Beza 4G Dan 5G, Adakah 5G Berbaloi?

perbezaan 4g dan 5g di malaysia

Tahukah anda bahawa Malaysia mencapai liputan 5G di hampir 50% kawasan berpenduduk pada hujung tahun 2022? Dan kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai liputan 5G meliputi 90% penduduknya!

Di samping itu, Digital Nasional Berhad (DNB) menyasarkan untuk meliputi 80% kawasan berpenduduk Malaysia menjelang akhir 2024.

Adakah 5G penting? Apakah faedah mengguna 5G? 

Soalan paling penting ialah apakah perbezaan 5G dan 4G di Malaysia?

Jom baca!


Pengenalan kepada 4G dan 5G

4G atau 4G LTE, adalah pengganti kepada rangkaian 3G. Berbanding dengan 3G, rangkaian 4G menawarkan kelajuan muat turun (download) dan muat naik (upload) yang lebih pantas untuk penggunaan internet moden seperti penstriman kandungan video, mobile gaming dan panggilan video. 

5G ialah rangkaian generasi ke-5 dan terkini. Teknologi ini mempunyai kelajuan yang lebih pantas dan latency yang lebih rendah daripada 4G, menjadikannya sesuai untuk VR, kereta self-driving seperti Tesla dan Internet of Things (IoT), seperti CCTV, TV pintar, peti sejuk bersambung internet, kereta, dan sebagainya.

Perbezaan utama antara 4G dan 5G ialah 5G mempunyai kelajuan download yang jauh lebih pantas, iaitu hampir 300Mbps berbanding 15Mbps dengan 4G di Malaysia. Selain itu, 5G juga mempunyai latency yang jauh lebih rendah.


Pelan Mobile 4G vs 5G di Malaysia

Setiap syarikat telekomunikasi Malaysia menawarkan rangkaian 4G dan 4G LTE, tidak kira sama ada anda seorang pengguna postpaid atau prepaid. Berikut adalah syarikat telekomunikasi dengan perkhidmatan 4G di Malaysia:

  • Celcom
  • Maxis
  • Digi
  • Yes
  • Unifi Mobile
  • UMobile.

Sebaliknya, tidak semua syarikat telco yang menawarkan rangkaian 5G kepada penggunanya. Syarikat telekomunikasi yang menawarkan rangkaian 5G disenaraikan di bawah.

  • Celcom
  • U Mobile
  • Unifi Mobile
  • Yes

Pada masa ini, Maxis adalah satu-satunya syarikat tanpa perkhidmatan 5G. Walau bagaimanapun, ia dijangka mencapai Perjanjian Akses dengan DNB menjelang Januari 2023. Saya meramalkan bahawa pengguna Maxis dapat mencuba internet 5G pada suku kedua 2023.

Kelajuan Internet 4G vs 5G di Malaysia

Kelajuan Muat Turun/Download

4g vs 5g malaysia 2023 01 11 15 01 15 027488

Menurut opensignal.com, purata kelajuan internet 4G (muat turun) di Malaysia hanyalah 16.9Mbps. Dan purata kelajuan muat turun 5G adalah setinggi 284.9Mbps.

Ini bermakan kelajuan internet 5G adalah hampir 17 kali ganda kelajuan internet 4G.

Kelajuan Muat Naik

4g vs 5g malaysia 2023 01 11 15 01 12 272154

Berdasarkan data yang dinyatakan oleh opensignal.com, ia menunjukkan purata kelajuan muat naik 4G di Malaysia hanya 6.3Mbps.

Lihat video di bawah untuk prestasi internet Digi 5G di Malaysia.

Harga Pelan 4G dan 5G di Malaysia

Semasa artikel ini ditulis, kebanyakan syarikat telekomunikasi Malaysia tidak mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan 5G. Mari kita lihat pelan manakah yang sudah menyediakan perkhidmantan 5G.

  • Celcom – Akses 5G adalah percuma untuk semua pengguna, termasuk pelan Celcom MEGA Lightning, XPAX Postpaid dan XPAX Prepaid Mix & Match
  • Digi – 5G hanya tersedia untuk pengguna postpaid, terutamanya Digi Postpaid 90, 120, 150 dan Family Unlimited 200 plan
  • Yes (YTL)- Semua pengguna boleh mengakses 5G
  • Unifi Mobile – Semua pengguna boleh mengakses 5G

Di sini, saya ingin mengingatkan bahawa anda memerlukan smartphone 5G untuk mengakses rangkaian 5G.

Liputan 5G di Malaysia

5G masih baru di Malaysia. Jadi, ia hanya boleh didapati di kawasan yang banyak penduduk terutamanya bandar, seperti Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

4g vs 5g malaysia 2023 01 11 15 01 06 283823

Anda boleh menyemak liputan rangkaian 5G masing-masing dalam senarai di bawah:

Adakah 5G berbaloi di Malaysia?

Ya, terutamanya jika anda tinggal di kawasan di mana rangkaian 4G sentiasa sesak dan tidak lancar.

Rangkaian 5G mempunyai bandwidth yang lebih besar dan boleh menampung pengguna yang lebih banyak pada masa yang sama. Memandangkan 5G masih sangat baru di Malaysia, anda boleh menikmati peningkatan kelajuan internet yang mendadak sebaik sahaja anda bertukar kepada 5G.

Selain daripada smartphone mahal sperti iPhone dan Samsung, kebanyakan telefon pintar di pasaran masih hanya menyokong 4G, tetapi bukan 5G. Akibatnya, internet akan menjadi lebih lancau kerana pengguna 5G sangat kurang.

Patutkan saya membeli smartphone 5G di Malaysia?

Ia bergantung pada individu masing-masing, jika anda merancang untuk upgrade kepada iPhone 14 atau Samsung S22, smartphone tersebut memang sudah menyokong 5G.

Pada pendapat saya, jika anda seorang pengguna smartphone budget , anda masih tidak perlu upgrade kepada smartphone 5G kerana ia biasanya lebih mahal dan kelajuan internet 15Mbps 4G adalah mencukupi untuk kebanyakan pengguna biasa.

Adakah 5G bagus untuk gaming?

Ya, 5G terkenal dengan latency yang lebih rendah daripada 4G. Ia memberikan pengalaman permainan yang best tanpa lagging atau buffering. 

Dengan rangkaian 5G, anda boleh bermain permainan dengan lancar pada smartphone dan laptop tidak kira di mana anda berada. Anda tidak tidak semestinya perlu bergantung pada Wifi router atau hanya menggunakan fibre broadband.

Jika anda tinggal di kawasan tanpa Unifi atau Maxis Fiber broadband, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan router 4G/5G. Ini mungkin cara penyelesaian yang baik dan murah untuk anda akses internet yang laju.

Adakah 5G menghabiskan bateri smartphone lebih cepat?

Ya, 5G menggunakan lebih banyak bater bagi Phone dan smartphone Android kerana smartphone perlu sentiasa sambung kepada kedua-dua 4G dan 5G. Oleh itu, ia menghabiskan bateri dengan lebih cepat.

Anda harus tutupkan fungsi 5G pada smartphone jika anda tidak menggunakannya.

Sebagai contoh, iPhone yang membuka fungsi 5G akan menghabiskan bateri satu atau dua jam lebih awal dari iPhone yang tidak mengguna 5G.


Kesimpulan

Kesimpulannya, kelajuan internet 5G lebih pantas berbanding 4G dan juga tiada masalah kesesakan. Tetapi, ia mempunya satu kelemahan, iaitu bateri smartphone habis lebih cepat.

Lazada 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Shopee 04.04 Free Shipping Vouchers & Cashback
Share this post:
Facebook
WhatsApp
Follow us on Facebook and Twitter.

Kai

Kai is a tech enthusiast staying in Kuala Lumpur. Techrakyat.com is where he reviews on the best gadgets, apps, life hacks, tips for save money and make money.