Rakyat Malaysia gemar menonton TV pada masa lapang. Oleh itu, melabur lebih sedikit dalam pembelian TV 4K untuk menikmati pengalaman tontonan yang memuaskan adalah memang berbaloi.
Harga bagi TV 4K boleh mencecah dari RM1,500 sehinggalah RM20,000. Ianya bergantung kepada saiz serta jenis panel yang digunakan.
Oleh sebab terlalu banyak pilihan TV di pasaran, jadi ia adalah agak sukar sekiranya anda ingin membuat pilihan TV yang tepat untuk keperluan anda.
Jangan bimbang, saya akan membantu anda dengan menjelaskan tentang perbezaan beberapa jenis TV 4K yang terbaik di Malaysia dengan lebih mendalam, supaya anda mampu membuat keputusan dengan lebih jelas dan tepat.
Table of Contents
ToggleWhat are the best 4K TVs in Malaysia?
TV 4K yang terbaik adalah TV OLED 4K LG C1. Ini adalah kerana TV LG tersebut memiliki kualiti visual, refresh rate, dan kadar responsif (responsiveness) yang bagus berbanding televisyen yang lain. TV ini sesuai digunakan untuk menonton filem, rancangan TV, acara sukan, dan bermain game.
Pada pendapat saya, TV 4K yang terbaik adalah TV OLED kerana waran dan kualiti videonya yang lebih mantap. Tetapi, TV OLED mempunyai skrin burn-in.
Sekiranya ada tidak suka TV OLED, anda boleh Membeli TV 4K QLED atau TV LED daripada jenama seperti Samsung, Sony, TCL, Xiaomi, Philips, dan pelbagai lagi.
Mari saya kongsikan 6 buah TV 4K yang terbaik di Malaysia. Berikut adalah senarainya:
- TV 4K OLED Terbaik: LG C1 OLED TV 4K
- TV 4K QLED Terbaik: Samsung QN90B
- TV 4K 55″ Terbaik: Sony X90J
- TV 4K 65″ Terbaik: TCL C725 QLED TV
- Smart TV 4K Bajet Terbaik: Xiaomi 4K TV P1
- TV 4K Murah: Hisense 4K Smart TV 50E6G
1. TV OLED 4K LG C1
TV 4K OLED Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
LG C1 adalah TV 4K yang terbaik di Malaysia kerana ia menggunakan panel OLED; dimana ia memiliki gamut warna yang paling meluas dan tepat berbanding panel TV yang lain.
Apabila anda menggunakan TV ini, anda dapat menikmati pengalaman menonton filem dan gaming yang mengagumkan.
Spesifikasi TV 4K LG C1:
- Self-Lit LG Pixels, warna hitam yang sempurna
- Refresh rate 100Hz
- α9 Gen4 AI Processor 4K
- AI Picture Pro, AI Sound Pro, AI Upscaling
- AI ThinQ
- Dolby Vision IQ, Dolby Atmos
- Serasi dengan Nvidia G-Sync
- Boleh digunakan sebagai monitor PC
LG C1 OLED adalah versi TV 4K yang telah ditingkatkan daripada LG CX OLED.
TV 4K yang mengagumkan ini menggunakan teknologi “self-lit pixels” dimana ia boleh menghasilkan kualiti visual yang terbaik untuk kepuasan tontonan anda.
Oleh yang sedemikian, LG C1 OLED merupakan TV yang paling best untuk menonton rancangan TV ataupun filem.
Ia memiliki sudut tontonan yang luas dan mampu memaparkan warna hitam yang sempurna pada skrin. Aspek ini membolehkan anda merasai pengalaman tontonan yang mengasyikkan.
Tambahan pula, teknologi AI Upscaling digunakan untuk menaik taraf video 720p dan 1080p menjadi resolusi yang lebih tinggi; sesuai untuk tontonan pada TV 4K LG ini.
Ia juga menyokong fungsi menaik taraf audio. Ia boleh mengubah stereo content menjadi 7.1.2 channel sound – dimana ia mencapai tahap virtual surround sound.
Apabila TV ini dipadankan dengan soundbar yang bagus, ruang tamu anda akan menjadi satu panggung wayang mini.
Salah satu lagi sebab utama mengapa TV ini merupakan TV 4K yang terbaik adalah kerana ianya sangat sesuai untuk gaming. Ia support FreeSync, G-Sync, dan HDMI 2.1.
Dan TV LG ini mempunyai kadar respons yang pantas dan refresh rate yang mencecah 100Hz.
Terdapat juga ramai pengguna yang menyambungkan PC dengan TV LG C1; dimana ia dijadikan sebagai gaming monitor mereka.
Akhir sekali, TV LG C1 ini menjadi pilihan utama saya adalah disebabkan harganya yang berpatutan. TV lain yang mempunyai kualiti yang hampir sama boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit di Malaysia.
Saya juga mengesyorkan LG C2 dan LG G2 bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, LG C1 bukanlah TV yang sempurna. Ia menggunakan sistem operasi WebOS . Hal ini menjadikan TV ini mempunyai bilangan apps yang sangat terhad (berbanding Android TV).
Sekiranya anda ingin mengguna Android TV, anda boleh menyambungkan TV ini dengan Android TV box; seperti Mi Box 4K.
2. Samsung QN90B NEO QLED
TV QLED 4K Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Samsung memang terkenal dengan keupayaannya dalam menghasilkan skrin yang terbaik bagi smartphones dan televisions.
Dari segi kualiti video, TV QLED Samsung QN90B Neo mampu menandingi TV OLED LG C1.
Spesifikasi Samsung QN90B 4K TV:
- TV 4K QLED
- Processor Neo Quantum 4K
- Disahkan HDR10+
- AI Upscale
- Technologi Quantum Matrix
- Dolby Digital Plus, Dolby 5.1, Adaptive Sound+, HDMI 2.1, eARC
- Serasi dengan FreeSync Premium
- Tizen OS
QN90B merupakan TV LED mini keluaran terbaru Samsung pada tahun 2022. Jika ia dibandingkan dengan TV OLED, TV QLED memiliki kecerahan yang lebih tinggi, jangka hayat yang lebih lama, dan kurang risiko untuk mengalami burn-in.
TV QLED Samsung adalah TV pertama yang diperakui sebagai TV yang tidak akan mengalami kebakaran skrin. Perakuan tersebut diberikan oleh Video, satu majalah teknologi Jerman yang amat bereputasi.
Sila ambil perhatian bahawa review ini hanya merangkumi model TV Samsung QN90B bersaiz 55” dan ke atas.
Bagi Samsung QN90B bersaiz 43” dan 50”, sudut tontonannya lebih kecil dan lapisan coating pada skrinnya adalah berbeza dari model 55″ dan ke atas.
Samsung QN90B memiliki kecerahan maksimum yang mencapai sehingga 3000 nits. Maka, ini menunjukkan bahawa ia menawarkan kontras yang terbaik dibandingkan dengan jenis TV LED lain.
Dengan Neo Quantum Processor 4K dan Teknologi Shaped Adaptive Lighting, Samsung QN90B mampu memaparkan warna-warna yang terang dan mengagumkan.
Skrin Samsung Neo QLED menampilkan warna hitam yang sangat gelap dan local dimming; dimana ia boleh meningkatkan visual gelap (cth: babak filem dalam keadaan gelap) dengan sangat baik.
Secara keseluruhan, pengalaman menonton TV QLED adalah setanding dengan skrin OLED. Dan kualiti video tidak terjejas walaupun menonton TV Samsung QLED ini di bilik yang terang
TV 4K QLED Samsung ini mempunyai refresh rate sebanyak 120Hz. Oleh itu, ianya sesuai digunakan untuk menonton acara sukan dan filem aksi. Malah, ia juga sesuai untuk gaming
Salah satu peningkatan terbesar pada model QN90B ini ialah keempat-empat port HDMI yang disediakannya menyokong bandwith 2.1. Jika dibandingkan dengan model QN90A terdahulu, ia hanya mempunyai satu port HDMI 2.1.
Samsung QN90B juga mempunyai sistem bunyi jenis Dolby Atmos dan Object Tracking Sound+ yang telah dibina di dalamnya.
Speaker yang telah terbina di dalam TV ini juga boleh dipadankan dengan sempurna bersama soundbar Samsung Q-series. Apabila kedua-dua speaker digabungkan, ia akan menghasilkan kualiti audio yang lebih baik.
Dari segi pengalaman gaming, ia serasi dengan FreeSync Premium Pro; dimana ia mengurangkan masalah skrin tearing. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit masalah light blooming ketika mod gaming dipasangkan.
Kesimpulannya, Samsung QN90B merupakan TV cekap tenaga 5-bintang yang bagus dengan kualiti visual yang hebat, kontras yang mantap, dan memiliki sudut tontonan yang luas. Namun begitu, kelemahannya terletak pada sistem operasi yang digunakannyam, iaitu Tizen OS dan mod gamingnya yang agak lemah.
3. Sony X90J
TV 4K 55″ Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Sony X90J adalah TV 4K bersaiz 55” yang terbaik bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia. Kualiti gambar TV ini sentiasa mengagumkan penggunanya, tidak kira sama ada di dalam bilik yang cerah ataupun gelap.
Spesifikasi Sony X90J 4K TV:
- Cognitive Processor XR
- XR Picture, XR Sound and XR Upscaling
- HDR10, Dolby Vision
- Dolby Atmos, DTS Digital Surround, 3D Surround Upscaling
- Android TV
- Terbaik bagi PS5
- Apple AirPlay dan Chromecast terbina di dalamnya
Sony X90J adalah salah satu TV LED 4K yang terbaik di pasaran sekarang. Ia merupakan TV pertama di dunia yang menggunakan teknologi kognitif.
TV yang dilengkapi dengan Cognitive Processor XR untuk mengenali titik fokus pada skrin dan berfungsi untuk meningkatkan kejelasan pada bahagian imej tersebut. Ia berfungsi seakan-akan sama seperti fungsi mata kita dalam realiti.
Sony X90J menghasilkan kualiti gambar yang menakjubkan walaupun ia hanyalah sebuah TV LED (bukanlah OLED atau LED mini).
Ia menawarkan full-array local dimming, nisbah kontras yang tinggi, tempoh responsif yang pantas, variable refresh rate , dan refresh rate maksimum sehingga 120Hz.
Sony X90J menyokong format Dolby Vision HDR, HDR10, dan HLG HDR. Dengan ini, pasti ia mampu memberikan pengalaman menonton filem yang memuaskan untuk anda.
Dari segi prestasi audio, ia menyokong sistem bunyi jenis Dolby Atmos dan serasi dengan soundbar serta AVRS melalui HDMI eARC.
TV ini memiliki dua port HDMI yang menyokong 4K, dengan refresh rate 120Hz. Oleh itu, anda boleh menyambungkan PS (PlayStation) dengan TV ini untuk memperoleh pengalaman gaming yang terbaik.
Tetapi, ia tidak serasi dengan FreeSync. Maka, ia tidak sesuai untuk permainan PC.
Ia amat berbeza berbanding Smart TV LG dan Samsung, kerana Sony X90J dibina pada platform Google TV. Oleh yang sedemikian, ia menyokong pelbagai jenis aplikasi bagi Android TV.
Memandangkan Sony X90J menggunakan panel VA, sudut tontonannya lebih sempit berbanding panel OLED.
Secara keseluruhannya, Sony X90J adalah TV yang cukup bagus untuk kebanyakan penggunaan. Anda boleh menggunakannya untuk menonton rancangan TV, filem, sukan, dan bermain permainan video.
Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang masalah kebakaran skrin dan jangka hayat TV sekiranya anda memilih TV ini.
4. TV TCL C725 QLED
TV 4K 65″ Terbaik
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Jika anda mahukan TV 4K yang besar, tetapi tidak mahu berbelanja banyak…. maka TV QLED TCL C725 ini merupakan pilihan yang baik untuk anda. Ia didatangkan dengan skrin QLED 4K yang cantik dan sistem bunyi premium ONKYO.
Spesifikasi TCL C725 QLED TV:
- 4K QLED
- Dolby Vision, HDR10+
- Android 11 Google TV
- Speaker ONKYO
- Dolby Atmos Support
- MEMC, AiPQ Engine
- Google Duo
- Google Assistant support
- Dual-band WiFi 2.4G, 5Ghz
TCL C725 merupakan TV yang mempunyai harga yang sangat berpatutan, sepadan dengan nilainya. TV 4K QLED bersaiz 65” ini dijual pada harga RM4,199 sahaja.
TV TCL 4K ini sangat sesuai untuk tontonan rancangan TV dan filem, namun kurang sesuai bagi gaming. Kecerahan maksimumnya boleh mencapai 330 nits, dan refresh rate maksimumnya hanyalah 60Hz.
TCL C725 mempunyai kualiti visual yang jauh lebih baik berbanding TV 4K Xiaomi P1. Ia menyokong teknologi Dolby Vision; yang membantu anda untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan video eksklusif dari Dolby.
Sokongan bagi HDR 10+ membantu dalam meningkatkan kontras. Walau bagaimanapun, kecerahan maksimumnya masih terhad sehingga 330 nits.
TV ini menggunakan algoritma pintar, MEMC (teknologi Motion Estimation & Motion Compensation) untuk menjadikan video yang dipaparkan lebih lancar. Ia berfungsi dengan menukarkan kandungan video yang memiliki frame rate yang lebih rendah kepada 60fps.
Walaupun TV TCL ini mempunyai port HDMI 2.1, output videonya dihadkan pada 4K, dan refresh rate sehingga 60Hz sahaja kerana had terhadap perkakasannya (hardware).
Maka, ia tidak sesuai digunakan untuk bermain game console seperti PS5, Xbox One.
Dengan TCL C725, anda boleh enjoy menonton filem dan rancangan TV bersama keluarga anda. Kualiti video dan audionya lebih baik berbanding kebanyakan TV 4K. Ia juga menyokong Google Assistant dan berfungsi berdasarkan platform Google TV Android 11.
5. TV 4K Xiaomi Mi P1
Best Budget 4K Smart TV
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
TV 4K Xiaomi Mi P1 bersaiz 55” adalah TV 4K bajet yang terbaik di Malaysia kerana ia mempunyai kualiti visual yang sangat bagus dan sistem operasi Android TV yang responsif.
Spesifikasi Xiaomi Mi TV 4S:
- 4K resolution @ 60Hz
- Menyoking HDR10+, Dolby Vision
- MEMC frame interpolation technology
- 1x HDMI 2.1, eARC
- Android TV dengan Google Assistant & Chromecast
TV Xiaomi bersaiz 55″ ini kini boleh didapati hanya pada harga RM1779. Ia merupakan tawaran yang hebat kerana harga semasa pelancarannya adalah RM2499. Ini bermakna anda boleh menjimat lebih 30 peratus sekiranya anda membeli TV ini sekarang.
Jika dibandingkan dengan TV jenis lain, tiada lagi yang mampu menandingi Xiaomi Mi P1 55” dari segi harga, kualiti binaan, dan kualiti visualnya.
Warna yang dipaparkan pada TV Xiaomi P1 adalah terang dan vivid. Walaupun warna hitamnya bukanlah setanding dengan OLED atau QLED, ianya kelihatan cukup gelap dan bukanlah kelihatan seperti warna kelabu.
TV Xiaomi Mi P1 ini dilengkapi dengan CPU MediaTek 9611 dan GPU Mali G52 MP2. Oleh itu, fungsi Android TV ini agak responsif dan interface-nya juga sangat mesra pengguna. Anda boleh menikmatinya dengan menonton Netflix, Disney+, dan YouTube.
TV 4K Xiaomi ini mempunyai ciri yang sangat mudah, dimana alat kawalan jauh dan TV itu sendiri mempunyai mikrofon. Hal ini membolehkan anda menggunakan fungsi carian suara Google tanpa bersusah payah mencapai alat kawalan jauh anda.
Dari segi gaming, TV 4K Xiaomi ini mempunyai satu port HDMI 2.1 dan eARC.
Walau bagaimanapun, ia dihadkan pada resolusi 4K dengan refresh rate pada 60Hz. Malah, tempoh responsnya hanyalah bertaraf sederhana. Apabila anda menekan pada game controller, anda boleh merasa sedikit delay untuk ia bertindak balas pada permainan itu.
Kesimpulannya, Xiaomi TV P1 merupakan TV yang sangat sesuai untuk menonton sebarang rancangan atau filem. Saiz skrinnya yang besar dan gamut warna yang luas menjadikan ia amat berbaloi beli.
6. TV Pintar 4K Hisense 50E6G
TV 4K Murah
Best deal on Lazada Best deal on Shopee
Jika dibandingkan dengan TV 4K jenama lain, TV 4K Hisense adalah jenama yang menawarkan harga yang paling murah. Ia boleh didapati dalam saiz 43″, 50″ 55″, dan 65″.
Spesifikasi TV Pintar 4K Hisense:
- 4K TV, 60Hz
- 2.4GHz WiFi
- Hanya HDMI 2.0 sahaja
- HDR10
- DTS Studio Sound
TV 4K LED Hisense 55E6G boleh dibeli pada harga yang lebih rendah berbanding TV Xiaomi P1 – selepas menerima rebat Shopee Coin.
Disebabkan harganya yang rendah, TV Hisense 55E6G ini merupakan TV pintar 4K yang asas dan menggunakan sistem operasi Hisense VIDAA OS.
Walaupun begitu, sudut tontonan TV ini agak luas. Namun fungsi kontrasnya hanyalah sederhana. Ini tidak bermakna ia adalah TV 4K yang buruk. Malah, kualiti visualnya adalah lebih daripada mencukupi bagi pengguna biasa.
Salah satu kekurangannya ialah ia hanya menyokong WiFi 2.4Ghz. Hal ini mungkin akan menjadi masalah sekiranya anda tidak dapat menyambungkannya dengan kabel internet LAN kerana kelajuan WiFi 2.4Ghz tidak mencukupi untuk penstriman kandungan video 4K.
Oleh itu, anda sentiasa digalakkan untuk menyambungkan TV dengan kabel LAN (pada router WiFi anda) bagi mencapai penstriman video yang lancar.
Selain itu, TV 4K Hisense 55E6G juga tidak mempunyai port HDMI 2.1. Namun, ia bukanlah satu isu besar kerana HDMI 2.0 sudah memadai untuk memainkan video 4K, dengan refresh rate 60Hz.
Menurut pandangan saya, lebih baik anda menambah bajet sedikit untuk mendapatkan TV Xiaomi P1 kerana perbezaan harganya hanyalah beberapa ratus ringgit sahaja.
Malah, TV Xiaomi P1 hampir mengalahkan Hisense jika dibandingkan dari setiap aspek; paparan video, kualiti audio, jumlah port, dan kualitinya secara keseluruhan.
Sekiranyya anda benar-benar mahukan TV 4K yang paling murah… maka Hisense 4K LED TV 55E6G adalah pilihan yang terbaik.
Jenama TV 4K lain-lain
Review SAMView Smart Android UHD 4K
Harga bagi SAMView 4K TV adalah lebih kurang sama dengan TV Hisense siri E6G. Akan tetapi, TV ini berfungsi menggunakan Android 9 dan tidak serasi dengan kebanyakan aplikasi Android. Malah, Netflix juga tidak berjalan dengan lancar pada TV ini. Selain itu, ramai juga pelanggan yang mengadu bahawa kualiti visualnya hanyalah sederhana dan warna tidak tepat.
Segelintir pelanggan juga mengalami masalah selepas beberapa minggu penggunaan TV ini. Oleh itu, saya tidak mengesyorkan anda untuk membeli TV ini.
Review MEGRA Smart TV 4K
MEGRA Smart TV 4K merupakan salah satu lagi jenama TV yang terlaris di Shopee. Beribu-ribu unit TV mereka telahpun terjual. Namun begitu, ia mempunyai masalah yang hampir sama dengan TV 4K SAMView.
Isu biasa pada TV Pintar 4K MEGRA ini termasuklah kontrasnya yang rendah, ketepatan warna yang tidak bagus, kualiti speaker yang teruk, mengalami skrin bleeding di bahagian sisi, kualiti binaan yang murah, dan tidak tahan lama.
Oleh yang sedemikian, saya tidak mengesyorkan anda untuk membeli TV ini.
Review Philips 50PUT6604 Smart TV
Philips 50PUT6604 ialah TV 4K peringkat permulaan bagi jenama Philips. TV ini tidak mempunyai Google Play Store yang dibina di dalamnya, tetapi ia mempunyai aplikasi YouTube dan Netflix yang telah dipasang terlebih dahulu (pre-installed).
Jika ia dibandingkan dengan TV 4K Xiaomi dan Hisense, harga Philips 50PUT6604 lebih mahal dan ia hanya didatangkan dengan skrin bersaiz 50” – dimana ia lebih kecil (berbanding Xiaomi & Hisense).
Review PRISM+ Q55-QE
PRIMS+terkenal dengan monitor gaming yang canggih dan berbaloi. TV 4K PRISM+ Q55-QE juga menjanjikan kualiti visual yang hebat pada harga yang berpatutan.
Memandangkan ia memiliki panel TV 4K IPS, maka ia mempunyai sudut tontonan yang sangat meluas. TV ini sering dibandingkan dengan TV Xiaomi P1 kerana harga yang hampir sama.
Walau bagaimanapun, TV Xiaomi P1 adalah lebih murah pada tahun 2022. Malah, TV Xiaomi P1 mempunyai port HDMI 2.1 dan eARC – dimana kelebihan ini tiada pada TV PRISM+ Q55.
Jadi, Xiaomi TV P1 merupakan pembelian yang lebih baik daripada PRISM+ Q55-QE buat masa ini.
Review Samsung AU7000 4K TV
Samsung’s AU7000 ialah TV 4K bajet yang terbaik buat peminat Samsung. Walau bagaimanapun, kualiti gambarnya tidak dapat menandingi TV 4K high-end Samsung.
AU7000 mempunyai tahap kecerahan dan kontras yang sederhana. Di samping itu, anda akan menyedari bahawa paparan gambarnya tidak cukup tajam jika anda memerhatikannya dengan teliti.
Review Huawei Vision S 65″ TV
Huawei Vision S55 dan S65 adalah TV 4K yang mempunyai refresh rate sebanyak 120Hz. Ia mempunyai kamera magnetik 13MP yang menyokong panggilan video melalui TV ini.
Huawei Vision S memaparkan warna yang seimbang dan tahap kontras yang bagus. Kualiti visualnya juga adalah antara yang terbaik bagi TV 4K dalam lingkungan harga RM3000.
Satu kelemahan terbesar bagi Huawei Vision S ialah kekurangan port HDMI 2.1. Jika anda menyambungkan sebarang peranti melalui HDMI 2.0, kualiti video Huawei Vision S akan terhad pada 4K @ 60Hz sahaja.
Soalan Lazim TV 4K
Jenama TV 4K manakah yang terbaik di Malaysia?
LG mempunyai teknologi TV 4K yang terbaik dengan panel TV EVO OLED. Samsung dan Sony juga sangat disyorkan, tetapi ia bergantung pada keperluan dan cara penggunaan masing-masing.
Adakah patut kita beli TV 4K atau 8K di Malaysia?
Pada masa kini, saya mengesyorkan supaya anda membeli TV 4K dan bukannya TV 8K. Ini adalah kerana TV 8K masih berada di peringkat awal (pembangunannya) dan selalunya harga TV 8K tersebut adalah terlampau mahal.
Malah, video content 8K yang sedia ada di pasaran sekarang amatlah sedikit. Oleh itu, tidak berbaloi untuk membeli TV 8K sekarang.
Is an OLED or QLED 4K TV better?
OLED mempunyai sudut tontonan yang lebih meluas, warna hitam yang lebih gelap, refresh rate yang lebih pantas, dan ianya juga lebih jimat tenaga. Walau bagaimanapun, kelemahannya adalah ia masih mempunyai isu skrin burn-in.
QLED mempunyai tahap kecerahan yang lebih tinggi, jangka hayat yang lebih lama, tiada risiko skrin terbakar, dan kualiti visual yang hebat walaupun dalam bilik yang cerah. Namun begitu, kekurangannya ialah TV ini mempunyai isu screen “bleed”.