Di Malaysia, pemasangan broadband rumah akan diberi sebuah modem dan sebuah WiFi router. Antaranya, Unifi dan Maxis adalah service broadband yang berbuat demikian, kecuali Time Internet.
Modem tersebut juga dikenali sebagai ONU dan kita tidak boleh menukarkannya.
WiFi Router yang disediakan oleh Unifi hanyalah router yang murah dan prestasinya kurang okay. Untuk kelajuan dan coverage internet yang lebih baik, kita harus menaik taraf WiFi router tersebut.
Saya telah menyelidik lebih daripada 45 model WiFi router di Malaysia, termasuk model dari jenama TP-Link, Asus, Huawei, Netgear, Linksys, Huawei, Synology, Mercusys, Totolink dan banyak lagi.
Table of Contents
ToggleApakah router WiFi terbaik di Malaysia
Router WiFi terbaik untuk Unifi ialah TP-Link AX73 kerana ia mempunyai liputan yang sangat baik dan daya penembusan dinding yang menakjubkan. Ia adalah sebuah WiFi router AX5400 yang dilengkapi dengan three core CPU 1.5 GHz dan RAM 512MB. Selain itu, aplikasi TP-Link amat senang dipasang dan digunakan.
Mari melihat senarai 7 router WiFi terbaik di Malaysia:
- Router WiFi 6 Terbaik: TP-Link AX73
- Router Wifi 6 Terbaik Untuk Unifi 800Mbps: Asus RT-AX86U
- Router Wifi 6 MurahTerbaik:: Mercusys MR80X
- Router Mesh Wifi 6 Terbaik: TP-Link Deco XE75
- Router Gaming Terbaik untuk Unifi: TP-Link Archer AX11000
- Powerline Adaptor Terbaik (LAN only) : TP-Link TL-PA4010P
- Powerline Adaptor Wi-Fi Terbaik: TP-Link TL-WPA7510
1. TP-Link AX73
Wifi 6 Router Terbaik Malaysia
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TP-Link AX73 ialah salah satu router WiFi 6 terbaik yang amat berpatutan. Ia adalah router AX5400 Dual-band Gigabit WiFi 6 yang menawarkan prestasi yang mantap, dan boleh bersaing dengan router WiFi dua kali ganda harganya.
Pertama, ia adalah sebuah router WiFi 6 yang boleh mempunyai liputan WiFi yang luas dan kelajuan internet yang pantas. Ia dilengkapi dengan struktur 4T4R, FEM berkuasa tinggi, 6 antena dan fungsi beamforming untuk prestasi yang optimum
Dalam ujian throughput yang dilakukan oleh blacktubi.com, AX73 boleh mengekalkan kelajuan muat turun 500Mbps walaupun pengguna dipisahkan oleh dua lapisan dinding dari router. Oleh itu, ia sangat direkomen untuk mereka yang tinggal di rumah teres dua tingkat.
Dengan jalur 5Ghznya, ia boleh menyokong sambungan maksimum 4.8Gbps. Pengguna boleh menstrim beberapa video 8K pada masa yang sama tanapa tanpa sebarang lagging.
Wireless network 2.4Ghz-nya juga amat baik, boleh menyokong kelajuan sebanyak 574Mbps.
Dengan OFDMA dan MU-MIMO, TP-Link AX73 boleh mengendalikan sehingga 200+ peranti pada masa yang sama! Router ini sesuai jika anda merancang untuk menjadikan rumah anda sebagai sebuah smart home.
Ia juga serasi dengan TP-Link’s OneMesh extender, merupakan salah satu daripada beberapa WiFi extender yang benar-benar berfungsi. Pengguna boleh meluaskan liputan AX73 ini dengan mudah, menjadikannya router WiFi amat berbaloi beli.
Akhir sekali, jangan lupa bahawa Archer AX73 dikuasakan oleh CPU tiga teras berkuasa 1.5 GHz dan RAM 512MB. Ia berjalan sejuk sepanjang masa dan tidak akan mengalami masalah terlalu panas. Router ini terbaik untuk Unifi 500Mbps, 300Mbps dan 100Mbps.
Akhir sekali, jangan lupa bahawa Archer AX73 dikuasai oleh CPU triple-core 1.5 GHz dan RAM 512MB. Ia tetap sejuk sepanjang masa dan tiada sebarang masalah overheat. Router ini terbaik untuk Unifi 500Mbps, 300Mbps dan 100Mbps.
Kebaikan
- Prestasi penembusan dinding yang baik
- Liputan dan kelajuan WiFi 6 yang mantap
- Harga berpatutan
- stabil dan mudah digunakan
Kekurangan
- Mesti download aplikasi TP-Link dan ada akaun TP-Link untuk mengguna semua fungsinya
2. Asus RT-AX86U
Router Wifi 6 Terbaik Untuk Unifi 800 Mbps
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Walaupun router Asus RT-AX86U merupakan produk dua tahun yang lalu, tetapi ia kekal sebagai salah satu router high-end terbaik di pasaran. Ia adalah router AX5700 Dual Band WiFi 6 Gaming yang serasi dengan PS5 dan konsol permainan lain.
Asus RT-AX86U mempunyai prestasi daya penembusan yang serupa dengan TP-Link AX73. Ia boleh mengekalkan kelajuan internet 500Mbps walapun pengguna dihalang oleh 2 lapisan 2 dinding.
Harga router ini juga agak mahal. Ini adalah kerana ia dikuasakan oleh CPU Quad Core Broadcom 1.8GHz dan 1GB RAM. Selain itu, ia dilengkapi dengan port WAN/LAN 2.5Gbps. Ia boleh mengagregat sambungan WAN 2Gbps manakala TP-Link AX73 cannot hanya ada 1Ggps WAN/LAN port.
Di dalam apl router ASUSnya, terdapat Mod Permainan Mudah Alih yang mendakwa dapat mengurangkan ketinggalan dan kependaman untuk permainan pada telefon pintar. Terdapat juga pilihan mod khas lain seperti Media Steaming, Work from Home, Learn from Home, dan mod melayari Web
Di Dalam ASUS router app, terdapat Mod Mobile Game yang dikatakan boleh mengurangkan isu lag dan latency semasa bermain gaming pada smartphone. Selain itu, ia juga mempunyai mod lain yang menarik seperti Mod Media Steaming, Work from Home, Learn from Home, dan Web surfing.
Pengguna boleh mengembangkan liputan WiFi RT-AX86U dengan menggunakan fungsi AiMesh. Dengan menambah satu lagi Asus AiMesh router, anda boleh menwujudkan suatu sistem mesh WiFi yang baik di rumah.
Jika anda ingin mencapai prestasi internet terbaik daripada langganan Unifi 800Mbps anda, maka ASUS RT-AX86U ialah pilihan yang sesuai kerana hardwarenya yang amat berkuasa.
Kebaikan
- port WAN 2.5G
- AX5700 router
- Mod Mobile Game
- AiMesh
- Lifetime security software
Keburukan
- Ciri “SmartConnect” band steering kurang stabil
3. Mercusys MR80X
Router Wifi 6 Murah Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Mercusys MR80X ialah router WiFi 6 murah terbaik yang boleh anda beli pada harga RM200 sahaja. Bagi mereka yang mungkin tidak sedar, jenama Mercusys sebenarnya dimiliki oleh TP-Link.
Berasal daripada jenama TP-Link, ia memberikan banyak jaminan tentang kualiti dan prestasi produk. Ia berkongsi ciri dan teknologi hebat yang serupa dengan router TP-Link.
Ia mempunyai teknologi OFDMA, saluran 160 MHz, MU-MIMO, 1024-QAM, BSS Coloring dan Target Wake Time (TWT).
Sama ada berhadapan dengan router atau di dalam bilik tidur, Mercusys MR80X memberikan kelajuan internet yang pantas dan stabil. Ia berkemampuan seperti TP-Link AX55 yang berharga RM300 lebih.
Kelemahan router Mercusys ini ialah prestasi penembusan yang agak lemah pada jalur 2.4 GHz. Kelajuan internet akan menurun dengan ketara sekiranya pengguna menggunakan rangkaian WiFi 2.4 GHz.
Nasib baik, ini bukan masalah besar kerana kebanyakan alat seperti telefon pintar dan komputer riba menyokong sambungan 5Ghz. Bagi sesetengah peranti rumah pintar yang hanya menyokong 2.4Ghz seperti kamera cctv atau kotak TV, mungkin akan buffer sedikit apabila memuatkan video.
Walau bagaimanapun, Mercusys MR80X adalah sangat murah untuk kelajuan WiFi internet yang stabil dan pantas. Router ini sangat disyorkan untuk kondo dan pangsapuri kecil.
Kebaikan
- Kelajuan internet yang padu
- Hargaamat berbaloi
- Qualcomm dual-core CPU
Keburukan
- Reka bentuk minimum, tiada penunjuk LED
- Prestasi penembusan 2.4Ghz sedikit lemah
4. TP-Link Deco XE75
Mesh Wifi 6 Router Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Secara teknikalnya, TP-Link Deco XE75 merupakan sebuah WiFi 6E mesh router. WiFi 6E ialah protokol WiFi generasi yang lebih maju dari WiFi 6. Ia menggunakanjalur 6Ghz.
Sambungan WiFi 6E lebih pantas kerana jalur 6Ghz bebas daripada gangguan jalur WiFi 5 dan WiFi 6. Jadi, router mesh boleh bersambung antara satu sama lain dengan lebih baik.
Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa kebanyakan peranti pintar kini hanya menyokong jalur 2.4Ghz dan 5Ghz, jadi anda masih akan menggunakan rangkaian tersebut, dan bukannya jalur 6Ghz.
Menurut ujian, router TP-Link Deco XE75 WiFi 6e ini adalah 50% hingga 100% lebih pantas daripada router WiFi 6, dalam situasi di mana pengguna berada jauh dari router atau dipisahkan oleh dinding tebal.
Bagi prestasi penembusan dinding, ia boleh menghantar data pada kapasiti hampir 90-95% secara konsisten. Pengguna boleh mencapai kelajuan 700 hingga 780Mbps dengan mudah jika anda menggunakan pakej Unifi 800Mbps.
Satu-satunya kelemahan router ini ialah kekurangan port WAN/LAN 2.5Gbps. Saya tidak rasa ini adalah isu yang besar untuk pengguna Malaysia. 1Gbps adalah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan orang melainkan anda kerap perlu transfer data melebih terrabytes melalui LAN.
TP-Link Deco XE75 adalah tawaran yang hebat kerana ia adalah salah satu router mesh WiFi 6 yang paling maju dan berkeupayaan. Untuk cadangan router WiFi mesh lain yang lebih murah, anda boleh menyemak ulasan saya di 5 router wifi mesh terbaik di Malaysia.
Kebaikan
- Mampu Milik
- Prestasi data throughput yang hebat
- Rangkaian WiFi 6E
- Teknologi roaming yang baik
Kekurangan
- Tiada Port LAN/WAN 2.5Gbps
5. TP-Link Archer AX11000
Router Unifi Terbaik Untuk Gaming
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Archer AX11000 direka untuk gamer yang serius dan gamer esport. Asus telah melengkapkan router gaming Wi-Fi 6 tri-band ini dengan hardware yang terbaik demi menawarkan sambungan WiFi yang luar biasa dan tiada lag.
Dari aspek hardware, ia mempunyai lapan port LAN 1GbE, satu WAN port 2.5GbE, dan beberapa USB ports.
Selain itu, ia menawarkan beberapa settings untuk meningkatkan permainan, termasuk one-click bandwidth priority, game accelerator, game diagnostics, dan protector dashboard untuk parental control dan virus protection.
Pada pendapat saya, TP-Link Archer AX11000 adalah router WiFi gaming terbaik untuk dibeli di Malaysia. Walaupun sesetengah orang mungkin lebih suka Asus ROG Rapture GT-AC5300, saya percaya teknologi WiFi 5 lama sudah ketinggalan azam dan tidak berbaloi membelanjakan ribuan ringgit untuk membelinya.
6. TL-PA4010 KIT
Powerline Adapter Terbaik (LAN) – Bonus Pick
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TL-PA4010 KIT ialah powerline adaptor dengan kelajuan internet maximum 500Mbps. Selain itu, ia dilengkapi dengan mata soket di bahagian atas, mata soket tersebut boleh diguna untuk peralatan elektrik lain.
Apakah penyesuai powerline adaptor? Saya percaya ramai yang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Jom lihat gambarajah di bawah.
Dengan menggunakan powerline adaptor, anda boleh menghantar data melalui rangkaian elektrik sedia ada anda tanpa memerlukan sambungan LAN atau ethernet.
Contohnya, ia boleh digunakan untuk rumah teres dua tingkat lama yang hanya mempunyai router di tingkat bawah. Dengan powerline adaptor, anda boleh menambah port LAN dengan mudah di bilik tidur yang berada di tingkat atas. Dengan itu, anda boleh menonton filem kegemaran anda pada TV pintar atau bekerja dengan komputer riba.
Walaupun prestasinya lebih lemah berbanding LAN, ia biasanya lebih berkesan daripada rangkaian Wi-Fi 5. Dan ia juga lebih menjimatkan daripada menaik taraf kepada rangkaian WiFi mesh.
Prestasi powerline adaptor bergantung pada kualiti rangkaian elektrik yang sedia ada di rumah. Jadi, sesetengah pengguna memujunya amat senang dan laju, sementara yang lain pula mengutuk prestasinya yang lemah.
Walau bagaimanapun, TP-Link’s TL-PA4010 tetap merupakan salah satu solusi bagi mereka yang mempunyai masalah signal WiFi lemah.
Kelebihan:
- Murah
- Kelajuan 500Mbps
- Mudah dipasang
- Jarak berkesan sebanyak 300 meter
- Ia disertakan dengan mata soket di atas
Keburukan:
- Peralatan elektrik lain boleh mengganggu prestasinya.
7. TL-WPA7510
WiFi Powerline Adapter Terbaik- Bonus Pick
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TL-WPA7510 ialah powerline adapter yang sesuai bagi mereka yang mengguna Unifi 800Mbps atau Time Fibre 1Gbps. Anda boleh mencapai kelajuan internet sehingga 1Gbps dengan kit ini. Ia juga boleh menyediakan rangkaian Wi-Fi 2.4Ghz dan 5 GHz.
Oleh itu, TP-Link TL-WPA7510 ialah pilihan saya untuk powerline adapter WiFi terbaik. Ia berfungsi sama dengan TL-PA4010PKIT tetapi ia boleh support 1Gbps dan dilengkapi dengan fungsi Wi-Fi.
Tambahan pula, ia mempunyai kelajuan Wi-Fi maksimum 300 Mbps pada 2.4 GHz dan 433 Mbps pada 5 GHz.
TL-WPA7510 juga akan sync secara automatik ke nama dan kata laluan rangkaian Wi-Fi sedia ada. Jadi, mudah bagi sesiapa sahaja termasuk yang bukan teknikal untuk memasang powerline adapter ini. Tiada lagi masalah lagging apabila menonton YouTube di tablet.
Bagaimana kita memilih router WiFi yang terbaik
Untuk memilih router yang sesuai untuk rumah anda, anda harus memberi perhatian kepada 5 perkara seperti yang ditunjukkan di bawah:
- Harga – Router yang baik boleh berharga dari RM300 hingga RM2500. Saya percaya router melebihi RM1000 adalah tidak berbaloi bagi pengguna biasa dan memberikan pulangan yang tidak setimpal. Nasihat saya adalah memasang LAN jika anda mahukan internet yang laju dan tiada lag. Dan dapatkan router mesh WiFI jika anda memerlukan liputan WiFi yang sangat luas.
- Liputan Luas– Router yang baik sepatutnya boleh merangkumi sebuah kondominium kecil atau rumah teres satu tingkat tanpa sebarang masalah.
- Throughput Baik – Mampu mengekalkan daya pemprosesan data yang baik dalam ujian throughput 1 dinding dan 2 dinding
- WiFI 6 – Juga dikenali sebagai 802.11ax. Ia lebih baik dari 802.11ac, mempunyai liputan yang lebih luas, kelajuan yang lebih pantas dan sambungan serentak yang lebih banyak.
- Mesh-WiFi – Satu lagi istilah WiFi popular baru-baru ini. Rangkaian WiFi dibentuk oleh berbilang router yang bekerjasama untuk memberikan liputan yang lebih baik dan lebih luas.
Jenama WiFi Router Lain
Review TP-Link Archer AX10/AX20/AX23
TP-Link Archer AX10 ialah antara pilihan router terbaik saya sebelum ini, tetapi kini Archer AX50 dan Mercusys MR80X sudah amat murah.Saya tidak nampak sebarang alasan yang kukuh untuk membeli model router WiFi TP-Link yang lebih lama ini.
Review TP-Link Deco E4/M4
TP-Link Deco E4/M4 ialah router mesh WiFi yang paling asas. Ia amat disyorkan untuk orang yang tinggal di rumah besar tetapi hanya menggunakan pelan Unifi yang lebih perlahan seperti 30Mbps, 100Mbps atau 300Mbps. Walaupun menggunakan rangkaian AC/WiFi 5, sistem mesh WiFi terbukti boleh mengurangkan masalah rangkaian WiFi yang lemah.
Selain itu, terdapat beberapa jenama router WiFi lain di pasaran, seperti:
- Jenama premium– Google, AmpliFi, Netgear
- Jenam popular – Netgear, D-Link, Linksys, Huawei, Synology
- Jenama badjet -Tenda, Xiaomi
Pada spesifikasi yang setara, jenama-jenama ini biasanya lebih mahal daripada router WiFi TP-Link. Router Tenda murah tetapi kualitinya tidak begitu elok. Dan router Xiaomi agak sukar untuk dikonfigurasikan dengan betul.
Soalazn Lazim WiFi Router
Router WiFi manakah yang terbaik untuk rumah di Malaysia?
TP-Link AX73 ialah router WiFi terbaik untuk pengguna rumah biasa di Malaysia. Ia mempunyai hardware yang canggih dan prestasi lebih padu berbanding TP-Link AX50/AX20/AX10.
Apakah jenama router WiFi terbaik di Malaysia?
TP-Link ialah jenama router Wi-Fi terbaik pada masa ini. Prestasinya yang konsisten dan harga yang kompetitif menjadikannya jenama pilihan uatam saya untuk router Wi-Fi.
Apakah router WiFi yang terpantas di Malaysia?
Router terpantas di Malaysia ialah Asus ROG Rapture GT-AX11000. Ia boleh mencapai kelajuan internet 1148Mbps melalui jalur 2.4Ghz dan 4804Mbps melalui jalur 5Ghz. Tetapi router ini sangat mahal, ia dijual pada harga lebih daripada RM2000.
Apakah router WiFi mesh terbaik di Malaysia?
Router WiFi mesh terbaik ialah TP-Link Deco XE75 yang didatangkan dengan teknologi WiFi 6E dan ia juga sangat berpatutan.