sepadan dengan rumah moden.

Tambahan pula, ia adalah peti sejuk bertaraf 5-bintang jimat tenaga. Ia dilengkapi dengan kompressor inverter yang datang dengan waranti selama 12 tahun.

Jika anda tidak menyukai peti sejuk top freezer, sila lihat senarai penuh 10 jenama peti sejuk terbaik di Malaysia di bawah:

  1. Peti sejuk 5 bintang jimat elektrik terbaik: Toshiba GR-AG66MA
  2. Peti sejuk bottom freezer terbaik: Panasonic NR-BX421WGWM
  3. Peti sejuk 2-pintu murah: Midea MDRT267MTB30
  4. Peti sejuk inverter murah terbaik: Toshiba GR-A28MS
  5. Peti sejuk side-by-side terbaik: Hisense RS666N4ACN
  6. Peti sejuk dengan dispenser ais terbaik: Toshiba GR-RS637WE
  7. Peti sejuk pintar terbaik: SAMSUNG Family Hub fridge
  8. Peti sejuk French door terbaik: LG GC-X257CSES
  9. Peti sejuk 1-pintu terbaik: Midea MDRD229FGD42-MY
  10. Peti ais mini terbaik: Hisense Mini Refrigerator

1. Toshiba GR-AG66MA

Peti sejuk 5 bintang jimat elektrik terbaik

Toshiba GR-AG66MA

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Toshiba GR-AG66MA ialah peti sejuk terbaik bagi kebanyakan orang Malaysia. Ia mempunyai kapasiti bersih yang sangat besar iaitu 609 liter.

Ia adalah sebuah peti sejuk top freezer yang amat konvensional. Ini bermaksud peti bawahnya ialah untuk cooling dan peti atas atas ialah peti ais beku.

Ia dikuasakan oleh kompressor inverter dan mempunyai kecekapan tenaga 5-bintang.

Pintu kaca hitam pada peti sejuk bukan sahaja menjadikannya sangat elegan. Dan ia kelihatan lebih moden berbanding warna silver atau warna kelabu yang biasa didapati pada peti sejuk yang.

Selain itu, kesan gris dan asap daripada memasak boleh dibersih dengan senang.

Satu ciri yang unik pada peti sejuk ini ialah pengawal suhu pada pintu dan pembuat ais automatik yang mudah.

Toshiba menggunakan Ag+ BIO Deodorizer dalam ruang penyejuk bekunya, sistem ini boleh menyekat pertumbuhan bakteria dan kuman.

Di dalam rak bawah, penapis fotomangkin digunakan untuk menukar VOC berbahaya kepada tidak berbahaya.

Toshiba GR-AG66MA memberi waranti am 1 tahun dan waranti kompresor 12 tahun.

Kelebihan:

  • Ag+ Bio Deodorizer
  • Touch panel untuk mengawal suhu
  • Mod ECO
  • Inverter compressor 
  • 5-bintang jimat elektrik
  • Kaca tempered glass moden
  • Ais maker automatik

2. Peti Seuk Panasonic 422L 2-Pintu

Best Bottom Freezer Refrigerator

Panasonic 422L 2-Door Bottom Freezer

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Peralatan rumah Panasonic sentiasa popular di kalangan rakyat Malaysia. Panasonic NR-BX421WGWM ialah sebuah peti sejuk 422 liter dengan freezer di bawah.

Model ini mempunyai 2 pilihan warna, iaitu putih dah hitam.

Peti Sejuk Panasonic ini menggunakan Sensor Econavi yang serupa dengan yang digunakan padanya penghawa dingin dan kipas siling.

Dengan kompresor inverter, ia dikatakan menggunakan tenaga elektrik 40% kurang daripada peti sejuk bukan inverter.

Peti ais ini mempunyai compartment khas PrimeFresh+. Ia boleh membekukan daging dan ikan dengan lebih cepat pada suhu yang paling ideal, -3 darjah celsius.

Suhu ini dikenali sebagai soft-frozen. Makanan yang disimpan pada suhu ini boleh mengekalkan kesegarannya sebanyak 7 hari tanpa dicairkan.

Dengan menggunakan filter ion silver, Ag Clean boleh menyekat 99.9% pertumbuhan bakteria dalam peti sejuk dan menghilangkan sebarang bau busuk.

Peti sejuk Panasonic NR-BX421WGWM dilengkapi dengan 1 tahun waranti am dan 12 tahun waranti bagi kompresor.


3. Peti Sejuk 2-Pintu Midea MDRT268MTB28

Peti Sejuk 2-Pintu Murah

Midea 2 Door Fridge Refrigerator (200L) MDRT268MTB28

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda tengah mencari peti sejuk 2-pintu murah, maka anda perlu melihat Midea MDRT268MTB28. Ia adalah peti sejuk inverter 200L (kapasiti bersih 179L) dengan freezer di atas.

Ia menggunakan teknologi Inverter Quattro, yang memastikan penyejukan yang stabil dan penggunaan tenaga yang cekap.

Walaupun begitu,ia mencapai penarafan 4 bintang jimat elektrik.

Ciri yang paling menarik tentang Peti Sejuk Midea ini ialah pintu yang boleh diterbalikkan. Pintu peti sejuk ini boleh dipasang untuk membuka sama ada ke kiri ataupun ke kanan.

Lagi, Midea MDRT268MTB28 dijual pada harga kurang daripada RM900, menjadikannya peti sejuk inverter 2-pintu paling murah di Malaysia.


4. Toshiba GR-A28MU

Peti sejuk inverter murah terbaik

Toshiba GR-A28MU

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Toshiba GR-A28MU ialah pilihan utama saya untukpeti ais inverter bajet terbaik.

Pintu hadapannya dihiasi dengan kaca tempered glass berwarna gelap. Ia kelihatan amat elegan pada pandangan pertama.

Peti sejuk 2-pintu Toshiba lebih baik jimat elektrik daripada Midea MDRT268MTB28. Ia diberi penarafahn 5-bintang jimat elektrik

Bukan itu sahaja, malah ia juga lebih besar daripada Midea dan mempunyai kapasiti bersih yang lebih besar iaitu 233L.

Peti Sejuk Toshiba GR-A28MU  ini menawarkan waranti am satu tahun dan waranti kompresor dua belas tahun.


5. Peti Sejuk Hisense RS666N4ACN 620L

Peti sejuk side-by-side terbaik

Hisense Side by Side Fridge 620L Refrigerator RS666N4ACN

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Hisense Side by Side 620L RS666N4ACN ialah peti sejuk besar dengan jumlah kapasiti kasar 620 liter dan kapasiti bersih 516 liter. Ia adalah salah satu peti sejuk side-by-side yang berharga mampu milik

Peti sejuk side-by-side membolehkan pengguna mengambil barang dari peti sejuk dengan lebih senang.

Selain itu, sesetengah orang berpendapat ia lebih cantik dan moden daripada peti sejuk top-freezer dan bottom-freezer.

Peti sejuk side-by-side mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih seimbang, iaitu 177 liter bagi ruang frozen dan 339 liter setiap ruang cooling.

Satu kelemahan peti ais ini ialah ia tidak menggunakan kompresor inverter.

Memandangkan kapasiti peti sejuk yang besar dan harganya yang berpatutan, saya rasa kekurangan ini boleh diterima.

Akhirnya, Hisense Side by Side 620L RS666N4ACN mempunyai waranti am 2 tahun dan waranti kompresor 12 tahun.


6. Peti sejuk inverter dengan dispenser air Toshiba GR-RS637WE

Peti sejuk dengan dispenser air terbaik

Toshiba Inverter Refrigerator With Auto Ice Dispenser GR-RS637WE

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Jika anda hanya mempunyai bajet sekitar RM3000, anda harus melihat peti sejuk Toshiba GR-RS637 dengan dispenser ais.

Walaupun ia lebih mahal daripada peti sejuk Hisense RS666N4ACN , ia mempunyai beberapai kelebihan, termasuk kompresor inverter dan dispenser ais.

Selain itu, kipas blowernya juga dikuasakan oleh motor inverter. Hasilnya, peti sejuk Toshiba dapat menyejukdengan lebih cepat dan menggunakan lebih sedikit elektrik.

Peti sejuk ini mempunyai kawalan pintar pada panel pintu. Pengguna boleh melaraskan suhu petak dari luar tanpa membuka pintu peti sejuk.

Secara keseluruhan, Peti sejuk Toshiba GR-RS637 berbaloi dengan harganya kerana ia mempunyai pelbagai ciri yang praktikal dan canggih.


7. Peti Sejuk SAMSUNG Family Hub RS62T5F01B4

Peti sejuk saiz besar terbaik

SAMSUNG 660L SIDE BY SIDE INVERTER family hub FRIDGE RS62T5F01B4

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Peti sejuk Samsung Family Hub RS62T5F01B4 sesuai dengan pengguna yang ingin melengkapkan rumah dengan peralatan rumah pintar.

Ini adalah sebuah peti ais Samsung side-by-side yang sangat besar. Ia mempunyai kapasiti bersih sebanyak 628 liter.

Ciri terpenting peti sejuk Samsung ini ialah fungsi Family Hub-nya. Pengguna boleh menyemak barang yang disimpan di dalam peti sejuk dengan menggunakan telefon pintar.

Tambahan pula, anda boleh memainkan muzik dari Spotify dan video pada Youtube dengan peti sejuk Samsung ini..

Kelemahan terbesar peti ais ini ialah harganya yang mahal. Ia dijual pada harga lebih RM6700, kira-kira dua kali ganda harga peti sejuk Toshiba GR-RS637.

Peti Sejuk Samsung Family Hub ini mempunyai tempoh waranti yang sangat panjang. Ia mempunyai waranti am 2 tahun dan waranti kompresor selama 20 tahun!


8. LG GC-X257CSES

Peti Ais French Door Terbaik

LG GC-X257CSES

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

LG GC-X257CSES ialah sebuah peti sejuk pintu french door yang moden. Ia mempunyai ciri Instaview yang unik.

Pengguna boleh melihat kandungan di dalam peti sejuk dengan mengetuk panel kaca. Oleh itu, ia juga dipanggil Peti sejuk LG “knock knock”.

Selain itu, Peti ais LG ini amat cekap tenaga kerana reka bentuk 4-pintunya boleh mengurangkan kehilangan suhu apabila pengguna membuka pintu .

Ia juga menggunakan kompresor inverter. Oleh itu, ia diberi penarafan 5 bintang jimat elektrik.

Selain itu, ia mempunyai ciri LG Door Cooling yang boleh meniup udara sejuk dari pintu dan menyejukkan peti ais dengan lebih cepat dan sekata.

Akhirnya, LG GC-X257CSES juga mempunyai fungsi dispenser ais. Peti sejuk ini boleh mengeluarkan ais kiub dan ais hancur. Ia merupakan fungsi yang agak unik kerana kebanyak peti ais tidak mengeluarkan ais hancur.


9. Peti Air 1-Pintu Midea MDRD229FGD42-MY

Peti Sejuk 1-Pintu Terbaik

Midea 1-Door Refrigerator MDRD229FGD42-MY

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Peti Sejuk 1-Pintu Midea MDRD229FGD42-MY ialah peti sejuk satu pintu murah terbaik. Ia merupakan peti sejuk 1-pintu dengan kapasiti yang besar, kapasiti kasar 163L dan kapasiti bersih 158L.

Saize peti sejuk Midea MDRD229FGD42-MY sesuai untuk dapur kecil, pejabat dan asrama.

Kotak freezer-nya juga lebih luar berbanding peti sejuk lain.

Penyelenggaraan kotak freezer untuk peti ais ini juga amat mudah kerana ia dilengkapi dengan fungsi defrost separa automatik. Pengguna hanya perlu memutar tombol ke “defrost” untuk mula mencairkan frost yang berlebihan.


10. Peti Sejuk Mini Hisense 60L

Peti Sejuk Mini Terbaik

Hisense Fridge 60L Mini Refrigerator

Best deal on Lazada Best deal on Shopee

Peti sejuk Mini Hisense 60L ialah peti ais mini murah terbaik. Di Shopee, ia adalah peti sejuk mini yang paling laris.

Ruang dalam peti sejuk Hisense ini sangat praktikal. Ia sesuai untuk menyimpan minuman tin, minuman botol dan makanan ringan

Dan saiznya yang kecil boleh diletakkan di dalam bilik tidur atau bilik asrama.

Satu kekurangan pada peti sejuk Hisense ialah ia tiada mempunyai lampu LED di dalamnya.

Walau bagaimanapun, peti sejuk Hisense ini berbaloi beli kerana ia murah dan ruang dalamnya yang praktikal


Bagaimana kita memilih peti sejuk terbaik?

Untuk memilih peti sejuk terbaik dan sesuai dengan keperluan anda, anda perlu memberi perhatian kepada empat faktor penting di bawah:

  • Jenis peti ais – Terdapat 5 jenis peti sejuk di pasaran: peti sejuk top freezer, peti sejuk bottom freezer, peti sejuk French door, peti sejuk pintu tunggal dan peti sejuk side-by-side
  • Kapasiti peti ais – Jika anda tidak kerap memasak, anda boleh memilih peti sejuk bawah 300 liter. Kita boleh memgambil anggar 100 liter bagi setiap anggota rumah.
  • Saiz peti ais – Saiz peti sejuk penting, kerana banyak kondominium menyediakan kabinet built-in secara percuma di Malaysia. Jadi, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan dan mesti membeli peti sejuk yang muat dengan ruang kabinet yang sedia ada.
  • Fungsi extra – Kita tidak memerlukan fungsi extra yang banyak pada peti sejuk/peti ais, seperti dispenser air. Yang paling penting, ia jimat elektrik dan bertahan lama.

Kesimpulan

Apabila membeli peti sejuk, setiap orang mempunyai keperluan dan citarasa yang berbeza. Kita perlu sentiasa ingat bahawa saiz dan ketahanan sesebuah peti sejuk adalah yang paling penting.

Anda mungkin berminat juga unutuk membaca ulasan kami bagi peti sejuk mini terbaik dan peti sejuk beku terbaik.

Jika anda sedang menghiaskan dapur dapur anda, sila membaca ulasan peralatan dapur kami yang meliputi dapur gas terbaik, ketuhar, induction cooker, periuk nasi dan periuk tekanan.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.